assalamualaikum wbt
Selamat Tahun Baru 2004. Hari ini 01012004. New Year.......
Semalam aku tengok tv pasal sana sini ada countdown. Sana sini ada firecracker...Aku tinggal sensorang kat umah, bebudak umah aku seme gi kuar makan, aku malas lah nak join. Pasal masing-masing dengal hal masing-masing, so aku malas nak interrupt. Biarkan aku sendiri..isk isk..heheeh..
Ok, aku lepak kat ruang tamu dari kul 850 sampai 1200 malam. Aku tak kata aku tunggu countdown, tapi aku layan bosan aku, Aku tukar channel 1,2,3 acap kali sampai aku tak tahu yang mana satu channel yang aku tengok..[FYI, area umah aku cuma dapat 3 jenis channel tu jer]. Jap aku tengok TV3, jap lagi TV2, wah wah..ada hero fav aku kat tV2. Van Damme...best...
Aku tengok siaran TV tu kan, aku konpius plak, aku tengok siaran TV kat Malaysia ke atau aku salah bukak channel luar Malaysia??? Bukan nya apa, pasal aku tergezut dengan situasi yang berlaku didalam TV semalam.. orang kata pakaian mencerminkan peribadi seseorang. Orang kata semakin bertambah usia kita kena menghitung apa yang dah kita lakukan. Macamana amalan kita??Kenapa aku kata cenggitu??Aku tak nak komen apa-apa. Pasal aku pon tak cukup bagus untuk memberi pandangan/kritikan terhadap orang. Cuma aku sedih dengan keadaan identiti orang Malaysia yang aku rasa semakin hari semakin hilang disebalik banyak-banyak identiti yang datang dari luar.
Hari ini tak ramai orang bekerja. Kat opis ni pon tak ramai orang jugak. Tu yang aku sempat pakai pc member aku ni. Aku nak coret banyak2 sket ari ni pasal esok, lusa aku tak kerja. Ok aku nak share apa aku buat pagi2 buta 1 Jan 2004 ni..Jomm...
Aku woke up at 610 am. Dengan azam baru, aku taknak tido after Subuh. Heheh..memang aku tak tido pon after Subuh this morning.. Pass...Oklah tu...
Then tengah dok ngaji..ada satu mesej kat HP aku. Aikk..msg dari adik aku..Seawal pagi???!! Ishh..gabra aku jap...
"Tahniah!!anda berjaya dalam pertandingan GORES & MENANG."
[Ishhh..bila masa aku masuk contest ni..jeng jeng].
"Untuk mengetahui hadiah anda, sila GORESkan telefon bimbit anda ke lantai"
[Cestttttttttttttttttt]..Marah nyer aku.....Tapi msg tu cukup buat aku tersengih sensorang atas sejadah pagi-pagi buta..Hahahha...
Aku bersiap gi kerja seawal 720 pagi. Kul 740 aku dah keluar umah.. Semangat beb, semangat Tahun Baru...heheh..I am the first person yg sampai office...heheeh..Bangga jap....
Oklah my friend nak guna pc dia..Beginilah nasib ku yang tiada pc ...
Ciao..
Thursday, January 01, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment