Banyak2 jangan yang kita tak patut buat..
Jangan sengaja melewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah, kecuali jika tertidur.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar) kerana jika terbawa keluar najis akan mengotori seluruh rumah.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Perbuatan itu makruh kerana membahayakan kesihatan.
Jangan membiarkan pinggan dan mangkuk yang sudah digunakan tidak dibasuh. Ia adalah makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh kerana dikhuatiri rezeki akan menjadi mahal. Waktu pagi adalah waktu keberkatan.
Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan kerana bimbang rezeki kita akan dikongsi dengan syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan kerana khuatir kita akan mati dalam perjalanan.
Jangan memakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Ia adalah makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata kita meliar di perjalanan, kelak hati akan gelap diselaputi dosa.
Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak keburukan daripada kebaikannya.
Jangan menangguhkan taubat apabila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana persahabatan akan rosak dan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap pekerjaan kita. Bimbang nanti kita sombong apabila berjaya dan jika gagal akan kecewa pula.
Jangan bakhil bersedekah kerana sedekah memanjangkan umur dan menjadikan rezeki kita murah.
Jangan banyak ketawa kerana nanti jiwa kita mati.
Jangan membiasakan diri berbohong kerana ia ciri orang munafik dan menghilangkan kasih manusia kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia kerana akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa Islam berkata ‘jangan kerana semuanya adalah untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaan-Nya.
Sunday, January 25, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment