seseorang yg dtg membantu zahirnya belum tentu niat baik
meh kita fikirkan...cuba baca petikan emel kat bawah ni....
EMBUN HIDAYAH
Menjelang Maghrib, seorang saudara terbongkok2 dgn tongkatnya menuju ke
masjid. Beberapa kali dia hampir terjatuh.. tetapi sempat dikawal
menggunakan tongkatnya. Berhampiran di pintu masjid, saudara terssebut
tersadung batu sehingga tubuhnya terhuyung-hayang ke depan. 'untunglah'
seorang pemuda yang kebetulan berada disitu sempat memegang bahu saudara
tersebut sehingga dia tidak jatuh. kemudiannya, pemuda tersebut menuntun
saudara tersebut sampai ke pintu masjid.
Selesai solat, lelaki tua tadi baru menyedari bahawa pemuda yang
membantunya sebentar tadi tidak turut solat berjemaah. Dilihatnya pemuda
tersebut duduk termenung di pintu masjid tanpa melakukan apa2 pun. "wahai
pemuda, kamu sudah membantuku menuju ke masjid, tetapi mengapa kamu sendiri
tidak solat?" tanya lelaki tua sambil menghampiri pemuda itu. "saya tidak
mungkin solat pakcik... saya anak iblis.."
Lelaki tua tersebut teperanjat, tetapi dia masih mencuba bertanya :" kalau
kamu anak iblis, kenapa kamu berusaha menolongku ketika aku hampir jatuh?".
Jawab anak iblis:"Ayahku sudah lama perhatikanmu. Ia sangat marah kerana
setiap kali kamu terhuyung-hayang... dilihatnya dosa-dosamu berguguran.
Ketika kamu hampir jatuh, ayahku takut dosamu akan habis sama sekali
sehingga disuruhnya aku membantumu berjalan menuju ke masjid"
Monday, January 26, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment