Copy paste dari emel janaan minda seorang orang yg kreatif berpuisi di KL...tengkiu yerr..
ERTI PERSAHABATAN..
Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan
kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang
keadaannya.
Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia
ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan
kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita
sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu
kita
memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri
kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa
bimbangnya,
rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup
semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah
kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh
dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya
bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa
takut, ada rasa
bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.
Hanya utk org yang merasakan dia bergelar kawan/sahabat pada aku...
Wednesday, January 14, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment