Sunday, January 25, 2004

Lepas raya Cina

3 hari cuti rasa macam tak cukup jer..Semalam aku balik dari kampung..penat jugak rasanya. Bukan aku nak cepat datang ke sini. Cuma aku tak nak pagi ni aku kene rush sana sini untuk datang opis. Memang tak jauh..tapi aku kene drive satu jam lebih awal berbanding kalau aku kat Kemaman ni. Satu jam tu banyak benda buleh aku buat tau tak... Contohnya lepak2 kat bilik, mengelamun, termenung, baca majalah, tido, kira cicak..bla bla..

Sensitif

Emosi kah seseorang kalau dia menjadi sensitif?? [Betul ke ayat aku??] Aku menjadi pendengar setia kepada org2 yang mencurahkan masalah pada aku. Mana2 yang aku boleh bagi pendapat, aku bagi...bukan utk membebankan mereka dengan pendapat2 aku..tapi cara utk mengatasi masalah yang ada. Mungkin aku tak cukup bagus utk menasihati org, tapi kadang2 otak aku ni boleh memberi solution yg kadang2 lebih praktikal utk dilaksanakan...[boleh mengalahkan kaunselor...ishh..kalu jadi kaunselor best gak...tapi kang aku plak tak tahan hari2 dgr prob orang!!]..heheh..

Lebih berusia, lebih sensitif??? Betul atau tak betul??

Ada org kata hormon mempengaruhi. Betul jugak rasanya. sebagai contoh..pompuan akan terganggu emosi dia pada certain2 waktu dlm sebulan..Hormon yang berubah dalam diri akan mempengaruhi tingkahlaku pompuan itu pada jangka waktu tersebut. Try cuba test sakat pompuan masa dia RedFlag [kepada sesapa yg faham]!!.. tengok apa berlaku...

Ada org kata usia mempengaruhi...makin berusia, makin sensitif..makin berahsia. Sebagai anak, aku tak terlepas dari situasi ini. Tapi aku hanya mampu mengiya dan menidakkan..paling tak pun, aku senyap.. Cuba menjadi pendengar yang terbaik utk orang tua aku. Dan bila mendengar saje, pasti ada part2 yang kita taknak dengar pun, kita kene dengar jugak..ishhhh...awat setiap kali balik jer, kene dengar topik sama??? Camna nak kasi solution kalau solution dia aku tak jumpa ...aku buat2 dengar jerlah..walau pun kadang2 tu..aku malas nak dengar topik2 cenggitu!!!Eeiii...mak ni...kita citer topik lain ler.....Hehehhe...


New baby born!!

Aku suka kat baby..pasal bau dia wangi..kaki comel, tangan, jari dia semua comel...2 hari lepas, aku pergi umah maksu aku buat kenduri cukur rambut anak dia..sepupu aku lah kiranya...Geram sungguh aku kat baby tu..Aku suka peluk dia..rasa macam teddy bear..hehehh...

kalau tak der aral melintang, along aku akan melahirkan baby no2 dia [anak sedara aku no2] bulan 2 ni..akhir bulan 2 atau awal bulan 3..Aku harap, jangan lah masa 29 februari tu..naya..sian anak sedara aku , celebrate besday 4 tahun sekali..hahahhaha...

bila aku sedih??

How to detect aku sedih?? Only me know myself...Kat mana2 pun, aku tak kan tunjuk aku sedih..Happy ever after...Bcoz aku perlu tunjukkan yang I am strong woman on Earth ..heheh..macam nama perfume Avon jer..heheh...Apalah sangat aku ni..melukut tepi gantang...ada ke takder aku sama jer..bukan nya aku org penting..hilang kejap, semua org pakat cari..day dream jer la!! Cuma aku jer cari org..org yang penting...Cari jangan tak cari..Kalau tak payah cari kan ke best...macam buah kat pokok..main petik jerr...uisshhhh..

No comments: