Cuti-cuti...
Dah empat hari lebih rasanya aku tak mencoret kat sini. Kadang-kadang pasal banyak sangat menda nak tulis sampai tak tertulis. Idea tu mmg banyak cuma tangan aku tak selaju idea aku yang mencurah-curah kat otak aku. Hehee..
Hari Khamis tu ingat nya nak taip panjang tapi pasal pc tak available, so hasrat terpendam jerlah. Petang tu pukul 5.00 pm dah balik so lepak kat umah. Berkira2 nak balik kampung pukul berapa..Dah 2 mggu tak balik kg. Hujan plak petang tu, ni yang malas nak drive sejuk2 ni..baik aku lepak dulu pasal sejuk2 ni best tido!!!Heehee. Padahal umah aku bukan nya jauh, 45 min drive sampai lah. Tu kalau pada norm speed la. Kalu nak cepat sampai lagi, speeding at 130 then dlm 30 min dah sampai, Kalau laju lagi aku rasa dah tak sampai umah, sampai tempat lain dulu..spital!!!! Erkk..Nauzubillah...itu kalau sampai spital, kalau sampai kubur dulu???? Ishh..ish..Pelumba haram ada ingat macam aku ingat tak???. Aku masih ada pegangan diri, masih waras ketika drive. Aku masih ada tanggungjawab pada keluarga, pada agama, etc..
Jumaat pagi aku balik kampung, pagi2 lagi aku dah keluar umah. Bawak slow jer, mcm org bercinta. Lepas satu, satu kete bas lori bla bla potong kete aku. Lantak korang lah...aku nak bawak slow jer..pasal aku bayar gak roadtax... Baru jer bayar. Last week.. Patutlah kalau org tgk kete tu lembap jer on the road, org akan kata "mesti pompuan ni". Kenapa camtu eh?? Kadang- kadang aku pun cakap camtu. Hahhaha...tak patut tul aku.. Nyalahkan kaum sendiri. Pasal aku pompuan la aku leh cakap camtu.. Pasal aku pon kadang2 bawak kete lambat2...;) Suka ati aku la...!!!
Sabtu pagi aku teman ayah, akak aku gi pasar. Aku awal2 lagi dah cakap kat ayah aku, "Ayah, nak gi jalan-jalan ni. Lama ni..". [Aku bagi hint kat ayah aku yang aku akan pergi jalan-jalan sesuka ati aku pasal aku dah lama tak rayau kat bandar Dungun]. Sian kat ayah aku. Dua jam dia ronda-ronda dgn aku muka dia dah nampak bosan. Sudahnya aku cakap "Jom kita balik!!". Waarghhh...Sebenonya aku ada plan lain dalam kepala aku tadi , plan dengan akak aku. ish ish..takper Long, next time...
Petang Sabtu ada makan-makan kat umah aku. Ingatnya nak buat kecik2 jer. Nak raikan bday mak dan adik aku. So aku beli kek satu n goreng mihun sket. ..Tapi yg datang ramai pulak...Kene beli kek satu lagi, masak mee pulak lagi sekali. hahahha... Meriah...meriah.... Mak aku kata "Buat makan kat budak-budak sekali-sekala best jugak!". Lagi 2 minggu ada majlis camtu lagi. Utk Long dan anak sedara aku yang sorang tu. Bday party lebih kurang.
Pukul 6 lebih aku hantar adik aku pi umah sewa dia kat Poli. Fuuhhh..Jalan ke umah dia masya allahh... "Ni nak gi umah ko ke nak gi dalam hutan???" Anjing kiri kanan jalan. Kawasan Cina. Takut jer aku tengok. Teringat kisah member dia kat perumahan satu lagi. Belasah anjing Cina sampai mampus pasal anjing tu buat hal!!! Ish ishh..macam-macam la...
Dah setel semua, aku drive balik ke Kemaman. Ngantuk la..Aku tutup ekon, tak ilang gak ngantuk.. Bukak pintu ..tak ilang gak...Camner ni wei?? Giler ngantuk....Last-last aku off ekon, dengar tape kuat-kuat...tingkap tutup la...kalau bukak , kang ada yang pandang lain kat aku...[Pekak ke!!!] Hehehe..
Suka ati aku la..!!!
Member aku ada yg ajak pergi Gathering GJ on 17 Jan 2004 ni. Aku bukan taknak pegi. Nak sangat. Tapi aku rasa aral melintang tu lebih banyak dari aral menegak. Camner nak cakap yer...Ok..alang-alang dah 4 ari aku tak coret, meh aku citer detail sket. Cerita-cerita adalah berdasarkan kekangan waktu, budget dan keadaan.
1- Aku nak gi sana, nak lepak umah sapa. [Aku ni kalau naik bas malam, pagi masa sampai tu aku kene tido psl dlm bas aku x tido. Takut driver bas bawak bas tak hati-hati..mata mmg susah nak lelap..tambah2 tragedi bas kat Lipis tu..nauzubillah].
2- Sapa nak kutip aku pagi2 buta kat kemaman,kalau aku naik bas malam sabtu? Kalau aku nak bertolak pagi ahad sekali pun, kat mana aku nak tido mlm tu? Bukan aku tak menghargai bantuan2 yang di ajukan oleh kawan2 aku, tapi prinsip aku adalah aku taknak/tak suka menyusahkan org.
3- 1st time utk jumpa satu group individu yang tak dikenali dan tak tahu sapa pada masa serentak!! Aku malu la...;) Kan ke aku ni pemalu...Hahahha..
4-
5-
6-
etc
Banyaknya !!! Org mesti cakap.. "Banyaklah ko nyer alasan. Taknak pergi cakap jerlah taknak pergi...!!!" Bukan..bukan aku tak nak pergi..Aku ada aral yang melintang...Camner ek?? Diaorg lanjutkan due date bayar fee tu. Nantilah aku pikir lagi.. dan lagi dan lagi.......
Sunday, January 11, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment