Monday, January 26, 2004

Menyukat perasaan

Dah lama aku pikir menda2 macam ni..
Kalau cecair kita sukat dalam bikar yg ada sukatan liter.
Kalau jisim kita sukat atas mesin timbang yg ada sukatan kg.
Kalau ketumpatan pun ada nilai sukatan dan boleh kita kira berapa...Tinggi rendah, seme tu ada alat untuk menyukat/mengukur....siap ada SI unit measurement lagi..Silibus form 1 ada ajar kan..ingat lagi??

Aku bukan nak ajak refresh balik pelajaran kita masa kita kecik2. Tapi teringin utk tahu apa yg kita nak guna untuk sukat kejujuran, keikhlasan, kesetiaan, ketelusan, kesopanan dan kesusilaan dan byk lagi ke..an ke..an yg lain...Kalau ada..boleh tahu tahap sukatan perasaan kan ke best...Hahah.aku org pertama angkat tangan nak guna..nak test perasaan aku..heheh


camna nak kira tu?? Tak caya..cuba korang baca petikan resepi2 yg aku amik kat site


RESEPI MASAKN SENANDUNG KEJAYAAN
Bahan - bahan:
Buku secukup rasa (ikut selera)
Sebuah Ketekunan (diparut)
Segunung kerajinan
4 hiris keinsafan (dimayang)
5 keping kasih sayang
Beberapa potong nasihat
Beberapa pohon doa
Sedikit dendam dan cemburu (dilumat)
Secebis malas (digoreng dan ditumbuk halus)
Segenggam harapan
1/4 cawan air mata
Semangkuk azam
Sekuntum senyuman (untuk hiasan)


Cara Memasak:
Buku digaul dengan azam. Ketekunan diperah untuk menjadikan satu liter pati kesungguhan dan dua liter usaha. Keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama. Pijarkan air mata. Tumiskan keinsafan sehingga menimbulkan kesedaran. Malas, dendam dan cemburu ditumbuk halus.
Kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna. Masukkan buku dan campurkan dengan usaha dan kemudian didihkan. Apabila menggelegak masukkan doa dan tutuplah dengan keimanan.
Apabila masak rasalah nikmatnya. Hidangkan dengan penuh kebanggan. Taburkan di atasnya dengan kesyukuran dan sekuntum senyuman...

TQ


RESEPI CINTA
BAHAN-BAHANNYA
1 tin cerita
2 keping hati yang masih muda
1 mangkuk besar pengertian
2 tin keimanan kepada Tuhan
2 biji tomato pengharapan
1 mangkuk keyakinan
1/2 sudu cemburu
1 mangkuk perjodohan
cubitan mesra, serta gurauan sepatutnya (secukup rasa)
CARA - CARANYA :
Mula - mula bukakan tin cerita dan keluarkan isinya.
Potong kedua-dua keping hati dan letakkan ke dalam mengkuk pengertian untuk mencegah daripada pertukaran perasaan.
Tuangkan kepercayaan dan pengertian.
Kemudian letakkan ke dalam mangkuk perjodohan, dihiaskan dengan potongan cemburu dan cubitan sesuka hati masing- masing.
Campurkan tomato pengharapan dan disusun untuk hiasan.
Letakkan ia ke dalam mahligai yang indah supaya ianya tercegah dari penggodaan.
Campuran ini lebih manis rasanya jika masa itu dilalui dengan sefahaman kedua-dua belah pihak keluarga.

Jumlah perbelanjaan: Mengikut kemampuan kedua-dua keping hati.
Masanya: Darah Muda

Resepi ini boleh dicuba bila bila masa sahaja asalkan cukup bahan-bahannya.
TQ

No comments: