Saturday, March 20, 2004

Suka duka hidup seorang aku

Setiap orang sentiasa mengimpikan kebahagiaan dan kegembiraan yang kekal. Bila kita mula mengimpikan..mula membayangkan betapa indahnya hidup kita tatkala kita dapat mencapai atau bakal mencapai impian hidup kita yang sudah sekian lama kita nanti2 kan, memang terasa hidup kita berada di kemuncak. Hari-hari yang kita lalui sungguh indah..senyum sentiasa...seakan ingin memberitahu dunia.."aku terasa amat bahagia".

Namun sudah adat makhluk Tuhan yang bersifat tidak kekal...apa yang kita impikan dalam hidup kita hanya sekejap sahaja kita dapat nikmati saat manisnya. Masa bahagia terasa amat singkat..Pagi petang seperti pejam celik mata..bahagia sampai tak terasa masa bergerak 24 jam sehari. Demi saat bahagia, apa sahaja sanggup dilakukan agar saat bahagia berkekalan...kalau boleh sentiasa berpanjangan..berkekalan..walaupun kita tahu tiada yang kekal di muka bumi ini melainkan Dia yang Maha Pencipta.

Saat bahagia yang dilalui walaupun sesaat amatlah mendalam kesannya. Kesannya mampu memaksa insan-insan menitiskan airmata..tidak menghiraukan kesihatan..kehidupan...segala-galanya...malah ada yang tak kurang "cerdik"nya...sanggup menoktahkan hidup. DOSA BESAR dapat..mati azab pun dapat...mana pergi akal nya bila sanggup berbuat demikian semata-mata untuk seseorang yang baru dikenali..disayangi...tak terfikir kah akal terhadap sayang kasih keluarga pada kita yang telah sekian lama dikenali..disayangi...kenapa perlu ber"mati" -"mati" an untuk seseorang yang baru dikenali dalam hayat hidup kita?

Sayang macam mana sekali pon kita pada seseorang, satu masa akan dijemput Tuhan. Kasih cinta macam mana sekali pun kita pada seseorang, andai bukan jodoh, kita takkan bersama dengannya jua. Rindu macam mana kita pada seseorang, andai dia bukan orang yang berhak kita rindui, kita cuma dapat rinduan-rinduan..tinggal kenangan..Rupa paras yang cantik..body yang menggiurkan pun,,sampai masa akan hilang bentuk..akan hilang segala-gala pinjaman dari padaNya. Ubat awet muda macam mana sekali pun, andai sudah tua..rambut tetap beruban, perut tetap boroi, kulit tetap menggelembir....suara pun tak seksi lagi..makin seksa mungkin...

Baru aku sedar, hidup kita ni memang pinjaman ..memang sementara ..bila-bila masa dijemput ke sana. Cuma aku gusar akan amalan aku...dimanakah aku akan berada nanti dengan keadaan aku yang lalai...lagho...Aku mencari kebahagiaan yang berkekalan ...biarlah aku bahagia "di sini " dan "di sana".

No comments: