Thursday, July 29, 2004

Kes zaman sekarang
 
Minggu lepas, kita dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang pelajar tingkatan 6 bawah di Kedah.  Mati secara ngeri ..disembelih.  2 hari lepas kita dikejutkan dengan berita pembunuhan seorang pelajar sarjana UKM.  Lagi mengejutkan aku bila arwah adalah bekas satu kolej dengan aku masa matrik dulu.  Dibunuh kerana lelaki itu terlalu obsess dengan impiannya? Aku pon tak dapat membuat apa2 andaian.  Innalillah dan al-fatihah untuk arwah.  Bayangkanlah kalau semua orang yang terlalu obsess dengan pujaan hati dan sanggup buat macam tu.   Rasanya kes macam tu akan berlaku dimana-mana.  Semalam ada sepasang pasangan kekasih dibunuh.  Lagi-lagi kes bunuh....Bukan bermula 2 minggu lepas kes bunuh ni...setiap hari ada sahaja kes bunuh dimana-mana..Hatta membunuh lipas.. pagi tadi aku hempap dia dengan selipar toilet.Semalam 2 ekor lipas aku bunuh..jugak dengan cara yg sama..hehehhe

Murah sangat kah harga nyawa manusia?  Sudah hilangkah rasa simpati, belas ihsan dalam diri setiap insan?  Mana perginya kewarasan akal bila manusia diperlakukan seperti haiwan...??  Aku muskel....

Masalahnya sekarang aku rasa macam tak selamat dimana-mana aku berada.  Dalam rumah, luar rumah..mana2 jer..tak der tempat yang selamat..balai p*lis pon tak la selamat sangat..pak Gu*rD pon tak boleh dipercayai..Ada seni sil*t pon lom tentu leh selamatkan diri sendiri.. Aku harap manusia akan kembali menjaga hak kemanusiaan dan hormat antara satu sama lain..!!