KENALI CIRI-CIRI SUAMI DAN ISTERI PILIHAN
Ciri-ciri suami pilihan
Pilihlah suami berdasarkan pegangan agama dan bertanggungjawab.
Berilmu, berakhlak, pandai berkomunikasi, bijak mengurus ekonomi dan
kewangan, kuat beribadat, berfikiran terbuka, bertolak ansur,
bersefahaman, tolong menolong, tegas, berpandangan jauh dan boleh
menerima teguran.
Seorang yang memberi keutamaan kepada soal kasih sayang, nafkah,
pergaulan, keselamatan, kesihatan anggota keluarga dan tempat tinggal.
Menjadikan kepentingan keluarga lebih daripada kepentingan diri sendiri.
Memahami kehendak isteri dan sentiasa mengekalkan kemesraan walaupun
sudah lama berkahwin.
Suami juga perlu menanamkan dalam diri bahawa niat dia berkahwin
adalah kerana Allah, kerana ia akan lebih menjadikan seseorang suami
itu memikul tanggungjawab mereka yang sebenar-benarnya.
Adil dengan isteri dan tanggungjawabnya dengan ibu bapanya juga.
Ciri-ciri isteri pilihan
Perlu pandai menjaga kesihatan dan kecantikan diri.
Jaga bentuk badan agar sentiasa nampak langsing dan menarik.
Jangan lupa bersolek untuk suami.
Sambut kepulangan suami dari kerja dengan senyuman. Hiasi diri anda
agar suami merasa seronok apabila pulang ke rumah.
Layan suami di meja makan.
Bijak melayani kehendak suami.
Memahami suami dan boleh bertolak ansur serta bertimbang rasa.
Menghormati suami.
Bijak menjaga kehormatan diri dan boleh menjaga harta suami.
Monday, December 08, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment