Satu petang sabtu..aku dengan azam aku..
Aku masih konpius dengan arah hidup aku. Aku perlu memikirkan apa akan jadi pada aku [kalau umur panjang] 10 tahun akan datang???? Aku masih macam aku saat ni?? Atau aku sudah bekerja di tempat lain atau aku dah jadi mak orang?Atau...bla..bla..bla..
Iskk...Banyak sangat mende aku kene pikir..setiap orang mahu kan perubahan. Tahun baru mesti nak sesuatu yang baru. Paling koman pon, tahun baru ada azam baru!! Jadi atau tercapai ke tak azam tu belakang kira..Aku antara yang termasuk orang yang berazam baru pada tahun lepas, maybe sama cam orang lain. Tapi azam aku tahun lepas tak tercapai pada tahun ni.
Tahun ni aku rasa maybe azam tahun lepas bring forward ke tahun 2004. Heehee..ada ke orang azam macam aku ni yer? Boleh bring forward...Aku tak kuasa nak create azam baru pasal macamana-macamana pun, memang aku kena gak setelkan azam aku yang tahun lepas tu.. Aku kadang-kadang blur dengan usaha aku untuk setelkan azam aku tu..Tapi pernah ke aku berusaha bersungguh-sungguh pasal azam aku tu yerr? Jap nak pikir....
Orang kata kalau sekadar berazam tanpa usaha memang dah sah-sah la takkan berjaya punya!! Aku??? Camna la nak capai azam aku ni..Desakan dari 360 darjah kot...Sekeliling aku..everybody keep on asking the same Q.. why should they ask me that? Hahahaa..Mesti sesapa yang terbaca blog ni boleh meneka apakah azam itu...
Aku pun dah malas nak layan la mende-mende ni semua..Sekarang aku percaya pada diri sendiri. Apa yang aku tahu...untuk capai sesuatu aku kena berusaha bersungguh-sungguh, then berdoa dan tawakal ...Kalau sudah tersurat......Aku pasrah dan aku redha......
Saturday, December 27, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment