copy dari emel..
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah, sebelum menemui insan yang betul, supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup, yang lain akan terbuka. Tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama, hinggakan kita tidak nampak pintu yang dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian bersama tanpa berkata apa-apa pun. Dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya.Dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda
bukanlah satu kepastian yang dia akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka. Tapi sekiranya
tidak,pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, Satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang, Tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan pandang kemewahan seseorang kerana ianya akan susut.Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.
Akan tiba satu hari ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang, sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan. Kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.Semoga anda memiliki
kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang dalam kehidupan mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka... yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh mereka.Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskankehidupan yang sempurna. Sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum.Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, Andalah yang akan tersenyum dan orang di sekeliling anda pula yang menangis. Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan anda pada mereka.
Wednesday, October 29, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment