Thursday, April 29, 2004

Musim

Setiap hari akan terpasang 2 kipas kat bilik aku. Satu kipas siling..satu kipas stand fan..Suhu amat panas...malam2 pun panas...tido tak payah selimut....Rasa2 aku..dah 2 bulan lebih suhu agak tinggi kat kawasan aku duduk nih....Malam tadi..tiba2 aku terkejut dari tido..lebih kurang pukul 3 pagi..opss..amacam bunyi hujan..wah....dah lama tak hujan..rasa sejuk sangat..off stand fan...tido jadi makin best..heheheh..

Musim cuti pun akan bermula minggu depan..cuti sekolah dan ada banyak majlis kahwin...errkk..aku bakal menahan telinga lagi mendengar pertanyaan2 yang aku tak tau nak jawab..huhuhuhu...Kene bersiap sedia dengan skrip nih.... Sabtu ni aku akan menghantar pakcik sepupu aku ke umah isterinya di Kuala Terengganu. Pastu aku akan menghabiskan cuti aku kat kampung sampai hari Selasa. Rabu aku akan mula bekerja. Hmmm..apa aku nak buat masa cuti ek...Jadi babysitter kot..2 org heroin along aku...jadi chef sambilan maybe..jadi photographer sambilan..jadi driver utk ayah aku..jadi ....banyak2 lagi jadi yg boleh jadi, yg aku tak tahu lagi...


Musim sibuk agaknya buat aku this week. Sampai takder masa nak apdet blog..Nak YM pon, tak sempat..sekali sekala jer..Itu pun masa member aku tak pakai pc aku..iskk..iskkk..PC dia problem...banyak pulak Pc problem lately..Semalam..aku operate pc dia..tengok2 rupanya IDE cable dari Floopy x connect ke motherboard...cessss!! patutlah x leh detect A:\ drive. Aku sambung..erkk..rupa2nya cable yg aku pasang terbalik..huhuhuhu...penat tau tak..penat..angkat pc..nak cabut casing pon aku termengah2..siap mintak tolong org tolong cabut casing pc tuh..heheheheh...

Musim geng2 blogger pakai YM baru..Aku pon x terkecuali donload YM Beta version tu...pastu donload lah plak emoticon....hehhe..best gak..tapi x sempat nak explore lagi..bz ...

anyway..esok aku dah setat bercuti...mungkin aku akan merindui dirimu blog aku ni...heheh...SELAMAT BERCUTI dan kepada sesiapa yang memandu..pandulah dengan cermat dan hati2 .....ingatlah orang yang tersayang!! Kerana dalam diam ada yang meyayangimu....eceehhh..hehehhe



Tuesday, April 27, 2004

Aku takder masa nak apdet blog aku ni...masa aku tak cukup..mana pi ntah...kene cari masa aku yg ilang tuh...bila aku jumpa masa aku yang ilang tu..aku apdet lah..fenin akak..ishh.iishhh

Monday, April 26, 2004

Yg ni aku amik dari blog esbestos...heheh..aku sgt tertarik utk paste kat sini..

"I LOVE U" - ilu


Penerangan : Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak
menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu
mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu
'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ...terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu,

Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti
akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.

Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin
tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah
bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata
tu menyapa air mata yg satu lagi,
"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi
telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu,
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja
membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang
begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

Ulasan:

Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu
ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.
Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita
sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai
atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi
sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan
berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk
mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda.
Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu
terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan
courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma
membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba
memenangi) anda selamanya..."

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.
terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi,
mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda
kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.

Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika
anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak
mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang
anda ayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah
memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya,
hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika
dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layakmendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi
oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi
masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Sunday, April 25, 2004

~:Takziah:~

Takziah untuk keluarga seorang sahabat blogger ; ep, diatas kepulangan isterinya ke rahmatullah malam tadi. Al-Fatihah dan semoga roh isteri beliau dicuri rahmat..insya allah..

Ketentuan Ilahi

Jodoh, rezeki ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Andai sudah tersurat ketentuanNya, sesaat pun tidak akan tercepat atau pun terlewat. Berusahalah untuk lima perkara sebelum datang lima perkara.

5 sebelum 5



Wednesday, April 21, 2004

Kebakaran hutan yg sedang berlaku di Terengganu...

Sempat snap gambo masa aku tgh drive ke opis..kelam jer jalan..bahayer utk kenderaan jika tak pasang lampu..

Lenkali aku upload gambo lain..hati sedih jer...penat2 edit..gambo x leh view..gambo corrupt terus...
Gambar

Sakit hati bila gambo yg aku snap x jadi..gelap jer bila malam..sah-sahla tak cukup cahaya...bila snap siang..ok jer..ishh..aku bukan nya seorg potograper yg baik..amatur sangattt...nak edit gambo lagi lahhh...bantai aku jer balance n kasi terang n kontra..last2..most of my pics yg aku edit x leh view..cehh..ampesnyaaa....

lenkali nak amik gambo waktu siang..terang jer mata ..takyah edit dah...ayat sakit ati..heheheh.
Hantu

Pagi tadi opismate aku heboh bercerita pasal hantu yang menggoyangkan tiang bendera di sebuah sekolah di daerah Kemaman ni. Tempat tu macam jadi satu kawasan pesta bila masing2 berkumpul di sana untuk melihat sendiri kebenaran citer tersebut. Dari apa yang diceritakan kepada opismate aku, saksi telah melihat sendiri tiang tersebut seolah2 dibengkokkan dan bergotang-goyang...bila berada dalam keadaan biasa, tiang bendera tersebut macam tiang bendera yang biasa...tegak jer..tanpa bengkok.

Malam tadi pon masih ada yang pergi ke sana untuk melihat sendiri keadaan tiang tersebut. Walaubagaimana pun, ada kalanya tiang tersebut tidak bergoyang...entahlah..mungkin terasa dirinya jadi bahan tontonan..dia malu..agak aku ler...Yang pasti..aku tak mahu menjadi saksi kebenaran citer tersebut kerana aku tak mahu melihat mende2 macam tu..biarlah benar macam mana sekali pun..aku takut makhluk tu ikut sekali balik umah...buatnya "dia" balik sekali ...apa aku nak buat??
ishh..nauzubillah....citer hantu pon aku takut....ini kan pulak hantu dalam dunia realiti...erkk!!

Dengar2 citer..hantu tu dari org yang mati eksiden...tak berani plak aku nak citer lebih2...seriauu...

Sunday, April 18, 2004

Kerana Ridsect

Petang semalam, aku telah membunuh seko lipan yang telah disalah anggap sebagai gonggok oleh member umah aku...dia sembur ridsect untuk bunuh lipas yg ramai kat dapur..Dia nampak lipan tu merayap keluar dari tempat tido dia tapi dia ingatkan ulat gonggok tu..Aku pegi kat situ terkejut badak aku...lipan bukan sais kecik..satu jengkal lebih..aku tak tahu nak buat apa..tapi aku nampak tukul besi tepi tuh...aku amik tukul besi tu dan ketuk lipan tu sampai jadi cam ni..




Lagi 10 perkara

Hari ni post pasal LELAKI yang aku dapat dari emel yg di fwdkan kepada aku.

Lelaki...


1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Yang mana betul amik pengajaran..yang mana tak betul tu..jangan amalkan..baca jer lah ...
DIDO - >> http://www.didomusic.com/main.html
1- Klik Music, White Flag then klik video..

Ni lirik dia..

"White Flag"

I know you think that I shouldn't still love you,
Or tell you that.
But if I didn't say it, well I'd still have felt it
where's the sense in that?

I promise I'm not trying to make your life harder
Or return to where we were

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I know I left too much mess and
destruction to come back again
And I caused nothing but trouble
I understand if you can't talk to me again
And if you live by the rules of "it's over"
then I'm sure that that makes sense

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

And when we meet
Which I'm sure we will
All that was there
Will be there still
I'll let it pass
And hold my tongue
And you will think
That I've moved on....

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be


enjoy it!!...

Saturday, April 17, 2004

Sabtu selepas 100 jam ++ tanpa update

Tergerak hati untuk mencoret sedikit kalimah hari ini selepas aku menyepi 100 jam lebih. Dalam minda aku, bersusun-susun idea yang menunggu untuk diluahkan namun aku tidak tahu dimana harus aku mulakan. Setiap hari banyak perkara yang berlaku dan perkara-perkara yang berlaku adalah terlalu kompleks untuk aku coretkan di sini. Biarlah yang kompleks itu, hati aku ajer yang tahu. Lagipun, aku tidak perlu membebankan pemikiran orang untuk membaca coretan kompleks aku. Yang aku mampu luahkan adalah hanya sekadar coretan namun ikhlas dari hati nurani aku. Betapa amat sukar untuk aku mengerti akan maksud sekeping hati yang luhur. Tiada punca dan petunjuk yang aku perolehi untuk memahaminya. Biarlah..satu masa aku pasti faham lantaran aku tidak betah dengan situasi dan keadaan yang aku hadapi sekarang....namun aku rasa aku amat amat terkesima dengan keadaan yang telah berlaku itu...

Sambil mencoret untuk kesekian kali nya, sambil aku mendengar lagu dari CD yang bertajuk "White Flag" yang dinyanyikan oleh Dido. Hmmm... the 1st few sentences macam ni lebih kurang..."I know you think that I shouldn't still love you I'll tell you that But if I didn't say it Well, I'd still have felt it". Nanti2 lah..aku cuba carikan liriknya..iramanya pon not bad..Boleh la nak layan ...

Semalam aku ke Kuantan selepas aku call adik aku supaya temankan aku. Kadang-kadang aku ni tak tahu jalan nak ke Kuantan..heheh..Memang aku macam tu..lupa jalan yang aku tak biasa sangat lalui. Sampai kat Megamall Kuantan, aku ronda-ronda dalam ruang legar dan eh!...ada PC Fair gak kat sini rupanya. hmmm..Inagtkan kat PWTC KL dan JB jer...alhamdulilahhh..survey harga digicam...dah lama aku mencari-cari yang sesuai dengan budget dan yang terbaik..so far yang aku jumpa aku tak berkenan sangat dengan features yang ada. Jalan-jalan cari makan, aku dan adik aku stop kat depan satu booth tu dan terus makcik salesgirl tu cerita2..mulamula buhsan tapi lama2 dengar cam tertarik pulak..yalah Digicam dual functions as digicam and webcam. 5.0 megapixel dan built in 8MB and dapat free 64mb memori kad. Bukan tu ajer, digicam tu leh record video dan audio sekali..buat movie pon boleh..ada speaker..nak temuramah org senang lah..ada LCD untuk view..apa lagi ekk... Aku tanya macam-macam kat salesgirl tu..sajer jer..nak ramah mesra..hahahah..melupakan kesedihan ...isk iskk.

Dengan 64 MB kad tu, minah cina tu cakap leh amik gambar 100 keping..dia bagi free bateri pulak..dan bagitau bateri tu leh tahan 2 hari kalu aku off bila taknak pakai digicam tu. Ermm...poket aku tahap kering, tapi hati aku memang nak sangat beli mende alah tu bcos I hv been looking 4 it since last month. Aku tanya adik aku, dia cakap..half-half ok gak..Ishh..aku kalu buleh nak jadikan digicam tu asset no 2 aku selepas asset pertama kete aku. Alhamdulillah aku berjaya memiliki digicam tu and I really love it.

Dah dekat waktu solat Jumaat, adik aku kene balik umah dia pulak. So dia drv WHG, aku pulak snap gambar macam2 all the way to his house. nanti aku tunjukkan gambar2 yang aku amik.. Sampaikan gambar kete kancil makcik yang dok bersesak dalam jammed pon aku amik..hahhahah..mesti konpius makcik tu..lantaklah...bukan buat super imposed pon...Aku terus ke office lepas hantar adik aku.. Bukan apa, nak try guna webcam cam minah cina tu cakap. Kang kalu takleh guna as webcam, aku leh pegi tukar..haahha...tukar baru...aku really need something new in my life ..melupakan pengalaman..buleh ke camtu??. Mula-mula guna digicam tu, aku taktau nak buat camner nak suh dia fungsi as webcam..Tercangak-cangak la baca manual..sib baik dia kasi manual dalam bahser yang aku faham..buatnya dia kasi manual cam pes taim aku beli henpon Siemen dulu, manual ikut bahser German..mana aku faham..Main belasah jerlah explore sendiri fungsi2 yang ada kat henpon tuh..hehheh..pengalaman betul..Kenapa hidup aku ni banyak pengalaman ek??macam-macam pengalaman...malam tadi member aku ajak pegi Pizza Hut..terkial-kial nak order mende apa..aku pulak..suka tanya banyak2 kat waitress tu..hahha..last2 kitaorang order Pizza yg kecik tu Chicken Supreme rasanya nama dia..Ada sup tu, garlic bread..Hot choc..woohh..best ooo hot choc tu..mug kecik jer RM2.50..erkk..sempat bisik kat member..kalu beli Milo, leh dapat banyak mug dapat utk hot choc ni..hehhe..sempat gak bergambar guna my new toy..hehhe..Kenapa lah aku takleh stay dalam umah jer rasa lately..rasa minda aku sempit..sesempit laluan ke hati aku sekarang...Sib baik laluan ke jantung ok lagi...Alhamdulillah..Aku masih alive dan aku perlu survive...


Nampak tak mug kecik tu..hot choc tu besttt..

to my adik : Dah beli dah digicam..by next week, insya allah akak amik gambar as per requested..ok babe??

Tuesday, April 13, 2004

Patutla

Pagi tadi aku pulang ke kampung dan pulang ke pejabat dlm masa 3 jam. Aku bernasib baik baik kerana ada pesaing di jalan raya yang memaksa aku memecut 130km sejam..Heheh Best jugak rupanya bersaing secara "sihat" di laluan awam nih.... So,cepat la aku sampai...Alhamdulillah aku sampai umah dan balik ke opis dengan selamatt...

Selesai segala kerja aku yang patut aku setelkan kat kampung, aku drive ke opis..jugak pada pecutan yg lebih kurang dengan pecutan masa aku balik tadi...kalu mak aku tahu nih..mampus aku kene syaarahan free tujuh lapan sesi..heheh

Sesampainya aku kat jalan baru tu, barulah aku tahu..."oooooooooo..patutla panas semacam jer negara belah sini patlima menjak nih", ada kebakaran hutan..kawasan yg terbakar agak luas..semalam ada accident tujuh lapan kete pasal jalan kabur dan kelam dengan asap.

Tadi masa balik kampung jalan tu ditutup..ramai pak polisi dgn jpj kat situ. Kaki aku pon rasa cam nak krem ..dekat 45 min tadi dok bersesak-sesak dgn kete, lori, etc...aku dah setat rasa boring..pasang lagu..layan lagu...bukak sket cermin kete..kang ada plak aku sesak napeh dlm kete kang..since masih pagi..aku malas nak on ekon tuh..kot ada yg perati gelagat aku tgh bosan tadi tak tau la pulak aku...lantak la..aku punya suka la...malunya aku...kalau ada yg nampak kepala aku dok ikut lengguk lagu.....erkk

Ok..get back to patutla panas....Hutan tu agak aku dah 4 hari terbakar..sejak dari aku hantar adik aku lagi....waduh..waduh..kot cenggitu ya...patutla langit kelam...rasa panasss jek malam2...rupa2nya ada kebakaran hutan..and aku rasa sampai skrg pon still lagi terbakau...mmg jadi black forest la...heheheh

HUSNA dah pandai senyum kat aku..yeyeyye..seronoknya..tak sabau nak snap gambo nak kasi kat nko dik....sajer nak bagi jelesss..kehkehkehhh

10 AMALAN YANG TERBALIK

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Sunday, April 11, 2004

Naper aku susah betoi nak post msg kat flooble tu ek...ishhhh..nak respond pon susah...


Adik aku "terbang"

Petang Khamis adik aku tetiba muncul depan opis aku. Rupa2nya dia telah keluar tanpa kebenaran dari warden. Hasrat awal aku untuk "kutip" dia kat asrama tak jadi.. Dia "kutip" aku pulak kat opis. Masuk ajer kete, aku tak kata apa2 bcos dia dah cakap awal2 dia keluar tanpa izin warden. Tapi agak lama dlm kete aku setat syarahan mukadimah aku kat dia. Dia diam..Maybe terasa jugak kebenaran syarahan aku.

Sampai umah kat kampung dia dah awal2 bagitau aku..jgn bagitau kat mak ayah yg dia "fly" dari asrama...masa mak tanya dia kul brape K** T**i amik kat hostel, dia senyum ajer...pastu main isyarat mata plak dgn aku..hehhe..gasak ko adik...sat lagi ko mesti bagitau gak...aku paham sangat..heheh..

Alih2 lepas solat Magrib bunyi mak aku bising2 kat ruang tamu..hah! kan aku dah cakap..mesti bagitau nya lah...tak baik tipu mak kan..heheh...Agak aku lah ..mesti pressure gila rasa bila tipu mak..pastu dia rasa lagi pressure plak bila mak, ayah, akak aku..dok prong preng kat dia...hambik...kan cakap awal2..kalau akak kata nak amik kat hostel...jgn pandai2 nak "fly"...lenkali amik ikhtibar...

Ptg Sabtu aku bertolak awal dari kampung. Dengan harapan adik aku boleh masuk balik hostel tanpa dikesan oleh sesapa..termasuk pak guard dan warden Aku x fhm naper dia tak suka betul kat pak guard tu..emphh. Pusing2 bandar..tak jumpa sorg umat pon yg dari hostel dia..baik yg pakai baju asrama ke hapa ke....adeh!! adik aku dah blur...mmg blur..dgn aku blur..tapi aku kene tunjuk aku lagi terrorist dari dia supaya dia percaya kat aku yg aku bleh setel prob dia. Dia suh aku hantar dia gi sekolah esok pagi..Ok..dgn plan dia..aku kira ok ajer..siap gi beli baju sekolah baru lagi..Kiranya dia tido umah aku lah..

Magrib tu, aku call umah nak bagitau yg aku dah sampai Kemaman. Ayah tanya "Hantar adik kul bape?"..Aku dok erk erkk erkk..takleh tipu..aku tak pandai..Aku citer yg sebenar..Mak aku plak call and kasi order lagi "hantar adik ke hostel lepas Magrib..macamana2 pon..titik". heheh..Panglima dah kasi order daa..aku takleh elak..kang kene pancung lak..heheh...Aku plak kasi order kat adik aku "By hook by crook..Pasnih ko mmg kene balik hostel. Mak suh jugak ". Mak siap cek point lagi half an hour after that..heheh dia takut aku tak hantar adik aku..kwang kwang kwanggg..

Aku gi jumpa warden dia..kira boleh tolerate gak la..insya allah adik aku ok jer..Malam2 jalan kat hostel boys..hantar adik..tingat citer lama kat MRS*KT..hehhe..lenkali aku citer...my beloved school..


Being a chef for last 2 days

Mak sakit..akak sakit...aku sihat..so..aku jadi chef..adeh...penat wooo...Aku takmo bukak gerai makan..penat..aku takleh jadi doktor..takut darah...heheh..cita2 lama. Yang seronok..aku leh masak apa yg aku suka. Yang tak seronok..masakan aku tak cukup rasa dan terlebih rasa...ada jadi masin..ada jadi tawar..aku rasa garam kat umah aku tu rasa masin dia tak rata arrrr..heheh...takper2..lenkali balik beli garam baru...hihihi...tukang kritik ramai plak...takper..aku redha...dugaannnnnnnn...

To adik kat Egy*t : Still cari digicam yg seshuai dgn budget..sabo yekkk!

Tuesday, April 06, 2004

Wishing Stairs

Malam tadi, aku dan housemates aku lepak-lepak depan pc bcos nak tengok movie tu.. Dah 3 hari cd tu lepak kat umah aku. Kitaorg ingat nak tgh movie tu taim waktu siang..tapi minggu ni dan maybe minggu depan, aku akan bz..so kitaorg tak prefer tgk movie antu tuh waktu malam. Memandangkan malam tadi ada sikit waktu free, so, memasing dgn bantal sorang satu dan duduk dekat2..heheh..movie tak setat lagi..takut jer yg lebih..hahhahah...

CD 1 quite boring and ada sket2 scene yg buat kitaorg almost menjerit histeria.....memasing bukan bukak mata luas2..tapi pakat2 intai monitor pc dari celah jari..dari belakang tangan..aku plak intai dari celahan kain bantal yg jarang2 tuh..eheheh...Tgk gaya masing2..aku gelak..kuat2...Citer tu scene dia byk waktu mlm..keadaan suram.tgk kaler background pon rasa semacam...Takut punya pasal tapi still nak tgk jugak...Kitaorg..mula2 slowkan suara..pastu still rasa ngeri..so..kitaorg mute kan pulak suara movie tu..ahakss...kawan aku cakap, "Apa jadahnya tgk movie bisu nih?"...Aku tak kira..Nak tgk tapi takut..hah..jadilah cam tadi...tgk movie bisu..

Dah bisu..rasa takut lagi..skrin monitor tu besar sangat..ishh..takleh jadi..kang ada yg tak tido malam plak nih..so, kecikkan saiz skrin tu..jadik satu perempat jer dari full skrin..heheheh...Pastu aku suggest.."Apa kata kita on radio plak...tak la rasa ngeri bila tgk movie dlm keadaan bisu nih.."..cesstttt.....hahahah.....
Tetiba terkeluar scene budak pompuan tu tergolek..darah bercecer..banyak..erkk...semua jerit..and semua tutup mata...aku tak terkecuali..pastu pakat2 tanya..dah abis belom scene tu...(Mana nak tahu..semua pakat tutup mata...adehhh).

Masuk CD 2, aku rasa kalu aku teruskan gaktgk movie tu..aku tak akan dapat tido..aku nak peluk sapa kalu aku takut??..hehhehehe.. Kalau depan pc tu leh gak dok himpit2 sama sendiri..kat bilik aku?? Mati katak aku...Sib baik..kat bilik aku ada banyakkkk bantal peluk aku.. ;). Tetiba..jeng jeng jeng..ada kawan call..fuhh..slamat aku dari tgk CD2.. abis end call, aku ingat nak gi jenguk2 apa h/mate aku buat..kot la sambung balik tgk movie tu..rupa2nya diaorg dah bukak CD Hindustan..la haiiiii...tak buleh tgk gak ek..sama cam aku...heheeh

Moral of the stori : Jangan tgk citer seram kalu rasa diri penakut....kalu nak tgk jugak..buatla mcm aku buat...Mute kan sound...kecikkan skrin...lagi rasa tak takut kalu on radio masa mute movie tu..hehehehhe


Ni cover cd tu


Monday, April 05, 2004

Mei

Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggi, permikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.

Adakah aku mempunyai sifat2 yang tersenarai??? hmmm....
Hatiku lega

Aku memendam rasa utk pat lima hari ni..until this afternoon baru rasa release jer..Org yg aku sayang kene dimasukkan ke wad atas sebab2 kesihatan. semalam masuk wad. Pagi tadi masuk bilik treatment..Two hours after that org tu call aku bagitau dia ok jer..alhamdulillah..ok..aku tak boleh elaborate byk2 psl org tu atas sebab2 yg telah dipersetujui bersama. BTW, org tu bukanlah insan berlainan cas yer..satu cas jugak dgn aku..hehhehe..syyyyyyyyyy...Yang pasti..hati aku dah tak risau lagi...alhamdulillahhhhhhhh..


And bcos of that matter, pagi tadi aku cuba menyibukkan diri aku yg sibuk jugak lah hari ni..pura2 bz..n kurang bercakap...hati gusar beb...and aku jadi emo plak tadi..it's ok..sib baik takder plak opismate aku buat lawak kureng dgn aku..biasalah..org tgh emo ni..cepat melenting..aku so far leh ctrl lagi..ok lah ..cuma didih sket kat dalam..taim aku risau..serabut..ada plak yg tanya itu ini..tanya soklan yg lelebih kurang...kot aku menjawab kang..senyap sampai sudah..hahhaha..so..aku kunci kan mulut aku..supaya mulut aku tak terbabas cakap keluar dari landasan ..keh kehhh..yg tu citer tadi..citer skrg adalah..aku dah back to normal..

Buku Citer

Semalam aku sambung baca buku citer yg aku pinjam kat kawan aku. Sedihnya citer tu sampai boleh buat empangan air mata aku pecah..tak la bederai ..cuma kene lap2 ayaq mata gitu...dialog yg paling best setakat aku baca :
"Semua ini takdir, kalau dah tersurat, kita tak boleh nak mengelak. Ini adalah ujian untuk kita dan mesti ada hikmah atas apa yang berlaku".

Physically that lady tu lawa, kaya (bukan takat kaya jer..tapi kaya gila2 punya kaya), sopan santun, lemah lembut..all those +ve attitude..dan yg aku paling moskel..dia tak pakai tudung, quite seksi..peluk2 gak dgn pakwe dia..tapi solat sunat n tahajud dia tak plak tinggal ...camna tu ek..setau aku kalau kita jaga solat..solat akan jaga kita dari melakukan perkara2 yang tak elok..tapi yg tu...hmm...ntahla...aku akan sambung baca buku tu lagi malam ni..harap2nya aku tak emo lagi bila baca buku tuh...

Kenapa bila aku serabut jer, aku akan makan banyak..eeiiii...susah tul la aku nak faham diri aku nih!!!

Sunday, April 04, 2004

Tetiba aku rasa cam nak paste something yg aku dpt dari emel yg kwn aku fwd kat aku.



Something about PENYU....I like it!!!Nice word huh!! ;)
Aku SaKIT aTi PaSAl TaKbLEH nAK lETAk dONEEH DGN UBaH sKET2 ApA2 Yg AKU nAk uBaH..dAHLa Pc AkU PeKAK..rase CAm GeRrrrramm
Kat Umah

Hari Jumaat aku balik kampung, tak sabar2 rasanya nak peluk cium anak aku sedara aku si HUSNA. wahh..sudah besar budak itu..dah pandai main mata rupa2 nya...jeling2 aku..heheh..kuat "menyanyi" malam2 hari..Punyala ralit main dengan dia sampai aku terlupa si kakak HUDA..erkk..mak aku cakap.."hamboi..hamboi..dah ada yg baru..yg lama lupa yer.."..heheh..sori HUDA..Che Da terkelupaan japs..eheheh..Alahhh..dia takder pon kat umah masa aku balik kampung..Dia balik umah TokWan dia kat Kerteh dgn abah dia..

Balik aja dari umah TokWan dia, sibuk dia cari aku..peluk aku...(kan ke best kalu anak aku buat camtu..ahahhaha)...banyak sgt dia celoteh..citer itu..citer ini kat aku...adeh!!..kadang-kadang penat jugak..sampai ada masanya aku buat2 derk jer apa dia cakap..tak larat nak sampuk dik oii...Cakap dia macam org tua2...bila bercakap siap ada ekspresi mata lagi tu..adehhh....macam2 la...

Malam tu dia beria2 ajak aku tolong ajarkan dia buat keja sekolah dia..Ahhaaa..mmg la tolong..tolong dia siapkan kerja dia..Sapa yg kene buat??? Mak sedara niii jugak..Kesian jugak..aku tolong sket2 jer..kang yang pandai nya akuuu jugak..anak sedara aku..tak pandai2..susah tu..Sudahnya aku tutup buku dia..bcos dia dah mengantuk sangat..Letih bermain dgn sepupu dia kat umah TokWan dia agaknya..Org tepon nak cakap dgn dia pon, dia dah tak mau cakap dah..Padahal..biasanya kalu tepon bunyi ajer..dia adalah org yg pertama angkat tepon..sian dia...

HUDA terjatuh masa berlari dgn Che Su sampai melecet bahu..kitaorg cakap "HUDA dah ada pangkat..sarjen kot.."heheh..sian anak sedara aku...Dia ngadu "CheDa ...Huda luka kat sini..kat situ..kat bibir...banyak luka...tapi tak sakit". Dia ni lebih berani berbanding adik aku dan tak takut makan ubat..Tak macam mak sedara dia..ehehhehe...ubat adalah bende terakhir aku akan cari..bila aku sakit..Byk dadah tuuu...ayat cover beb!!hehehe..