Thursday, August 05, 2004

Rushing sana sini

Bermula kes datukku masuk HKT pada akhir bulan lepas, setiap hujung minggu aku akan balik ke kampung. Setiap hujung minggu aku akan jadi pemandu ke HKT. Penat jugak bila berkejar setiap hari ke KT pada hujung minggu. Tapi tugas dan tanggungjawab menuntut aku melakukan semua tu. Hujung minggu ni, Isnin ni, Ahad minggu depan, aku akan ke sana lagi...dan lagi...

Cuti aku dah hampir ke penghujung. Anganku nak ke Langkawi terkubur. Setiap minggu aku akan apply cuti sehinggalah mungkin akan ada unpaid leave nanti. Oh tidakkkk...Betul kata orang.."untuk dapatkan sesuatu kena korbankan sesuatu". Sekarang aku akan mengorbankan hujung minggu aku dan cuti aku. Manalah tahu impianku termakbul!! Semoga pengorbananku berbaloi..Insya allah..Usaha jerla..

Bulan 8 ni banyak mencatatkan suka duka aku untuk tahun ni. Kepulangan adikku ke Malaysia pada 15/8 ni setelah 3 tahun berada di sana. Berita yang menggembirakan hati mak ayah aku. Bayangkan betapa runsingnya hati mak ayah aku masa dulu , WTC dibom selepas 2 minggu adik aku pergi ke sana bukan ke US yerr.. tapi ke Egypt. Bukan mak ayah jer rasanya, semua ahli keluarga aku resah. Rasa macam perang dunia ke tiga bermula. Arghh...Aku mahu hidup dalam keadaan aman damai.. Perang merugikan semua pihak..yang menyerang, yang diserang..yang tak mahu ada perang pon turut terkena bahana nya.

Teringat cerita moyang aku berusia lebih dari satu abad yang memanggilku dengan nama Jenny..ahaks.., masa perang dulu, makan ubi kayu rebus hari-hari, itu pon kalau jumpa ubi. Kalau tak, makan daun-daun kayu yang dimasak. Hidup sentiasa ketakutan, takut2 terserempak si katik tu, yang lelaki dibunuh atau diambil sebagai buruh kasar, yang perempuan diperlakukan sesuka hati. Kebersihan tahap paling bawah. Kudis buta ke tak buta ke , semua jenis kaum kerabat penyakit timbul dan tiada ubat nak mengubatinya. Yang paling sedih tengok jari moyang aku, ada kesan hirisan pada jari tangannya. Dia buang kudis buta katanya dan dia lakukan sendiri. Gulp!!!

Bayangkan kalau kita kena mengalami semua perkara tu sekarang. Tak ada KFC, Pizza, McD cuma ubi atau pucuk-pucuk kayu. Tak ada farmasi untuk kita berkejar waktu malam-malam buta kalau sakit datang tiba-tiba. Jangan mimpi nak lenggang kangkung sorang-sorang diri kat bandar/kampung apalagi kalau yang nak berdating... Tak ada HP untuk menghantar SMS minta bantuan. Kanan kiri hanya ada senapang, pistol, M16 dan kaum kerabatnya.

Aku tetiba rasa musykil kenapa hari ni aku jadi patriotik.. dari cerita ulang alik ke HKT jadi cerita perang yer..Mungkin bulan Ogos ni menyemarakkan semangat aku kot..atau pun semangat baru aku yang aku dapat kebelakangan ni membantu aku menaip entri seperti ni. Atau pun sebab aku baru abis baca blog d'arkampo.. ??? Entah la..

Bila tahap bosan tinggi dalam diri jadi macam ni agaknya ..tulisan ntah apa-apa...