Thursday, August 26, 2004

Dia

Kemunculannya tidak ku jangka. Petang semalam DIA muncul lagi setelah beberapa bulan menghilangkan diri. Hadirnya bukan menyenangkan hatiku, malah menakutkan aku. Bukan hanya aku, bebudak rumah aku pon takut juga.

Dia tidak pernah berkata-kata. Hanya memandang seribu bahasa, diam tanpa suara. Aku hairan, setelah lama meyepi, dia kembali lagi dalam hidup aku. Aku memang tidak memerlukan dia dalam hidup aku. Sungguh!

Petang semalam, aku terasa amat terdera dengan kehadirannya di situ. Semua benda yang aku buat tak kena. Takut betul aku. Bimbang dia melakukan sesuatu yang aku tak ingin dia lakukan. Dulu dia pernah buat perkara bodoh tu. Histeria aku satu rumah. Bebudak rumah aku pon sama join aku. Apa taknya dia jadi Superman. Argghh...Bila dia mahu pulang???

Petang semalam, aku sanggup mandi pukul 10.00 mlm semata-mata tak mahu berjumpa dengan dia. Biasanya aku mandi 10 minit. malam tadi aku mandi 5 minit ajer. Tu pon dah cukup terdera hati aku dok lama-lama sebilik dengan dia. Asyik memandangg jer...Cungkil mata tu kang!. Pagi tadi aku tak mampu nak menatap dia lama-lama. Sempat mandi cuma sekadar membasahkan badan. Tak sempat nak mendendangkan lagu irama malaysia/sentimental/rock etc. Bimbang dia rasa tercabar pulak dengan 'kemerduan' suaraku. Ahaks!

Petang karang, aku tak tahu macam mana nak menghadapi dia. Mungkin aku akan gunakan kekerasan kali ni. Kalau dia tak mahu keluar dari rumahku. Hmmm..mungkin aku akan gunakan Ridsect..atau Baygon. Aku nak sembur kat muka dia. Biar dia tahu, dia tak diperlukan kat rumah aku. Dulu aku sembur Ridsect kat cicak yang asyik 'stare' kat aku dalam bilik air. Mati cicak tu kat situ. Banyak sangat telan semburan Ridsect.

Tapi cicak kecik jer. Dia ni besar sikit. Suka buat Superman sana sini. Silap terbang hinggap kat badan kita. Dia tahan tak dengan Ridsect agaknya? Katak pisang tu???


No comments: