Cuti dan kerja
Semalam ke Kuala Terengganu sebab aku dijemput hadir ke Wisma Darul Iman. Suprise jer kan...ada sedikit taklimat di sana. Majlis bermula pukul 10.00 pagi tapi mak ayah aku dari awal pagi dah bising2 suruh aku dan adik aku bertolak lebih awal. Pukul 7.50 aku dah
di halau bertolak ke sana. Jalan agak lenggang. Tuan-tuan kereta pon memecut laju sampai dekat satu jalan yang lurus. Ada satu pemandu tu yang aku agakla dia "sakit perut" tapi masih memandu. Huhh!! Dia memotong semua kenderaan termasuklah WHG masa tu. Nak dijadikan cerita encik2 lembu sedang beratur dengan sopan kat tepi jalan ala2 cow walk. Aku tak expect depa2 tu akan melintas jalan dan aku memang tak agak langsung pada masa tu di pemandu yang "sakit perut" tu akan cuba menintas WHG masa tu. Memang aku dah cuba perlahankan kelajuan WHG pon.
Pada masa serentak tu, lembu2 tu dengan "sopan santun" telah melintas tanpa memandang kiri dan kanan! Si pemandu tu pon nak memintas WHG jugak. Aku??? Syukur sangat2, aku cuba sedaya upaya aku utk menekan brek dari jauh dan pemandu kat belakang WHG tu terpandu terus masuk ke kanan jalan dan lembu2 tu berada tak sampai satu meter depan kereta aku. Hinshh..hinshhh...Gabra jap..giler betulla..Tapi siapa/apa yang giler? Lembu kah? Orang yang sakit perut tu kah? Aku kah?? Pada kelajuan 120kmsj
kalau mak ayah tahu..mmg nahas giler la aku ..syyyy, aku rasa aku tekan brek sampai ke dinding WHG tu kott...masa tu memang aku pasrah ..Tuhan jer yang tahu! Alhamdulillah...umur aku masih panjang..
Sempat bersolat Zohor di sini..
More pics kat MyFotopages..
Pernah tengok orang amik gambar orang tengah ambik gambar???
Betul ke ayat tu? Cam pelik jerr aku rasa . Dia amik gambar dan aku amik gambar dia..he hee..Kenapa aku amik gambar dia? Dia pegi masjid tak tutup aurat..Cina bukan Islam kot dia ni tapi dia tak faham peraturan kat signboard yang terpampang kat depan tu kot. "SILA BERPAKAIAN MENUTUP AURAT"!!
Yang ni cuma nak test mata korang2 jer..Kenapa rumah tu senget?? Jawabb..jawabbb..!!
Anak siapa ni?? Kenapa mata dia tak sesepet mata mak sedara dia ek?
Ayat2 orang jeles..he hee
No comments:
Post a Comment