Monday, August 30, 2004

Merdeka

Esok hari Merdeka ! Jalur Gemilang berkibar di kereta, bumbung rumah, kedai, motor, pagar, sekolah...dimana-mana..

Hari ni aku dah merdeka . Semalam sebenarnya aku dah merdeka. Merdeka dari rasa takut dan terseksa. Si Dia dah aku 'nyahkan' dari rumahku. Bukan guna Ridsect ke Baygon ke. Cuma aku buangkan dia dengan baldi aku keluar dari rumah aku. Punyalah penat nak suruh Dia masuk dalam plastik tu. Sempatlah mendengar aku dan Shali berteriak menyuruh Dia masuk dalam plastik tu. Dan sempat jugaklah aku dan Shali melompat-lompat...heeeeehee..Takut Dia melompat ke arah kitaorang, so kitaorang melompat dulu..Kahkah...Penat betul melompat rupa-rupanya...

So, aku dan bebudak rumahku dapatlah mandi dengan aman damai malam tadi. Tanpa rasa takut, tanpa perlu mengendap ..tanpa perlu menyorok dari si Dia.

Aku jugak merdeka dari segala rasa yang terjeruk dalam jiwa. I am back to normal. Get my lonely life back.

Esok, aku masih tercongak-congak apa aku nak buat. Nak ke Kuantan? Huishh..mesti sesak giler babas. Kalau aku pergi jugak, aku akan menyesal...heheee..baik ngadap TV, takpon lepak kat umah..takpon pegi tengok sungai mancing tu, takpon berkemas untuk ke PAC, takpon aku tido..ahaks.. Apa-apa pon aku nak buat esok, Merdeka Day still going on.

Dan aku nak ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA utk semua umat Malaysia. Semoga kita berjaya memerdekakan diri kita dari apa jua bentuk jajahan ke atas diri kita.

Kita berjuang untuk kemerdekaan. Kita teruskan perjuangan. Merdeka kita bukan sekadar mengibarkan bendera Malaysia. Biarlah minda pon turut merdeka. Menginsafi diri kita sebagai warga Malaysia dan makhluk yang hidup sementara di dunia ini.

Thursday, August 26, 2004

Dia

Kemunculannya tidak ku jangka. Petang semalam DIA muncul lagi setelah beberapa bulan menghilangkan diri. Hadirnya bukan menyenangkan hatiku, malah menakutkan aku. Bukan hanya aku, bebudak rumah aku pon takut juga.

Dia tidak pernah berkata-kata. Hanya memandang seribu bahasa, diam tanpa suara. Aku hairan, setelah lama meyepi, dia kembali lagi dalam hidup aku. Aku memang tidak memerlukan dia dalam hidup aku. Sungguh!

Petang semalam, aku terasa amat terdera dengan kehadirannya di situ. Semua benda yang aku buat tak kena. Takut betul aku. Bimbang dia melakukan sesuatu yang aku tak ingin dia lakukan. Dulu dia pernah buat perkara bodoh tu. Histeria aku satu rumah. Bebudak rumah aku pon sama join aku. Apa taknya dia jadi Superman. Argghh...Bila dia mahu pulang???

Petang semalam, aku sanggup mandi pukul 10.00 mlm semata-mata tak mahu berjumpa dengan dia. Biasanya aku mandi 10 minit. malam tadi aku mandi 5 minit ajer. Tu pon dah cukup terdera hati aku dok lama-lama sebilik dengan dia. Asyik memandangg jer...Cungkil mata tu kang!. Pagi tadi aku tak mampu nak menatap dia lama-lama. Sempat mandi cuma sekadar membasahkan badan. Tak sempat nak mendendangkan lagu irama malaysia/sentimental/rock etc. Bimbang dia rasa tercabar pulak dengan 'kemerduan' suaraku. Ahaks!

Petang karang, aku tak tahu macam mana nak menghadapi dia. Mungkin aku akan gunakan kekerasan kali ni. Kalau dia tak mahu keluar dari rumahku. Hmmm..mungkin aku akan gunakan Ridsect..atau Baygon. Aku nak sembur kat muka dia. Biar dia tahu, dia tak diperlukan kat rumah aku. Dulu aku sembur Ridsect kat cicak yang asyik 'stare' kat aku dalam bilik air. Mati cicak tu kat situ. Banyak sangat telan semburan Ridsect.

Tapi cicak kecik jer. Dia ni besar sikit. Suka buat Superman sana sini. Silap terbang hinggap kat badan kita. Dia tahan tak dengan Ridsect agaknya? Katak pisang tu???


Monday, August 23, 2004

Hitam Putih Kehidupan

"langit tak selalu cerah"..ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari..

Sekian entri aku hari ini.

Sunday, August 22, 2004

Praaanggggggg...

Ada satu keping kaca yang telah terjatuh dari tempat tinggi. Asalnya kaca tu duduk tempat elok tapi ntah sapa ntah tertolak kaca tu kat tepi "tubir" almari tinggi tu. Masa saat-saat genting nak jatuh tu, kaca tu berdoa mintak-mintakla dia tak berderai bila jatuh. Tapi apakan daya, kaca tetap kaca. Bila jatuh ia berderai bersepah merata-rata.

Nasib baik tuan rumah tu ada penyapu dan penyodok sampah. Dia kaut serpihan-serpihan kaca tu dan buangkan dalam lubang yang digali khas untuk tanam kaca tu. Tuan rumah takut ada orang yang tercedera bila terkena kaca tu. Jadi dia perlu buang jauh-jauh serpihan kaca tu. Dia dah tanamkan kaca-kaca tu dan kambus lubang tu. Tak kan gali balik lagi.

Tuan rumah dah ambik ikhtibar dari peritiwa kaca jatuh tu. Lainkali jangan letak kaca kat tempat tinggi. Kalau jatuh memang sah-sah la berkecai. Tak dapat diselamatkan lagi. Dia takut dengar bunyi kaca yang terhempas. Praaanggggggggg...berderai..

Thursday, August 19, 2004

Nama aku

Pagi tadi , lepas mandi..masa dok "bertafakur" depan locker selama 15 minit ..cari baju nak pegi opis..tiba-tiba ternampak satu pamplet kat tepi bakul buku tu..Ops..lawanya kerusi-kerusi tu..lawanya furniture dalam katalog tu. Ada set sofa..ada set kerusi..uihhh...kalu aku ada umah sendiri ni..maybe dah sambar satu ke dua set tu..hehehee..sib baik lom ada umah sendiri..

Belek punya belek..ada satu kerusi tu..dibuat dari kayu jati dan label nama untuk model kerusi tu adalah nama aku.. Erkk...siap ada nama aku nombor 1, nombor 2. Melampau la ni..Dulu2 aku jumpa nama aku kat restoren, pastu nama aku kat roti / beskut kat KL. 2 tahun lepas aku dapat tahu nama aku digunakan pada seekor kucing kat KL. Cissttt...Tadi aku nampak nama aku kat katalog tu..nama kerusi..ayoyooo....Walaubagaimana pon aku bangga sebab nama aku dah komersil..nama aku ada pada restoren, biskut/roti, kucing isk iskk..dan kerusi.
Puteri Ind*n*sia pon guna nama aku jugak..Glamer ..gilaglamer..!!

Sebut pasal nama kucing ni, ada satu cerita kucing nama Samad. Anak opismate aku dok main kat luar umah dia dalam pagar. Tiba-tiba ada satu suara makcik jerit, "Samadddd, jangan kacau adik..jangan kacau adik". Opismate aku inagtakan Samad manalah kacau anak dia. Sebab dia tak nampak sapa2 pon dekat anak dia. Alih-alih dia dengar suara makcik tu jerit nama Samad lagi. Moskel kawan aku tu. Tetiba keluarlah sekor kucing dari tepi tempat anak dia main. Mati-mati kawan aku ingat Samad tu nama anak macik tu. Rupa-rupanya kucing...Kucing nama Samad.

Zaman sekarang nama kucingmenatang dah sama dengan nama manusia ek. Huhuuu...sadis jer..

Wednesday, August 18, 2004

Adapted from K-rexx (Baca dan fikirkan...nampak ada juga benarnya...)

CINTA DAN SUKA

Cinta hadir tanpa di paksa
berbunga di hati
dengan rasa suka
aku melihat cinta penuh bahagia
dengan ketulusan
di hati insan

Cinta pernah buat aku suka
pada keindahan cinta pernah buat aku kecewa
mengenal kepalsuan
Aku pernah di lamun cinta

Hati yang kini berdegup
bila megenang cinta
yang tiada..
bila mengenang cinta ku pada Illahi
belum sepenuhnya
terisi...

Mulut yang dulu kaku
kini, tak mahu
melihat kepalsuan lagi
aku mencari sejati
Imej sebenar insan
bukan pada pandangan mata
imej sebenar insan pada mata hati
yang perlu kita terokai sedalamnya
bukalah renungan itu
pada ketulusan dan hati budinya

Adakalanya, dia berpura.

Tangisan yang hadir
atas beban rindu dan sayang
pada insan yang berjauhan

Aku pernah menangisi cintaku sendiri

Suka , bukan bererti cinta
cinta perlukan kesetiaan

Apalah ertinya jika cinta yang di semai
penuh ketulusan
akhirnya musnah begitu saja
aku redha
dan rela menerima segalanya dengan ketabahan

Dan,...
melupakan insan yang kita suka
kerana kepalsuan cintanya
bukan bererti aku menutup mata telingaku
untuk menerima
kehadiran 'cinta' kembali

Cinta perlu abadi setiap hati kecil
kita, setiap insan

aku dalam pelayaran
mencari cinta sejati.....

ikhlas,
WAHEDA MHD NOR
31 JUL 2004
1830 PM
Our deepest regrets are words unsaid & things undone!
Entri ini tiada kaitan dgn aku. Cuma tertarik utk berkongsi bersama-sama mengenainya.

Monday, August 16, 2004

Hatiku

Malam tadi aku terasa amat gelisah. Hati amat tak tenang. Menantikan seseorang. Bila mesej, bila call, sidia masih belum sampai. Arghhh..Memang penantian satu penyeksaan. Seawal pukul 9.00 mlm tadi, umah sewa aku tu dah gelap kat ruang tamu. Masing2 lepak dlm bilik masing2 sbb tak pasang tv or radio. Maklumla kilat guruh berdendang diluar disamping kilat sabung menyabung. Memang syok kalau dapat tidur dengan berbantalkan 5 bantal disekeliling, selimut kemas-kemas, pakai sweater lak then peluk bantal peluk. Fuhh...

Tapi malam tadi, mata aku rasa tak mengantuk, hati rasa berdebar-debar. Tak lena tidur. Asyik tertunggu-tunggu panggilan tu. Layan mata sampai pukul 12 lebih. Tak ngantuk jugak. Terlelap jugak akhirnya dek kepanasan selimut+bantal banyak sangat..he hee..Tiba-tiba terjaga..dengan panggilan tu..pukul 1.00 lebih.

"Dah sampai umah ni!"
"Ooo..yeke..ok!"

Alhamdulillah. Sampai juga akhirnya. Lega..aku boleh teruskan tidurku dengan lena dan nyenyak..Best la malam tadi hujan kat sini!

Adik aku sampai ke malaysia dan mereka disambut oleh twin dia, mak dan adik2 aku kat airport mlm tadi...jangan salah sangka yer!..thee he hee

Sunday, August 15, 2004

Gathering besar2an??

15hb Ogos 2004 - ke ujian kelayakan mTest di SMTIZ, Dungun. Aku bersama opismate ku tiba kat sekolah tu pukul 8.30 pagi. Aku jumpa ramai x-classmate aku. Ada kawan yg dah 12 tahun aku tak jumpa. Ada yg dah 7 tahun aku tak jumpa. Semua dah berubah. Fizikal dan status. Rupa...he hee...Jap jumpa orang tu..jap jumpa orang ni..aiii...tak rasa nak pegi test la pulak. Macam majlis reunion jer.. Masuk kelas utk amik exam tu, terjumpa kawan baik aku plak dah. Sempat salam dan gelak-gelak. Gembira sangat dapat jumpa kawan2 aku!

2 jam setengah berlalu. Soalan ada ok..dan ada yang tak berapa ok..but not k.o yet! Alhamdulillah... I struggled hard for that.. dapat ke tak..aku syukur!

Aku terserempak dengan one of my x-classmate masa kat mr*mKt. We had a long chit chat and I was suprised to know that dia dah kawin 2 tahun lebih. Huh! Ader anak lagi nama syikin. Most of the ppl yg kenal aku then terjumpa kat situ tanya soklan yg lebih kurang jer.. Erkkss...jawapanku sama jer.."Nak enjoy dulu kot. He heee". Kwang kwang kwangg... Hate that kinda question!.

On the way balik, sempat menonton 2 kereta wira sedang "racing" . Part paling best bila salah satu wira tu ditahan polis. Gelak besar aku dan geng2 dalam wira yang satu lagi tu. Tu laa..sapa suh memotong kat double line masa polis ada?? Sendiri buat..sendiri tanggung ler jawabnya..

Wednesday, August 11, 2004

Kucing

Kat rumah aku ada 4 ekor anak kucing, 3 ekor ibu kucing. Dulu2 ada 2 ekor bapak kucing tapi dah mati sebab sakit. Mati dalam keadaan sakit kulit..kurap...sian kat dia. Masa dia masih hidup waktu sakit tu, bau busuk badan dia jangan cakaplah. Busuk ya rabbil alamin. tapi tetap ke rumah kitaorang. Mencari makanan. Budak2 umah aku plak jenis murah hati. Maklumlah mak2 angkat kucing tu katakan..Ahaks.. Tak kisahla dari mana kucing tu datang, akan adalah rezeki untuk nya. Sanggup beli nasi lemak, sanggup masak nasi, sanggup goreng keropok untuk kucing2 tu. Paling koman pon, bagi biskut untuk kucing..Biskut Tiger! He hee..Cat eat tiger..Jangan terkejut kalau aku cakap yang kucing2 kat umah aku diberi makan nasik ayam, nasik beriani, ayam goreng, ayam KFC. Huhuuu....

Pagi tadi, masa nak panaskan enjin WHG, tetiba hidung aku tercium bau busyuk..ala2 bau taik jer...Aaarrrr...Kan dah kata..anak-anak kucing tu dah buat hal "melepas" kat tepi-tepi dinding pembahagi umah aku dengan umah makcik sebelah. Nak tak nak, kenalah bersihkan. Kang ada plak kene kutuk dek jiran2 plak kalau nak tunggu balik opis karang. Bau dia ..ya rabbi..hampir2 muntah aku. Busuk sangat la...nak tergelak pon ada. Pagi2 buta kene basuh najis kucing..uwekkk.

Masa aku nak pergi kerja, biasanya aku kene peksa dulu bawah kete aku kot2 ada anak2 angkat kitaorang tu bawah kete. Pagi tadi camner ntah leh terlupa nak tengok. Lepas undur keluar kete, aku nak pergi tutup pagar..tetiba ternampak ada sekor anak kucing tengah dok "bersimpuh" kat situ! Hah!! Maknanya dia ada bawah kete masa aku undur tadi.. Ya allah..nasib baik dia tak bergerak mana-mana. Duduk jer kat situ. Kalau tak kang ader yang jadi arwah. Ishh..nauzubillah..

Kat umah kat kampung aku, ada 2 ekor kucing yang dah dibela 7 tahun yang lepas. Gemuk2 dan sihat. Manja, suka tido jer. Kuat makan nasik+ikan, suka menempek atas riba orang. Famili aku sukakan kucing dan kucing tu dilayan mcm ahli keluarga aku jugak. Paling suka tengok gaya kucing2 tu masa dia tido. Comel jer. Dan "fotogenik".. Theee he heee...





Tuesday, August 10, 2004

Cuti dan kerja

Semalam ke Kuala Terengganu sebab aku dijemput hadir ke Wisma Darul Iman. Suprise jer kan...ada sedikit taklimat di sana. Majlis bermula pukul 10.00 pagi tapi mak ayah aku dari awal pagi dah bising2 suruh aku dan adik aku bertolak lebih awal. Pukul 7.50 aku dah di halau bertolak ke sana. Jalan agak lenggang. Tuan-tuan kereta pon memecut laju sampai dekat satu jalan yang lurus. Ada satu pemandu tu yang aku agakla dia "sakit perut" tapi masih memandu. Huhh!! Dia memotong semua kenderaan termasuklah WHG masa tu. Nak dijadikan cerita encik2 lembu sedang beratur dengan sopan kat tepi jalan ala2 cow walk. Aku tak expect depa2 tu akan melintas jalan dan aku memang tak agak langsung pada masa tu di pemandu yang "sakit perut" tu akan cuba menintas WHG masa tu. Memang aku dah cuba perlahankan kelajuan WHG pon.

Pada masa serentak tu, lembu2 tu dengan "sopan santun" telah melintas tanpa memandang kiri dan kanan! Si pemandu tu pon nak memintas WHG jugak. Aku??? Syukur sangat2, aku cuba sedaya upaya aku utk menekan brek dari jauh dan pemandu kat belakang WHG tu terpandu terus masuk ke kanan jalan dan lembu2 tu berada tak sampai satu meter depan kereta aku. Hinshh..hinshhh...Gabra jap..giler betulla..Tapi siapa/apa yang giler? Lembu kah? Orang yang sakit perut tu kah? Aku kah?? Pada kelajuan 120kmsj kalau mak ayah tahu..mmg nahas giler la aku ..syyyy, aku rasa aku tekan brek sampai ke dinding WHG tu kott...masa tu memang aku pasrah ..Tuhan jer yang tahu! Alhamdulillah...umur aku masih panjang..

Sempat bersolat Zohor di sini..



More pics kat MyFotopages..

Pernah tengok orang amik gambar orang tengah ambik gambar??? Betul ke ayat tu? Cam pelik jerr aku rasa . Dia amik gambar dan aku amik gambar dia..he hee..Kenapa aku amik gambar dia? Dia pegi masjid tak tutup aurat..Cina bukan Islam kot dia ni tapi dia tak faham peraturan kat signboard yang terpampang kat depan tu kot. "SILA BERPAKAIAN MENUTUP AURAT"!!



Yang ni cuma nak test mata korang2 jer..Kenapa rumah tu senget?? Jawabb..jawabbb..!!



Anak siapa ni?? Kenapa mata dia tak sesepet mata mak sedara dia ek? Ayat2 orang jeles..he hee

Sunday, August 08, 2004

Test ..testt!!

Peter piper picked a peck of pickled peppers. Did peter piper pick a peck of pickled peppers? If peter piper picked a peck of pickled peppers, Where's the peck of pickled peppers peter piper picked?

How much wood would a woodchuck chuck if a woodchuck could wood? He would chuck, he would, as much as he could and chuck as much wood as a would chuck could chuck wood.

Mr. See and Mr. Soar were old friends. See owned a saw and Soar owned a seesaw. Now See's saw sawed Soar's seesaw before Soar saw See, which made Soar sore. Had Soar seen See's saw before See saw Soar's seesaw, then See's saw would not have sawed Soar's seesaw. But See saw Soar and Soar's seesaw before Soar saw See's saw, so See's saw sawed Soar's seesaw. It as a shame to let See see Soar so sore just because See's saw sawed Soar's seesaw ...

Copy from http://junaidix.tk

Love is Only A Feeling

1- Download sesuatu dari link ni ->
http://rimmoto.songsfrom.us/da-lioaf.zip
2- Right click dan save target as...
3- Pastikan ada zip file utk unzip fail yang didownload.
4- Pastikan ada RealPlayer atau apa-apa perisian yang membolehkan kita mendengar fail format .rm
5- Selamat Mendengar dan berkaraoke dengan lirik kat bawah ni

"Love Is Only A Feeling"

The first flush of youth was upon you when our eyes first met
And I knew that to you and into your life I had to get
I felt light-headed at the touch of this stranger's hand
An assault my defences systematically failed to withstand

'Cos you came at a time

When the pursuit of one true love in which to fall
Was the be all and end all
Love is only a feeling
(Drifting away)
When I'm in your arms I start believing
(It's here to stay)
But love is only a feeling
Anyway

The state of elation that this unison of hearts achieved
I had seen, I had touched, I had tasted and I truly believed
That the light of my life
Would tear a hole right through each cloud that scudded by
Just to beam on you and I

Love is only a feeling
(Drifting away)
When I'm in your arms I start believing
(It's here to stay)
But love is only a feeling
Anyway, anyway

Love is only a feeling
(Drifting away)
And we've got to stop ourselves believing
(It's here to stay)
'Cos love is only a feeling
Anyway.

Lirik tidak ada kaitan dengan aku cuma aku sukakan rentak lagu ni...Masa drive aku selalu dengar lagu ni kat Hits. Disebabkan lagu ni dinyanyikan agak laju, aku pon tak tau apa penyanyi tu kata kalau aku nyanyi, biasanya aku guna lirik versi aku la ..he hee.

Bila aku cari lirik dia dan download lagu ni, baru aku tahu apa depa2 tu kata.. Punyalah jauh lirik aku dengan lirik sebenar lagu nih! Sian kat aku kan!!

Ide-ide.....tak sempat fikir, life is getting bizier ler!!

Thursday, August 05, 2004

Rushing sana sini

Bermula kes datukku masuk HKT pada akhir bulan lepas, setiap hujung minggu aku akan balik ke kampung. Setiap hujung minggu aku akan jadi pemandu ke HKT. Penat jugak bila berkejar setiap hari ke KT pada hujung minggu. Tapi tugas dan tanggungjawab menuntut aku melakukan semua tu. Hujung minggu ni, Isnin ni, Ahad minggu depan, aku akan ke sana lagi...dan lagi...

Cuti aku dah hampir ke penghujung. Anganku nak ke Langkawi terkubur. Setiap minggu aku akan apply cuti sehinggalah mungkin akan ada unpaid leave nanti. Oh tidakkkk...Betul kata orang.."untuk dapatkan sesuatu kena korbankan sesuatu". Sekarang aku akan mengorbankan hujung minggu aku dan cuti aku. Manalah tahu impianku termakbul!! Semoga pengorbananku berbaloi..Insya allah..Usaha jerla..

Bulan 8 ni banyak mencatatkan suka duka aku untuk tahun ni. Kepulangan adikku ke Malaysia pada 15/8 ni setelah 3 tahun berada di sana. Berita yang menggembirakan hati mak ayah aku. Bayangkan betapa runsingnya hati mak ayah aku masa dulu , WTC dibom selepas 2 minggu adik aku pergi ke sana bukan ke US yerr.. tapi ke Egypt. Bukan mak ayah jer rasanya, semua ahli keluarga aku resah. Rasa macam perang dunia ke tiga bermula. Arghh...Aku mahu hidup dalam keadaan aman damai.. Perang merugikan semua pihak..yang menyerang, yang diserang..yang tak mahu ada perang pon turut terkena bahana nya.

Teringat cerita moyang aku berusia lebih dari satu abad yang memanggilku dengan nama Jenny..ahaks.., masa perang dulu, makan ubi kayu rebus hari-hari, itu pon kalau jumpa ubi. Kalau tak, makan daun-daun kayu yang dimasak. Hidup sentiasa ketakutan, takut2 terserempak si katik tu, yang lelaki dibunuh atau diambil sebagai buruh kasar, yang perempuan diperlakukan sesuka hati. Kebersihan tahap paling bawah. Kudis buta ke tak buta ke , semua jenis kaum kerabat penyakit timbul dan tiada ubat nak mengubatinya. Yang paling sedih tengok jari moyang aku, ada kesan hirisan pada jari tangannya. Dia buang kudis buta katanya dan dia lakukan sendiri. Gulp!!!

Bayangkan kalau kita kena mengalami semua perkara tu sekarang. Tak ada KFC, Pizza, McD cuma ubi atau pucuk-pucuk kayu. Tak ada farmasi untuk kita berkejar waktu malam-malam buta kalau sakit datang tiba-tiba. Jangan mimpi nak lenggang kangkung sorang-sorang diri kat bandar/kampung apalagi kalau yang nak berdating... Tak ada HP untuk menghantar SMS minta bantuan. Kanan kiri hanya ada senapang, pistol, M16 dan kaum kerabatnya.

Aku tetiba rasa musykil kenapa hari ni aku jadi patriotik.. dari cerita ulang alik ke HKT jadi cerita perang yer..Mungkin bulan Ogos ni menyemarakkan semangat aku kot..atau pun semangat baru aku yang aku dapat kebelakangan ni membantu aku menaip entri seperti ni. Atau pun sebab aku baru abis baca blog d'arkampo.. ??? Entah la..

Bila tahap bosan tinggi dalam diri jadi macam ni agaknya ..tulisan ntah apa-apa...

Tuesday, August 03, 2004

Berita best sebulan

1 Ogos 2004 - Lebuhraya Pantai Timur dibuka secara rasmi. Paling best bila masa untuk ke KL dah disingkatkan ke 2 jam sahaja pada kelajuan yang ditetapkan dan FREE pulak tu selama sebulan mulai 1 Ogos 2004 tu.

Semua budak2 opis aku teringin nak buat test drive kat sanatermasuklah aku..he hee. Semalam ada sorang kawan budak opis aku hanya amik masa satu jam setengah utk ke KL by kete Honda 2.2. huh!! Terbang ke apa??!! Bila aku nak pegi try lalu ikut highway tu secara free ek??

Lepas ni mungkin ada dialog macam nih (dialog adalah semasa berada kat negeri Terengganu):

"Aku nak balik KL jap, jumpa kat sini balik(Kerteh) 2 jam dari sekarang ".
"Eh! Korang minum2 dulu, sejam lagi aku sampai...wife aku call pagi tadi ada urgent kat KL".
"Alahai..bos aku nih..Hari ni jer dah 2 kali aku pegi KL".
"Hmm..aku nak gi KL sat..nak makan tengahari.."..he heee
"Jom gi KL masa lunch karang!!"
etc..

Ni map lebuhraya tu


Detail ada kat sini..http://www.llmnet.gov.my/BM/Bina/lpt.htm

Ops...chow dulu..nak gi KL sat..he heeeee..jumpa petang karang..

Sunday, August 01, 2004

Pagi tadi

Setiap hari aku bangun solat Subuh pukul 615 pagi. Pagi tadi, dengan mata yang masih berat, aku gagahkan diri ke bilik air untuk membersih diri dan berwuduk. Penat drive ulang alik ke Kuala Terengganu hari Jumaat n Sabtu masih terasa. Siap berwuduk , aku melangkah masuk bilik aku. Tetiba aku terasa seperti terpijak sesuatu. "Alahai lipas nih, takkan ko tercicir telur ko kot..". Kataku dalam hati. Aku terpandang pada tapak kakiku..."Makkkkk!!" Bukan telur lipas ke anak lipas ke..tapi seekor anak cicak yang nyawa2 cicak ikan menggelepar menunggu saat kematian dia. EEiii..gelinya aku..campur kesian kat dia. Tu laaa..lenkali jangan lalu ikut laluan raksakse nih! Umur dia tak panjang, dia mati kat situ jugak tanpa sebarang bantuan untuk menyelamatkan nya. Tak mau aku!!!

Lepas solat aku ke bilik air, tetiba masuk seekor tikus ikut bawah pintu bilik air tu..Dia pusing-pusing pulak dalam bilik air tu. Takutnya aku masa tu , Allah jer yang tahu. Yang pasti aku memang dah menjerit giler babas nyer sebelum tu. Encik tikus tu dok terkial-kial merangkak naik ikut tiang paip tu ke atas loteng. Aku lak dok terkial-kial menyorok belakang pintu bilik air tu..Cemas giler aku bila dia terjatuh ke lantai pastu merangkak naik balik ke loteng ..Ya Rabbi! "Ko tak bleh ke buat lawak bodo tu masa bukan aku yang dalam bilik air...hah!!"

Masa aku setat enjin WHG, makcik sebelah tanya.
"Kenapa bising-bisng tadi?"
"Makcik...ada tikus sebeso anak kucing dok masuk dalam bilik air..tak pernah lagi jumpa dia sebelum nih..masya allah! besar betul cik siTi tu makcikk.."
"Makcik dah biasa dah...ada sekali dia gigit jari kaki makcik masa makcik tengah tidur.."
"Erkk..dah biasa ek..??"
"Dulu terkejut gakla..sekarang makcik dah biasa..tempat tidur kita dah jadi laluan utama dia"

Errrkk....rumah aku bersih jer..Lipas tu suka dok pasal maybe banyak kertas kat umah kot (jwpn utk abrar). Tikus banyak pasal apa ek? Umah aku banyak kucing...Tikus biasanya takut kucing...Patutla malam2 taim nak tido asyik dengar macam2 bunyi atas siling tu..rupa2nya populasi siTI2 tu buat komuniti kat sana ..takpon entah2 ada litar F1 kat atas tu..

Aku harap jiran2 sebelah menyebelah kitaorg takder yang sakit jantung...sangat2 harap!!