Awal pagi, aku dan Nile bangun dan menunaikan Solat Subuh di "surau" tepi danau. Masih pagi dan tak ramai lagi yg bangkit rasa2 aku masa tu. Aku join Nile lepakkan diri dlm khemah sampailah sempat lelap kejap mata aku. Pagi tu, beramai2 mebuat senaman pagi dan coach nya adalah Cik Nett dan Rudy Bluehikari. Kami bersarapan selepas itu sambil berborak dan ada yg mengambil kesempatan untuk mengisi "guest envelope" yg tertampal di serata tempat kat kantin. Sempat berborak dgn HS dan percaya atau tidak, kami dah almost 4 yrs tak jumpa. Ex-roomate aku ni. Bagi yg belom membuat
Sesudah penat bertempur di medan perang, kami berangkat ke kem dan membersihkan diri kat danau. Aku mencuba nasib membuat water confidence sekali lagi. Alangkah bestnya...rasa akin itu datang dan aku rasa bestt sesangat bila terapung...tengah dok syok2 terapung, aku dikejutkan oleh incident yg aku tak mau ia berlaku pada aku...dengan penat lelah, aku menekan minyak n tukar gear reverse ke platform...penat abis rasanya aku terkial-kial nak ke platform balik...bab berani, aku mmg dah jadi berani tapi bab makhluk Allah tu, aku mmg geli. Tak boleh jadi berani aku dengan makhluk Allah yg satu tu dan yg satu jenis lagi yg kata org, makhluk tu ada menetap kat kawasan lumpur masa war game tu. Alhamdulillah aku selamat dan pada sesapa yg terpilih utk berkenang-kenangan dengan "mereka", syabas diucapkan. Bukan senang utk jadi pilihan "mereka". Sesudah mandi, aku dan yg lain2 ke kantin utk sesi fotodigital. Aku mencuba nasib masuk penyertaan tapi aku tak menang pon. At least I gave a try. Seronok tengok gambar yg macam2 tu. Menarik. bateri digicam yg dah almost out tu aku gunakan sampai hayat terakhir. Selepas selesai makan, kami diminta mengembalikan khemah sebagaimana bentuk asalnya..dlm karung ijau tu. Aku kemaskan pakaian dan masukkan dalam WHG. Lipat khemah dan semua org diminta ke kantin untuk acara menentukan siapakah pemenang gambar fotodigital. Selepas tu, sesi tandatangan kat banner yg disumbangkan oleh basrind (sahabat Geju yg x sempat berkumpul di KLD). Dan acara akhir bergambar beramai2 dengan semua peserta. Paling best bila Tok Rimau minta jerit "Hidup GengJurnal", semua pakat ikut..tapi bila Tok Rimau jerit "Hidup Tok Rimau", sorang pon tak sebut..hehhehe..sajer jer tu tok...we always give u our support.
Saat2 akhir tu, rasanya tak lengkap kalau takder salam2 sesama peserta. Minta maaf dan sebagainya andai ada silap salah. Kami bersurai dan aku bertolak balik ke Kemaman pada 3.10 petang. Hajat dihati nak bergambar dekat pagar KLd tapi sebab terlalu alpa, aku lupa terus dan bukan sahaja lupa bergambar kat situ, nak bergambar dengan kawan2 lain pon aku tak sempat. Terkilan jugak rasa di hati tapi....aku lupakan buat sementara waktu. Maybe some other time, itu pon jika diberi peluang utk berbuat demikian. Bila yer?? Buat kem kat KLD lagi sekali kot. hehhehe..
Apa g aku dapat dari KLD tu
1- Keberanian melakukan sesuatu yg kita tak expect untuk kita buat. eg. Aku boleh terbang macam superman terbang..heehee
2- Kepercayaan pada sesuatu yg menyebabkan kita bergantung harap padanya. eg. life jacket..
3- Semangat setiakawan untuk kalahkan musuh..contohnya geng kumpulan bangla kalahkan Kumpulan Indon..*wink..wink
4- Erti sahabat macam yg Pak Man bagitahu,"bila bersahabat, jangan harapkan balasan atas perhubungan itu, dan jangan mengambil kesempatan atas kebaikan sahabat pada kita". TQ Pak Man.
5- Makna sebuah perhubungan kemanusiaan. Sentiasa bersangka +ve walaupun kita tahu mmg -ve.
Aku memang berpuas hati dengan program kali ni. Harap aku, ukhuwah yg ingin ditonjolkan tidak hanya setakat di perjumpaan itu sahaja. Hilang rasa tension aku, ilang rasa sempit minda aku dan aku amat bangga cos aku dah berjaya memandu sampai ke Melaka, Johor. Pasni aku akan cuba ke arah lain pulak. Ke Kuala Lumpur, Ke Utara, Ke Kelantan..hehhehe..langkah ku semakin panjang...penat memang penat, sakit badan toksah citer..till now, bahu kanan aku sakit lagi..kalau tak silap aku, mungkin terseliuh ni.....heheh..apa-apa pon..terima kasih untuk semua yg terlibat...pihak tuan umah; Kak G, PakLet, fasis, Pak Aji (hehhe..tingat citer kak G pasal Pak Aji nih..), urusetia2, kawan2 dan semua wargakerja, semua yg penah belanja, yg tolong bagi arah jalan, yg tolong bagi map, semualahhhhh..semua org g terlibat..secara sedar atau tidak.. TERIMA KASIH utk segala-galanya.
Note : Ceroi=ceghoi maksudnya koman ek...ingatkan nama kuih raya..heheheh..Aku nak tido dulu..mata dah kuyu nih..
1 comment:
Excellent, love it! Avis rent car http://www.ferrari-f430.info/Us-registered-importer-alfa-romeo.html Forums web server pro v1.60.0710
Post a Comment