Orang yg mula2 sekali aku nampak kat KLD adalah seorg wanita yg aku agak2 adalah kak G. Tepat tekaan aku lantas aku perkenalkan diri aku, "Assalamualaikum kak, saya adk77". Kak G perkenal kan dirinya dan kenalkan aku pada PakLet dan fasi2 yg ada kat ruang depan pejabat KLD. Antara yg fasi aku jumpa Dak Tembam, Yeeha, Rauf (saudara kwn baik aku rupanya), Jepun, Rudi, Chillc, Lenny ...hmm ada sapa2 lagi yg tak sebut nama ke? Aku diberi tumpang tido kat chalet Rimbun1 manakala adik aku kat Rimbun2. Sempat berborak2 dengan kak G n Paklet dan fasi2 yg ada. Sambil menunggu ketibaan purbe, matjan dan farihah, kami menonton Survivor bersama..
Aini a.k.a Fizik tiba di kem awal pagi. tak ingat pukul berapa tapi rasa2 aku dah dekat Subuh. Selepas menunaikan Solat Subuh, aku dah tak tido. Borak2 dengan Farihah dan Aini..terasa macam dah kenal lama..Cepat mesra. Aku tak melepaskan peluang meninjau2 kwsn sekitar danau diwaktu Subuh. cantik! Pktn itulah yg bermain difikiran aku. Sempat jenguk platform mandi manda dah terasa ingin merasai kesejukan air.. Aku ingatkan air kat situ sejuk. Rupa2nya suam2 jer..Tapi aku x berani nak masukkan tangan aku dlm air tu. Bimbang ada makhluk yg berkenan kat tangan aku...heehhe..kak G muncul dan kami berborak panjang...banyak betul perkara yg kami bualkan. Tak rugi datang awal dan banyak citer2 best yg aku dengar..
1st program - Ice breaking..aku termasuk dlm golongan Apache...ketuanya poad. lagunya ala2 meenache gak..siap ada kada va va va va..huhuhu..masa terhad yg diberikan menyebabkan hanya poad yg teror dlm irama asal lagu. Ahli2 cuba memberikan komitment yg terbaik dan hasilnya ketua yg jadi leader menari kat depan..hehhehe..tabik boss..Masing2 cuba memberikan yg terbaik utk kumpulan masing2. Ada nyanyi lagu Tepuk amai2, ada nyanyi lagu ala2 washini dan ada lagu tanya sama pokok...apa2 pon semua happy dan enjoy. Petang tu, ada acara basah..Water Confidence...alamak! bab yg aku paling takut..main air..Pes taim sarung mende alah tu..life jacket..rasa rimas dan x selesa. Sampai ketika disuruh turun dlm air..Aku pegang tiang platform kuat2 takut tenggelam..mmg x water confidence langsung aku masa tu..kalau ler aku leh rakam saat2 tu, rasa2nya muka aku paling cemas gaknya. Org lain enjoy jer..aku siap suh hantar aku balik ke platform plak..hehhe..Lagi malu bila masa taim aku dah agak2 "redho" dgn air dikeliling aku, aku tgk si Azib,anak kak Ungku boleh senyum2 lagi masa terapung atas air tu..Erkk!! Tak terkata aku ..mmg no komen..bila budak kecik cam Azib cool ajer..Aku plak tak abis2 dgn terkial2, kalut dan cemas..Bukan apa..as anak ke 3, aku ni dianggap api..so kalah dgn air...
Penatnya toksah citer ler..lenguh badan ..rendam dlm air, panjat tiang tu n kayak ..fuh...sungguh berkesan pada badan aku..semua engsel n sendi yg dah lama tak bergerak..abis aku gerakkan utk program2 tuh..Mlm tu ada program Forum Gj. Wkdin sbg emcee, panel plak Poad, TokRim dan Kak G. Topik agak hangat seketika dan bagus bcos byk pendapat diutarakan dan rasa2 aku kata sepakat dapat dicapai pd penghujung forum.. Aku kurg memberi tumpuan coz minda aku letih dan mata aku pon kuyu sangat2 dah..Rupa2nya pastu ada lagi satu program "Nite Walk" bersama PakMan. Jalan ramai2 kul 12 mlm dan senyap seketika utk mendengar sesuatu. Aku dpt byk pengajaran dan ikhtibar dari Nite Walk ni (akan aku ceritakan nanti). Lepas tu masing2 balik khemah dan aku tido..Penat wehh!.. Aktiviti esok nya aku citer esok la yer..mata aku dah ngantuk ni...zzzzzz
1 comment:
Cool guestbook, interesting information... Keep it UP
» » »
Post a Comment