Wednesday, May 12, 2004

Jenis Darah Refleksi Peribadi

Malam tadi, aku belek2 majalah Remaja dan aku terserempak dengan hantu artikel mengenai darah dan aku amat tertarik utk berkongsi apa yg aku baca dgn semua. Malangnya bila aku nak snap gambo, aku takleh nak clearkan tulisan tu ..dan akhirnya dapatlah picture yg macam nih..



Aku cuma copy utk Darah jenis B. Aku berdarah jenis B ..itupon kalau tak silap aku lah bcos masa blood test tu aku pengsan kat lab..hehhe..tak tahu ler kot darah yg aku amik tu dah campur2 dgn habuk2 kat situ..manalah tahu ia mempengaruhi keputusan jenis darah kat Eldon kad tuh..hehhe..

Darah B

Sempoi! Itulah ungkapan yg paling rapat dgnmu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dlm perhubungan, kamu adalah individu yg terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dlm apa jua perkara. dalam melaksanakan sesuatu tugasan yg diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dgn cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yg kreatif & fleksibel, mudah bagi kamu utk meletakkan diri kamu dlm apa jua situasi mahupon kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yg bijak bersosial. Namun adakalanya sikap kamu yg gemar berdikari & tidak gemar meminta bantuan org lain itu, mampu mendatangkan masalah buat dirimu & sekaligus memperlihatkan kelemahan diri kamu sendiri. Kamu harus ingat , bahawa tak semua perkara kita boleh selesaikannya secara sendirian.

Ada benar dan ada yg tak berapa benar artikel ni dgn attitude aku..

1 comment:

Anonymous said...

Enjoyed a lot! »