Wednesday, June 16, 2004

Seketika itu

Yang pergi tidak semestinya tidak bertemu kembali
Yang dipulangkan tidak semestinya tidak diambil balik
Yang jauh tidak semestinya dilupakan
RINDU SEMAKIN JAUH
Hanya kesetiaan memberi harapan


Sementara menunggu masuk waktu Isyak, aku berteleku di birai katil, dan kemudian bersandar pada dinding memandang ke depan. Ada ayat Asma UlHusna, ada ayat Quran tertampal. Baju-baju aku yang tergantung di penyidai. Meja yang sarat dengan segala benda.

Aku diam seketika, mengimbau kata-kata PakMan KLD tentang deria yg kita selalu abaikan. Aku cuba bertafakur sejenak dan cuba mencari erti yang dimaksudkan.
"Kita tak nampak apa yg berlaku sekeliling kita dgn mata kasar. Cuba hayati dengan 'mendengar' apa yang sedang berlaku sekitar kita".
Bunyi kipas siling yg berpusing tanpa kenal penat, bunyi guruh sesekali menyentak jiwa aku. Sepi angin ke kota london,sunyi tenang, syahdu...Betapa sepinya aku dlm keadaan tu.

"Esok, lusa, minggu depan, tahun depan, 5 tahun akan datang..Dinding itukah lagi yg aku akan pandang sementara menunggu waktu Isyak?". Tahu ni ajer dah 2 kali aku ubah susunan dalam bilik aku. Semuanya aku lakukan kerana aku perlukan perubahan. Yer..aku mencari perubahan rupa-rupanya. Tapi apa yang aku nak ubah? Konflik rasanya nak jawab soalan macam nih.

Bohong kalau aku katakan aku tak cemburu mendengar kawan-kawan aku yg sudah menjawat jawatn tinggi, yang bergaji 4K, yang berfamili, yang berjaya mendapat master, yang further study ke oversea, yang mencapai impian masing-masing. Arghh! Dimana silapku agaknya??

Astagfirullahhallazim....Syaitan meracuni fikiran aku. Tak patut aku persoalkan silapku seolah-olah menyalahkan takdir. Aku tahu aku harus lalui semua tu, memang dah tersurat untukku & aku yakin ada yg tersirat sebalik ketentuanNya. Selagi ada hayat, usaha harus terus.

"Allahuakbar...Allahuakbar"...
"Oh! Dah masuk Isyak!" Dah lama aku tak menunggu masuk waktu solat. Jarang kita dengar org berebut2 utk menunaikan solat awal waktu walaupun free tapi pahala yg dapat lebih. Tapi kita selalu dengar rebut-rebut ke jualan murah padahal kita tahu yg tu kene bayar jugak!Kata-kata ini juga ditujukan utk diri aku sendiri yg alpa ni.