Sunday, June 13, 2004

Musim Mencari

Aku rasa sekarang musim aku mencari sesuatu dalam hidup aku. Aku mula bertindak lebih agresif dan berusha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian aku. Mencari perubahan dalam ertikata aku mencari kelainan. Bukan aku tak berusaha, namun mungkin rezeki aku masih di sini..Hohohoo..jangan salah faham..aku mencari tapak baru dalam hidup berkerjaya aku.. * wink..wink..
Minggu lepas, aku ke ujian PTD. Aku paling suka part esei tuh. 'Goreng' punya pasal, sampai nama Gabeno Ba*k Nega*a; Zeti Akhtar Aziz boleh jadi Zeti Akhbar Khan..ampesnya aku..cemaner lah aku leh tershashul salah tulih tuh..argghh!!

Pagi tadi, seorang sahabat call aku dan beritahu permohonan utk KPLI 2005 dibuka sekarang. Abang pon call gak aku bagitahu mende yg sama. Esok aku KENA ke BSN utk membeli PIN no. Alahai..beratur lagi lah aku..Tahun lepas, aku dapat nombor 001. Esok?hmmm..aku nak mengekalkan kejuaraan aku 001 tu, tapi tak tahu lah...sekarang, sapa cepat, dia dapat..

Jumaat pagi

Hasrat asal nak balik kampung awal pagi, tapi akhirnya aku ke Kuantan pada petang Jumaat tu. Hasrat awal ke Kuantan utk terminate line 013 akhirnya jadi lain. Aku pi sambung servis TMTOUCH tu lepas akak naper dia panggey aku adik dan bahaserkan dia akak ek, aku nampak mude or akak tu awet muda?? kat kaunter tuh 'goreng' aku sket2 plus dia potong mana2 fees yg tak perlu. Hmm..memang aku ni jenis unpredictable agaknya..Semua jadi citer lain dari yg aku plan!

Akak : Naper nak potong line?
Aku : Fees mahal sangat la. RM41.00 tu tak masuk apa2 pon lagi..Malas lahh nak sambung..
Akak : Meh akak tengok apa yang mahal sangat tu? Hmm..yg ni boleh buang..yg tu boleh buang..bla..bla...Ok dik..dah buang mana2 fees yg tak patut ni..
Aku : Buang la mana2 lagi fees yg tak patut..Ada lagi yg boleh buang kak?
Akak kaunter lain : Nak buang lagi..kene buang SimCard jer la dik!
Aku : He..he..heee (padan muka aku!)

Sabtu

Bangun awal2 pagi bcos aku nak balik kampung..Basuh kete..buat apa patut..sampai kat kampung, abang aku dah bersiap nak balik KL. Ishh..awalnya nak balik bang aku nih. Rupa2nya dia tunggu aku pasal ada barang yg pesan kat aku tapi barang tu takder..Hot jap member..kwang kwang..aku sengih jer lah..abang aku tak marah pon..

Seronok plak tengok anak sedara aku membesar..Husna dah pandai senyum, sengih, gelak, mengomel sensorang (pasal ntah hapa2 ntah dia cakap..baby language beb!). Happy jer rasanya..Pesen adik2 aku lak..taim tu ler nak kenekan aku..adeh! Seme asyik tanya soklan sama jer kalau taim aku main dgn anak sedara aku..

Balik ke Kemaman lepas Magrib. Ayah dah setat diam ..mak pon..
"Ayah, kita nak balik Kemaman lepas Magrib ni.." (Tiada respon pon dari ayah).. salam dengan mak dan ayah..Aku ke Kemaman serba salah..Mak pesan,"jangan berenti kalau ada org tahan kete, jangan singgah mana2, jangan bawak kete laju2...". Dan banyakkk lagi pesanan "jangan" tu..
Sah2 ler mak ayah tak pueh ati dgn aku cos nak gak balik waktu malam..dapatlah sedas dua "ayat2 hikmat" dari mak.. Memang mereka amat sayangkan aku dan prihatin dgn aku...aku sayang famili aku.. iskk..iskk

Pesan mak semalam

Jaga waktu solat..terutama Asar dan Subuh..Solatlah awal waktu..waktu tu, malaikat bawak naik langit amalan apa yang kita tgh lakukan..Subuh tu masih tido? Asar masih leka dengan hal dunia??

Aku??? Marilah sama2 kita muhasabah diri..tahun ni, berapa kali kita tunggu waktu solat masuk?? Atau solat meninggalkan kita sebab kita syokkk sgt buat hal2 sendiri...Dunia ni bukan kekal..ingatlah dan fikirlah apa yang akan kita bawak utk ke alam yg satu lagi..Don't just think without taking any action!!



No comments: