Bertolak ke kampung lebih kurang pukul 9.00 pagi..Berkemas apa yang patut..
"Bawak balik baju kurung banyak sket!", abang aku pesan. Ewahh..wahh..moskel jap aku dengan pesanan tuh. Heheee..
Sampai kat kampung, tengok adik beradik berkumpul..tak termasuk yg jauh dimata yer..dekat dihati tau dik!.., hati aku rasa amat tenang dan senang..Lupa segala masalah jap kat kepala otak nih..
Mak tanya,"saman dah bayo?"..Erkk..mak nih!
"Semalam dah bayo..terbang gak ler seratus hinggit...lepas buat rayuan..tapikan mak..takderlah merayu-rayu pon..buat surat then pakcik polis tu sign..senang jer kerja polis tu..Ader sorang tu kene saman 30 saman ekor...berasap gak ler nak membayo nya!"
Sabtu
PakSu buat makan-makan kat umah dia..Anak beranak berkumpul...pakat masak pakat makan..basuh pinggan takder lak pakat-pakat tuh..adeh!!
Abang dan dua adik aku ke Kota Bharu dengan WHG utk ke majlis perkahwinan kawan abang...
Ahad
Aku, mak, Aina dan Huda ke Kuala Berang utk hadiri majlis sepupu mak aku yang berkahwin. Dengan WGW, aku terasa mcm nak nyorok jer bila memintas kete lain dijalanan..Isk.iskk..malu wehh...Kalu lah buleh ku tutup jap ekzos tu suh dia senyap jap.. Jumpa sedara-mara dan kaum kerabat yang ader aku kenal dan ader yang 100% aku tak tahu sapa ntah...salam..senyum..bla bla...penat tau...Sudahnya aku solat Zohor umah TokSu aku. Tergelak dengar citer Ja, anak TokSu aku yg baru balik dari Kaherah, Mesir. "Kat Malaysia, kat Terengganu tak jumpa, sampai kat sana baru jumpa anak sepupu..". Sempat membasahkan badan dengan "air bukit". padanla org kat sana melepak-lepak putihnya..air sesejuk salju rasanya..(pinjam ayat salji japs..*wink..wink). Aku pon wonder,"kalaulah aku sefamili stay kat sana dari kecik..ahaks!"
Dialog Huda masa dalam perjalanan pergi.
"CheDa! kat umah tu buat apa ramai-ramai tu?".
"Tu umah orang kawin gak kot..Dia masak-masak tu". Ada jamuan kahwin gaklah aku rasa bcos ada org masak dalam kawah kat satu tempat tuh.
"Kita berenti makan kat sini dah lah". Erkk! Sabo jerlah..
Aku : Nurul Huda Hasanah maksud apa?
Huda : Dok tahu..
Aku : Nurul maksudnya Cahaya..
Huda : Nurul Cahaya..
Aku : Huda maksudnya Petunjuk..
Huda : Petunjuk...ooo
Aku : Nurul Huda maksud cahaya apa?
Huda : Cahaya Matahari...
Waaaaarghhh!! Tensen nya!!
1 comment:
Cool blog, interesting information... Keep it UP » » »
Post a Comment