Tuesday, June 15, 2004

CARA MELUPAKAN insan yang pernah bertapa dlm hati korang

Bukan senang utk menyenangkan hati dan perasaan seseorg. Nah! amek cara2 melupakan org. Hasilnya korang tgk sendiri lepas cuba..jangan lupa bitaw aku apa kesannya!

Lupakan insan yg kita cinta = amik mase utk melupakan selepas kehilangan..
Lupakan insan yg kita sayang = terus berharap yg terbaik utk yg tersayang walaupon terpaksa kehilangan..
Lupakan insan yg kita suka = tutup mata dan telinga.. mampu melupakan si dia dgn buat cara camtuh

"Cam payahhhhh jer", hatiku berbisik.
"Belum cuba blom tahu", otak aku mengarahkan.
"Err...cemaner kalau aku berubah..tuan kita ni unpredictable person", hati aku mendesak minda.
"Buat apa yang perlu, tengok masalah depan mata, jangan fikir yg belum berlaku...Bila betul-betul berlaku baru fikir apa nak buat", otak aku memberikan jalan.

Memang ajal,jodoh,maut,rezeki Allah tentukan. tapi kita kene berusaha utk capai hajat kita. topik usaha dah banyak entri ek..naper lah camnih!

Ada kawan aku yang menguji kawan wanita dia untuk menjadi teman sejatinya. Cukup2 simple. Menguji dengan kesanggupan membonceng motor cabuk dengannya depan teman seopisnya. Sapa sanggup..dia pilih yang tu..
Rasionalnya : aku tak fikir tu the best way to choose "yg sejati". setiap org berbeza personaliti dan pegangan hidup. Namun ia terpulang pada individu masing2.

Ada kawan menguji dengan kesanggupan meminjam wang padanya. Sekadar menguji kesanggupan dgn cara itu, mengungkapkan kesanggupan yang lain? Argghh...pada aku tidak...Ada yang kita tak boleh nilaikan dengan wang. Hati dan perasaan valueless..Sejuta dua juta..pon tak boleh beli perasaan seseorang pada kita.
Rasionalnya : Kadang2 wang jadi masalah pada sesetengah org yang amat memerlukan wang....utk dirinya, keluarga...

Yang aku tahu, bila berkawan, tak perlu menguji kawan kita. Sebab kita tahu siapa kawan kita dan kita akan tahu apa perasaannya bila diuji demikian rupa. Cuma aku amat menghargai kawan2 aku yang sudi berkawan dgn aku. Aku amat bahgia andai kawan2 aku bahagia, happy dan sihat sejahtera. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

F.R.A.N.C.E : Frienship Remain And Never Can End..

adakah aku blues hari nih!arghhh..tuesday blues kot