Monday, November 28, 2005

Pray For me.

"Boleh cakap dengan cik Kartini?"
Tergamam jap aku..erkk..masih 'cik' lagi aku ni yer..ahemm..
"Yer, saya bercakap".
"Saya dari XXXX. Cik ada minta kerja dengan XXX melalui jobstreet kan?"
"Yer saya.."
"Sila datang ke XX pada 30 Nov ni untuk sesi interview kat XXX"
"Ok..ok..terima kasih"..dan dialog2 yang seterusnya.

Ya Allah, syukur aku padaMu. Semoga aku dapat apa yg diimpikan.

Doakan aku dapat mencapai cita2 ku. Ingin mencari kelainan di alam pekerjaan. Aku perlukan kerja yang ada career enhancement. Semoga Allah makbulkan impian dan hajatku ini.

Mak, ayah, doakan anakmu berjaya mak dapat that position tu.

Wi, doakan aku yer..

+++++++++++++++++++++++

Hubby ke offshore for 4 days dah. Hopefully hubby balik esok ke or early pagi lusa, so that I could have a "teman" driver to attend the interview. Ameeenn..

last week, hubby dah ke offshore dah tapi kena balik bcoz laut bergelora ya rabbi. Payah nak ke tempat yang dia supposed to go kat one location tuh. So, last Thursday, bos dia called and asked him to go to location yang dia pegi tu lagi sekali. Pity my beloved hubby, kesian lagi kat bini suami aku kan..isk..iskk. So, aku doakan hubby dapat balik esok...paling lambat pun pagi lusalah..Ameennn..

"Abang, doakan isteri abang ni dapat the best in the interview."

Thursday, November 17, 2005

Raya

Turn raye pose tahun ni kat umah aku. Hari Selasa aku dah siap2 beli ayam, rempah-ratus, santan sebab aku nak bawak balik rendang ayam kat kg. Ayam dah abis kat pasar, kalut aku pegi ke kedai jual ayam tu. Nasib baik ayam kat situ berlambak lagi. Kalu cari ayam kat pasar hari Rabu, mesti kene berebut2 dengan org lain.

Balik dari keja aku masak rendang, sambil2 masak lauk berbuka pose. Kebetulan aku jemput adik2 aku berbuka pose kat umah aku. So, petang tu, kami berbuka nasik minyak versi aku lauk ayam masak merah, daging kerutub and acar timun+carrot. Penatt sehh..

Malam tu, lepas adik2 aku balik ke umah mak, aku setat packing baju2 yang nak dibawak balik. Happy jugakla pasal tahun ni raya pose, lengkap adik beradik ada kat umah mak. Tapi abang aku call saat akhir bagitahu dia raya kat umah kakak ipar aku. Ish..ish...Takper..raya ke 3 dia kata dia balik ke umah mak. Dan akhirnya raya ke 3 jugak aku balik umah mertua aku..Huhuuuhu..tak sempat jumpa..

2 ekor ayam siap jadi rendang, kuih2 tunjuk aku pack balik nak bahagi2kan umah mak dan mertua. Masa pose aku berangan nak masak kuih itu ini..siap beli majalah kuih2 tu. Yang aku sempat buat,cuma cornflakes bermadu tu ajer..dapatler perli2 "free" dari hubby bila dia tanya pasal barang2 nak buat kuih yang beratur kat kabinet tuh..he heee

Petang rabu, aku dan hubby balik umah mak. Semua adik beradik ada..kecuali abg n wife dia jer..Takper..Petang kami berbuka ramai2 ..wah wah sungguh best bila berbuka ramai2 camtu..Biasanya aku berdua dengan hubby jer bila berbuka...Pukul 8 tunggu isytihar raya jadi ke tak. Berdebar2 jer..tapi hubby aku kata mmg confirm hari Khamis sebab ada pengumuman open house kat PWTC by our PM pada raya pertama hari Khamis. So? No doubt eh!

Dah konpem raye, malam tu pakat bakar satay..4 ekor ayam jadi satay. Satay daging pon ada jugak. Nyum nyumm sedapnyer satay..Yang perempuan pakat memasak kat dapo. Masak ketupat nasik, kuah kacang, etc..

Esok pagi bangun awal2, mandi sunat hari raya then pakai baju raya. Bersiap2 ke masjid nak solat raya pose. Sebelum ke masjid aku salam2 dengan mak ayah dan adik beradik lain. Aku peluk cium mak dan ayah sebab dah lama aku nak buat macam tu cuma tak terbuat jer. Sebab? Entahlaa..Bila sampai kat masjid nampak ramai dah orang berkumpul kat masjid, semua berbaju baru diiringi takbir raya..Masaya Allah..Pada aku, masa solat raya jer boleh feel raya tuh. Takbir raya tu syahdu ajer.

Lepas solat, ayah ajak tahlil kat kubur atok dan nenek aku. Ramai jugak orang kat kubor. Masa arwah atok aku meninggal baru2 nih, aku tak pergi ke kubur pon. Aku nampak mata ayah merah berair jer masa tahlil tu. Ayah sedih agaknyer.. Sayang kat ayah...

Lepas tu sesi ziarah sedara mara dengan ayah dan adik aku yang Sabah tu. sampai umah no 3 jer, hubby ajak balik umah. Sian dia, sakit perut pulak.. Yelah, dah tahu tak minum susu kenapalah minum jugak air tu. Nak jaga hati tuan rumah katanya..Huk alohh...

Aku teman mak duduk umah sampai lepas Zohor, turn aku, hubby and mak serta Huda beraya umah sedara. wah wah..raya sakan aku sampai pukul 7 malam tu..huhuu...senak perut aku asyik isi kuih raya, air kaler oren, merah, coklat..

Aku ke umah mertua lepas Zohor hari jumaat.. punyalah ramai umat kat sini sampai jammed teruk kat jalan. Biasanya balik kampung mertua cuma ambik masa 1 jam lebih, raya ke 2 tu jadi 2 jam lebih nak sampai umah mertua.

Sampai umah mertua, semua orang dah ke rumah pak sedara buat open house. Che' tunggu anak lelaki dia jugak nak ke umah adik dia. Iskk iskk.. Akhirnya selama 3 hari aku kat umah mertua, aku pergi open house ajer kerjanya. Pagi, petang ada open house. So, goyang kaki sikitlah balik umah mertua kali ni. He heee..

Pagi Ahad, hubby cakap nak makan laksa beras kuah masak. Semua kedai jual laksa tu tutup. Semua pasar aku pergi takder jual laksa tu. Akhirnya aku ke umah tukang buat laksa tu. Beli kat rumah tauke laksa sendiri..heh! senang cerita. memang buat duitlah tauke tu. Pagi tu ajer dah 300kg laksa dia abis..Humang aiihh..dia tak menang tangan dok kacau laksa dalam kawah tu..Yelah, kat Terengganu ni, kalau buat open house memang akan ada masakan laksa kuah putih atau kuah masak.

Mak mertua aku masak laksa kuah masak sedap sungguh. Aku siap tambah 2x. Sedap punya pasal, kalau malu lapo! Aku tanya Che' macam mana nak masak sesedap tu. Che' dengan senang hati bagitahu. Insya allah kalu rajin dalam masa terdekat ni nak masak laksa kuah masak. Semoga aku rajin..ammeenn..

Petang Ahad, lepas balik dari open house anak sedara aku, kami pon balik ke Paka dan seterusnya ke Kemaman.

Abis citer raya!

Thursday, October 13, 2005

Selamat Berpuasa Semua

Tahun ini merupakan tahun pertama menyambut Ramadhan bersama suami. Alhamdulillah suami ku amat memahami ku dan tak berat tangan untuk membantuku di dapur. Cuma letih tu lebih sikitlah sekarang nih!

5.00 pagi - Bersahur
7.45 pagi - Ke pejabat
1.00 tghari - Short nap actually loOoong sleep..heheh
4.30 ptg - Balik kerja
5.15 ptg - Setat operasi kat dapur, masak untuk sahur sekali
6.30 ptg - Makanan ready atas meja
7.00 mlm - Buke pose
7.55 mlm - Gi terawih dgn hubby
9.00 mlm - Balik terawih
10.00 mlm - Pastikan all makanan untuk sahur ready, so esok pagi aku tak kalut2 nak masak..

Loop atas 30x..

Oklah, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Maaf Zahir Batin andai ada salah silap.

Selamat Hari Raya
tak awal sgt kan.. aku wish raya..!

Thursday, September 15, 2005

Yang tersirat dan tersurat..
Dua minggu lepas, adik aku yang kat Sabah beria2 nak balik kampung. Katanya nak sangat balik walaupun cuti hanya 5 hari [5 hari belum campur masa terbang sana sini tu..tolak campur tinggal 3 hari jer tu] dan walaupun hujung tahun ni dia akan balik lagi. Ayah benarkan dia balik..So on 3rd Sept dia sampai umah.
Dua tahun lepas perkara yang sama dah berlaku. Masa tu dia tengah study kat Cairo dan beria2 nak balik walaupun sekejap padahal nak balik Msia few months lagi lepas tu. Seminggu dia balik Msia, nenek aku yang sakit tenat meninggal dunia. Dia sempat bacakan ayat suci di sisi mayat dan sempat solat jenazah dan sempat mengiringi mayat ke liang lahad.
Semalam aku mendapat berita yang atok aku yang warded kat HKT [ICU..] meninggal dunia. Pukul 12.30 pagi semalam. Terkejut..terkedu...Adik aku yang kat Sabah tak dapat balik sebab baru last week pegi sana dan tak sempat nak bacakan ayat suci di sisi mayat dan tak sempat solat jenazah dantak sempat mengiringi mayat ke liang lahad.
Pagi semalam aku balik menziarah arwah atok dan aku cuti the whole day. Dulu, masa nenek meninggal, aku cium pipi mayat dengan bibir, wangi jer baunya. Semalam aku cium dahi atok dengan hidung, aku rasa kulit arwah sangattttttttt sejukkkkk. Dua-dua atok dan nenek aku sayang. Walaupun dua-dua dah tak ada didunia, tapi aku tak pernah merasakan yang mereka tiada. Mereka sentiasa di hatiku dan aku amat merasakan kehadiran mereka bila aku pulang ke kampung.
Yang tersurat...kematian...yang tersirat..setiap kali adik aku kata beria nak balik kampung. Tapi sesungguhnya semua dah tersurat...Kematian menjemput insan tanpa lambat atau cepat..walau sesaat!

Tuesday, August 30, 2005

Tahniah..

Minggu lepas aku balik kampung mertua aku dengan suami tersayang. Depan rumah mertua aku, dua pupu aku bersalin. Anak yang ke-3. Baru bersalin 11 hari tapi dia macam tak ada apa-apa, cergas jer aku nampak. Siap boleh sapu sampah depan umah dia..

Depan belah kanan umah mertua umah ipar aku yang sulung. Anak dia yang pertama bersalin anak sulung. Maknanya kakak ipar sulung aku bergelar nenek, mertua aku bergelar moyang, suami aku ada cucu sedara dan aku pun turut ada cucu sedara..Aku jadi nenek..Huhuhu

2 hari lepas kak long aku selamat melahirkan cahayamata ke-3, seorang puteri..puteri lagi... Adik aku kata rupa baby kaklong aku yang baru tu sejibik muka aku.
Adik aku SMS coz aku lum balik kampung lagi tengok baby.

Antara SMS kitaorang..
'Aku tengok lubang idong dia, aku teringat mung..sejibik...'
'Yeke? Mesti comey kan..yerlah kalu idung dia mcm idung aku neh..prasan..prasan..muahahha'
'Boleh sumbat guli jer aku tengok..ha ha haaa'
'Erkk..cesttt..aderker gitu plak..aku tahu..mung nak cakap dia cute kan macam aku..tapi mung malu...muehehehhe'

Ada orang kata : bestnya ader baby kan..!

Tuesday, August 16, 2005

aduhai..!


Bukan sehari bukan seminggu tapi dah 2 minggu
Berjauhan darinya ..rasa seksa amat!
Balik rumah sepi tanpa gelak tanpa gurau
unless aku tengok cerite komedi. eg Mr Bean etc

Terasa terasing jauh dari sisinya
Namun di lubuk hatiku, dialah nan satu
Dekat sentiasa di sanubari
walaupun ku tahu dia jauh sangat..uwaaa

Menghitung hari kepulangannya
Entah bila lah tarikhnya...hmm [*sigh..]
Seingatku cuma seminggu...tapi...
macamana boleh jadi 2 minggu dah neh!!

Yang pasti aku masih sabar menanti tarikh pulangnya
Masih tenang dan sabar
walaupun ada time aku hot bila payah nak membuat panggilan padanya..huh!
Dah le operator tu siiiibuk je manjang..Opsss..sabar Tini..sabar..hehee

Tadi aku call lagi tapi nama nya tiada dalam list..Hah???
Jenuh aku call situ..situ..sinun..tapi akhirnya aku give up..Done!

Tunggu ajerlahh...kepulangannya..
isk..iskk..iskk...sabar...sabar..

Tuesday, August 02, 2005

Toing..toinggg

Belum pernah berpisah
Sentiasa depan mata
Mana-mana pergi mesti bersama
Aku makan dia makan
Aku relaks dia laagi relaks
Aku sibuk kat dapur dia relaks..err kadang-kadang tolong
Aku bekerja dia pun bekerja
Paling lama tak jumpa 8 jam
Sama-sama SMS masa time bekerja..ahaks

Esok, lusa dan minggu seterusnya
Dia tiada depan mata
Tiada disisi aku
Aku makan sorang-sorang
Tak ada orang nak berSMS..Hp tak boleh dibawak ke tempat kerja
Paling lama tak jumpa agaknya dengan dia..err agak aku 2 minggu kot...

Huwaaa
Aku wonder how my life is gonna be for these 2 weeks ...
Boring kah...sepikah...tensenkah...
Rindu agaknya..camna nak bagitahu..kecuali ada panggilan dari dia

Huwaaa
Bila rindu..aku tersebut namamu...
Sob..sob..sob...

**Semoga dia selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan isterinya...

Sunday, July 24, 2005

Weekend go fast..

Di suatu hari hujung minggu, ketika sedang menikmati hidangan tengahari...diiringi muzik dari corong radio..

"Eh bang! lagu Me*lly Goe*slow ni kan bang..semua lagu dia macam ni kan..laju-laju jer rentak nyer..kita dengar pon tak ngantuk..aktif jer.."

"Eh..lupa nak bagi tahu..pagi tadi masa abang belek "paper", terbaca satu berita pasal Me*lly Goe*slow. Penyanyi tu dah tukar nama dah.. "

"Aik...napa pulak tukar nama..dia kawin kot..takkan dia tukar agama..Ishh..mustahil pulak rasanyaa.."

"Entahlah..abang tak baca semua ..baca sekilas pandang jer.."

"Apa berita tu?"

"Dia tukar nama jadi Me*lly Gofast"

Erkkk...sib baik aku tak tersedak nasi...sabo jek larr suami ku nan sorang nih! Huhuu..


Thursday, July 14, 2005

Kau buatku tersenyum..

Tak aku nafikan, hidup berubah jadi penat dan letih tapi aku sentiasa gembira . Sebab2 nya ...

Scene 1

Aku duduk rehat sekejap selepas mem'bizi'kan diri kat dapur.
Sambil aku alihkan "stand fan" ke arah aku.
"Bestnyer kene angin nih! Lega jer rasanya.."
"Awak ingat best ke duk terbaring kat katil spital tu?" sampuk suamiku.
"Errkk..apa lak kaitannyer..sapa nak duk spital.."
"Abis tu tadi cakap best kene angin! Ha ha haa"

Erkk..aku salah cakap kot..salah guna perkataan..
"Bestnyer kena angin dari kipas nih..sejuk ajer rasanya.."

Scene 2

"Bang, jalan kat opis tadi dah berturap tar..best jer drive..smooth. Dulu pecah merekah sana sini. Drive kena slow jer, silap drive, tayar masuk lobang..seksa betul dulu.. "
"Naper awak tak gunakan Ellgy?"

Erkk..hadui...suamiku suka berseloroh..

Scene 3

"Abang rasalah.. honeydew tu dah busuk agaknyer dalam fridge tuh"
"Naper lak..elok jer tengok tadi."
"Sebab tak ada org kupaskan pun untuk abang petang nih! "
"Huk aloh..nak suh kita kupaskan ..cakap terus terang jerlah..nak berkias pulak.."


terima kasih bang..kau buatku sentiasa tersenyum..aku bersyukur.....

Note :
-Kat sini, istilah "kena angin" merujuk kepada kena angin ahmar.
-Ellgy tu ubat yang taruk kat tumit kaki nak ilangkan merekah.

Angah, betul cakap ko..aku tak dapat melihat mentari sepanjang hari hingga petang sebab hujan tapi aku dapat lihat pelangi yang sangat cantik selepas hujan..udara pun sangat nyaman..

Tuesday, July 12, 2005

Bila penyakit itu datang....


Aku jadi tak bermaya
Tak semangat untuk buat kerja

Semua perkara nampak payah ajer
Ambik masa yang lama nak siapkan satu-satu kerja

Perkara kecik jadi besar
Seminit jadi 10 minit ..berfikir

Idea macam ilang
Nampak takde masa jer sekarang

Susahnya kalau penyakit tu datang
Mim alif lam sin..huh! tak senang

***Camna nak buat aku jadi raji*n balik yer?

Monday, June 27, 2005

Nilai sikap manusia vs 15 sen

Semalam, tepat pukul 1.00 tgh hari ke bank untuk mendapatkan geran. Kemudian ke Kurnia insurans untuk membeli insurans WHG yang akan tamat 28hb ni. Makcik tu berpakaian sebagai lengkap seorang muslimah. Berborak dengan makcik tu sambil menunggu kepulangan suaminya untuk menguruskan pembelian insurans WHG. First impession aku, makcik tu bagus, baik, peramah etc.

Suaminya pulang selepas aku menunggu 15 minit. Menggunakan atas talian , dia membuat pembelian insurans dan terus mencetak kertas polisi. "Sekejapnyer!", bisik hati aku. Lantas aku keluarkan duit untuk melangsaikan urusan aku kat situ secepat mungkin. Yelah, aku mahu ke JPJ pulak nak settlekan cukai jalan.
Tapi, insiden ini telah berlaku dan meranapkan segala kepercayaan aku terhadap kebaikan, keramahan, kebagusan meraka suami isteri.
Aku beri RM790.00 dan meminta meraka membilang balik bimbang duit yang aku berikan tak cukup. Tapi makcik tu cakap cukup dan dia kembalikan duit baki. masalahnya........
....
Jumlah yang patut aku bayar RM788.85

Aku bagi RM790.00
Duit baki yang sepatutnya aku dapat RM1.15
Duit baki yang dipulangkan RM1.00 sahaja
.....

Mana lagi 15 sen? Aku bukan lapar sgt 15 sen tu tapi kenapa makcik dan pakcik tu memandai2 anggapkan aku setuju dengan baki yang diberikan dan siap meraka cakap, "Kira cukup jerlah yer." kalau makcik tu cakap tak ader duit kecik pon aku akan cakap HALAL jer lah. tapi sikap dia yang ambik mudah pasal baki yang tak berapa sen jer tu. Dalam Islam pun kena ada persetujuan antara dua pihak atas sebarang pembelian tapi makcik dan pakcik tu............

Alahai..sikap manusia....

Thursday, June 23, 2005

Jari menari ....

Hampir sebulan blog aku ni tak ter'apdet'. Sibuk sangat kah aku? . Actually memang sibuk. Awal bulan June aku dok berhempas pulas siapkan hantaran abang aku yang melangsungkan perkahwinan dia kat N9 tu. Timbunan kerja di pejabat, masalah demi masalah pasal komputer kat opis aku. Tu belum masuk problem pasal software tu..pheww...makan dalam betul.

Masa semakin hari terasa semakin suntuk. Macam tak cukup masa ajer. Mungkin pertukaran status menyebabkan aku agak mengejar masa. Errkk...masa kejar aku kot! Rutin pagi berubah 180 darjah. Dulu boleh lagi melayan mimpi indah selepas Subuh. Dulu, balik kerja aku masih boleh bergolek-golek depan tv melayan crite Cina, Power Rangers..[oopss..], memasak bila aku suka jer, layan tv sampai pukul 10 malam tanpa henti..muehehee, dan segala-galanya mengikut rentak dan naluri hati aku. Sekarang, sebagai seorang Puan, harus erkk wajib melayan makan minum pakai si Tuan, no more criter kartun, tak sempat nak tengok pasal anak jiran sebelah umah aku main playstation..siaran tv umah aku cuma nampak game yg dia dok tengah main..waaaa .

Ahad awal minggu ni, dalam sejarah hidup aku, aku telah menjadi mangsa kejaran makhluk berbadan berbulu dan spesis agak2 sama dengan kita.
?
?
Aku kena kejar dek kera! Sib baik lah aku tak tutup rapat WHG. So sempat menyelinap masuk dalam kete aku dan encik Ke*ra tu hanya sempat menerkam pintu WHG. Pheww..bayangkan kalau dia dapat terkam aku..bayangkan..Dalam keta tu, aku dapat lihat taring dia yg menyeringai ke arah aku. Aku bunyikan hon banyak2 kali dan nyalakan lampu alarm WHG. Dia tak lari malah ramai plak kaum kerabat dia yang dok pandang aku. Terasa mau menangis jer tapi apakan daya. Kredit HP masih ada tapi tak dapat call out sbb terlebih valid calling time. Akhirnya jiran aku keluar umah dia dan tolong tutup pintu pagar umah aku. Sob sob...kecik ati aku en Ke*ra tu buat aku gitu..Siap ko bila suami aku balik nanti ..Huh!. Mungkin silap aku masa nak undur keluar dari porch, aku terlalu laju reverse ke arah dia. Maybe dia rasa terancam, that's why dia nak serang aku. Tapi yang moskelnya kalau ada kaum ADAM kat situ, tak plak dia tonjolkan diri dia. Apalagi nak serang2 nih, penyegan kemain! Huh..

Balik kerja petang tu, aku dikejutkan lagi incident ini....

"Bad day lah nko hari ni. Pagi tadi dah la kena kejar dek kera jantan, lepas ajer ko pergi ada plak ular nak masuk umah nko. Anak aku halaukan guna spray Baygon ke apa ntah..Ular tu pening2 kot, terus si Odie pukul sampai mampus. Dia buangkan bangkai tu kat dalam longkang tu. Ada lagi kot kat situ. Cubalah ko tengok kot2 ada lagi. Ular tu ada tanda merah kat kepala dia. Bila kita baling batu, kepala dia siap kembang2 lagi.....bla bla blaa"

Panjang lebar akak tu cerita kat aku. Terima kasih berbanyak lah aku kat akak tu. kalau tak, agaknya bahaya tu mungkin dah masuk dalam umah aku. Syukur alhamdulillah....

Oh ya! Suamiku dah bekalkan aku seplastik mercun siap dengan lighter untuk aku gunakan time kecemasan masa nampak en Ke*ra. Sampai hari ini, aku tak nampak lagi bayang encik2 Ke*ra kat kawasan umah tu lagi. Tapi aku masih phobia setiap kali nak keluarkan WHG dari porch umah aku. Yelah, buatnya dia datang terkam aku tiba2 jer dari belakang...mau trauma seumur idop tu..Nauzubillah...

****To adikku kat Sabah tu, silalah tengok potopages aku tu. Aderlah sikit2 yg aku letak untuk tatapan mung di perantauan..cewahhh...Apa2 hal jangan lupa bitaw kakak mung nih!

to be cont'

Thursday, May 26, 2005

Selamat Hari Lahir Untuk Pemilik WHG4611

Genap usiaku 28 tahun. Terima kasih mak kerana melahirkan aku ke dunia nih dan membantu aku menjadi "orang" yang berguna. Tengkiu hubby for being the 1st person to wish me.

Last two week, tuko minyak hitam WHG terbang RM100.00. [Avtually RM70.00 jer, tapi aku round up ke RM100.00].

Last week aku driving ke Kuala Terengganu dengan mak dan Huda. Hubby tak dapat turut serta coz terpaksa bekerja. Aku drive 6 jam tanpa henti, [kalu ke Kl dah boleh pergi balik tu]. Ajak mertua ke kenduri kahwin dua pupu aku. Mulanya dia tak mahu turut serta tapi aku telah berjaya "meracun" supaya join jugak sekali dengan aku. Rupa2nya dua pupu aku tu anak kawan baik dia. Tu lah Che', sib baik pegi..he hee..

Bertolak pulang pukul 3 dari Kuala Terengganu sampai pukul 4 lebih kat Paka. Angkat handbrake dan aku terus tertido dalam kereta sampai pukul 5 lebih. Mata aku macam digam-gam. Berat sangat. Nak angkat kelopak mata pon tak larat..Tingat plak incident masa aku dimake up..mak andam tak nampak bulu mata aku..har har har..aku kata, "Anak bulu mata pon tak ada tau..!!"

[Penat sungguh memandu..dah pesan kat mak jangan tido. tapi bila kita kejutkan dia, dia kata dia tak der tido padahal siap dengan dengkur lagik tuh..huhuuu..]. Penat..sungguh-sungguh penat. Then sambung drive, angkut adik ke Kemaman lagi. So aku dah drive dalam dekat 300km lebih hari Sabtu last week. Kesian hubby, dia balik kerja aku tak ada. Takperlah, aku sampai umah pon, dia dah belikan makanan untuk dinner. Alhamdulillah..tak perlu aku terkejar2 untuk "bersilat" di dapur pulak.

Isnin 3 hari lepas, aku hantar WHG ke bengkel untuk alignment/balancing tayar. tapi si mekanik tu bagitahu, 2 tayar depan dah botak belah dalam..err..betul ke ayat aku nih..makan tayar katanya..[makan tayar??]. So, terbang RM350.00 utk 2 tayar baru and servis tayar.

Tadi aku bergegas ke Mebank utk bayar insurance, yelah, next week nak gi jalan2 lagi. Ke KL [ada short course], ke N9 [hantar abang aku nikah]...Melaka maybe...Yeay!!Nak kene setel kan dulu segala insurans, road tax, lesen aku. Total road tax, lesen, insurance abt RM1100.00. Huhuwaaa..Manyak sungguh duit guna bulan nih kene spend untuk WHG! Tapikan..tetiba jer masa aku gi amik polisi WHG kat satu tempat tu, aku ternampak, date due WHG adalah akhir bulan depan. [Sambil gosok-gosok mata tak percaya], "Ya allah! Adakah aku bermimpi?" Seronoknya...so, tunggu bulan depan jerlah kan aku gi sambung roadtax, insurance, lesen aku.

To all my friends yg wish aku and hubby, terima kasih banyak2. tak dapat belanjer nasik minyak unless datang sini kots..[he hee], saya tolong masakkan...erkk..masak kat kedai..
Tengkiu..tengkiu..tengkiu..[sambil lambai-lambai tangan macam Lady D ..kehkehhh]

Tuesday, May 10, 2005

......

Sibuk? Tak apdet? Bersawang lama sangat? Kenapa agaknya yer?


Ini jawapannya...........terima kasih pada yg sudi hadir. Majlis sederhana sahaja, tak dapat mewar2kan pada satu komuniti maya. Harap sahabat2 memahaminya..

Last 2 month, aku bz buat mende2 alah yang seangkatan dengan mende alah nih..
Image hosted by Photobucket.com

Pada tarikh yang ditetapkan majlis berlangsung..ini buktinya ada yang tak percaya dengan berita majlis aku tu..jangan tak caya..huhuu

Image hosted by Photobucket.com

So, nanti2lah aku sapu sawang2 yang bersepah2 kat sini..insya allah.Will back to normal...

Sunday, March 20, 2005

Menyapu sawang

Hampir sebulan??..Lamanya tak update..erkk..tengok kalendar tadi rupa2nya dah lebih sebulan blog aku bersawang. Terasa janggal plak masa mula2 log in tadi..Ingat2 lupa apa password aku..Alhamdulillah, walaupun tak lama tak update, tapi masih ingat lagi password dan username..Kalau lupa password tadi, harus tak terupdate sampai bila-bila. Bukan sengaja untuk tidak mencoret di sini tapi dalam sebulan nih, banyak sgt halangan yang datang untuk konsentret kat blog nih.

Ada sekali tu, aku dah penat lelah taip apa yg aku nak share bersama kawan2, tetiba blackout. Ada sekali tu plak, tetiba komputer "hang", terus ilang semangat nak taip balik, nak reka balik ayat2 tu. Dah la keadaan komputer kat sini yang agak problem setakat nih. Dah 2 buah pc yang aku hantar masuk workshop. Maklumlah aku ni bab pure hardware, "buta" sikit..Dalam last week kot, aku baru prasan yg doodle bod aku blank jer..arghh..marahnyer aku!! Awatla cik Doodle tu cenggitu..Time aku tengah malas nak ubah2 ni lak dia wat hal..Tak kisahlah..Kot ada masa kang, aku ubah lain, kalu tak, bior jerlah gitu dulu..[baca : Malas].

Dalam masa sebulan dua nih, terasa jugak tekanan dalam hidup aku. Ada sekali tu, anak sedara aku, si Husna masuk wad. Sampai dua kali plak. Musim budak2 kecik sakit psl demam panas etc. Mak aku sakit2, atuk aku masuk spital, ayah aku tak sihat, aku pon sakit actually dan macam2 lagi cerita suka duka. Tapi tak tertulis di sini, memandangkan banyak insiden2 yg membuatkan aku menyampahkan menaip balik..Huh!!

Nak jenguk blog kawan2 pon dah jarang2 sekali. Aderlah sekali dua bila masa free, sempat tinggalkan jejak aku..Kalau tak, aku baca, then log out cam tu jer..Sekali sekala aku tergelak bila baca entry kawan2 aku kat blog masing2..Lama sikit aku tak jenguk, aku dah lost cerita kawan2 aku. Kena dok depan pc lama sikit, nak baca cerita dari awal..

Kenapa aku tak update? Soklan ni, aku pon tak terjawab..Samada lepas ni aku akan semakin menghilang atau pon aku akan mulakan balik seperti sediakala after certain time..I am not quite sure but..insya allah..Kalau ada masa sempatlah aku back to normal..

To Angah, will post u or meet u personally ..insya allah..To Dewi, will post lah kat nko..

Thursday, February 17, 2005

Tak update..?

Yerlah..yerlah..apdet lah nih..aiseh..ada org ugut nak ngadu yer..... Tadi aku baru jer siap tengok "singa" menari...Opis aku terletak dalam kawasan opis kaum Cina so, kiri kanan opis aku ni, mmg opis yang rata-rata dimiliki oleh kaum Cina . Malah bukan setakat opis, malah perumahan pon dimonopoli oleh kaum Cina jugak. So, hari ni ajer aku saksikan sendiri singa menari kat sebelah opis aku, lagi dua tiga episod lagi, aku tak larat nak tengok dah. Pasal sakit jantung aku dengar bunyi mercun meletup, dan sakit jantung aku jugak bila dengar alat2 muzik utk singa tu menyanyi berdentam dentum..Phewww...aku nasihatkan sapa2 yg pregnant or rasa2 ada sakit jantung, tak yah tengok dekat2. Konpem ada kesan nanti.

Lama jugak rupa2nya aku tak apdet blogg. Bizi? Yer..aku sangat bizi sekarang..mengalahkan menteri. Problem bertimpa2 kat opis ni. PC banyak yang dah malu2 mata nak idop. Nak kene itu ini. Dah ..aku malas nak elaborate panjang2. Balik umah pon kene belek buku tengok punca masalah PC tu. hehehe..e1, tq for the CD. Ok sangat tapi PC win xp tu plak yang takleh nak communicate dgn 2000. Internet ok, LAN ok tapi dia takmau jugak appear nama dia dlm workgroup. Erkk...kene personal msg ler..Kang ntah hapa2 plak aku meraban sini..Malu jer..Kat luar sana, aku tahu, ramai yg ilmu tinggi melangit dari aku..

Minggu lepas aku balik kampung, nak settle kan pasal surat menyurat penjamin untuk adik aku yg dah jadi cikgu kat Sabah, nak settle kan urusan adik aku yg masuk poli UO kat Perak. Raya Cina, aku pon raya jugak. Hari pertama raya [erkk..boleh lah kot..], aku satu famili ke umah atok aku kat Kuantan. Tak sempat nak jumpa angah. Ko makin bizi yer..Bz ke Sunway..Genting..heheeee. Raya Kedua, aku stay kat umah jer. Berlatih menjadi ala-ala surirumah..Kekununnya lah..Raya ketiga empat dan lima pon sama. Prektis buat kerja umah. Penat wei...raya ke5, aku basuh WHG, pastu kan tempek kan polish tu. Lepas basuh dapur, aku ingat2 nak menenyeh balik lah polish tu. Kot2 la makin shining WHG aku tu kan.. penat nya ya rabbi..

"Cik De tak penat ke ?"
"Naper?"
"Huda tengok dari tadi Cik De basuh kete, pastu basuh dapur, ni nak "cuci" kete lagi ke?"

Huhuu..concern anak sedara aku kat aku..

"Penat memang penatlah sayang, tapi kene buat jugak..kalau tak, sapa lagi nak buatkan untuk Cik De..." buat masa ni ler..heheh

Yang tak beshnya, aku polish tu tak tanggal abis, so, kete aku tu nampak kesan polish yg tak abis tu. Nampak kusam jer..petang semalam, aku dok tenyeh lah sensorang WHG tu, nak ilangkan kesan tu. Rasa2nya dah abis tenyeh, kot2 lah ada lagi kesan tu, esok pulak lah aku tenyeh balik..Warghhh..ni yg maleh nak tenyeh polish tuh!

Masa ke Dungun temankan adik mencari brg2 keperluan dia, aku terjumpa sorg kawan aku masa form 1-form 3. Wah wah..masih slim melim lagi dia. Aku? Dia tegur, wah wah balik kat aku...makin temb** katanya..waaaaa..tak aci..caner dia leh menten jerk? Dia cikgu English kat Maktab Bahasa. Kami sembang tak ingat dunia. Semua cerita sahabat2 dulu kami cungkil balik. Seronok betul..Dah lama rupa2nya kami tak jumpa. Dekat 11 tahun. banyak cerita sensasi yg aku dapat. OooooOoo..patutlah sorang mamat yg lalu depan umah aku tu asyik tengok aku jer, betul sangkaan ku rupa2nya. Maybe dia pon rasa macam kenal aku but in diffrent sais la kot..muahahha..tu psl teragak2 nak tegur kot..Dia memang classmate aku masa form 1 sampai form 3. Dah kawin dengan kawan aku jugak. Kelas lain..

Camner aku jawab tagbod eh? Banyak sangat..nak respon eleh.. alasann le tu..cakap ler malas..Nantilah, i'll find some other time to respond yer..Tq all..

Angah, on that day at my house, on next day at another place..get it?

Tuesday, February 08, 2005

Pernah tak?

Korang rasa nak menulis, nak mencoretkan sesuatu, idea mencurah-curah, cerita nak dikarang terasa berjela-jela, semua perkara yang happy nak di sharekan bersama kawan2 tapi tangan berat untuk menaip...otak beku untuk menyusun kata-kata..mata penat untuk menatap skrin komputer...pernah tak? ke aku jer yang berperasaan camnih aar?..

Itulah simptom yang aku hadapi sekarang...sakit apa ek? Mim alif lam sin ker?...he hee..

Anyway..berhati-hati pada yang memandu di musim perayaan nih! Salam ceria sentiasa..

Thursday, January 27, 2005

Hanya DIA yang Maha Kuasa..




Apa lagi yang mampu dipertikaikan..DIA segala-galanya..Subhanallah..Kerdilnya kita di sini..di bumi yang penuh suka duka..Aku harap kita sama-sama mengambil pengiktibaran atas yang berlaku. Takziah kepada keluarga yang meninggal. Semoga tenang disisiNya..

Tuesday, January 25, 2005

Cerita-ceriti hidup aku...

12 Jan - ke PERM*TA Bangi kerana menghadiri satu training yg dianjurkan oleh Petron*s. Makan satay kajang dgn Leen. Thanks Leen..susah payah datang dari Cheras ..temankan akak kat situ. ;)

13 Jan - Aku ada training......tengahari tu blackout kat situ ..got a SMS from my so-called bro saying that satu Klang Valley blackout...

"Apa yg u bawak dari Trg ni..sampai blackout satu KL nih? " <---SMS nih dia kasik kat aku. Ader ke...?!! Huhuuu..masing2 peserta training happy giler babas masa blackout tu coz ingatkan boleh balik awal...rupa2nya saat2 akhir tetiba lak ader letrik tuh..hampesss!

Malam tu tunggu abang aku psl aku nak amik tiket yg dia belikan. Beria2lah aku bersiap cepat...jalan tak pandang kiri kanan [baca : tak sempat usha manusia2 ler.hehee]..sebab abang cakap tiket bas aku kul 9.00 mlm. Sampai kul 8.45 abang tak muncul2 gak..Mak aihh..mendidih...panas..panas..dahler tak sempat mandi..ops...heheheh..Sampai jer abang kat Putra bas terminal tu, abang boleh siap sengih2 jer tengok kekalutan aku. Yerlah dia boleh senyum dari jauh..siap berlenggang lagi tuh..Huh!

"Bakpe lambat?"
"Rilek ler..Bas kul 10.00 ler..sajer bagitahu tiket bas awal.."

erkk..erkk...Tak ker abang aku tahu..petang tu , aku jalan guna gear 5, tak pandang kiri kanan, tak sempat kunyah nasik tu betul2..takut tak sempat..Adehh..dehhh! Sabo jer la..

Sampai Kemaman lebih kurang pukul 2.30 pagi. Alhamdulillah, sudah ada yang menunggu di situ. Bak kata orang, pulangku berjemput..Ahaks..

Esok paginya, aku balik kampung selepas berkejar sana sini mencari barang2 keperluanku.

Hari Sabtu, segalanya berjalan seperti yang dirancangkan..Syukur alhamdulillah..[Thanks for the wishes ...]

Ahad tu, aku cuti2 malaysia...dan kembali ke opis petang tu..dengan seribu kenangan....

Masa kat Bangi, tak sempat jumpa kak Seri..so, aku terjumpa buku akak seri dekat the Mall..Beli satu buku cerita tu..Sampai mlm tadi masih membaca satu persatu perkataan..waduh..waduh kak...mengusik jiwa saya cerita tu..pandai akak karang cerita tu.. ;)

Esok pagi, adik aku akan berlepas ke sabah sbb ditugaskan di sana. di Keningau..Aduh dik..dah 3 tahun di bumi anbia..sekarang akan meneruskan kejauhan itu ke bumi bawah bayu pulak. Syukur dik..rezeki di situ agaknya. Tunggu tempoh yang sesuai, adik pulanglah ke sini. Pandai2 lah jaga diri adik di sana..

Kembar adik yg ke sabah tu, sudah membeli wira. Tercapai cita2nya. Raya tahun ni, bertambah lagi satu kereta depan umah aku. [Wira adikku lebih canggih dan mantap dari WHG..aduhai..sound sistem wira dia pon dah cukup menjeleskan aku..alahai...].

Raya tahun ni, sambutan alhamdulillah..semua adik beradik lengkap berkumpul. raya Haji tahun depan? Entahlah..Mungkin kami satu keluarga tak dapat berkumpul macam raya tahun nih!

Daging Qurban banyak kat umah aku, macam2 ada...sup ada macam2 jenis, dari ekor ke kepala lembu..pilihlah..hehehehhe. Aku dan bagi amaran kat mak ayah aku, "Daging ni banyak kolesterol..jangan makan banyak2..bahaya!"... Mak ayah aku ada unsur2 darah tinggi..so, kalau tak ingatkan diaorang, kang buat2 lupa lak..dah makan ramai2 tu...lupa pulak pantang larangnya.. ;)

Tetiba rasa nak menaip macam2..Maybe psl dah lama tak membebel sensorang kat sini...nak jengok blog kawan2 pon payah rasanya. Kerja menghambat aku tak kira masa dan tempat. (dan tanggungjawab jugak..wink..wink..)

Tagbod? tak terjawab rasanya..Tq for all the wishes and for those who left yr jejak..appreciate that very much.

Oklah..dah panjang rasanya celoteh aku hari ni..kalau aku rasa tak abis lagi nak celoteh meraban aku nih, esok aku sambung balik.. ;)

Angah, TQ for the advise this afternoon ..ingat tau..jangan ko lelebih lak dari aku..kang ilang lak kegelameran aku kang..muahahhahaha..

Dewi, I'll let you know bout that..sure..

Monday, January 24, 2005

Dan akhirnya.....

aku apdet hari ni..dengan entry ni..he hee..itu ponm after i got a msg from my so-called cyber bro..thee hee..

esok2 lah aku citer panjang lebar yer..nak balas tagbod, taip current event in my life..bla bla..esok!


Tuesday, January 11, 2005

Cinta di sini bermaksud cinta kepada Allah, isteri, kekasih dan sahabat.
1. Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
2. Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.
3. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
4. Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, ujian atau cobaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.
5. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
6. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
7. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
8. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.
9. Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkahi.
10. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.
11. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
12. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
13. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
14. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.
15. Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika dan masih tetap perduli padanya.
16. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.
17. Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.
18. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
19. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.
20. Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
21. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
22. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.
23. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
24. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis."

Note : Hargailah cinta yg kita ada.......

Monday, January 10, 2005

Bangi...aku datang lagi..

Almost 4 tahun aku aku tak jejak kaki aku ke Kajang. Lama tu. Teringat zaman muda2 dgn kawan baik aku di Dewi tu ke Kajang. So much memories between us. Miss that moments!! Wi, taim kita sakit gigi, kita pegi klinik gigi tu. Ko ke klinik gigi MB Selangor tu.Wah wah..bukan senang nak dapat peluang MB cabut gigi ko tu wi. **wink **wink. Aku gak yg tersilap masuk klinik gigi yg caj aku RM300.00 tu..masihkah ko ingat wi?

Dewi, ko ingat tak zaman kita naik bas kaler merah tu..Apa ke namanya bas tu ek? Pakcik driver india tu yg singsing seluar sampai lutut sbb kepanasan, dia bwk bas sampai kita rasa mcm naik roller coster, pastu kes siBiah yg gigit duit n si konduktor taknak duit tu. Heheee..Mrs Doubtfire??! Wakaakaa...Warta? cycling at MPI? Pengsan? jalan kaki ke BBB? Jalan kaki ke UPM bukit konvo tuh!? Personal matters? kam? ADQ? cengkak? MFI? YPM?Uishhh..Tak sabar nak jumpa ko wi. Too much things to be 'mengumpat' shared with you.

Next two days, aku akan jejak balik kaki aku ke Kajang. Aku akan stay somewhere around Kajang tu..Ish banyak betul kenangan kat Kajang tu. Nasik ayam raya ..wi..ko ingat?? Makcik yg vogue gitu kat kedai nasik ayam tuh? Ko ingat? Lusa aku akan ke Metro, subjek pada masa yg available lah..aku takut aku kejar masa yg tak berapa lapang tu jer. Yerlah, malam tu aku bergegas nak balik kampung. Tiket dah beli..**sigh**. kan ke best kalu masa yg ada tu, aku boleh jumpa kawan2 aku, kakak2 aku yg dah lama aku nak jumpa.

A week after that, cuti raya plak. Raya Qurban. A week after that aku ada program plak. Then aku baru free utk weekend2 akan datang. Pheww..penat beb!

Apa2 pon, I admit that aku mulakan 2005 ni dengan tak ada cuti for 1st month. Weekend ajer aku ada hal yg kene diuruskan. Weekdays ajer, aku kena kerja.. :p

Cau cin cau...........banyak hal kene settle kan for this time being! Masa amat terhad utk berpoya2...

Thursday, January 06, 2005

Tahun Baru 2005

Sedar tak sedar, dah hari ke 6 tahun 2005. Hopefully aku tak terlalu terlambat to wish everybody "Happy New Year". Tahun Baru , semangat baru..azam baru..For me..aku akan teruskan azam last year bcos azam tahun lepas tak tercapai lagi..insya allah...di mana usaha, di situ ada jalan ke arah impian kita..So, apa azam baru kawan2 semua? Semoga azam masing2 tercapai ..dengan syarat kena usaha lah yer..aku doakan berjaya!

Tag bod aku tak terjawab for quite sometime sbb aku jadi sibuk yang tak menentu lately. Kerja yang semakin menimbun kat sini, ditambah dengan kesibukan aku sendiri. Saat ni pon, kerja masih banyak dan tak sempat nak catch up dgn masa kerja 8.00-5.30 setiap hari tu..Tapi kalau aku suarakan tak cukup masa, nanti akan ada org jwb,"Ikut kan kerja, sampai esok pon tak siap2 jugak kerja tu..". Lecturer aku dulu cakap, "Manage yr time, kalau kerja pejabat dibawa pulang ke rumah, maknanya awak tak pandai manage masa lagi.."..
Hu huu..Yeke??!

Hari ni aku baru berkesempatan melawat blog kawan2...kat blog2 yg aku selalu lepak, selalu lawat...tu pon tak sempat nak tinggal komen...aku sempat baca ajer..plus dengan sikit penyakit "mim alif lam sin"..he hee.

To my kawang baik..congrate lah..ko dah jadi sambadi kat sinun...Aku tahu ler ko dah abis baca semua buku majalah kat lib tu...so, sabo sabo lah yer..takkan setiap hari ko nak tengok jam jerk! hehhee...miss u la fren! Kalau ko sempat, singgah2lah umah aku tuh! Mungkin boleh membantu membuat colouring kat mana-mana ke..Ahaks!

Apa nak "merepek" lagi yer? Aku jawab tagbod ler...

Ady : Aik..naper -->OoooooOooo????Prektis sora ka?
Angah : Okeh fren...just let me know kalu ko konpem..
Lan : Sambung azam tahun lepas jer Lan..
Joe : Gong Xi Fa Cai to you too..
Ady : Happy new year to u too dik.
Loong : Bro, Shah Alam? mcm tak sempat ajer nak gi jenjalan..kalau berkesempatan dilain masa..insya allah..
Shahid : Shah, akak tak berani janji...akak kena balik sini Khamis mlm Jumaat tu jugak.. :(
Lan : Tak janji boleh jumpa...insya allah ...
Ady : Tak mo manjer2 dgn ady..hehehhe..nanti b*sk*t ..jeng jeng..hehhe
Ard : Hai..lama gak tak dengar berita dari sifoo..
Nile : Akak tak pegi gath tu dik..Ada masa 12hb ni jumpa..kalau berkesempatan..insya allah..No tepon baru nile apa yer..
Bro Omar : Selamat Tahun Baru to you too bro..


****************************************************

Tetiba idea datang plak..Meh nak citer [baca:riak] sikit..New housemate aku ada radio, tv, mesin basuh..bla blaa.....best..bestt...Balik kerja lepak tengok tv ler..citer cina ke..sekarang aku tgh giler ikuti citer Salina tu..kesian betul kat Intan...isk iskk..nauzubillah..

To Lan, ko tahu tak..akak dah berani pegang katak pisang dah tau..Muahahah[baca:gelak riak]..Last 2 days, akak dapat kekuatan utk pegang katak tu [alas kain ler], and berlari2 anak ke pintu umah dan baling katak sekali dengan kain tu outside the house. Lega betull..sib baik dia tak meronta2 masa akak pegang tu..Eiii..gelinya....kalau tetiba katak tu terlepas dari tangan , rasa2nya mau sama resonans sora akak dengan suara soprano..mau pecah gelas2 kat umah jiran2 aku..Heheeee

To Dr Maxx yang selamat melangsungkan perkahwinan..Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..Selamat Pengantin Baru..

To mak aku ..Selamat Hari lahir yg ke 50 on last 4th Jan...Cayang mak!

To kawan2 yg membuat azam baru tahun ini..Hopefully azam anda tercapai..Ingat! tanpa usaha..azam jadi sia2....

Note : Next week ke Bangi, dah lama tak sana..apa yg dah berubah yer??!! mau menumpang kasih umah seorg sahabat rasa2nya.. ;)