Thursday, July 14, 2005

Kau buatku tersenyum..

Tak aku nafikan, hidup berubah jadi penat dan letih tapi aku sentiasa gembira . Sebab2 nya ...

Scene 1

Aku duduk rehat sekejap selepas mem'bizi'kan diri kat dapur.
Sambil aku alihkan "stand fan" ke arah aku.
"Bestnyer kene angin nih! Lega jer rasanya.."
"Awak ingat best ke duk terbaring kat katil spital tu?" sampuk suamiku.
"Errkk..apa lak kaitannyer..sapa nak duk spital.."
"Abis tu tadi cakap best kene angin! Ha ha haa"

Erkk..aku salah cakap kot..salah guna perkataan..
"Bestnyer kena angin dari kipas nih..sejuk ajer rasanya.."

Scene 2

"Bang, jalan kat opis tadi dah berturap tar..best jer drive..smooth. Dulu pecah merekah sana sini. Drive kena slow jer, silap drive, tayar masuk lobang..seksa betul dulu.. "
"Naper awak tak gunakan Ellgy?"

Erkk..hadui...suamiku suka berseloroh..

Scene 3

"Abang rasalah.. honeydew tu dah busuk agaknyer dalam fridge tuh"
"Naper lak..elok jer tengok tadi."
"Sebab tak ada org kupaskan pun untuk abang petang nih! "
"Huk aloh..nak suh kita kupaskan ..cakap terus terang jerlah..nak berkias pulak.."


terima kasih bang..kau buatku sentiasa tersenyum..aku bersyukur.....

Note :
-Kat sini, istilah "kena angin" merujuk kepada kena angin ahmar.
-Ellgy tu ubat yang taruk kat tumit kaki nak ilangkan merekah.

Angah, betul cakap ko..aku tak dapat melihat mentari sepanjang hari hingga petang sebab hujan tapi aku dapat lihat pelangi yang sangat cantik selepas hujan..udara pun sangat nyaman..