Monday, June 27, 2005

Nilai sikap manusia vs 15 sen

Semalam, tepat pukul 1.00 tgh hari ke bank untuk mendapatkan geran. Kemudian ke Kurnia insurans untuk membeli insurans WHG yang akan tamat 28hb ni. Makcik tu berpakaian sebagai lengkap seorang muslimah. Berborak dengan makcik tu sambil menunggu kepulangan suaminya untuk menguruskan pembelian insurans WHG. First impession aku, makcik tu bagus, baik, peramah etc.

Suaminya pulang selepas aku menunggu 15 minit. Menggunakan atas talian , dia membuat pembelian insurans dan terus mencetak kertas polisi. "Sekejapnyer!", bisik hati aku. Lantas aku keluarkan duit untuk melangsaikan urusan aku kat situ secepat mungkin. Yelah, aku mahu ke JPJ pulak nak settlekan cukai jalan.
Tapi, insiden ini telah berlaku dan meranapkan segala kepercayaan aku terhadap kebaikan, keramahan, kebagusan meraka suami isteri.
Aku beri RM790.00 dan meminta meraka membilang balik bimbang duit yang aku berikan tak cukup. Tapi makcik tu cakap cukup dan dia kembalikan duit baki. masalahnya........
....
Jumlah yang patut aku bayar RM788.85

Aku bagi RM790.00
Duit baki yang sepatutnya aku dapat RM1.15
Duit baki yang dipulangkan RM1.00 sahaja
.....

Mana lagi 15 sen? Aku bukan lapar sgt 15 sen tu tapi kenapa makcik dan pakcik tu memandai2 anggapkan aku setuju dengan baki yang diberikan dan siap meraka cakap, "Kira cukup jerlah yer." kalau makcik tu cakap tak ader duit kecik pon aku akan cakap HALAL jer lah. tapi sikap dia yang ambik mudah pasal baki yang tak berapa sen jer tu. Dalam Islam pun kena ada persetujuan antara dua pihak atas sebarang pembelian tapi makcik dan pakcik tu............

Alahai..sikap manusia....

3 comments:

Anonymous said...

Very nice site! » »

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. » » »

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP »