Raya
Turn raye pose tahun ni kat umah aku. Hari Selasa aku dah siap2 beli ayam, rempah-ratus, santan sebab aku nak bawak balik rendang ayam kat kg. Ayam dah abis kat pasar, kalut aku pegi ke kedai jual ayam tu. Nasib baik ayam kat situ berlambak lagi. Kalu cari ayam kat pasar hari Rabu, mesti kene berebut2 dengan org lain.
Balik dari keja aku masak rendang, sambil2 masak lauk berbuka pose. Kebetulan aku jemput adik2 aku berbuka pose kat umah aku. So, petang tu, kami berbuka nasik minyak versi aku lauk ayam masak merah, daging kerutub and acar timun+carrot. Penatt sehh..
Malam tu, lepas adik2 aku balik ke umah mak, aku setat packing baju2 yang nak dibawak balik. Happy jugakla pasal tahun ni raya pose, lengkap adik beradik ada kat umah mak. Tapi abang aku call saat akhir bagitahu dia raya kat umah kakak ipar aku. Ish..ish...Takper..raya ke 3 dia kata dia balik ke umah mak. Dan akhirnya raya ke 3 jugak aku balik umah mertua aku..Huhuuuhu..tak sempat jumpa..
2 ekor ayam siap jadi rendang, kuih2 tunjuk aku pack balik nak bahagi2kan umah mak dan mertua. Masa pose aku berangan nak masak kuih itu ini..siap beli majalah kuih2 tu. Yang aku sempat buat,cuma cornflakes bermadu tu ajer..dapatler perli2 "free" dari hubby bila dia tanya pasal barang2 nak buat kuih yang beratur kat kabinet tuh..he heee
Petang rabu, aku dan hubby balik umah mak. Semua adik beradik ada..kecuali abg n wife dia jer..Takper..Petang kami berbuka ramai2 ..wah wah sungguh best bila berbuka ramai2 camtu..Biasanya aku berdua dengan hubby jer bila berbuka...Pukul 8 tunggu isytihar raya jadi ke tak. Berdebar2 jer..tapi hubby aku kata mmg confirm hari Khamis sebab ada pengumuman open house kat PWTC by our PM pada raya pertama hari Khamis. So? No doubt eh!
Dah konpem raye, malam tu pakat bakar satay..4 ekor ayam jadi satay. Satay daging pon ada jugak. Nyum nyumm sedapnyer satay..Yang perempuan pakat memasak kat dapo. Masak ketupat nasik, kuah kacang, etc..
Esok pagi bangun awal2, mandi sunat hari raya then pakai baju raya. Bersiap2 ke masjid nak solat raya pose. Sebelum ke masjid aku salam2 dengan mak ayah dan adik beradik lain. Aku peluk cium mak dan ayah sebab dah lama aku nak buat macam tu cuma tak terbuat jer. Sebab? Entahlaa..Bila sampai kat masjid nampak ramai dah orang berkumpul kat masjid, semua berbaju baru diiringi takbir raya..Masaya Allah..Pada aku, masa solat raya jer boleh feel raya tuh. Takbir raya tu syahdu ajer.
Lepas solat, ayah ajak tahlil kat kubur atok dan nenek aku. Ramai jugak orang kat kubor. Masa arwah atok aku meninggal baru2 nih, aku tak pergi ke kubur pon. Aku nampak mata ayah merah berair jer masa tahlil tu. Ayah sedih agaknyer.. Sayang kat ayah...
Lepas tu sesi ziarah sedara mara dengan ayah dan adik aku yang Sabah tu. sampai umah no 3 jer, hubby ajak balik umah. Sian dia, sakit perut pulak.. Yelah, dah tahu tak minum susu kenapalah minum jugak air tu. Nak jaga hati tuan rumah katanya..Huk alohh...
Aku teman mak duduk umah sampai lepas Zohor, turn aku, hubby and mak serta Huda beraya umah sedara. wah wah..raya sakan aku sampai pukul 7 malam tu..huhuu...senak perut aku asyik isi kuih raya, air kaler oren, merah, coklat..
Aku ke umah mertua lepas Zohor hari jumaat.. punyalah ramai umat kat sini sampai jammed teruk kat jalan. Biasanya balik kampung mertua cuma ambik masa 1 jam lebih, raya ke 2 tu jadi 2 jam lebih nak sampai umah mertua.
Sampai umah mertua, semua orang dah ke rumah pak sedara buat open house. Che' tunggu anak lelaki dia jugak nak ke umah adik dia. Iskk iskk.. Akhirnya selama 3 hari aku kat umah mertua, aku pergi open house ajer kerjanya. Pagi, petang ada open house. So, goyang kaki sikitlah balik umah mertua kali ni. He heee..
Pagi Ahad, hubby cakap nak makan laksa beras kuah masak. Semua kedai jual laksa tu tutup. Semua pasar aku pergi takder jual laksa tu. Akhirnya aku ke umah tukang buat laksa tu. Beli kat rumah tauke laksa sendiri..heh! senang cerita. memang buat duitlah tauke tu. Pagi tu ajer dah 300kg laksa dia abis..Humang aiihh..dia tak menang tangan dok kacau laksa dalam kawah tu..Yelah, kat Terengganu ni, kalau buat open house memang akan ada masakan laksa kuah putih atau kuah masak.
Mak mertua aku masak laksa kuah masak sedap sungguh. Aku siap tambah 2x. Sedap punya pasal, kalau malu lapo! Aku tanya Che' macam mana nak masak sesedap tu. Che' dengan senang hati bagitahu. Insya allah kalu rajin dalam masa terdekat ni nak masak laksa kuah masak. Semoga aku rajin..ammeenn..
Petang Ahad, lepas balik dari open house anak sedara aku, kami pon balik ke Paka dan seterusnya ke Kemaman.
Abis citer raya!
Thursday, November 17, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment