Sunday, October 17, 2004

Ramadhan 2004

2 hari berpuasa di kampung bersama keluarga. Rasa seronok yang tidak terhingga dan memang tak terasa letih dan penat berpuasa. Berbuka sama2 dan berterawih di surau yang diimamkan oleh adik aku. Masa terasa pantas jer. Melayan karenah anak2 sedara aku. Si Huda yang makin banyak berceloteh dan adiknya si Husna [7 bulan] yang sudah pandai ba ba cak dan tepuk amai2.

Dialog Huda masa adik aku yang baru dpt lesen kete tu drive WHG park ke dlm kawasan umah aku. Dalam WHG ada aku, Huda dan adik aku. Adik aku drive perlahan.......

Huda : Ayah Teh, bawakla laju sikit...Kang Huda turun jalan kaki balik umah kang!

Aku dan adik aku tersenyap. Mak Aihh..makin melaser anak sedara aku.

Sahur dan berbuka puasa

Kat kampung, pukul 5 pagi, jam loceng akan berkicau. Semua bangun bersahur dan makan sama2. Lepas solat Subuh, masing-masing akan menyambung aktiviti masing2.

Kat umah sewa aku, lebih kurang pukul 5 pagi, timer HP akan berbunyi, HP pon akan berbunyi..thee hee hee..TQ ..TQ..TQ.. sudi mengejutkan insan di sini bersahur. Dan insan di sini pon akan membantu mengejutkan insan di sana bangun sahur, walaupun sebenarnya insan di sana selalu bangun lebih awal dari insan di sini..huhuuu...

Kat kampung, masa berbuka, kerusi penuh dengan kaum 'wira'. Kaum 'wirawati' akan membuat "open table mat" kat sebelah coz tak cukup kerusi ..he hee..meriah..meriah....

Kat sini, masa berbuka hanya ada 3 orang. Kerusi tak penuh2 pon coz takder kerusi pon..muehehee..Hanya dok bersila jer depan tivi dan 'open mat'. Huhuuu..tak meriah..tak meriah...

Apa jua cara bersahur dan berbuka, kita akan teruskan jua Ramadhan tahun ini di mana jua. So, kepada semua umat Islam di mana jua anda berada, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KEREDHAANYA.

3 comments:

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... »

Anonymous said...

best regards, nice info imitrex 20mg nasal spray cheap cheap fast tramadol

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »