Wednesday, October 27, 2004

Theee hee heee



Dewi, bila tgk kartun ni..aku tingat kat ko..he hee
ingat tak masa kita dok jengok cengkak/em ef wai/ADQ dari tingkap bilik kita.. Boleh jatuh tingkap kan..ha ha haa..

Dewi,
Masa ko komen entri aku tu, banyak plak mende terbayang2 kat pala otak aku ni. Uishhh..cam wayang lak...kijer2 yg 'merepek' yang hampeh..huhuu

Masa Biah ajak jalan kaki dari komuter ke Bukit Konvo UPM, ko ingat? Jalan kaki 2 jam tu..dan peristiwa seterus2nya..huhuu..rasa cam acara merentas desa yang tak sampai2..huh!betul2 kije giler!

Masa kita dua jalan kaki ke BBB after kelas Nawal tu....ada 2 ekor kera mamat India yg cakap mengarut2 tuh...kita pecut cam ahli marathon? ops..cam acara 100 m ..ha ha haa

Masa kita berebut2 ikan keli kat cafe yang ada 'Stone' tu..ko ingat "Stone"? Buat lawak tanpa reaksi muka..Ko yang kasi nama "Stone" tu kan..kan wi?

Masa ada orang tu pakai high heel coz undang2 baru suh pakai kasut hitam bertumit...Ko kata nampak sekali pandang cam "Mrs Doubtfire"...Ha ha haaa...

Masa sahur..aaarrr...masa sahur...Sapa yg selalu temankan aku pegi tapau masa sahur tu ek? Lupa plak..Masa bebudak Trolak mula masuk tu..macam2 kita dapat cerita..

Masa bulan pose, time kita berbuka...iskk..iskk..iskk..
Wi, I miss those moments! Seriyes!

***naper aku mengimbau kenangan 5 tahun lepas nih? Naper ek? Maybe perut aku tengah pedih kot..He he hee hee..
tadi aku dpt mesej ni bila aku kata perut aku pedih jer..
"Orang tak sahur pon steady dari dia!" hu hu huu



Tuesday, October 26, 2004

Sihat itu nikmat!

Tiga hari lepas, masa terawih, hidung aku dok sok sek sok sek..sekali orang dengar, orang kata aku menangis. Padahal, aku dok sibuk menahan air hidung dari jatuh ke sejadah. huhuu..

Dua hari lepas, masa sujud rakaat ke 3 isyak kat surau tu, kaki aku ntah macam mana tertusuk kaca. Kaca gelas yg pecah hari semalam agaknya, kata makcik sebelah aku.. Pedih dan ngilu..Masya allah. Itu baru kene sikit...darah bertompok atas sejadah..Nasib baik darah berhenti cepat..lagi pun luka tak la besar mana. Alhamdulillah..

Semalam, aku tak ke surau itu. Hujan lebat sangat. Sampai ke Subuh tadi masih belum reda. Aku? Badan rasa panas, tak macam biasa. Kepala rasa berat, hidung sudah "bertakung" dengan air hingus. Mungkin penangan berhujan masa ke pasar ramadhan petang semalam. Berpayung macam tak berpayung...Sudahnya aku basah lencun.. Bak kata kawan aku, tak berbaloi bermandi hujan sebab beli kuih cuma beberapa ringgit jer..

Tak seronok bila dalam keadaan macam ni berpuasa. Kotak tisu aku bawak mana2. Naik pedih hidung aku bila asyik lap banyak2 kali dgn tisu tu. Dah penat bersin hari ini..Seingat2 aku lebih dari 15x aku dah bersin. :( :( Mungkin sebab puasa di bulan tengkujuh agaknya. Sejuk cuaca persekitaran ditambah dengan sejuk aircond dan pedihnya perut bila asid dirembeskan terlalu banyak. Semua tu dugaan....

Terasa, alangkah best nya andai aku sihat walafiat. Hidung tak tersumbat bila tidur, mata tak pedih, mata tak berair2...sampai bergenang air mata aku ..sampai saat aku taip entri nih..Meleleh air hidung...tisu dah selambak dalam tong sampah kat kaki aku.
Betapa aku terlupa, masa aku sihat, aku tak teringatkan sakit...alpa betul...masa sakit baru ingat saat2 sihat. Baru nak hargai, baru impi..kalaulah masa ni aku sihat..kalaula masa ni aku tak meleleh air mata...meleleh air hidung...Aku kene ingat 5 sebelum 5.

Sesungguhnya aku demam selsema hari ini! Isk iskkk...


Sunday, October 24, 2004

Peristiwa hari ke 10 pose

Kejutan demi kejutan yang aku terima lately. TQ wi for being there.. ;)

This morning, aku sekali lagi terkejut tahap badak hippo bila sebaik jer aku bukak mata, aku ternampak encik katak pisang tgh merangkak-rangkak kat tepi pintu bilik aku dalam bilik aku. Macam mana dia sampai sini???!!AGAIN?!! Ku tenyeh2 mataku...Wowwwooww.....ini bukan mimpi ngeri lagi..sudah nyata dah sahih dia berada di situ. Ligat kepala otak aku berfikir2 apa yang perlu aku buat. Sudahnya, ku capai kain batik yang tersidai dan ku lempar ke atas katak pisang tu dan ku biarkan seminit sebab aku nak keluar dari bilik aku tanpa dia nampak. Huhuuu

Ku kejutkan budak rumahku mintak dia bukakkan pintu depan umah. Dia dalam keadaan mamai2 tu banyak plak dia bertanya dan aku plak yang ketakutan+kegelian tahap hippo terus meninggikan suara. Syiannnn kawan aku tu..Aku dah mintak maaf tau...

Ku cekup katak tu dan ader adegan yang ngeri..katak tu menyusup ikut celah pintu dan aku sempat menarik salah satu kakinya. Eeeeeeeeeeeeeeeeeiiii..geli wei..gelii..Aku berjaya tarik katak tu dengan menarik sekuat hati kaki dia yg sempat aku pegang tu dan pada masa yang sama aku tutup pintu..So, dia tersepit kat daun pintu..[Aku tak tengok camner jadi kat katak tu..tapi agak aku dah rupa lempeng agaknya].

Berlari2 anak bersama katak yang kemas dlm genggaman aku [katak dlm gumpalan kain batik], aku lempar keluar pintu sekali dengan kain tu. Fuhhhh..lepas satu bala rasanya.

Pagi tadi, masa nak ke opis, aku tengok katak tu semacam jer..Ohh.tidak..rupa2nya satu kaki dia dah jadi panjang..[Aku tarik melepasi had kenyal kots..erkk!]. Dia dah mati la....mati katak...
Bukan salah aku, aku nak menyelamatkan diri....Sia2 nya mati katak...

Moral : Jangan buat mende sia2..

Berpuasa dalam keadaan cuaca hari sejuk & mendung, kene selsema some more..**sigh... what a tough fasting day! [ader cecair keluar dari hidung ku[baca : hingus]..huhuuu...tak selsesanya]

Thursday, October 21, 2004

Buat kawanku dmfky,

Wi,
Tadi aku amat gembira dengar suara ko,
Ko faham aku macam mana..bila aku sedih..bila aku gembira..

Wi,
Anggapan ko tu ada benarnya,
tapi ada jugak yang ko tak tahu kebenarannya
Biarlah aku jer yang rasa
Ko dok elok2, tunggu masa ..yang ke-2...heheh

Wi,
Selama kita kenal
Banyak yang aku takleh lupa...
Buah mata kucing 1 kg sorng kita makan depan kilang kat Bangi..
Kul 3 pagi aku kejut ko solat Subuh..eeii..ngeri kat org minyak..kita 'terkukus' dlm NongChik
Naik moto bertiga dgn Syiqin ke kolam renangan kita semua..heheheh
Pengsan masa racing beskal..[yerla ..winner mmg pengsan bila sampai garis penamat..heheh]

Wi,
Ko ingat tak abang cleaner yang kita anggap budak balik oversea yg tak sempat cari kerja?
Kita jangan pandang org takder mata
Punyalah kita ni positive thinker..muahahha
Aku merindui "cengkak", em ef ai ko tuh..dengar tapak kaki pon leh kenal..cehh

Wi,
Dah lama betul tak jumpa
Tunggulah masa sesuai, ko cari aku atau aku cari ko
Kita jumpa, borak2..ngumpat2...he hee..mesti seronok kan..

Wi,
Tetiba aku teringat kisah lama
Zaman kita ceria, duka,
Kisah giler2 yang kita buat
Psstt..pssttt..kelas nawal ..ada org tak sempat mandi tu! hihiii

Wi,
Dalam hidup ini aku perlu kepastian dan keyakinan
So, aku yakin ada sinar akan datang utk aku
Melayari hidup ini
Biarpun sinar itu bukan aku yakini
Boleh membahagiakan aku
Cuma aku boleh berharap
Lenkali kita jumpa lagi..itu sudah mesti


Wednesday, October 20, 2004

Mengapa Harus Menunggu Masa Itu?

Semua perkara akan berubah..pantai berubah...umur berubah..tahun berubah..sifat berubah..sikap pon berubah..Pada pendapat aku, masa yang sesuai untuk berubah tu adalah masa kita mengungkapkan hasrat utk berubah tu. Tidak perlu menunggu masa yang sesuai utk berubah..tidak perlu!

Nak berubah jadi orang baik bila umor 40 tahun, nak belajar agama bila pencen, nak itu nak ini...masing2 memasang impian nak berubah...tapi..kenapa tunggu masa tu??? Bukankah masa itu musuh kita?? Kenapa mengikut musuh kita sedangkan kita mengejar cita2 kita?? Sedangkan maut pon takkan menunggu kita walaupun sesaat..Inikan kita masih hidup, masih mahu menangguh-nangguhkan perubahan yang baik tu.

Hmmm..mungkin pendapat individu lain berbeza dengan pendapat aku , tapi buat masa sekarang, aku akan berubah pada masa ungkapkan nak berubah tu. Sebab aku tahu, masa amat mencemburui aku.

So, the best solution is--> Masa tidak menunggu kita, keep on moving, leave us behind without notice. Sapa yang sedar akan sentiasa mengambil peluang keemasan dan siapa yang alpa akan hilang peluang yang ada.

Fikir-fikirkan..Berubah utk kebaikan tidak salah..Asal hati kita bahagia dengan keputusan kita. So, terawih tahun ini macamana? Adakah kita berpuasa sepuasa-puasanya ..? [Tidak melakukan sesuatu yang membatalkan pahala puasa..bukan batal puasa..puasa mata, telinga, etc..CGPA 4 tak agak2nya?]

Tuesday, October 19, 2004

Kalau itu takdirNya

Dalam hidup ini, kita akan mengimpikan macam2 impian...angan2...cita2...harapan...sebagai hambaNya, kita hanya mampu berusaha bersungguh2, selepas tu kita tawakal padaNya. Semoga usaha kita akan mendapat kejayaan. Namun, jika usaha kita tidak mendapat balasan yang setimpal, maka perlukah kita bersedih? Meratapi kegagalan? Terkilan mungkin....sebab mungkin usaha kita tidak bersungguh2..mungkin kegagalan itu ada hikmahnya. Aku amik kata2 ni dari blog salah seorang kawan2 aku..very nice and remind me to a few incidents happened to me lately.

"Kalau kita tidak dapat apa yang kita suka, maka belajarlah menyukai apa yang kita dapat.."

Betul tak kata2 tu? Bagi aku...ada benarnya menghargai apa yang kita miliki. Jika masih mengejar yang belum pasti, maka mungkin kita akan kehilangan apa yang kita ada. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran...[cam Karam Singh Walia plak..he hee]..

So, bila kita kehilangan apa yg kita milki kerana asyik mengejar yg belum pasti, maka masa tu baru akan terasa betapa kita tak sengaja telah mengabaikan peluang yang pasti pada masa tu. Masa tu, mungkin sudah terlalu lambat atau kita sudah hilang peluang itu.. Bak pepatah "Nasi dah menjadi bubur"..

Sementara masih ada peluang, rebutla ia...Sebab Ramadhan hanya datang sekali setahun, so?! Berusahalah membuat sebanyak mungkin ibadah supaya kita masih sempat seiring dengan peluang yang diberikan itu..masih belum terlambat sebenarnya...masih belum terlambat!


Sunday, October 17, 2004

Ramadhan 2004

2 hari berpuasa di kampung bersama keluarga. Rasa seronok yang tidak terhingga dan memang tak terasa letih dan penat berpuasa. Berbuka sama2 dan berterawih di surau yang diimamkan oleh adik aku. Masa terasa pantas jer. Melayan karenah anak2 sedara aku. Si Huda yang makin banyak berceloteh dan adiknya si Husna [7 bulan] yang sudah pandai ba ba cak dan tepuk amai2.

Dialog Huda masa adik aku yang baru dpt lesen kete tu drive WHG park ke dlm kawasan umah aku. Dalam WHG ada aku, Huda dan adik aku. Adik aku drive perlahan.......

Huda : Ayah Teh, bawakla laju sikit...Kang Huda turun jalan kaki balik umah kang!

Aku dan adik aku tersenyap. Mak Aihh..makin melaser anak sedara aku.

Sahur dan berbuka puasa

Kat kampung, pukul 5 pagi, jam loceng akan berkicau. Semua bangun bersahur dan makan sama2. Lepas solat Subuh, masing-masing akan menyambung aktiviti masing2.

Kat umah sewa aku, lebih kurang pukul 5 pagi, timer HP akan berbunyi, HP pon akan berbunyi..thee hee hee..TQ ..TQ..TQ.. sudi mengejutkan insan di sini bersahur. Dan insan di sini pon akan membantu mengejutkan insan di sana bangun sahur, walaupun sebenarnya insan di sana selalu bangun lebih awal dari insan di sini..huhuuu...

Kat kampung, masa berbuka, kerusi penuh dengan kaum 'wira'. Kaum 'wirawati' akan membuat "open table mat" kat sebelah coz tak cukup kerusi ..he hee..meriah..meriah....

Kat sini, masa berbuka hanya ada 3 orang. Kerusi tak penuh2 pon coz takder kerusi pon..muehehee..Hanya dok bersila jer depan tivi dan 'open mat'. Huhuuu..tak meriah..tak meriah...

Apa jua cara bersahur dan berbuka, kita akan teruskan jua Ramadhan tahun ini di mana jua. So, kepada semua umat Islam di mana jua anda berada, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KEREDHAANYA.

Wednesday, October 13, 2004

Ramadhan menjelang lagi...Aku masih Di sini...

Ramadhan kali ini sudah masuk 4 tahun aku berpuasa di bumi Kemaman ini. Selepas aku belajar dulu, aku meneruskan tradisi aku, berpuasa berjauhan dari keluarga aku. Seawal usia 13 tahun, aku sudah diajar berjauhan dari keluarga. Aku dihantar ke asrama, kemudian ke kolej, ke maktab, ke universiti dan sekarang masih lagi berjauhan dari keluarga aku.. Aku berada di sini untuk mencari rezeki yang halal....Aku masih di sini....

Dua tiga tahun lepas, aku harap, aku akan mengalami saat2 berpuasa dgn keluarga selama sebulan penuh. Namun apakan daya, takdir dariNya jua, aku tetap jauh dari keluarga. Bersahur, berbuka dengan kawan2 yang tersayang. Tiada cerita penghilang bosan menunggu waktu berbuka. Dulu2 ayah selalu bercerita semasa menunggu waktu berbuka. Ayah cerita pasal zaman perang, zaman susah, zaman Nabi. Pendek kata..macam2 ayah ada cerita..Semuanya utk dijadikan pengajaran anak2nya. Sekarang..aku tak sempat utk mendengar cerita ayah kecuali aku balik kampung..Ohh..rupa2nya aku masih di sini....

Aku kadang2 berharap aku akan berubah utk puasa tahun ini tapi apa kan daya....aku masih di sini dan tetap di sini....

Dugaan

2 dari 3 kerja yg aku apply dah diketahui jawapannya. Biasalah..dukacita..Ohhh....tinggal lagi satu..yang tu aku tak harap jwpn yg sukacita pon...dah alah agaknya! Hmmm..rasa2nya aku masih di sini.

Dah merepek2 rasanya...Ok..cow cin cau..Nak balik...

Monday, October 11, 2004

LOYAL

To be successful, we all need to learn to get along with many different types of people.
by Robert Kiyosaki

"Only those who will risk going too far can possibly find out how far one can go."
T.S. Eliot

"I'll take 50% efficiency to get 100% loyalty."
Samuel Goldwyn

Today:
If you want people to be loyal to you --
to support your goals and stay with you when you falter --
you need to give them a good reason to be loyal.
The best reason I know is to give your loyalty in return.
Something which is nice to be shared with you all ppl!

Sunday, October 10, 2004

It's all about life..

Jumaat...boring....Sabtu...boring....

Itulah penangan bila ada cuti tapi tak gunakan cuti utk balik kampung...

Hari Jumaat, datang opis, siapkan kerja then balik umah untuk lunch. Hari ni giliran aku jadi bos..balik kerja makan..! Petang pergi ronda2 cari kasut yg dah lama aku idam tu..Arghh...kasut model tu takder dah..Kat kuantan, kasut model tu ada tapi saiz kaki aku lak tader...... malam cuci WHG yang dah agak lama tak "mandi". He hee...

Sabtu, turn aku jadi "surirumah"...bangun pagi2, masak sarapan dan tengahari..cuci itu ini, kemas rumah, bla bla..Hari ni jugak aku jadi 'hamba' TV. Dari pagi sampai petang aku ngadap dia. Aku lonely kat rumah. Semua cerita aku belasah..Dari cerita kartun, cerita hindustan, berita, program kanak2 sedunia..[sedih sgt aku tgk program ni..aku siap meleleh air mata...syukur aku dilahirkan cukup sifat...Subhanallah..kenapa hidup kita selalu alpa dengan kemewahan dan nikmat hidup keduniaan?]

Minggu ni aku balik kampung...Boring pasti tak sempat bertandang...Konpem! Sibuk dgn aktiviti rumah dan dikelilingi famili...anak2....[anak kakak aku laa..]

Tuesday, October 05, 2004

jawatan kosong!

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak). Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan,kiri dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....

Sunday, October 03, 2004

Andai ada pilihan, mengapa tidak memilih..andai tiada pilihan, terima ajer..

Gara-gara harga rokok naik, semua harga barang2 lain naik jugak. Mula-mula harga rokok naik, aku tak kisah langsung pasal aku bukan perokok. Lagi aku suka sebab aku tak suka bau asap rokok tu. So, alhamdulillah la aku dengan kenaikan harga rokok tu! Then harga ayam plak naik. Aku pun takderla kisah sangatlah pasal aku bukan makan ayam hari-hari. Tambah-tambah plak sekarang dengan musim penyakit "burung demam". Lepas tu kes ayam yang dibungkus sekali dengan ba alif ba ya..Yuck! Tak lalu aku nak makan ayam...Giler betul...dah la 'putih' ayam tu serupa cam 'putih' babi tuh!

Khamis malam Jumaat, aku tengok berita kat TV3. Harga minyak pulak naik 5 sen utk seliter. tensen sehhh. Harga minyak ni kan, setahu aku la..tak pernah turun, yang seingat aku cuma naik..naik..naik....aku tertunggu-tunggu jugakla, masa bila harga minyak akan diumumkan turun pulak!! Semalam isi minyak, dengan RM20.00 cuma dapat 13 litre++. Dulu dapat jugak 14 litre++. Rupa2nya aku rugi 35 sen utk setiap RM10.00 minyak yg aku beli [compare harga dulu].

Aku kesiankan perokok yang mempunyai kenderaan. Dahla rokok naik harga, sekarang minyak pulak mengalami nasib yang sama. So, pada aku, yang boleh dikurangkan tu..kurang-kurangkan lah..andai kata boleh mengurangkan penggunaan minyak, so, maybe guna alternatif lain..jalan kaki ke..he hee. Andai kata boleh mengurangkan merokok..[yang ni pilihan lebih baik], mengapa tidak kurangkan merokok?? Lagi bagus quit terus ..kan..kann...???!Walaupun aku bukan perokokpengguna minyak yang tegar, namun kesan kenaikan harga tu mempengaruhi aku jugaa. Kene beli motor la pulak kot..jimat sikit..he heee