Wednesday, June 30, 2004

I got this "quote" from blog pokcik..tq to him..

"Antara Suka & Sesuai

rupa-rupanya, sejauh manapun sukanya kita pada sehelai baju itu, tetap kita tak boleh pakai kalau tak sesuai dengan saiz kita..."



ANALOG :-- SEJAUH MANA KITA SUKA KAT ORG..TAPI KITA TAKKAN DAPAT KALAU ORG TU TAK DITAKDIRKAN UTK KITA...........



a)Suka tapi tak sesuai
b)Sesuai tapi tak suka
c)Tak suka dan tak sesuai
d)Suka dan sesuai

pilih jawapan yang sesuai dengan anda...

Tuesday, June 29, 2004

Dicopy dari sini -->> http://chatzradio.net/MyRadio/

SIAPA SEBENARNYA KITA?

Sebelum memulakan seminar,Prof.Ibrahim mengeluarkan duit rm100 dari dompetnya.Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.


"Siapa nak duit ni?" Tanya Prof Ibrahim..

Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu,tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ni lagi?"

Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan.Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"okey apa kata kalau saya buat macam ni?"Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh tenyeh dengan kasutnya..

Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja.Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"sekarang siapa nak duit ni?" Tanya Prof Ibrahim.

Selesai dia bertanya,lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.

"ha apa yang boleh kita kutip drpd persitiwa itu tadi?" Tanya prof.Ibrahim

Pesertanya hanya diam,dan sesetengah nya hanya menggelengkan kepala.Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof ibrahim.

"Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni,kamu tetap mahukannya.Betul tak?Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." Kata Prof.Ibrahim.Semua peserta yang mendengar kata katanya hanya tersenyum.

Prof ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"tapi walau apa pun yang telah terjadi,ataupun yang akan terjadi,anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor,renyuk atau licin,anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?",jelas prof ibrahim.

Semua peserta ternganga mendgr penerangan prof itu..

Apa pon yang berlaku, yang terjadi, kita masih ada yang menyayangi....Betul kan...??

Monday, June 28, 2004

Thanks to http://abuhandzalah.sodeeq.com, I copy this article from his blog.

Secebis kisah

Ada satu cerita mengenai seorang ayah, seorang anak dan seekor keldai. Menurut satu riwayat, dikatakan mereka ni ialah Luqman al hakim dan anaknya tapi ada riwayat lain tak menyebutkan nama. Kawan rasa baik kawan cerita balik kisah ni tanpa menyebut nama, so citer ni pasal sorang ayah dan sorang anak.

Satu hari ayah ni cakap kat anak dia, "Wahai anakku, hari ni aku nak kasik kau satu pelajaran dalam hidup. Aku nak tunjukkan kat kau yang manusia ni macam2 kerenah dan perangai dan kalau kau nak ikut semua cakap manusia ni, tak terikut punya + tak boleh nak satisfy semua orang. So jom kita keluar, bawak keldai kita tu, kita pegi bandar"

Ayah ni pun naik atas keldai, sementara anak jalan kaki pegang tali keldai tu bawak ayah dia gi bandar. Sampai kat sekumpulan orang ni, ayah dgn anak ni kena sound "Cuba kau tengok tu, apa le punya takde hati perut betul orang tua tu. Dia senang lenang duduk atas keldai. Anak dia yang kecik tu disuruhnya tarik keldai
tu. Tak patut betul. Mendera anak betul orang tua ni"

Lepas lalu kat manusia2 tadi, ayah ni pun cakap kat anak dia "Betul jugak cakap diorang ni. Oklah nak. Kau pulak naik keldai ni, biar ayah pulak tarik tali keldai" Anak ni pun ikut cakap ayah dia. Dia naik keldai, ayah jalan kaki.

Sampai kat satu group manusia ni pulak, kena sound lagi "Anak ni betul la tak mengenang budi. Ayah dia yang tua tu disuruhnya jalan kaki. Dia yang sihat tubuh badan, kaki kuat lagi, duduk atas keldai pulak."

Bila jauh skit dari group of people tadi, ayah pun cakap kat anak dia "Betul jugak kata orang2 tu. Hmm...oklah. Senang citer camni la. Kita dua2 naik keldai ni, so takde diskriminasi. Dua2 dapat senang lenang naik keldai." So ayah ni pun naik keldai tu sekali.

Sampai kat satu tempat ni, jumpa lagi beberapa orang manusia yang duduk kat tepi2 jalan tu....kena sound jugak "Sampai hati betul ayah dgn anak ni, keldai tu dah la tua, tak larat jalan, dia berdua duduk atas keldai tu pulak. Abis patah pinggang keldai tu nanti. Ish, kesian betul kat keldai tu"

Ayah tu pun cakap kat anak dia..."Betul jugak ye kata diorang tu. Oklah, camni. Kita sama2 turun jalan kaki tarik keldai ni gi bandar" So dua dua pun turun dari keldai...jalan kaki je

Dekat2 nak sampai bandar tu, jumpa lagi manusia2 kat tepi2 jalan tu. Kena sound jugak "Ni dua orang ni betul la punya pandai. Dah ada keldai, boleh naik keldai, dia pegi jalan kaki pulak heret keldai tu pegi bandar. Kan ke menyusahkan diri sendiri tu"

Akhirnya bila sampai kat bandar, ayah tu cakap kat anak dia "Cuba kau tengok wahai anakku. Betul tak apa yang aku bagitau kau kat rumah tadi? Kalau kita nak ikut semua cakap manusia yang sound kita tadi, teruk kita dibuatnya. Buat tu salah, buat ni salah. Lama2 tak kemana kita. Memang kita takleh nak satisfykan
semua orang kat dunia ni"


Begitu la secebis kisah yang boleh kawan citerkan. Pengajarannya (actually pengajaran utk diri kawan sendiri..saja nak share) hidup kita ni, let us decide ourselves berdasarkan Quran dan Sunnah. Tu je panduan yang betul. Ikut cakap manusia...bukannya semua manusia betul. Lepas tu setiap manusia ni ada pandangan
masing2 tapi at the end of the day, it is our lives not theirs. Apa consequences daripada tindakan kita, kita yang tanggung bukan mereka.

Dengar pendapat boleh, tapi nak ikut tu, pikirkan diri kita sendiri, pikirkan apa yang KITA akan hadapi lepas ni, jangan pikirkan nak sedapkan hati orang lain sedangkan diri kita
sendiri tersiksa jiwa raga. Of course kalau boleh nak satisfykan semua, tapi for me (based on my horrid experience), my priority is still my own life. Sebab bila kita menanggung penyeksaan dari tindakan kita based on dengar cakap orang ni, takde sapa yang boleh meringankan beban kita ni kecuali ALlah. Kalau kita fail
exam, ada orang lain boleh pass kan kita? mana ada. Kalau kita tersiksa sampai eksiden, ada orang boleh amik skit sakit eksiden tu share ramai2 biar tak sakit kita ni? takde. We will be left alone, cuma ALlah je yang ada dgn kita. Yang ramai2 dok cakap2 kat kita tu, bukannya boleh tolong apa pun. At the end of the
day, kita sorang2 jugak. So think wisely before listening to others. Macam citer tadi la...orang boleh cakap macam2 tapi yang naik keldai turun keldai kita jugak.....ada orang tepi2 jalan tu nak offer naik keta? mana ada. Itu je le nak cakapnye. Tapi ni personal opinion...terpulang pada masing2...ada orang suka
ikut cakap orang. Kawan dah letih dah ikut cakap orang ni sampai kawan pun terlingkup. So i've decided to choose my own path in life bukan dari cakap2 orang. Tak terpengaruh dan tak nak dipengaruh pun. ^_^

Susah kan...nak satisfy hati semua org!!

Sunday, June 27, 2004

Kadang-kadang aku terasa...

Rasa macam ingin ke satu tempat yg tenang, damai, cantik dan jauh dari segala masalah. Aku sudah penat dengan perkara yang kadang-kala menggugat kesabaran dan ketenangan jiwa. Satu pulau yang airnya jernih, ada buaian terikat kat pokok kelapa tepi pantai. Hmmm..bestnya menyimpan impian dan lagi best kalau impian tercapai ...insan tanpa masalah adalah insan bermasalah..betul ke??

Since last few weeks, aku rasa semakin jauh dan semakin hilang sesuatu. "Indescribable feeling". Resah, dan rasa tertunggu-tunggu. Namun, siapalah aku...hamba Allah yang lemah...Aku terasa aku hilang yakin pada siapa aku sekarang, pada kerja aku sekarang, pada masa depan aku yg kadang-kadang aku tak nampak titik tujunya.

Kadang-kadang aku terfikir, alangkah baiknya kalau dulu aku tak amik bidang ni, pastu, aku tak kerja bidang ni kat sini, pastu aku takleh YM, pastu aku tak jumpa kawan-kawan YM, pastu aku tak sakit ati bila YM aku problem, aku tak menyakitkan hati org & hati aku tak disakiti, pastu aku takderlah pening-pening kepala macam nih, pasal scope kerja aku pon aku tak tahu dah had mana..pastu ilmu IT aku yg TAK expand langsung even IT keep on expanding every minutes. Pastu aku taklah taip blog, pastu aku tak kenal sesiapa by internet pastu aku maybe bukan macam aku sekarang..pastu..pastu...etc...

Tapi bila fikir-fikir balik, semua perkara berlaku ada hikmahnya. Aku amik bidang ni, aku boleh kenal komputer, boleh menggunakan teknologi utk memudahkan operasi syarikat, boleh kenal GJ, boleh kenal KLD, boleh share info with my friends all over the world, leh chat dgn adik aku, leh wc dgn adik aku kat sinun tu..bleh keep updated dgn adik psl famili...

..cuma...."rasanya aku tak boleh bekerja dengan YM lagi"..cukuplah yang lepas-lepas. Cuma andai ada pesanan ingin ditinggalkan, msg lah..Offline msg pon akan dibaca dan akan direspon ..insya allah.. Terima kasih utk kawan-kawan yang sudi meluangkan masa ber YM selama ini..Mungkin hanya sekali-sekala akan meluangkan masa berYM, itupun jika aku punya kesempatan..entahlah..yang pasti aku tak mahu lagi memikirkan sesuatu BUKAN depan mata aku...biarlah aku berfikir apa yang berlaku depan mata aku sahaja!

Cemburu pada sesuatu!! Aku cemburukan mereka yg berjaya mencapai impian mereka!! Mungkin hari ini rezeki meraka, hari meraka...atau selama -lamanya aku begini?? walaupun aku dah berusaha bersungguh-sungguh?? Wallahualam..yang aku tahu..aku mesti teruskan berusaha..Hanya padaNya aku memohon!!!

Thursday, June 24, 2004

LAGU RINDU
Yasin

*Angin lalu nyanyi lagu rindu
Rasa di kalbu kian syahdu
Air wajahmu gambaran sejuta pilu

Abadikan cinta abadikan segala
Rasa yang tercurah sama kita
Jangan bimbang jangan sekali kau ragu

**Kerana cinta cintanya
Kerana rasa imannya
Selama menyala cinta
dalam jiwa semua

Ayyi zamaan ayyi makaan
Kau tetap dalam ingatan
Ayyi zamaan ayyi makaan
Jiwa dalam kerinduan

Ulang**

Sang bayu nyanyi lagu rindu
Abadikan segala rasa
yang tersemat di kalbu

Ulang**
Ulang *&**

Ayyi zamaan ayyi makaan
Kau tetap dalam ingatan
Ayyi zamaan ayyi makaan
Jiwa dalam kerinduan

Ulang*&**

Ayyi zamaan ayyi makaan
Kau tetap dalam ingatan
Ayyi zamaan ayyi makaan
Jiwa dalam kerinduan (2x)

Lagu aku utk bulan ini!..best tau lagu nih...
Nah! donlod lagu tu..--> Download - Siti Nurhaliza - Lagu Rindu
Motivasi oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj Siri 185 - Cantik bukan teras untuk dicintai
------------------------------------------------------------

Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai anda SEMATA-MATA KERANA KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya mengapa, dia memberitahu kerana, *AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU,* awas anda akan ditinggalkan apabila
wajah anda tidak lagi mempesona.

Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai *bidadari* bukan calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih cantik daripada anda di luar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda,tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.

Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usik mendatang. Ingat, lelaki sentiasa *muda*, jika dia menjadi ghairah oleh bibir yang merekah sampai bila-bila pun dia akan ghairah dengan bibir yang begitu. Tiada istilah pencen meskipun dia sudah tidak berupaya untuk berdiri tegak.
Dia mungkin tidak berbuat lantaran *tidak boleh lagi* tapi hati di dalam tetap muda dan berbunga-bunga.

Percayakah anda? Anda *patut* percaya, sebab lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya *buaya* yang tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia menyempitkan penilaiannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah.

Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira sebab mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara tersendiri. Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata biasanya tidak kekal hingga ke hujung. Buktinya banyak. Jika kita hendak mengambil artis atau model sebagai contoh (maaf para artis dan model, sekadar contoh), kita akan dapati mereka adalah golongan cantik dan hensem tapi kerap mengalami kebobrokan hati. Jika kita mendengar artis itu
bercerai, model itu ada skandal, itu bukanlah memeranjatkan sangat. Namun,kita tentulah tidak menafikan ada yang amat loving dan kekal ke akhir hayat,tapi jumlah yang bermasalah sentiasa mengatasi.

Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak valid sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah pergi.

ALLAH menjanjikan setiap lelaki beriman dengan bidadari yang amat cantik hingga tidak tergambar oleh akal. Mengapa ALLAH janjikan bidadari yang amat cantik? Sebab di situlah makna kecantikan yang sebenar. Kecantikan di dunia adalah kenderaan untuk menuju ke situ. Maka itulah, kecantikan dan ketampanan di dunia ini tidak boleh dijadikan teras untuk mencintai.

Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang.
Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman. Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik. Kopi pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.

Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai. Awas jika anda teramat cantik dan digilai ramai sebab kemungkinan untuk anda bertemu lelaki yang salah jauh lebih besar. Bukan untuk menakutkan tapi cubalah fikirkan.

Wednesday, June 23, 2004

Dah nama manusia...

Sebagai manusia merangkap makhluk Tuhan yg Esa, hidup kita takkan lepas dari soal hati & perasaan; penat, bosan, serabut kepala, tensen, bengang, bengkek, tertekan jiwa, dsb yang berkaitan dengan kerohanian juga fizikal kita. Saban hari ada aja peristiwa yang berlaku terhadap setiap individu dan terpulang pada pertimbangan masing-masing utk mencari jalan penyelesaian.

Petang tadi, housemate aku balik lewat dari latihan memandu dan lepas tu dia terperap dlm bilik dia dan dia tak henti2 menangis selama 45 min. Habis ayat aku guna utk pujuk dan aku pasti tangisan dia jd lebih kuat..Gabra jap aku! Dulu aku pernah mengalami peristiwa bila mak tuan umah aku kena rasuk "mende" yang ikut dia dari hospital malam kul 9.00. Siap suara garau yg keluar..Ishhh..Nauzubillah laa...Tak mau dah alami..

Aku baca ayat Qursi etc , kot2 ada yg 'mengikut' dia masa Maghrib tadi. Seram jugak tapi aku tak bleh tunjukkan aku takut..tanya punya tanya ...satu soklan pon dia tak jawab..cuma geleng kepala ajerr..Yg aku tahu dia kata dia "TENSEN". Arghh!!!Menangis bukan boleh hilangkan masalah. Kata2 ni kawan aku beritahu aku satu masa dulu,masa aku tgh menangis jugak..hihiii...

Sejak tu, kalau aku tensen ke, aku bengang ke, aku agak payah utk menangis. Mmg benar, menangis bukan jalan terbaik utk selesaikan masalah malah itu adalah tanda kelemahan semata. Cuma kadang2 bila menangis, kita mampu ilangkan tensen...kata org yer..pada aku cuma boleh bersihkan saluran air mata... ;)

Sekarang, kalau hati aku tersentuh ke, aku terasa dgn sesapa jer atas bumi ni, aku cuma boleh tenangkan diri aku dgn kata2 +ve..bilik aku macam2 tertampal kata2 motivasi utk diri aku..ala2 motivation room gitu..ahakss... Cuba andaikan aku tersalah dengar atau org tersalah cakap...Mungkin itu pertimbangan yg terbaik..Mmg pedih bila pendam rasa dlm hati..Tapi kadang2 bila pendam kan rasa itu lebih baik, andai kalau bila kita luahkan rasa tu, ada pihak2 yg terguris.

Arghh..payah betoi nak jaga hati semua manusia. Tapi aku selalu ingat kata2 ni.."Sebelum kita puaskan hati org lain, biarlah hati kita dulu yg puas..". Bukan tanda ego atau apa sahaja anggapan org pada kata2 tu, tapi itulah hakikatnya. Payah sgt nak jaga hati semua manusia yg kita kenali..ramai sgt..so, jaga dulu hati sendiri...HATI yg satu tu...walaupun sehancur mana hati tu pernah berkecai, kita masih perlu jaga ia..isk..iskk...brape kali ICU dah hati umat nihh...

Masa kat Seminar

Aku baru boleh join group seminar after 10 mins break, bcos aku incharge registration. Punyalah bosan masa tggu org datang nak register,mundar mandir depan foyer tuh..Sempat amik gambo, sempat posing sempat ronda2 dan aku sempat 'jahanamkan' jambangan bunga atas meja tuh!! Nanti2 aku aplodkan bila aku free..Masa kat dlm bilik seminar tu, dah siap semua depa 'goreng-goreng', tiba part yg aku suka,,Quiz..baru jer masuk 15 mins rasanya..dah abis plak..hehee..Sesi Quiz tu bermula..Ada hadiah lak tu..aku tak lepaskan peluang bergolek2 tuh..

"4 ways to search item in RS CD"
"may I hv I try?" siap angkat tangan..cam dlm kelas jek..
"Ok..U may" Dia kasi microphone kat aku.
Dengan suara ala2 ctrl gitu..hihih.."By part num, by brand, by manufacturer..err..errr..one more.."
"U only got 3 answers..anybody else?". adehh!!!

Pastu ada sorng mamat tu jwb dgn tepat..Ampesss..aku tak jwb dgn tepat cos aku "sekadar mencoret cuba jaya..dlm erti kata lain..aku main belasah jer apa yg aku ingat2 lupa...haahaa.." ..Mamat tu dpt hadiah....soklan2 lepas tu semua aku leh jwb tapi sajer aku kasi 'can' participants yg jwb..kang aku dituduh gila kuasa plak kang..semua soklan nak bolot hadiah..walaupun aku tak dpt hadiah cos jwpn x cukup. huhuuhuu.. aku rasa aku nak claim hadiah aku kat Kelvin aarr pasnih pasal dia dah janji nak kasi aku satu hadiah ...jeng jenggg..thee..heehhe


Sunday, June 20, 2004

Memang best jalan-jalan

Balik kampung jumaat dan sabtu lepas memang amat menggembirakan hati aku. Hilang segala masalah melanda jiwa..ecehh!..hehee..

Jalan sana-sini..makan angin sampai kembung! dengan akak aku, mak aku, ayah aku...takderlah makan angin pon...Hantar mak, ayah aku ke klinik, then pegi pasar Dungun...ronda-ronda pasar tu..Naper ntah aku suka sgt rayau-rayau kat kedai2 tu..jamu mata jerlah..Tengah bulan nih! Iskk.iskk..

Petang sabtu, aku, Along, Huda dan Husna ronda-ronda Dungun. Hajat di hati nak ke Tanjung Jara, tapi cemaner ntah sampai ke Teluk Bidara..ahakss...buta jalan wei...sabo jek la..

Aku : Eh! Long kita nak ke Tanjung Jara kan? Naper sampai sini?
Along : Hmm..ntahler..mana along tahu....Along bukan bawak kete..ko tu yg bawak..along ikut jer..

Heheh..ampesnya drebar..salah bawak 'pelancong' daa...

Makan2 kat sana, mula2 ingat nak mandi tapi hari cam ujan rintik2..Kang demam lak kang aku..cuti dah la makin sket..So,kensel agenda mandi..Huda muncung mulut nak suh aku mandi..Sudahnya dua2 tak mandi..Hihii..lenkali aarr Huda..

Gambo2 pemandangan aku snap kat sana aku aplodkan kat adk77.fotopages.com. Kami tak lama di sana, bcos Husna meragam. Maknya plak, bila makan, tak ingat anak..Aku gak la yg dukung budak kecik tuh!..kehkehh..Cayang Husna!

Dialog Huda dgn Umi dia masa along aku tgh buaikan Husna.

Along : Meh dodoikan Husna..Nasyid ..jomm..
Huda : Ok Umi..
Along : Tiada Tuhan....(along aku nak nyanyi lagu Raihan tu..tak sempat along nak sambung Huda sampuk..)
Huda : Eh! Ada Tuhan la Umi..Mana bleh tiada Tuhan..
Along : Alahh..umi baru nak tarik nafas Da..tak abeh lagi lagu tu...(senyum sumbing dah along aku..)

Aku tgh basuh pinggan..."Hambik...sapa lebih pandai..??"
haaahhaa..susah tul cakap dgn budak banyak cakap ni..!

Thursday, June 17, 2004

I got this email from my friend and I really enjoy the scene..Heheee..Gaduh-gaduh, akhirnya dua2 kiok..



Kalu taknak beralah, bertolak ansur, camtu lah jadinya...

Wednesday, June 16, 2004

Sekitar pejalanan aku


Mak sepupu baru..HUDA beria2 nak tengok pengantin..lawa kan mak sepupu baru aku ni?



Promote jap..kedai jual kopok lekor kat sini mmg best nombor 008..pure ikan rasanya..ohya..tempat ni kat Marang, Terengganu.


Stop solat kat masjid ni masa balik dari majlis kawin pak sepupu aku..Mula2 ingat nak makan durian yg aku beli kat sini dgn mak,adik,HUDA..tapi ujan lak pastu..makan kopok 008 jerlah dalam kete..hehe



Masa ni tgh tunggu mak beli kopok tu..org takder kije ..camni lerr..HUDA dah 'pengsan' kat seat belakang..



Ni tempat aku gi ujian PTD ari tu



Gambo dlm dewan exam tu..sib baik tak kantoi..bosan tunggu soklan diedarkan.. dah la penat otak aku..



Menjamu selera kat McD..burpp..erkkk..alhamdulillah..


Senyum pasal dah lega otak aku..tensen sehh..jawab soklan satu hari...

Last Saturday nya gambo dgn HUSNA. Gambo terpaksa diedit coz tuanbodi 'freehair'.ahaks..!!


More pics kat my fotopages!

Seketika itu

Yang pergi tidak semestinya tidak bertemu kembali
Yang dipulangkan tidak semestinya tidak diambil balik
Yang jauh tidak semestinya dilupakan
RINDU SEMAKIN JAUH
Hanya kesetiaan memberi harapan


Sementara menunggu masuk waktu Isyak, aku berteleku di birai katil, dan kemudian bersandar pada dinding memandang ke depan. Ada ayat Asma UlHusna, ada ayat Quran tertampal. Baju-baju aku yang tergantung di penyidai. Meja yang sarat dengan segala benda.

Aku diam seketika, mengimbau kata-kata PakMan KLD tentang deria yg kita selalu abaikan. Aku cuba bertafakur sejenak dan cuba mencari erti yang dimaksudkan.
"Kita tak nampak apa yg berlaku sekeliling kita dgn mata kasar. Cuba hayati dengan 'mendengar' apa yang sedang berlaku sekitar kita".
Bunyi kipas siling yg berpusing tanpa kenal penat, bunyi guruh sesekali menyentak jiwa aku. Sepi angin ke kota london,sunyi tenang, syahdu...Betapa sepinya aku dlm keadaan tu.

"Esok, lusa, minggu depan, tahun depan, 5 tahun akan datang..Dinding itukah lagi yg aku akan pandang sementara menunggu waktu Isyak?". Tahu ni ajer dah 2 kali aku ubah susunan dalam bilik aku. Semuanya aku lakukan kerana aku perlukan perubahan. Yer..aku mencari perubahan rupa-rupanya. Tapi apa yang aku nak ubah? Konflik rasanya nak jawab soalan macam nih.

Bohong kalau aku katakan aku tak cemburu mendengar kawan-kawan aku yg sudah menjawat jawatn tinggi, yang bergaji 4K, yang berfamili, yang berjaya mendapat master, yang further study ke oversea, yang mencapai impian masing-masing. Arghh! Dimana silapku agaknya??

Astagfirullahhallazim....Syaitan meracuni fikiran aku. Tak patut aku persoalkan silapku seolah-olah menyalahkan takdir. Aku tahu aku harus lalui semua tu, memang dah tersurat untukku & aku yakin ada yg tersirat sebalik ketentuanNya. Selagi ada hayat, usaha harus terus.

"Allahuakbar...Allahuakbar"...
"Oh! Dah masuk Isyak!" Dah lama aku tak menunggu masuk waktu solat. Jarang kita dengar org berebut2 utk menunaikan solat awal waktu walaupun free tapi pahala yg dapat lebih. Tapi kita selalu dengar rebut-rebut ke jualan murah padahal kita tahu yg tu kene bayar jugak!Kata-kata ini juga ditujukan utk diri aku sendiri yg alpa ni.

Tuesday, June 15, 2004

CARA MELUPAKAN insan yang pernah bertapa dlm hati korang

Bukan senang utk menyenangkan hati dan perasaan seseorg. Nah! amek cara2 melupakan org. Hasilnya korang tgk sendiri lepas cuba..jangan lupa bitaw aku apa kesannya!

Lupakan insan yg kita cinta = amik mase utk melupakan selepas kehilangan..
Lupakan insan yg kita sayang = terus berharap yg terbaik utk yg tersayang walaupon terpaksa kehilangan..
Lupakan insan yg kita suka = tutup mata dan telinga.. mampu melupakan si dia dgn buat cara camtuh

"Cam payahhhhh jer", hatiku berbisik.
"Belum cuba blom tahu", otak aku mengarahkan.
"Err...cemaner kalau aku berubah..tuan kita ni unpredictable person", hati aku mendesak minda.
"Buat apa yang perlu, tengok masalah depan mata, jangan fikir yg belum berlaku...Bila betul-betul berlaku baru fikir apa nak buat", otak aku memberikan jalan.

Memang ajal,jodoh,maut,rezeki Allah tentukan. tapi kita kene berusaha utk capai hajat kita. topik usaha dah banyak entri ek..naper lah camnih!

Ada kawan aku yang menguji kawan wanita dia untuk menjadi teman sejatinya. Cukup2 simple. Menguji dengan kesanggupan membonceng motor cabuk dengannya depan teman seopisnya. Sapa sanggup..dia pilih yang tu..
Rasionalnya : aku tak fikir tu the best way to choose "yg sejati". setiap org berbeza personaliti dan pegangan hidup. Namun ia terpulang pada individu masing2.

Ada kawan menguji dengan kesanggupan meminjam wang padanya. Sekadar menguji kesanggupan dgn cara itu, mengungkapkan kesanggupan yang lain? Argghh...pada aku tidak...Ada yang kita tak boleh nilaikan dengan wang. Hati dan perasaan valueless..Sejuta dua juta..pon tak boleh beli perasaan seseorang pada kita.
Rasionalnya : Kadang2 wang jadi masalah pada sesetengah org yang amat memerlukan wang....utk dirinya, keluarga...

Yang aku tahu, bila berkawan, tak perlu menguji kawan kita. Sebab kita tahu siapa kawan kita dan kita akan tahu apa perasaannya bila diuji demikian rupa. Cuma aku amat menghargai kawan2 aku yang sudi berkawan dgn aku. Aku amat bahgia andai kawan2 aku bahagia, happy dan sihat sejahtera. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

F.R.A.N.C.E : Frienship Remain And Never Can End..

adakah aku blues hari nih!arghhh..tuesday blues kot

Monday, June 14, 2004

Kecoh jerr nombor-nombor nih

KPLI punya pasal, 2 kali aku pegi BSN tadi. Pagi tadi aku pegi kul 10 lebih, dapat nombor 186 dan masa tu nombor yg naik adalah 88. Tgh hari tadi aku pegi lagi sekali, dapat nombor 420 dan masa tu nombor naik adalah 357.

Pagi tadi aku pegi, rasa very lonely. Tadi pegi, dapat 3 geng baru..Siap gelak2 , borak2 ..wargh..warhh..lagi sorg panggey aku adik..'kembang idong' japs. Macam dah lama kenal jer bila jumpa new friend tu.. Aku peramah kot..ahaks..

Kali ni aku nak mintak bidang yg sama cam last year. Diaorg cakap kalau sesapa yg dapat interview tu, bila tak dpt panngilan ke maktab boleh buat rayuan. Aku?? Last year aku malas nak buat rayuan. Bengkek kat interviewer aku yg telah condemn aku sesuka hati dia. marah sesangat rasanya..sampai aku condemn dia balik kat diari aku. kahkah...dia condemn aku depan-depan..Aku condemn dia..dia mana tau!!Cestttt..

Pasnih, isi form dan segala detail boleh rujuk kat sini.

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Januari 2005.

All the best to applicants!

Sunday, June 13, 2004

Musim Mencari

Aku rasa sekarang musim aku mencari sesuatu dalam hidup aku. Aku mula bertindak lebih agresif dan berusha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian aku. Mencari perubahan dalam ertikata aku mencari kelainan. Bukan aku tak berusaha, namun mungkin rezeki aku masih di sini..Hohohoo..jangan salah faham..aku mencari tapak baru dalam hidup berkerjaya aku.. * wink..wink..
Minggu lepas, aku ke ujian PTD. Aku paling suka part esei tuh. 'Goreng' punya pasal, sampai nama Gabeno Ba*k Nega*a; Zeti Akhtar Aziz boleh jadi Zeti Akhbar Khan..ampesnya aku..cemaner lah aku leh tershashul salah tulih tuh..argghh!!

Pagi tadi, seorang sahabat call aku dan beritahu permohonan utk KPLI 2005 dibuka sekarang. Abang pon call gak aku bagitahu mende yg sama. Esok aku KENA ke BSN utk membeli PIN no. Alahai..beratur lagi lah aku..Tahun lepas, aku dapat nombor 001. Esok?hmmm..aku nak mengekalkan kejuaraan aku 001 tu, tapi tak tahu lah...sekarang, sapa cepat, dia dapat..

Jumaat pagi

Hasrat asal nak balik kampung awal pagi, tapi akhirnya aku ke Kuantan pada petang Jumaat tu. Hasrat awal ke Kuantan utk terminate line 013 akhirnya jadi lain. Aku pi sambung servis TMTOUCH tu lepas akak naper dia panggey aku adik dan bahaserkan dia akak ek, aku nampak mude or akak tu awet muda?? kat kaunter tuh 'goreng' aku sket2 plus dia potong mana2 fees yg tak perlu. Hmm..memang aku ni jenis unpredictable agaknya..Semua jadi citer lain dari yg aku plan!

Akak : Naper nak potong line?
Aku : Fees mahal sangat la. RM41.00 tu tak masuk apa2 pon lagi..Malas lahh nak sambung..
Akak : Meh akak tengok apa yang mahal sangat tu? Hmm..yg ni boleh buang..yg tu boleh buang..bla..bla...Ok dik..dah buang mana2 fees yg tak patut ni..
Aku : Buang la mana2 lagi fees yg tak patut..Ada lagi yg boleh buang kak?
Akak kaunter lain : Nak buang lagi..kene buang SimCard jer la dik!
Aku : He..he..heee (padan muka aku!)

Sabtu

Bangun awal2 pagi bcos aku nak balik kampung..Basuh kete..buat apa patut..sampai kat kampung, abang aku dah bersiap nak balik KL. Ishh..awalnya nak balik bang aku nih. Rupa2nya dia tunggu aku pasal ada barang yg pesan kat aku tapi barang tu takder..Hot jap member..kwang kwang..aku sengih jer lah..abang aku tak marah pon..

Seronok plak tengok anak sedara aku membesar..Husna dah pandai senyum, sengih, gelak, mengomel sensorang (pasal ntah hapa2 ntah dia cakap..baby language beb!). Happy jer rasanya..Pesen adik2 aku lak..taim tu ler nak kenekan aku..adeh! Seme asyik tanya soklan sama jer kalau taim aku main dgn anak sedara aku..

Balik ke Kemaman lepas Magrib. Ayah dah setat diam ..mak pon..
"Ayah, kita nak balik Kemaman lepas Magrib ni.." (Tiada respon pon dari ayah).. salam dengan mak dan ayah..Aku ke Kemaman serba salah..Mak pesan,"jangan berenti kalau ada org tahan kete, jangan singgah mana2, jangan bawak kete laju2...". Dan banyakkk lagi pesanan "jangan" tu..
Sah2 ler mak ayah tak pueh ati dgn aku cos nak gak balik waktu malam..dapatlah sedas dua "ayat2 hikmat" dari mak.. Memang mereka amat sayangkan aku dan prihatin dgn aku...aku sayang famili aku.. iskk..iskk

Pesan mak semalam

Jaga waktu solat..terutama Asar dan Subuh..Solatlah awal waktu..waktu tu, malaikat bawak naik langit amalan apa yang kita tgh lakukan..Subuh tu masih tido? Asar masih leka dengan hal dunia??

Aku??? Marilah sama2 kita muhasabah diri..tahun ni, berapa kali kita tunggu waktu solat masuk?? Atau solat meninggalkan kita sebab kita syokkk sgt buat hal2 sendiri...Dunia ni bukan kekal..ingatlah dan fikirlah apa yang akan kita bawak utk ke alam yg satu lagi..Don't just think without taking any action!!



Thursday, June 10, 2004

Seharian di Kuantan

"Legaaaa!"..itulah perkataan pertama keluar dari mulut aku petang semalam. Selepas berhempas pulas dari pukul 9 pagi sampai kul 4.30 ptg. Mengikut mak ayah aku, nakkan sesuatu kene berusaha bersungguh-sungguh. Pada firasat aku, mmg semalam aku dah berusaha bersungguh-sungguh utk mencapai impian aku.

Sejak seminggu lepas, aku mula membelek2 buku Sejarah, kenegaraan, bermain nombor dlm minda, belajar solve problem secara adhoc dsb. Tak lupa aku juga menjaga kesihatan aku "bersungguh-sungguh" jogging dan jaga makan..hehee. Usaha aku lagi...mmm..belek-belek paper, tgk current news...hot topic..jauhkan diri dari soal-soal yang boleh mengganggu gugat 'kestabilan' hati aku. Penting ni tau..Hati tak tenang..fikiran leh senget sebelah..kacau jiwa aku..Bahyer! So, I tried to get rid of it since few weeks ago. Berjaya gak rupanya aku..Fuhh! Terpadam gak "api" tu yer..Kesimpulan nya..jangan main api tu..kang terbako...Bomba pon tak dapek nak nolong!

Soklan yang diberikan memang senang tapi tak mudah untuk menjawabnya. Last paper, aku msg my friend..dia cakap,"Last bullet, guna semua skill yang ada.."..Yess..aku telah menggoreng esei BM dan BI dengan jayanya..Yahuuu...Yang penting aku dah mampu menulis sepanjang 2 helai depan belakang kertas tuh. Sib baik menulis blog ni..sedikit sebanyak membantu aku..even ada perkataan yg aku ter'short form'..Dah terbiasa tulih camtu...Apa-apa pon aku syukur bcos overall aku amat puas ati dgn segala usaha aku ..

Yerlah! Usaha bangun kul 5.45 pagi..Bertolak kul 6.50 ke Kuantan..Sejam drive sampai kat Kolej Professional MARA tu..sempat belek buku...sempat beli kuih alas perutr..tak sempat makan ponn..haduii..lapo nya aku masa paper yg pertama tu... Usaha aku dah banyak..kira2nya memenuhi apa yg aku perlu buat utk mendapatkan sesuatu..jua solat mintak petunjuk dan ketenangan, berdoa..suh mak ayah doakan..wahhh..banyaknya usaha..kan aku dah berusaha bersungguh-sungguh tu??

Sampai umah aku kul 8 lebih lepas makan ptg kat McD Megamall..Sempat posing kat patung tuh..nanti2 la aku aplod gambo..jangan marah..aku sempat snap gambo dlm dewan exam tuh..hahahah..kot nya terkantoi dek pemeriksa kang..mampus aku..so..amik gambo nyorok2 aaa...kehkehh..

Note: Yang ni aku amik dari artikel yg aku exam tuh..
"Sometimes it's good to be childish!! Enough to make you feel happy..forever.."

Semoga usaha aku diberkati..dan sekarang aku tawakal padaNya..Hanya DIA yang menentukan..

Tuesday, June 08, 2004

Think +ve

The Truth About Failure

Failure doesn't mean you are a failure...it does mean you haven't succeeded yet
Failure doesn't mean you have accomplished nothing...it does mean you have learned something
Failure doesn't mean you have been a fool...it does mean you had a lot of faith
Failure doesn't mean you have been disgraced...it does mean you were willing to try
Failure doesn't mean you don't have it...it does mean you have to do something in a different way
Failure doesn't mean you are inferior...it does mean you are not perfect
Failure doesn't mean you've wasted your life...it does mean you've got a reason to start afresh
Failure doesn't mean you should give up...it does mean you should try harder
Failure doesn't mean you'll never make it...it does mean it will take a little longer


Monday, June 07, 2004

"Pesan Mak"

Hidup ni bukan sekadar hari ini, mesti berusaha untuk dunia yang satu lagi..waktu solat mesti jaga, tak guna mak ayah berdoa tapi waktu solat tak jaga. Melambat-lambatkan solat tu akan menjadi penghalang untuk makbulnya doa-doa kita.

"Pesan Ayah"

Buat apa-apa mesti usaha bersungguh-sungguh, berazam melakukan yang terbaik dan tawakal lah padaNya.

Aku...
Aku akan cuba yang terbaik untuk sesuatu yang terbaik dalam hidup aku. Adanya insan-insan yang mendorong aku ke arah hala tuju aku, membuatkan aku lebih bersemangat untuk berusaha mencapai cita-cita..


Kadang-kadang aku pon konpius, aku kat highway mana sekarang nih ek? Adakah aku telah tersilap jalan..atau aku tersilap percaturan? Apa-apa pon aku akan teruskan jalan yang ku pilih ni..Mungkin ada simpang jalan di depan sana..sapa tahu!!
Jumaat

Bertolak ke kampung lebih kurang pukul 9.00 pagi..Berkemas apa yang patut..
"Bawak balik baju kurung banyak sket!", abang aku pesan. Ewahh..wahh..moskel jap aku dengan pesanan tuh. Heheee..biasanya aku balik sehelai sepinggang jer..ahaks

Sampai kat kampung, tengok adik beradik berkumpul..tak termasuk yg jauh dimata yer..dekat dihati tau dik!.., hati aku rasa amat tenang dan senang..Lupa segala masalah jap kat kepala otak nih..
Mak tanya,"saman dah bayo?"..Erkk..mak nih!
"Semalam dah bayo..terbang gak ler seratus hinggit...lepas buat rayuan..tapikan mak..takderlah merayu-rayu pon..buat surat then pakcik polis tu sign..senang jer kerja polis tu..Ader sorang tu kene saman 30 saman ekor...berasap gak ler nak membayo nya!"

Sabtu

PakSu buat makan-makan kat umah dia..Anak beranak berkumpul...pakat masak pakat makan..basuh pinggan takder lak pakat-pakat tuh..adeh!! naper aku selalu menang tender basuh pinggan nih..cestt!!. Aku ader snap gambo faizal- sepupu aku yg 3 bulan -lelaki dan diBULI oleh adik aku..Faizal versi pakai tudung..eheeeehhee...bila ada masa aku aplod kan..
Abang dan dua adik aku ke Kota Bharu dengan WHG utk ke majlis perkahwinan kawan abang...Aku ke umah PakSu dengan WGW yang menderum-derum bunyiknya tuh..dan aku ber t-shirt n kain batik..Alahaiii....

Ahad

Aku, mak, Aina dan Huda ke Kuala Berang utk hadiri majlis sepupu mak aku yang berkahwin. Dengan WGW, aku terasa mcm nak nyorok jer bila memintas kete lain dijalanan..Isk.iskk..malu wehh...Kalu lah buleh ku tutup jap ekzos tu suh dia senyap jap.. Jumpa sedara-mara dan kaum kerabat yang ader aku kenal dan ader yang 100% aku tak tahu sapa ntah...salam..senyum..bla bla...penat tau...Sudahnya aku solat Zohor umah TokSu aku. Tergelak dengar citer Ja, anak TokSu aku yg baru balik dari Kaherah, Mesir. "Kat Malaysia, kat Terengganu tak jumpa, sampai kat sana baru jumpa anak sepupu..". Sempat membasahkan badan dengan "air bukit". padanla org kat sana melepak-lepak putihnya..air sesejuk salju rasanya..(pinjam ayat salji japs..*wink..wink). Aku pon wonder,"kalaulah aku sefamili stay kat sana dari kecik..ahaks!"

Dialog Huda masa dalam perjalanan pergi.

"CheDa! kat umah tu buat apa ramai-ramai tu?".
"Tu umah orang kawin gak kot..Dia masak-masak tu". Ada jamuan kahwin gaklah aku rasa bcos ada org masak dalam kawah kat satu tempat tuh.
"Kita berenti makan kat sini dah lah". Erkk! Sabo jerlah..

Aku : Nurul Huda Hasanah maksud apa?
Huda : Dok tahu..
Aku : Nurul maksudnya Cahaya..
Huda : Nurul Cahaya..
Aku : Huda maksudnya Petunjuk..
Huda : Petunjuk...ooo
Aku : Nurul Huda maksud cahaya apa?
Huda : Cahaya Matahari...

Waaaaarghhh!! Tensen nya!!


Thursday, June 03, 2004

Musim cuti sekolah

Sedar tak sedar cuti sekolah dah hampir seminggu. Cuma aku ajer yang tak sedar masa tu bergerak pantas. Argghh! Tensennya aku kalau balik kampung masa nih..Soklan-soklan yang tak berape gemor aku nak dengar akan banyak kali kedengaran kat gegendang telinga aku..Aku kene bawak balik earplug rasanya..heheheh..baru orang ingat aku tuli lak..arghhh..jangan buat kerja gila tini!!!

Abang aku pon ada kat kampung...Hmm..Cuti-cuti..apa aku nak buat ek..Hajat aku cuma satu jer..Jangan ler mak ayah tanya soklan-soklan %$%^^&%%^$%^...Kang ader yang buat cuti-cuti ke tempat-tempat peranginan kat Terengganu..escape

3 hari cuti..aku ada digicam..rasa macam nak menyahut cabaran fotodigital TokR ..just try my best..fotodigital pengantin..hmm..kene cari pengantin nih! Ahaaa..pakcik aku ada yang kahwin Ahad nih..Jeng jengg...

Tadi masa pegi bayo saman trafik, ada sorang "pakcik" tanya aku macam2..sampai lah soklan yg aku ..eeiii..tak ske arrr ditanya camtuh!
"Cik Abang kerja mana?"
"Kat area2 situ gak.."
"Anak beraper?"
"Err..err..err..takder lagi.."..panas punggungsiutt..Nak ajer aku blah bodoh dari situ..Tapi fikirkan hati "pakcik" tu plak..Kecik ati dia nak beramah mesra sementara nak tunggu turn membuat rayuan kat polis tuh. Layan jer lerr..
"Alah! Saya tahu ..takder cik abang lagi kan.."
Dalam ati aku,"Cehh!! Dah tahu....tanya lagi..".

Dialog depan polis masa nak buat rayuan.
"Apa sebab hal kecemasan nih"
"Err..adik call dari Kuantan suh jumpa dia"..Aku tipu jer tuh..
"Ada kaitan dengan kecemasan?"
"Err..adik call suh datang cepat.."..Kalu dia tanya lagi dua tiga soklan..mmg aku tercakap benar ler..heheh..tadi reason tu aku dah reka siap2 dalam kepala...siap hafal tuu..

sesungguhnya aku mmg fail kalau nak tipu org..gagap weh!!hehehe)


Jumaat cuti, Sabtu cuti, Ahad cuti, Isnin masuk kerja, Selasa kerja, rabu aku cuti...khamis kerja, then Jumaat Sabtu cuti lagi..uishhh!! Cuti banyak nyaa...Aku nak kumpul duit nak gi travel area Langkawi plak...Aku nak gi Waterworld..hmm bilalah hasrat nak tercapai nih???


Apa-apa pon, nakkan sesuatu mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh! dan selepas usaha mesti tawakal...hanya DIA yang tentukan segala-galanya...



Wednesday, June 02, 2004

I received this email from my friend this morning.

"A man checked into a hotel. There was a computer in
his room, so he decided to send an e-mail to his wife.
However, he accidentally typed wrong e-mail address,
and without realizing his error, he sent the e-mail.

Meanwhile.....somewhere in Houston, a widow had just
returned home from her husband's funeral. The widow
decided to check her e-mail, expecting messages from
relatives and friends.

After reading the first message, she fainted. The
widow's son rushed into the room, found his mother on
the floor, and saw the computer screen which read:

To: My Loving Wife
Subject: I've Reached
Date: 16 May 2004

I know you're surprised to hear from me. They have
computers here now, and you are allowed to send
e-mails to your loved ones.
I've just reached and have been checked in.
I see that everything has been prepared for your
arrival tomorrow.
Looking forward to seeing you then!
Hope your journey is as uneventful as mine was."

Hhheee..what a joke...aku senyum sensorang tengah hari tadi...siap share dengan opismate aku..ketawa biarlah bersama-sama..biarpun masa menagis, aku menagis sorang-sorang... ;)

pagi tak sempat nak senyum pon, tapi aku menitiskan ayaq mata..sebab...biarlah hanya aku ajer yang tahu..

Tuesday, June 01, 2004

Pada 22 Mei 2004

10 tahun reunion MRMSKT batch 9394 (aku tak pergi..cuma boleh tengok gambar2 yang aku dapat dari kawan2 yang pergi..)

ex-classmate aku...wah wah wahh...Ain, Sabri, Shidi dan Wan..Aku masih mengenali mereka....ahaks...

Gambar "khinzir" ni aku snap kat kedai jual toys n cenderahati..heran aku..ader gak yg suka main toy macam ni ek!!Besar gak menda alah ni..sepemeluk gak lerr..


Belanjer bday aku....gambar sebelum makan..


Selepas makan ..hehhe..kosong jer kan..ahakss!!


Ni game yang aku suka tengok masa kat Famili Day tuh...


Sepak bola guna kaki itik..yang org pakai utk menyelam tu...bayangkan ler itik sepak bola cemaner...tunggang langgang bola tu ke sana ke mari..


adik aku dan huda masa kat depan menda alah tu...si huda sibuk nak suh aku main sekali dengan dia mende tuh..ader ker! Kang bocor mende tu kang naya jek aku..

lawa kan gambar ni..kat AWANA KIJAL ....aisey..ilang..tgk kat background this page kat atas tu la yerr...

Aku suka sangat coz I am back to normal life..dah tader ting ting tong toinkkk..hehehe