Part II - raya..raya
Raya tahun ni amat bermakna bagi diri aku. Bukan ada apa2 yg istimewa cuma aku rasa amat bahagia dengan terkumpulnya semua beradik dan sama2 sambut raya dengan cara kami. Abang dan adik aku merakamkan aksi2 dipagi raya dengan digicam dan petang tu bila along aku balik dari umah mertua dia, kami sama2 tgk adegan2 dipagi raya tu.. kesian adik aku yg Form 4 tu, pagi raya tu badan dia ada tanda2 kene allergi. Habis satu bodi naik bintat2..Aksi dia dengan bedak sejuk bergaram bertempek seluruh badan jugak tak tertinggal dari dishotkan dlm rakaman abang aku. Muahahha...geli betul hati kalu fikir2 balik...
Ruang tamu umah aku bertukar wajah. Abang belikan sofa baru dan aku belikan langsir yang senada. Kaler hijau gelap..... Mula2 kami ingat mahu buat kejutan untuk ayah mak tapi akhirnya ayah dapat tahu bila kami adik beradik dok sok sek pasal sofa tu. Nasib baik ayah tak kata apa2. Bukan ayah pinta harta benda tu, bimbang susahkan anak2 katanya. Argghh..apalah sangat harta benda tu kalau dibandingkan dengan kasih sayang mak ayah berikan sejak kami lahir..kan?
Sedara mara datang pada hari raya pertama dan kedua. Raya pertama aku jalan2 raya bertiga dengan ayah dan adik lelaki aku. jangan marah! Ha ha ..Turn mak aku beraya sebelah petang bila turn aku, ayah dan adik dah abis meronda2 umah pak sedara/mak sedara/tok sedara. Yerlah..sebelah pagi giliran mak aku jaga umah ..sebelah petang giliran aku la pulak beraya kat umah ..
Aku cuma sempat beraya selama 2 hari dengan keluarga. Adik aku yg kat Gebeng cuma sempat berhari raya sehari. Apakan daya, kerja menuntut aku dan adik melupakan kemeriahan raya buat seketika dan raya bersambung bila aku cuti pada semalam, Sabtu dan Jumaat lepas. Aku mintak ayah simpankan tapai kat aku barang sepuluh bijik dua..[muehehhee]. Terlupa aku nak makan tapai buatan mak aku tu..Makanan lain banyak sangat "beratur" mintak laluan ke perut aku. Jumaat lepas, aku balik kampung dan berjaya "memakan" tapai yg disimpan utk aku. Itupun bilangan dah berkurangan psl Huda asyik "curi" dari peti sejuk.. Dia pon suka makan tapai.
Petang Jumaat, kawan baik aku sampai umah aku pukul 615 ptg. [Aikk..cam balas dendam jer..aku ke rumahnya pon pukul 615 ptg jugak..]. Abang aku bising2 cakap kami berdua sama jer..Nak menziarah tunggu waktu Maghrib..Ahaks...Ader ke!! Aku paksa dia makan puding karamel yang baru siap aku masak. 7 potong kuih puding tu bukan sedikit..akhirnya dia mengalah..aku tapaukan utk dia. Dia ni kawan baik aku sejak dari darjah 4. Sekarang dia menjadi penyelia asrama di sekolah di Lipis. Tempat Siti Nurhaliza tu..nama kawan aku ni pon Siti jugak... ;)
Part III - Rombongan Che Kiah ke N9 pada Sabtu lepas....dari 4 kenderaan jadi 2 kenderaan sahaja..Rentetan peristiwa yg menyedihkan hati aku, ayah dan mak..Kesian abang, adik2...
Monday, November 22, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment