Thursday, November 18, 2004

Ada hikmah ada tanggungjawab..Part I

Raya yang disambut sangat meriah dengan kehadiran dan kepulangan adik beradik sedara mara ke rumah aku. Rumah aku berubah wajah hasil gotong royong kami satu keluarga pada hari Sabtu sehari sebelum raya tu. Walaupun tahun ni aku tak menguli tepung2 [baca : buat kuih2], namun kuih tetap banyak di atas meja dan tabung2 di rumah hasil tunjuk2 dengan kertas [baca : beli ler].

Along aku beraya di rumah mertuanya dan hanya pulang pada petang raya pertama. Namun ia tak menjejaskan raya kat rumah aku sebab kejap2 jer call..kejap2 call..bukan aku yg call.. anak sedara aku si Huda yang call umah aku. Macam ler lama sangat kat umah tokwan sana. Baru satu hari tuh! He hee...Rindu pada nek dan atuk dia kat umah aku ler tuh!

Abang balik dan sekaligus akan melangsungkan majlis pertunangan dia pada Sabtu ni. Kami satu famili akan berangkat ke N9..Phewww..orang nogori ler bakal akak ipar aku..sebaya lak tuh dengan aku! Adehh..dehh..

Adik2 aku semua ada kat rumah dan semua bergembira dengan raya tahun ni. Walaupun hanya sempat bakar 100 cucuk sate ayam jer pasal kekurangan bekalan ayam ..Hu huu..masing2 askar kat umah aku happy banget! Ada yg baju raya disponsor oleh aweks2 masing2..Walla...lum apa2 dah sponsor ke? Aku? Huhh...Tak kuase ler nak taja baju raya kat orang yg belum pasti hak aku..Muahahha...So..baju raya aku 3 pasang tahun ni..Kalu claim agak2nya leh dapat tak baju raya yg disponsor ??!

Mak ayah aku tahun ni senyum lebar. Adik aku si Aina dapat 4A1B dalam UPSR. Banyak plak la si minah tu dapat duit dari abang akak dia. Hmmm..orang kaya baru ler adik aku tu kejap. Mana taknya belum masuk duit raya duit "kutipan" dah mencecah RM500.00..

Petang Jumaat mak buat tapai pulut. Beras pulut yang dikukus , dibiar sejuk, ditaruk ragi dan dibungkus dalam daun getah. Kemudian diperam 2 hari..Hasilnya adalah tapai pulut yg sangat best dan menggiurkan membuatkan orang meleleh air liur. [nyum nyum...esok balik kg aku nak sambung "belasah" tapai yg aku suh ayah aku simpan dlm peti ais..hihii]. Esok?! Aaarrr...Balik kampung sambung raya..Isnin depan baru aku masuk opis balik..Hari Selasa lepas aku dah "terpaksa" masuk opis tau...2 orang jer kat opis. Kemain la seksa rasanya. Orang lain dok bersenang lenang raya. Kitaorg dok seksa jiwa dok tengok org beraya...dan bergathering ..huhuuuu...jeles jelesss...!!

Note : Doakan kami serombongan selamat pergi balik N9 Sabtu ni. Macamana nak suh semua org faham ..semua org berhati2 dijalanraya. Kadang2 org lain yg berhati2..org lain yg alpa plak yg "melanyak" org yg berhati2.. Agaknya kalu had kelajuan paling tinggi kat meter kete cuma 80 baru ok kot...agaknyer la...agaknya...........agaknya.......

Ada hikmah bila kita tak dapat apa yg diimpikan!! Mungkin ada tanggungjawab lain yg lebih besar yang bakal dipikul???!

Part II- Sesi persediaan raya..jalan2 raya..cakap raya...

No comments: