Sunday, July 22, 2007

Hari Ke-2 [5 April 2007]



Lepas keluar dari bilik sejuk tu aku dihantar ke bilik pemantauan 24 jam. Sehari semalam tu aku terbaring tanpa gerak. Yang aku ingat2 lupa, mak dengan mertua aku masuk tengok aku sekali. Lepas tu hubby dengan mak masuk tengok..waktu tu aku tak ingat sgt lah..Ohya..hubby aku dok asyik la ulang tengok anak dia. Aku pun dia ulang gak la tengok..Awal pagi , tengah hari dan akhir petang suami mesti ada dekat aku. Tu tak masuk lagi calling2 awal pagi dan waktu malam..Cam berchenta plak..ahaks!..Mmg bercinta pun...;)

Ok..direct to the point ...Pagi hari kedua tu, seingat aku lah pukul 7. Aku dikejutkan oleh sorg nurse ni, dia kemaskan katil aku dan bawak satu wheelchair utk aku duduk. Curious gak aku nak ajak gi mana la awal pagi buta ni...Rupa2nya suh duk atas wheelchair tu, nak gi anto bilik mandi. Erkk...ok la..aku tak la rasa sakit apa pun bcos terbaring 24 jam lebih campur2 tak sedar. Aku pun heran, naper ok jer aku ni..Ok gak la kalu gini belah nak bersalin kan..!

Sekali masa aku nak angkat badan nak turun dari katil tu, aku rasa semacam jer..Aduiiiii...Rasa tak ada kaki pun ada..Lenguh , sakit, lembik, nak jatuh dan segala macam rasa ada. Aku diajar cara nak bangun, cara nak pegang perut tempat dibelah tu. Kalu bersin apa nak buat...Sakit siottt kalu terbersin. Kalau terbatuk pun sama..tersedak laaaagi sakit weii..

Ohya, sebelum aku turun dengan seksanya tu.. dari katil tu, segala wayar2 dicabut dari badan aku, beg urin pun dibuang gak. Byk kali gakla diaorg tukar pad dan beg urin tu dalam satu malam. Tinggal cucuk kat tangan masuk ubat tu jer tak dibuang. Dan aku juga ada kawan "sepembelahan" 2 org. Yang sorg tu bgtahu mak aku ( masa kita orang kat wad biasa).

"Tini terbaring tak bergerak langsung. Bimbang saya kot dia tak sedar sebab pelali byk sgt hidu"

Huhuuu...sib baik tak kata..macam org mati...isk iskkk..

Ok..sambung balik. Nak duduk atas wheelchair tu amik masa suku jam aku rasa..Pastu, aku dihantarla ke bilik air...Dalam bilik air tu ada satu kerusi . Aku kene duduk dan mandi. Punyalah takut pedih luka kat perut masa kena air. Rupa2nya tampal plaster besar. Dan kami yg dioperate ni disuruh .....

"Mandi macam biasa, jangan takut2. Sabun badan bersih2. Lepas mandi, awak jalan balik ke katil awak tau..dekat jer kitaorang letak"

"What!!!!!!!" ayat dalam ati aku laaa..tapi terjengil gakla bijik mata kami masa diberitahu camtu..

A'a..yerla jangan takut2 . Cuba kami plak belah perut ko dan suh ko mandi sendiri2 tanpa bantuan org langsung ..tengok caner jadik!.Sejuk giler bab*as air tu aku rasa..eh bukan air jer..semua benda la..baju rasa sejuk, sabun rasa sejuk..udara sejuk..haduiiiii..ngilu...jirus2 sambil gosok2 kat plaster tu..Sambil mandi pikir gak la aku ni, mcmana la nak menapak satgi nih. Dahla rasa longlai ngilu jer nih..Siap mandi, aku pun tolak la pintu bilik mandi. Aisey..takleh bukak, tersekat dek wheel chair kat luar..Dah la wheel chair tu di locked kakinya..Nak jer aku sumpah...adeii..lepas tu nampakla tali merah with this label..lebih kurang maksudnya..

"Tarik bila ada kecemasan. Lampu merah akan menyala, nurse akan dtg tolong"

Haaa..aku pun tarikla...dengan kederat yg lemah aku tu..Sungguh hampehh...Kalu aku tarik sampai putus pun belum tentu ada nurse yg datang tolong..Korang tau tak..Siap menjerit lagi aku.."tolong".."tolong"...but up to no avail.Nak maki pun ada tau tak masa tu. At last, aku guna badan aku yg lemah sgt masa tu, tolak pintu sekuat ati, lawan wheel chair tu, berjaya akhirnya gak lepas wheel chair tu senget sebelah..

Berjalan lah aku insan yg saaaaaaaaaaaangat longlai masa tu. maybe pening bcos of ubat etanox ek wi..plus aku nya ubat epidural tu la kot..laaa..dekat jer katil..no 3 dari bilik air. Aku pun lepas berjalan dgn seksanya tu, sampai la ke katil aku. Dua kawan sebelah dah baring tido dgn aman selesanya. Jeles sey..Aku ngantuk gak...Angkat b*otot nak naik birai katil, tak lepas. Angkat kaki pun tak terangkat..Ahhhh sudahhhhhhhhhhh...

Paling2 yang aku dapat naik cuma birai katil..besi tu jer..yang lain konpem tak terangkat...problem beso ni...puas jiran2 aku tu bagitahu cara nak naik ke katil tu..tak dapek nak menolong weii...2 jam aku try..sampai mak dan abang datang masa waktu melawat. Mak aku n abang kesian tengok aku tak dapat nak baring. Dengan berpaut kat abang, mak, dapatla aku baring..itupun katil disondongkan 45 darjah. Dapatla tido..makan etc ...zzzzz

Petang tu, aku try ar nak bangun..tak boleh plak dahhh...tak tahu nak pegang kat sapa nak bangun. Sampai waktu melawat petang tu, aku dah menangis dah sebab perut aku rasa sakit yaaaaaaaaa amattt...Mintak painkiller kat nurse tu..tak layan aku..panggil kali ke dua baru bagi..tak jadi gak..makin sakit. Menangis tak malu dah masa tu..Org melawat kanan kiri..Aku terbaring menangis..Huhuuu..sakit weii..

Abang datang dengan mak, aku tengah menangis dgn hebatnya...Huwaaa...Makan pain killer 2 bijik tak jadi apa..Mak aku agak mesti rengat ni..Ntah la apa rengat tu..Tapi mak kata macam sakit nak bersalin la..tapi lebih sikit..Hah??? Patut laaa...macam nak giler sakit kat dalam perut aku..terus mak pergi mintak ubat mcm yg diberi masa aku lepas dibedah. 2 bijik aku telan, 10 minit jer terus ilang..heheheh..

Ayat aku masa sakit sangat tu kat abang, "Sorang jer anak. Jadilah yer..."....mak aku senyum jer..Suami aku pun sama..senyum gak..

Lepas tu, abang dgn mak angkat aku bangun. Mak teman aku ke bilik air. Mak suh mandi bagi sejuk sikit badan tu. mak takut sakit tu datang lagi waktu malam kang.Bimbang gak aku.. lepas keluar bilik air, aku senyum kat abang.

"dah boleh senyum tu, sihat dah tu, esok boleh keluar la tu"..suami aku bagi perangsang..

"insya allahh"..

Lepas mak dan abg tengok aku makan, minum etc, diaorg pun balik. Mak aku berkampung kat umah mertua aku selama seminggu.. Yer..sepanjang dari aku melahirkan sampai damia keluar dari hospital bersama2 aku. Malam tu calling2 dgn abg, adik beradik aku etc..SMS...

"Ya allah..lambatnya aku nak keluar dari sini dengan anak aku...seksa betul nak tido..nak mandi..nak berjalan..iskk..Aminn"

Sepanjang malam kat wad org bersalin tu, aku rasa berpuluh2 org keluar masuk hantar ibu yg dah bersalin. kena pakai tudung all times ler gaye nya..

Cerita esok aku tengok anak aku..Lupa lak aku dah ada anak..Hehhe...Rindu pada buah ati aku tu..Esok ar aku sambung yer.. PC aku ni pun dah kene restart dah sekali.. :) Suka noo "gantung diri".

1 comment:

angah said...

Aku kecut perut la baca pengalaman ko eeeiiii.. tak sanggup aku wehhhhh...

Aku doakan la Allah permudahkan urusan bersalin anak kedua ko esok-esok ek..