Hampir sebulan blog aku ni tak ter'apdet'.
Masa semakin hari terasa semakin suntuk. Macam tak cukup masa ajer. Mungkin pertukaran status menyebabkan aku agak mengejar masa. Errkk...masa kejar aku kot! Rutin pagi berubah 180 darjah. Dulu boleh lagi melayan mimpi indah selepas Subuh. Dulu, balik kerja aku masih boleh bergolek-golek depan tv melayan crite Cina, Power Rangers..[oopss..], memasak bila aku suka jer, layan tv sampai pukul 10 malam tanpa henti..muehehee, dan segala-galanya mengikut rentak dan naluri hati aku. Sekarang, sebagai seorang Puan, harus erkk wajib melayan makan minum pakai si Tuan, no more criter kartun,
Ahad awal minggu ni, dalam sejarah hidup aku, aku telah menjadi mangsa kejaran makhluk berbadan berbulu dan spesis agak2 sama dengan kita.
?
?
Aku kena kejar dek kera! Sib baik lah aku tak tutup rapat WHG. So sempat menyelinap masuk dalam kete aku dan encik Ke*ra tu hanya sempat menerkam pintu WHG. Pheww..bayangkan kalau dia dapat terkam aku..bayangkan..Dalam keta tu, aku dapat lihat taring dia yg menyeringai ke arah aku. Aku bunyikan hon banyak2 kali dan nyalakan lampu alarm WHG. Dia tak lari malah ramai plak kaum kerabat dia yang dok pandang aku. Terasa mau menangis jer tapi apakan daya. Kredit HP masih ada tapi tak dapat call out sbb terlebih valid calling time. Akhirnya jiran aku keluar umah dia dan tolong tutup pintu pagar umah aku. Sob sob...kecik ati aku en Ke*ra tu buat aku gitu..
Balik kerja petang tu, aku dikejutkan lagi incident ini....
"Bad day lah nko hari ni. Pagi tadi dah la kena kejar dek kera jantan, lepas ajer ko pergi ada plak ular nak masuk umah nko. Anak aku halaukan guna spray Baygon ke apa ntah..Ular tu pening2 kot, terus si Odie pukul sampai mampus. Dia buangkan bangkai tu kat dalam longkang tu. Ada lagi kot kat situ. Cubalah ko tengok kot2 ada lagi. Ular tu ada tanda merah kat kepala dia. Bila kita baling batu, kepala dia siap kembang2 lagi.....bla bla blaa"
Panjang lebar akak tu cerita kat aku. Terima kasih berbanyak lah aku kat akak tu. kalau tak, agaknya bahaya tu mungkin dah masuk dalam umah aku. Syukur alhamdulillah....
Oh ya! Suamiku dah bekalkan aku seplastik mercun siap dengan lighter untuk aku gunakan time kecemasan masa nampak en Ke*ra. Sampai hari ini, aku tak nampak lagi bayang encik2 Ke*ra kat kawasan umah tu lagi. Tapi aku masih phobia setiap kali nak keluarkan WHG dari porch umah aku. Yelah, buatnya dia datang terkam aku tiba2 jer dari belakang...mau trauma seumur idop tu..Nauzubillah...
****To adikku kat Sabah tu, silalah tengok potopages aku tu. Aderlah sikit2 yg aku letak untuk tatapan mung di perantauan..cewahhh...Apa2 hal jangan lupa bitaw kakak mung nih!
to be cont'
2 comments:
Looking for information and found it at this great site... Extend mattress length c o d phentermine u p s William spratling jewelry Championnats mondiaux de scrabble parties open suisse Wrights first flight statistics car+wash+wax
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Sex acts emoticons Acuvue advance for astigmatism contact lenses Cheap fords Honda vfr 800a Yahoo compatible mp3 players Fioricet contains caffeine find horsepower f.350 ford dauley free erotic stories Making group conferencing calls Nanaimo mazda
Post a Comment