Sunday, April 05, 2009

Happy birthday Damia!

Semalam bday anak aku yg ke 2 tahun. Aku balik kampung Paka dengan Damia and macam biasa lah hubby aku kerja jugak. Sampai Paka kul 11 lebih dan terus pecut buat nasik kunyit. # kilo nkau...Gulai ayam 2 ekor. Buat la aku semua bende bagai tu sensorang. Mak and Kak long tak boleh keluar rumah. Quarantine sekali dengan adik aku tu. Aper la...Well aku proceed je masak sorang2.

Lepas siap semua masak and basuh2 periuk tu, aku keluarkan kek dari peti dan angkat Damia dari buaian and nyanyi lagu birthday untuk dia . Adik aku and adik ipar aku plus sepupu dia Kak Huda join celebrate. Korum lain takder. Belasah jer la. Asal hati member happy ader org nyanyi bday. Yerlah...dah 3 minggu lebih aku dengar dia dok bebel2 habeday to youuuuu...
kihkih..kelako jer..

Semoga anak aku jadi anak yg solehah, cintakan agama, hormat ibu ayah dan keluarga. Semoga berjaya dunia akhirat. Dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, sentiasa dilimpahi kerahmatan dan kesihatan yang cemerlang. Ibu sayang anak ibu...

Damia Izzatie...seperti maksud namanya "Kebijaksaan Kebolehanku". Well...Alhamdulillah setakat ini, maksud namanya menepati progress dirinya. Damia sudah boleh membaca ABC dan 123. Sukakan Mickey Mouse...tak kira malam siang and quite advance in learning.

~~HAPPY 2th BIRTHDAY DAMIA~~