Wednesday, October 04, 2006

Happy fasting yaa..


Lama betul tak apdet yer..3 bulan lebih kurang. Banyak kerja betulla lately..due date tender asyik kejar aku jer..Tambah2 dengan keadaan aku sekarang..ehem-ehem.. ;)


Ok..ni citer aku....
Bulan 7 abang ada pergi offshore. 2 minggu lebih dia kat laut nun. Aku balik kampung setiap hujung minggu. Rindu? Toksah citer beb. Sapa tak sayang laki dak? :) Masa kat kampung, hidung jadi alittle bit more sensitip pada bau2. Nasik goreng aku buang satu kuali ko! Tengah goreng nasik buat breakfast..tetiba aku bau basi. Ha ha.. Breakfast kat kedai jerlah arituh.

Terasa gatai nak test lah pulak...u know what?! line satu lagi kuar sebelah line tu ..positif beb. Alhamdulillah. Aku call abang bagitau. Gembira betul...yerlah kami dah setahun kahwin. Tapi angah cakap rilek dulu..biar berdua2an dengan hubby dulu. Bukan tolak rezeki, kalau ada pun terima je. Sbb nanti dah ada anak, komitmen kena tambah. Biarlah honeymoon dulu..Betul kata2 ko ngah.

Ok..itu 2 bulan lepas..sebulan yg lepas lak..Aku dapat morning sickness yang boleh kata quite bad gak ler. Makan jer kuar balik. Letih seh. Pening muntah loya..dan seangkatan dengannya. Ingatkan aku jer yg dapat, abang pun kene tempiasnya.. Hahaa..boleh la merasa apa yang bini abang ni rasa, kan bang!..

Bulan pose lak.. last week aku tetap berpuasa even muntah all days. Pukul 4.30 petang jer dia setat muntah sampai malam lak tu..Aku dapat evening sickness eh? Makam2 buta mearaban nak makan..yerlah..petang tak makan..muntah jer.. Syukur aku dapat hubby yang memahami perangai org tgh pregnant. Pukul 11.30 malam, pernah abang gi bandar cari mee mamak. Aku lapo ler. Kadang2 nak burger lah..Nasik tak nak lak tuh. Makan burger je suka sgt lah. Western ke anak aku nih? ish ish...takmo ler..biarlah anak kami nanti jadi seorang anak yg soleh/solehah dan sayang keluarga.

Dah agak2 dalam 3 bulan ni, aku rasa semakin kuatlah sikit berbanding last few weeks which I think my worse time during pregnant ni. Aku tak salahkan my baby tau. Cayang dia. tapi maybe akunyer hormon or apa2 merepek inside me yg tgh adjust to the new environment.

Due date? Kalu ko dapat teka aku lagi suka..A day after my hubby's bday..best tak? Best kan.....kot dia kuar awal seminggu dua pun aku tak leh nak kata apalah kan..Cuma aku doakan dia sihat selamat sejahtera nanti..Insya allah.

Semalam aku tak pose tau..[bocor resia aku] . Aku sahur..aku basuh pinggan, periuk satu dua...then gi kat ruang tamu..nak amik angin kununnya...Terasa nak kumur lak. Pergilah mak buyung ni kat sink.. Suddenly aku terasa macam leaking pipe tau ..burssttttt..semua A sampai Z keluar dari stomach aku. Sakit seh..perit tekak, senak perut...pening...ok..takper..takper...basuh mulut..gi rilek depan lagi..

Dapatlah titon 5 minit..Makkkk..rasa tu datang lagi..aku berlari ke sink..Haaaa..dia sambung lagi ko! Kaler2 pelangi pun kuar gak..Adehlar....nak nangis pon ada. Kebetulan hubby dah bersiap nak gi kerja. hubby datang calm kan aku..Sedih ar...muntah semua mende aku makan masa sahur tadi..Penat tau ...penat bangun, penat kunyah..penat basuh pinggan tak abis lagi..

Cakap kat hubby, kalau kita tak larat, kita nak buke pose. Pedih perut. Aku gi opis kul 11.30 semalam tau. Tapi aku actually amik half day. Cuma aku gi kerja awal ler..kang panas tgh hari tu wat aku ting tong lak kang..parah ler..

So, aku tak pose semalam sbb uzur yang dimaafkan..Sekian citer aku muntah..

Raya? Turn umah hubby tahun ni. Umah mak tak ramai yang ada. Abg kat KL balik cuti sekolah. Adik kat Sabah balik bulan 12. Adik kat Kuantan raya umah bini dia kat Chini. Kak Lng dah ada umah sendiri. Aku raya umah mertua. So, yang tinggal cuma adik2 yang bujang+bersekolah jer.

Apa lagi nak citer..ohya..congrate angah..ko join group mak buyung.. a week after me eh? sebaya la anak kita kang..insya allah.

wi, aku suka baca blog ko taim ko mask2 bulan pose. Aku tak mampu wat la tahun ni wi. Kuali aku dah sorok jauh2. Tak tahan bau tumis etc. Memasak apatah lagi..Nak wat cemana...nanti dah ok semua..aku masak banyak2..

angah, aku suka baca blog ko bila ko masak waktu petang tu..wat kuih then frozen kan..masak lauk berbuka etc.. Great job done ngah. Cuma aku tak sekuat ko ..nak masak2 tu..Allah tarik keupayaan tu dari aku sekejap kot..harap2nya sekejap lah. Dah lama aku nak makan spagetti bolognese tu..yummy..!

Oklah..tu je buat masa ni..Kot aku bz tahap gaban lak pasni tak tau ler..cuma doakan aku tabah dan bersemangat untuk lalui semua dugaan ni..

ok ciao. oppss..nak ucap awal2 buleh?

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN"