Genap usiaku 28 tahun. Terima kasih mak kerana melahirkan aku ke dunia nih dan membantu aku menjadi "orang" yang berguna. Tengkiu hubby for being the 1st person to wish me.
Last two week, tuko minyak hitam WHG terbang RM100.00. [Avtually RM70.00 jer, tapi aku round up ke RM100.00].
Last week aku driving ke Kuala Terengganu dengan mak dan Huda. Hubby tak dapat turut serta coz terpaksa bekerja. Aku drive 6 jam tanpa henti, [kalu ke Kl dah boleh pergi balik tu]. Ajak mertua ke kenduri kahwin dua pupu aku. Mulanya dia tak mahu turut serta tapi aku telah berjaya "meracun" supaya join jugak sekali dengan aku. Rupa2nya dua pupu aku tu anak kawan baik dia. Tu lah Che', sib baik pegi..he hee..
Bertolak pulang pukul 3 dari Kuala Terengganu sampai pukul 4 lebih kat Paka. Angkat handbrake dan aku terus tertido dalam kereta sampai pukul 5 lebih. Mata aku macam digam-gam. Berat sangat. Nak angkat kelopak mata pon tak larat..
[Penat sungguh memandu..dah pesan kat mak jangan tido. tapi bila kita kejutkan dia, dia kata dia tak der tido padahal siap dengan dengkur lagik tuh..huhuuu..]. Penat..sungguh-sungguh penat. Then sambung drive, angkut adik ke Kemaman lagi. So aku dah drive dalam dekat 300km lebih hari Sabtu last week. Kesian hubby, dia balik kerja aku tak ada. Takperlah, aku sampai umah pon, dia dah belikan makanan untuk dinner. Alhamdulillah..tak perlu aku terkejar2 untuk "bersilat" di dapur pulak.
Isnin 3 hari lepas, aku hantar WHG ke bengkel untuk alignment/balancing tayar. tapi si mekanik tu bagitahu, 2 tayar depan dah botak belah dalam..err..betul ke ayat aku nih..makan tayar katanya..[makan tayar??]. So, terbang RM350.00 utk 2 tayar baru and servis tayar.
Tadi aku bergegas ke Mebank utk bayar insurance, yelah, next week nak gi jalan2 lagi. Ke KL [ada short course], ke N9 [hantar abang aku nikah]...Melaka maybe...Yeay!!Nak kene setel kan dulu segala insurans, road tax, lesen aku. Total road tax, lesen, insurance abt RM1100.00. Huhuwaaa..Manyak sungguh duit guna bulan nih kene spend untuk WHG! Tapikan..tetiba jer masa aku gi amik polisi WHG kat satu tempat tu, aku ternampak, date due WHG adalah akhir bulan depan. [Sambil gosok-gosok mata tak percaya], "Ya allah! Adakah aku bermimpi?" Seronoknya...so, tunggu bulan depan jerlah kan aku gi sambung roadtax, insurance, lesen aku.
To all my friends yg wish aku and hubby, terima kasih banyak2. tak dapat belanjer nasik minyak unless datang sini kots..[he hee], saya tolong masakkan...erkk..masak kat kedai..
Tengkiu..tengkiu..tengkiu..[sambil lambai-lambai tangan macam Lady D ..kehkehhh]