Tuesday, September 07, 2004

"Hai! I am yr roomate."

Masa aku sampai dia takder. Yang ada cuma beg dia jer dalam bilik tu.

"Panggil Angah. Nama Haslina"
"Dari mana?"
"Kuantan"
"GengJurnal ke??"
"A'a.."

Pastu terdengar suara pompuan menjerit....[jeritan tak sangka dan gumbira..]
thee heeee........

Tak sangka betul aku. Aku mmg penah emel Angah sblm ni. Penah plan nak jumpa tp tak jumpa2 gak. Akhirnya, aku jumpa dia kat situ dan jadi roomate aku lagi..Memang tak sangka. Bila dua Geju berjumpa.. banyaklah yg dibualkan. Pasal blog psl geju psl famili etc. Dari dunia maya kami jumpa kat dunia nyata dan kebetulan plak satu bilik.

Meh aku citer camner bleh wujud no banduan tuh! Masa daftar, aku dan peserta lain diberikan borang maklumat diri utk diisi, kene timbang berat, sukat tinggi..[rasa cam nak masuk askar la plak ..haahaa]. Then terjumpa dengan Zurina, pastu kami diberikan nombor banduan tu. Dah la besar gedabak, nombor kat kad tu pon besar. 4km dah bleh nampak dah..Kena pakai sokmo, cuma masa dalam bilik, takyah la pakai..aku copy kata2 koordinator kursus tu.

Nombor tu kalau kita pegang dan ambik gambar muka kita dari sisi kanan dan sisi kiri , akan nampak cam ala2 banduan gitu. Tu pasal aku panggil nombor banduan. No ni kiranya identiti kita la di mata penilai. So, kene la "bersopan" bila lalu depan depa2 tuh. Part paling aku benci bila nombor aku di "aim" oleh sorang fasi tu. Sebab? Aku ala2 malas nak join discussion tu. Ngantuk, sejuk, minda aku dah floating somewhere...Blushing giler rasanya muka aku bila dia panggil nombor aku dan mintak aku komen psl apa yg dibincangkan. Terkujat badak gakla sekejap. Becoz aku dah lost...So, merepek2 la sekejap...Hampeh betul fasi tu..Fasi yg paling tak friendly kat situ..di mata aku ler...

Aku and da geng ke hulu hilir bersama. Jumpa kawan2 ..join aktiviti..hari Sabtu tu paling menduga akal dan keberanian aku. Kene spiking depan pablik tuh...Nerves giler. Baca ayat2 itu ini suh jadi berani. Angah ada ajar aku camna nak jadi berani dok depan. Banyak Angah perturunkan "ilmu" kat aku selama aku dok kat situ, sebilik. TQ pren.

Malam tu plak, taim utk pablik spiking. Aku "goreng" pasal blog. So, ada lah keluar a few names yg glamer dlm dunia blog nih. Anwar cakap, dia tak paham sepatah haram pon apa aku cakap malam tuh..Huhuuu...Penat tau ...prong preng depan tu...Takperlah..Aku faham....ramai yg dah mengantuk malam tuh! Penat lari 2.4km kot. Aku moskel camner si penilai tu nilai aku coz masa aku dok "berpenat lelah" depan tu, aku nampak dia TIDO! Cheisss...

Esok2 aku citer psl part kelakar sepanjang aku di situ.... ;)

Monday, September 06, 2004

From Virtual to Jemapoh depan mata.

Kursus yg aku pergi last 2 and half days amat bererti buat diri aku dan aku rasa kwn2 yg pergi. Meh aku citer sket2 apa yg berlaku. Peristiwa2 yg memeranjatkan aku pon banyak jugak.

Jumaat - Aku bersiap2 ke sana. Pack barang2 aku pada pagi tu lepas Subuh. Bertolak ke tempat tuju pada pukul 10.45 pagi. Lagi 15 minit utk tutup kes. Biasalah kan..kalau ikut kata MatJan, orang penting selalu sampai last..Hehee..

Sabtu - Hari yg "mengerikan" utk sesetengah org. Termasuk ler tuan empunya diri nih.. mungkin semua org rasa mcm tu kot..who knows... Kene buat pablik spiking depan org for both version..Bahase Melayu n English...phewww! Dengan tak cukup masanya, nak cari topik dan seswai lagi. Dahla kene lari 2.4 km ramai-ramai. Yang paling best aku and da geng dapat dok grup paling best...heehee.. grup no satu dari belakang...Excellent gitu! kan Angah..Kak Miza.. kan??!!

Ahad - Pagi tu kitaorang satu grup consists of Anwar, Nasr, Azmi, Rashdan, Amram, Nik, Haslina aka Angah, Dailameeh, Kak Miza, Aku aka adk77, Zurina dan PakCik Mohamad "bersidang". Nama2 ni sajer jer aku expose kan..suh glamer sket..kawan2 aku nih! Paling enjoy la hari Ahad ni. Suka2 jer dok bankang / cadang..Sampai ada yg bermimpi siang hari ..dari grup pencadang dah jadi pembangkang dan dari grup pembangkang jadik pencadang..Hahaaa..Best la berkawan dgn korang nih!

Peristiwa menarik di sana...esok lusa aku sambung..plus..gambar akan diaplod kat my fotopages!
(Ala2 no banduan, jumpa geju yg jd roomate aku, pencadang yg "hang" coz ilang idea [aku ler tu], tersalah masuk blok boys..hehe..)..part ni aku akan citer esok2 la yer!..

Nih "no banduan" tuh.. ;)


Speaker Pembangkang


Speaker Pencadang



Thursday, September 02, 2004

Strive for Excellence

Bila jer aku nakkan sesuatu yang pasti aku kene usaha betul-betul. Mak dgn ayah aku cakap, aku ni payah kalau nak dapatkan sesuatu..Betul ke tak..hmm..kene flashback balik lah..

Dari kecik sampai besar, seingat aku, aku takkan dapat apa yg aku nak. Cuma aku akan dapat yg sipi2 jer.. Huh! Cemaner tu..Yang paling aku taknak..yang tuuu lah yang aku dapat..tu kalau ikut sejarah hidop aku la kan...So, kali ni..aku taklah rasa konpiden badak dapat apa yang aku nak. Cuma aku kene berusaha lebih sikit la kot.. Dapat ke tak? Yang tu aku serahkan pada Yang Menentukan..Aku hanya berusaha...

Doakan aku yer! Aku tengah cari kerja nih!!

Monday, August 30, 2004

Merdeka

Esok hari Merdeka ! Jalur Gemilang berkibar di kereta, bumbung rumah, kedai, motor, pagar, sekolah...dimana-mana..

Hari ni aku dah merdeka . Semalam sebenarnya aku dah merdeka. Merdeka dari rasa takut dan terseksa. Si Dia dah aku 'nyahkan' dari rumahku. Bukan guna Ridsect ke Baygon ke. Cuma aku buangkan dia dengan baldi aku keluar dari rumah aku. Punyalah penat nak suruh Dia masuk dalam plastik tu. Sempatlah mendengar aku dan Shali berteriak menyuruh Dia masuk dalam plastik tu. Dan sempat jugaklah aku dan Shali melompat-lompat...heeeeehee..Takut Dia melompat ke arah kitaorang, so kitaorang melompat dulu..Kahkah...Penat betul melompat rupa-rupanya...

So, aku dan bebudak rumahku dapatlah mandi dengan aman damai malam tadi. Tanpa rasa takut, tanpa perlu mengendap ..tanpa perlu menyorok dari si Dia.

Aku jugak merdeka dari segala rasa yang terjeruk dalam jiwa. I am back to normal. Get my lonely life back.

Esok, aku masih tercongak-congak apa aku nak buat. Nak ke Kuantan? Huishh..mesti sesak giler babas. Kalau aku pergi jugak, aku akan menyesal...heheee..baik ngadap TV, takpon lepak kat umah..takpon pegi tengok sungai mancing tu, takpon berkemas untuk ke PAC, takpon aku tido..ahaks.. Apa-apa pon aku nak buat esok, Merdeka Day still going on.

Dan aku nak ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA utk semua umat Malaysia. Semoga kita berjaya memerdekakan diri kita dari apa jua bentuk jajahan ke atas diri kita.

Kita berjuang untuk kemerdekaan. Kita teruskan perjuangan. Merdeka kita bukan sekadar mengibarkan bendera Malaysia. Biarlah minda pon turut merdeka. Menginsafi diri kita sebagai warga Malaysia dan makhluk yang hidup sementara di dunia ini.

Thursday, August 26, 2004

Dia

Kemunculannya tidak ku jangka. Petang semalam DIA muncul lagi setelah beberapa bulan menghilangkan diri. Hadirnya bukan menyenangkan hatiku, malah menakutkan aku. Bukan hanya aku, bebudak rumah aku pon takut juga.

Dia tidak pernah berkata-kata. Hanya memandang seribu bahasa, diam tanpa suara. Aku hairan, setelah lama meyepi, dia kembali lagi dalam hidup aku. Aku memang tidak memerlukan dia dalam hidup aku. Sungguh!

Petang semalam, aku terasa amat terdera dengan kehadirannya di situ. Semua benda yang aku buat tak kena. Takut betul aku. Bimbang dia melakukan sesuatu yang aku tak ingin dia lakukan. Dulu dia pernah buat perkara bodoh tu. Histeria aku satu rumah. Bebudak rumah aku pon sama join aku. Apa taknya dia jadi Superman. Argghh...Bila dia mahu pulang???

Petang semalam, aku sanggup mandi pukul 10.00 mlm semata-mata tak mahu berjumpa dengan dia. Biasanya aku mandi 10 minit. malam tadi aku mandi 5 minit ajer. Tu pon dah cukup terdera hati aku dok lama-lama sebilik dengan dia. Asyik memandangg jer...Cungkil mata tu kang!. Pagi tadi aku tak mampu nak menatap dia lama-lama. Sempat mandi cuma sekadar membasahkan badan. Tak sempat nak mendendangkan lagu irama malaysia/sentimental/rock etc. Bimbang dia rasa tercabar pulak dengan 'kemerduan' suaraku. Ahaks!

Petang karang, aku tak tahu macam mana nak menghadapi dia. Mungkin aku akan gunakan kekerasan kali ni. Kalau dia tak mahu keluar dari rumahku. Hmmm..mungkin aku akan gunakan Ridsect..atau Baygon. Aku nak sembur kat muka dia. Biar dia tahu, dia tak diperlukan kat rumah aku. Dulu aku sembur Ridsect kat cicak yang asyik 'stare' kat aku dalam bilik air. Mati cicak tu kat situ. Banyak sangat telan semburan Ridsect.

Tapi cicak kecik jer. Dia ni besar sikit. Suka buat Superman sana sini. Silap terbang hinggap kat badan kita. Dia tahan tak dengan Ridsect agaknya? Katak pisang tu???


Monday, August 23, 2004

Hitam Putih Kehidupan

"langit tak selalu cerah"..ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari..

Sekian entri aku hari ini.

Sunday, August 22, 2004

Praaanggggggg...

Ada satu keping kaca yang telah terjatuh dari tempat tinggi. Asalnya kaca tu duduk tempat elok tapi ntah sapa ntah tertolak kaca tu kat tepi "tubir" almari tinggi tu. Masa saat-saat genting nak jatuh tu, kaca tu berdoa mintak-mintakla dia tak berderai bila jatuh. Tapi apakan daya, kaca tetap kaca. Bila jatuh ia berderai bersepah merata-rata.

Nasib baik tuan rumah tu ada penyapu dan penyodok sampah. Dia kaut serpihan-serpihan kaca tu dan buangkan dalam lubang yang digali khas untuk tanam kaca tu. Tuan rumah takut ada orang yang tercedera bila terkena kaca tu. Jadi dia perlu buang jauh-jauh serpihan kaca tu. Dia dah tanamkan kaca-kaca tu dan kambus lubang tu. Tak kan gali balik lagi.

Tuan rumah dah ambik ikhtibar dari peritiwa kaca jatuh tu. Lainkali jangan letak kaca kat tempat tinggi. Kalau jatuh memang sah-sah la berkecai. Tak dapat diselamatkan lagi. Dia takut dengar bunyi kaca yang terhempas. Praaanggggggggg...berderai..

Thursday, August 19, 2004

Nama aku

Pagi tadi , lepas mandi..masa dok "bertafakur" depan locker selama 15 minit ..cari baju nak pegi opis..tiba-tiba ternampak satu pamplet kat tepi bakul buku tu..Ops..lawanya kerusi-kerusi tu..lawanya furniture dalam katalog tu. Ada set sofa..ada set kerusi..uihhh...kalu aku ada umah sendiri ni..maybe dah sambar satu ke dua set tu..hehehee..sib baik lom ada umah sendiri..

Belek punya belek..ada satu kerusi tu..dibuat dari kayu jati dan label nama untuk model kerusi tu adalah nama aku.. Erkk...siap ada nama aku nombor 1, nombor 2. Melampau la ni..Dulu2 aku jumpa nama aku kat restoren, pastu nama aku kat roti / beskut kat KL. 2 tahun lepas aku dapat tahu nama aku digunakan pada seekor kucing kat KL. Cissttt...Tadi aku nampak nama aku kat katalog tu..nama kerusi..ayoyooo....Walaubagaimana pon aku bangga sebab nama aku dah komersil..nama aku ada pada restoren, biskut/roti, kucing isk iskk..dan kerusi.
Puteri Ind*n*sia pon guna nama aku jugak..Glamer ..gilaglamer..!!

Sebut pasal nama kucing ni, ada satu cerita kucing nama Samad. Anak opismate aku dok main kat luar umah dia dalam pagar. Tiba-tiba ada satu suara makcik jerit, "Samadddd, jangan kacau adik..jangan kacau adik". Opismate aku inagtakan Samad manalah kacau anak dia. Sebab dia tak nampak sapa2 pon dekat anak dia. Alih-alih dia dengar suara makcik tu jerit nama Samad lagi. Moskel kawan aku tu. Tetiba keluarlah sekor kucing dari tepi tempat anak dia main. Mati-mati kawan aku ingat Samad tu nama anak macik tu. Rupa-rupanya kucing...Kucing nama Samad.

Zaman sekarang nama kucingmenatang dah sama dengan nama manusia ek. Huhuuu...sadis jer..

Wednesday, August 18, 2004

Adapted from K-rexx (Baca dan fikirkan...nampak ada juga benarnya...)

CINTA DAN SUKA

Cinta hadir tanpa di paksa
berbunga di hati
dengan rasa suka
aku melihat cinta penuh bahagia
dengan ketulusan
di hati insan

Cinta pernah buat aku suka
pada keindahan cinta pernah buat aku kecewa
mengenal kepalsuan
Aku pernah di lamun cinta

Hati yang kini berdegup
bila megenang cinta
yang tiada..
bila mengenang cinta ku pada Illahi
belum sepenuhnya
terisi...

Mulut yang dulu kaku
kini, tak mahu
melihat kepalsuan lagi
aku mencari sejati
Imej sebenar insan
bukan pada pandangan mata
imej sebenar insan pada mata hati
yang perlu kita terokai sedalamnya
bukalah renungan itu
pada ketulusan dan hati budinya

Adakalanya, dia berpura.

Tangisan yang hadir
atas beban rindu dan sayang
pada insan yang berjauhan

Aku pernah menangisi cintaku sendiri

Suka , bukan bererti cinta
cinta perlukan kesetiaan

Apalah ertinya jika cinta yang di semai
penuh ketulusan
akhirnya musnah begitu saja
aku redha
dan rela menerima segalanya dengan ketabahan

Dan,...
melupakan insan yang kita suka
kerana kepalsuan cintanya
bukan bererti aku menutup mata telingaku
untuk menerima
kehadiran 'cinta' kembali

Cinta perlu abadi setiap hati kecil
kita, setiap insan

aku dalam pelayaran
mencari cinta sejati.....

ikhlas,
WAHEDA MHD NOR
31 JUL 2004
1830 PM
Our deepest regrets are words unsaid & things undone!
Entri ini tiada kaitan dgn aku. Cuma tertarik utk berkongsi bersama-sama mengenainya.

Monday, August 16, 2004

Hatiku

Malam tadi aku terasa amat gelisah. Hati amat tak tenang. Menantikan seseorang. Bila mesej, bila call, sidia masih belum sampai. Arghhh..Memang penantian satu penyeksaan. Seawal pukul 9.00 mlm tadi, umah sewa aku tu dah gelap kat ruang tamu. Masing2 lepak dlm bilik masing2 sbb tak pasang tv or radio. Maklumla kilat guruh berdendang diluar disamping kilat sabung menyabung. Memang syok kalau dapat tidur dengan berbantalkan 5 bantal disekeliling, selimut kemas-kemas, pakai sweater lak then peluk bantal peluk. Fuhh...

Tapi malam tadi, mata aku rasa tak mengantuk, hati rasa berdebar-debar. Tak lena tidur. Asyik tertunggu-tunggu panggilan tu. Layan mata sampai pukul 12 lebih. Tak ngantuk jugak. Terlelap jugak akhirnya dek kepanasan selimut+bantal banyak sangat..he hee..Tiba-tiba terjaga..dengan panggilan tu..pukul 1.00 lebih.

"Dah sampai umah ni!"
"Ooo..yeke..ok!"

Alhamdulillah. Sampai juga akhirnya. Lega..aku boleh teruskan tidurku dengan lena dan nyenyak..Best la malam tadi hujan kat sini!

Adik aku sampai ke malaysia dan mereka disambut oleh twin dia, mak dan adik2 aku kat airport mlm tadi...jangan salah sangka yer!..thee he hee

Sunday, August 15, 2004

Gathering besar2an??

15hb Ogos 2004 - ke ujian kelayakan mTest di SMTIZ, Dungun. Aku bersama opismate ku tiba kat sekolah tu pukul 8.30 pagi. Aku jumpa ramai x-classmate aku. Ada kawan yg dah 12 tahun aku tak jumpa. Ada yg dah 7 tahun aku tak jumpa. Semua dah berubah. Fizikal dan status. Rupa...he hee...Jap jumpa orang tu..jap jumpa orang ni..aiii...tak rasa nak pegi test la pulak. Macam majlis reunion jer.. Masuk kelas utk amik exam tu, terjumpa kawan baik aku plak dah. Sempat salam dan gelak-gelak. Gembira sangat dapat jumpa kawan2 aku!

2 jam setengah berlalu. Soalan ada ok..dan ada yang tak berapa ok..but not k.o yet! Alhamdulillah... I struggled hard for that.. dapat ke tak..aku syukur!

Aku terserempak dengan one of my x-classmate masa kat mr*mKt. We had a long chit chat and I was suprised to know that dia dah kawin 2 tahun lebih. Huh! Ader anak lagi nama syikin. Most of the ppl yg kenal aku then terjumpa kat situ tanya soklan yg lebih kurang jer.. Erkkss...jawapanku sama jer.."Nak enjoy dulu kot. He heee". Kwang kwang kwangg... Hate that kinda question!.

On the way balik, sempat menonton 2 kereta wira sedang "racing" . Part paling best bila salah satu wira tu ditahan polis. Gelak besar aku dan geng2 dalam wira yang satu lagi tu. Tu laa..sapa suh memotong kat double line masa polis ada?? Sendiri buat..sendiri tanggung ler jawabnya..

Wednesday, August 11, 2004

Kucing

Kat rumah aku ada 4 ekor anak kucing, 3 ekor ibu kucing. Dulu2 ada 2 ekor bapak kucing tapi dah mati sebab sakit. Mati dalam keadaan sakit kulit..kurap...sian kat dia. Masa dia masih hidup waktu sakit tu, bau busuk badan dia jangan cakaplah. Busuk ya rabbil alamin. tapi tetap ke rumah kitaorang. Mencari makanan. Budak2 umah aku plak jenis murah hati. Maklumlah mak2 angkat kucing tu katakan..Ahaks.. Tak kisahla dari mana kucing tu datang, akan adalah rezeki untuk nya. Sanggup beli nasi lemak, sanggup masak nasi, sanggup goreng keropok untuk kucing2 tu. Paling koman pon, bagi biskut untuk kucing..Biskut Tiger! He hee..Cat eat tiger..Jangan terkejut kalau aku cakap yang kucing2 kat umah aku diberi makan nasik ayam, nasik beriani, ayam goreng, ayam KFC. Huhuuu....

Pagi tadi, masa nak panaskan enjin WHG, tetiba hidung aku tercium bau busyuk..ala2 bau taik jer...Aaarrrr...Kan dah kata..anak-anak kucing tu dah buat hal "melepas" kat tepi-tepi dinding pembahagi umah aku dengan umah makcik sebelah. Nak tak nak, kenalah bersihkan. Kang ada plak kene kutuk dek jiran2 plak kalau nak tunggu balik opis karang. Bau dia ..ya rabbi..hampir2 muntah aku. Busuk sangat la...nak tergelak pon ada. Pagi2 buta kene basuh najis kucing..uwekkk.

Masa aku nak pergi kerja, biasanya aku kene peksa dulu bawah kete aku kot2 ada anak2 angkat kitaorang tu bawah kete. Pagi tadi camner ntah leh terlupa nak tengok. Lepas undur keluar kete, aku nak pergi tutup pagar..tetiba ternampak ada sekor anak kucing tengah dok "bersimpuh" kat situ! Hah!! Maknanya dia ada bawah kete masa aku undur tadi.. Ya allah..nasib baik dia tak bergerak mana-mana. Duduk jer kat situ. Kalau tak kang ader yang jadi arwah. Ishh..nauzubillah..

Kat umah kat kampung aku, ada 2 ekor kucing yang dah dibela 7 tahun yang lepas. Gemuk2 dan sihat. Manja, suka tido jer. Kuat makan nasik+ikan, suka menempek atas riba orang. Famili aku sukakan kucing dan kucing tu dilayan mcm ahli keluarga aku jugak. Paling suka tengok gaya kucing2 tu masa dia tido. Comel jer. Dan "fotogenik".. Theee he heee...





Tuesday, August 10, 2004

Cuti dan kerja

Semalam ke Kuala Terengganu sebab aku dijemput hadir ke Wisma Darul Iman. Suprise jer kan...ada sedikit taklimat di sana. Majlis bermula pukul 10.00 pagi tapi mak ayah aku dari awal pagi dah bising2 suruh aku dan adik aku bertolak lebih awal. Pukul 7.50 aku dah di halau bertolak ke sana. Jalan agak lenggang. Tuan-tuan kereta pon memecut laju sampai dekat satu jalan yang lurus. Ada satu pemandu tu yang aku agakla dia "sakit perut" tapi masih memandu. Huhh!! Dia memotong semua kenderaan termasuklah WHG masa tu. Nak dijadikan cerita encik2 lembu sedang beratur dengan sopan kat tepi jalan ala2 cow walk. Aku tak expect depa2 tu akan melintas jalan dan aku memang tak agak langsung pada masa tu di pemandu yang "sakit perut" tu akan cuba menintas WHG masa tu. Memang aku dah cuba perlahankan kelajuan WHG pon.

Pada masa serentak tu, lembu2 tu dengan "sopan santun" telah melintas tanpa memandang kiri dan kanan! Si pemandu tu pon nak memintas WHG jugak. Aku??? Syukur sangat2, aku cuba sedaya upaya aku utk menekan brek dari jauh dan pemandu kat belakang WHG tu terpandu terus masuk ke kanan jalan dan lembu2 tu berada tak sampai satu meter depan kereta aku. Hinshh..hinshhh...Gabra jap..giler betulla..Tapi siapa/apa yang giler? Lembu kah? Orang yang sakit perut tu kah? Aku kah?? Pada kelajuan 120kmsj kalau mak ayah tahu..mmg nahas giler la aku ..syyyy, aku rasa aku tekan brek sampai ke dinding WHG tu kott...masa tu memang aku pasrah ..Tuhan jer yang tahu! Alhamdulillah...umur aku masih panjang..

Sempat bersolat Zohor di sini..



More pics kat MyFotopages..

Pernah tengok orang amik gambar orang tengah ambik gambar??? Betul ke ayat tu? Cam pelik jerr aku rasa . Dia amik gambar dan aku amik gambar dia..he hee..Kenapa aku amik gambar dia? Dia pegi masjid tak tutup aurat..Cina bukan Islam kot dia ni tapi dia tak faham peraturan kat signboard yang terpampang kat depan tu kot. "SILA BERPAKAIAN MENUTUP AURAT"!!



Yang ni cuma nak test mata korang2 jer..Kenapa rumah tu senget?? Jawabb..jawabbb..!!



Anak siapa ni?? Kenapa mata dia tak sesepet mata mak sedara dia ek? Ayat2 orang jeles..he hee

Sunday, August 08, 2004

Test ..testt!!

Peter piper picked a peck of pickled peppers. Did peter piper pick a peck of pickled peppers? If peter piper picked a peck of pickled peppers, Where's the peck of pickled peppers peter piper picked?

How much wood would a woodchuck chuck if a woodchuck could wood? He would chuck, he would, as much as he could and chuck as much wood as a would chuck could chuck wood.

Mr. See and Mr. Soar were old friends. See owned a saw and Soar owned a seesaw. Now See's saw sawed Soar's seesaw before Soar saw See, which made Soar sore. Had Soar seen See's saw before See saw Soar's seesaw, then See's saw would not have sawed Soar's seesaw. But See saw Soar and Soar's seesaw before Soar saw See's saw, so See's saw sawed Soar's seesaw. It as a shame to let See see Soar so sore just because See's saw sawed Soar's seesaw ...

Copy from http://junaidix.tk

Love is Only A Feeling

1- Download sesuatu dari link ni ->
http://rimmoto.songsfrom.us/da-lioaf.zip
2- Right click dan save target as...
3- Pastikan ada zip file utk unzip fail yang didownload.
4- Pastikan ada RealPlayer atau apa-apa perisian yang membolehkan kita mendengar fail format .rm
5- Selamat Mendengar dan berkaraoke dengan lirik kat bawah ni

"Love Is Only A Feeling"

The first flush of youth was upon you when our eyes first met
And I knew that to you and into your life I had to get
I felt light-headed at the touch of this stranger's hand
An assault my defences systematically failed to withstand

'Cos you came at a time

When the pursuit of one true love in which to fall
Was the be all and end all
Love is only a feeling
(Drifting away)
When I'm in your arms I start believing
(It's here to stay)
But love is only a feeling
Anyway

The state of elation that this unison of hearts achieved
I had seen, I had touched, I had tasted and I truly believed
That the light of my life
Would tear a hole right through each cloud that scudded by
Just to beam on you and I

Love is only a feeling
(Drifting away)
When I'm in your arms I start believing
(It's here to stay)
But love is only a feeling
Anyway, anyway

Love is only a feeling
(Drifting away)
And we've got to stop ourselves believing
(It's here to stay)
'Cos love is only a feeling
Anyway.

Lirik tidak ada kaitan dengan aku cuma aku sukakan rentak lagu ni...Masa drive aku selalu dengar lagu ni kat Hits. Disebabkan lagu ni dinyanyikan agak laju, aku pon tak tau apa penyanyi tu kata kalau aku nyanyi, biasanya aku guna lirik versi aku la ..he hee.

Bila aku cari lirik dia dan download lagu ni, baru aku tahu apa depa2 tu kata.. Punyalah jauh lirik aku dengan lirik sebenar lagu nih! Sian kat aku kan!!

Ide-ide.....tak sempat fikir, life is getting bizier ler!!

Thursday, August 05, 2004

Rushing sana sini

Bermula kes datukku masuk HKT pada akhir bulan lepas, setiap hujung minggu aku akan balik ke kampung. Setiap hujung minggu aku akan jadi pemandu ke HKT. Penat jugak bila berkejar setiap hari ke KT pada hujung minggu. Tapi tugas dan tanggungjawab menuntut aku melakukan semua tu. Hujung minggu ni, Isnin ni, Ahad minggu depan, aku akan ke sana lagi...dan lagi...

Cuti aku dah hampir ke penghujung. Anganku nak ke Langkawi terkubur. Setiap minggu aku akan apply cuti sehinggalah mungkin akan ada unpaid leave nanti. Oh tidakkkk...Betul kata orang.."untuk dapatkan sesuatu kena korbankan sesuatu". Sekarang aku akan mengorbankan hujung minggu aku dan cuti aku. Manalah tahu impianku termakbul!! Semoga pengorbananku berbaloi..Insya allah..Usaha jerla..

Bulan 8 ni banyak mencatatkan suka duka aku untuk tahun ni. Kepulangan adikku ke Malaysia pada 15/8 ni setelah 3 tahun berada di sana. Berita yang menggembirakan hati mak ayah aku. Bayangkan betapa runsingnya hati mak ayah aku masa dulu , WTC dibom selepas 2 minggu adik aku pergi ke sana bukan ke US yerr.. tapi ke Egypt. Bukan mak ayah jer rasanya, semua ahli keluarga aku resah. Rasa macam perang dunia ke tiga bermula. Arghh...Aku mahu hidup dalam keadaan aman damai.. Perang merugikan semua pihak..yang menyerang, yang diserang..yang tak mahu ada perang pon turut terkena bahana nya.

Teringat cerita moyang aku berusia lebih dari satu abad yang memanggilku dengan nama Jenny..ahaks.., masa perang dulu, makan ubi kayu rebus hari-hari, itu pon kalau jumpa ubi. Kalau tak, makan daun-daun kayu yang dimasak. Hidup sentiasa ketakutan, takut2 terserempak si katik tu, yang lelaki dibunuh atau diambil sebagai buruh kasar, yang perempuan diperlakukan sesuka hati. Kebersihan tahap paling bawah. Kudis buta ke tak buta ke , semua jenis kaum kerabat penyakit timbul dan tiada ubat nak mengubatinya. Yang paling sedih tengok jari moyang aku, ada kesan hirisan pada jari tangannya. Dia buang kudis buta katanya dan dia lakukan sendiri. Gulp!!!

Bayangkan kalau kita kena mengalami semua perkara tu sekarang. Tak ada KFC, Pizza, McD cuma ubi atau pucuk-pucuk kayu. Tak ada farmasi untuk kita berkejar waktu malam-malam buta kalau sakit datang tiba-tiba. Jangan mimpi nak lenggang kangkung sorang-sorang diri kat bandar/kampung apalagi kalau yang nak berdating... Tak ada HP untuk menghantar SMS minta bantuan. Kanan kiri hanya ada senapang, pistol, M16 dan kaum kerabatnya.

Aku tetiba rasa musykil kenapa hari ni aku jadi patriotik.. dari cerita ulang alik ke HKT jadi cerita perang yer..Mungkin bulan Ogos ni menyemarakkan semangat aku kot..atau pun semangat baru aku yang aku dapat kebelakangan ni membantu aku menaip entri seperti ni. Atau pun sebab aku baru abis baca blog d'arkampo.. ??? Entah la..

Bila tahap bosan tinggi dalam diri jadi macam ni agaknya ..tulisan ntah apa-apa...

Tuesday, August 03, 2004

Berita best sebulan

1 Ogos 2004 - Lebuhraya Pantai Timur dibuka secara rasmi. Paling best bila masa untuk ke KL dah disingkatkan ke 2 jam sahaja pada kelajuan yang ditetapkan dan FREE pulak tu selama sebulan mulai 1 Ogos 2004 tu.

Semua budak2 opis aku teringin nak buat test drive kat sanatermasuklah aku..he hee. Semalam ada sorang kawan budak opis aku hanya amik masa satu jam setengah utk ke KL by kete Honda 2.2. huh!! Terbang ke apa??!! Bila aku nak pegi try lalu ikut highway tu secara free ek??

Lepas ni mungkin ada dialog macam nih (dialog adalah semasa berada kat negeri Terengganu):

"Aku nak balik KL jap, jumpa kat sini balik(Kerteh) 2 jam dari sekarang ".
"Eh! Korang minum2 dulu, sejam lagi aku sampai...wife aku call pagi tadi ada urgent kat KL".
"Alahai..bos aku nih..Hari ni jer dah 2 kali aku pegi KL".
"Hmm..aku nak gi KL sat..nak makan tengahari.."..he heee
"Jom gi KL masa lunch karang!!"
etc..

Ni map lebuhraya tu


Detail ada kat sini..http://www.llmnet.gov.my/BM/Bina/lpt.htm

Ops...chow dulu..nak gi KL sat..he heeeee..jumpa petang karang..

Sunday, August 01, 2004

Pagi tadi

Setiap hari aku bangun solat Subuh pukul 615 pagi. Pagi tadi, dengan mata yang masih berat, aku gagahkan diri ke bilik air untuk membersih diri dan berwuduk. Penat drive ulang alik ke Kuala Terengganu hari Jumaat n Sabtu masih terasa. Siap berwuduk , aku melangkah masuk bilik aku. Tetiba aku terasa seperti terpijak sesuatu. "Alahai lipas nih, takkan ko tercicir telur ko kot..". Kataku dalam hati. Aku terpandang pada tapak kakiku..."Makkkkk!!" Bukan telur lipas ke anak lipas ke..tapi seekor anak cicak yang nyawa2 cicak ikan menggelepar menunggu saat kematian dia. EEiii..gelinya aku..campur kesian kat dia. Tu laaa..lenkali jangan lalu ikut laluan raksakse nih! Umur dia tak panjang, dia mati kat situ jugak tanpa sebarang bantuan untuk menyelamatkan nya. Tak mau aku!!!

Lepas solat aku ke bilik air, tetiba masuk seekor tikus ikut bawah pintu bilik air tu..Dia pusing-pusing pulak dalam bilik air tu. Takutnya aku masa tu , Allah jer yang tahu. Yang pasti aku memang dah menjerit giler babas nyer sebelum tu. Encik tikus tu dok terkial-kial merangkak naik ikut tiang paip tu ke atas loteng. Aku lak dok terkial-kial menyorok belakang pintu bilik air tu..Cemas giler aku bila dia terjatuh ke lantai pastu merangkak naik balik ke loteng ..Ya Rabbi! "Ko tak bleh ke buat lawak bodo tu masa bukan aku yang dalam bilik air...hah!!"

Masa aku setat enjin WHG, makcik sebelah tanya.
"Kenapa bising-bisng tadi?"
"Makcik...ada tikus sebeso anak kucing dok masuk dalam bilik air..tak pernah lagi jumpa dia sebelum nih..masya allah! besar betul cik siTi tu makcikk.."
"Makcik dah biasa dah...ada sekali dia gigit jari kaki makcik masa makcik tengah tidur.."
"Erkk..dah biasa ek..??"
"Dulu terkejut gakla..sekarang makcik dah biasa..tempat tidur kita dah jadi laluan utama dia"

Errrkk....rumah aku bersih jer..Lipas tu suka dok pasal maybe banyak kertas kat umah kot (jwpn utk abrar). Tikus banyak pasal apa ek? Umah aku banyak kucing...Tikus biasanya takut kucing...Patutla malam2 taim nak tido asyik dengar macam2 bunyi atas siling tu..rupa2nya populasi siTI2 tu buat komuniti kat sana ..takpon entah2 ada litar F1 kat atas tu..

Aku harap jiran2 sebelah menyebelah kitaorg takder yang sakit jantung...sangat2 harap!!


Thursday, July 29, 2004

Kes zaman sekarang
 
Minggu lepas, kita dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang pelajar tingkatan 6 bawah di Kedah.  Mati secara ngeri ..disembelih.  2 hari lepas kita dikejutkan dengan berita pembunuhan seorang pelajar sarjana UKM.  Lagi mengejutkan aku bila arwah adalah bekas satu kolej dengan aku masa matrik dulu.  Dibunuh kerana lelaki itu terlalu obsess dengan impiannya? Aku pon tak dapat membuat apa2 andaian.  Innalillah dan al-fatihah untuk arwah.  Bayangkanlah kalau semua orang yang terlalu obsess dengan pujaan hati dan sanggup buat macam tu.   Rasanya kes macam tu akan berlaku dimana-mana.  Semalam ada sepasang pasangan kekasih dibunuh.  Lagi-lagi kes bunuh....Bukan bermula 2 minggu lepas kes bunuh ni...setiap hari ada sahaja kes bunuh dimana-mana..Hatta membunuh lipas.. pagi tadi aku hempap dia dengan selipar toilet.Semalam 2 ekor lipas aku bunuh..jugak dengan cara yg sama..hehehhe

Murah sangat kah harga nyawa manusia?  Sudah hilangkah rasa simpati, belas ihsan dalam diri setiap insan?  Mana perginya kewarasan akal bila manusia diperlakukan seperti haiwan...??  Aku muskel....

Masalahnya sekarang aku rasa macam tak selamat dimana-mana aku berada.  Dalam rumah, luar rumah..mana2 jer..tak der tempat yang selamat..balai p*lis pon tak la selamat sangat..pak Gu*rD pon tak boleh dipercayai..Ada seni sil*t pon lom tentu leh selamatkan diri sendiri.. Aku harap manusia akan kembali menjaga hak kemanusiaan dan hormat antara satu sama lain..!!

Wednesday, July 28, 2004

 HAMPIRNYA HARI KIAMAT

Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w.telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu;-

Penaklukan Baitulmuqaddis."-Sahih Bukhari-

Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk,yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim-

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. "Diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." -Abu Hurairah r.a-

Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Bagin! da menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian muzik dan penyanyi-penyanyi wanita"-Ibnu Majah-

Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"-Riwayat Nasai.-

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim-

Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina danburuk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." -Riwayat Ahmad-

Orang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ial! ah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itui alah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -RiwayatThabrani-

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."-Riwayat Ahmad-

Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari Kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -RiwayatThabrani-

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernahdi dengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkan mu dan memfitnahmu" -Sahih Muslim-

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" -Riwayat Ahmad-

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari Kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dansungai-sungai." -Sahih Muslim- 

 
Subhanallahhh....Bukankah telah banyak tanda-tanda yang berlaku disekeliling kita??

Tuesday, July 27, 2004

Citer malam tadi

Seingat2 aku la, payah nak tengok aku setia menonton mana2 cerita kat TV sampai tamat cerita secara solo (baca : sorang diri) setakat nih.  Tapi mlm tadi aku betul2 happy dan enjoy menonton cerita "Running Out Of Time 2" & "Lembu Kenduri".  Satu cerita kat TV1 dan satu kat TV3.  Dua2 cerita aku suka tapi aku hanya buleh tengok satu jer cerita at one time..Sebab kat umah aku ada satu TV jer..So, selang seli tukar channel.  So selang seli gak la aku faham cerita2 tuh..

Cerita Lembu Kenduri tu guna loghat N9.  Memang best...plus lawak komedi pelakon2nya.  Nampak cam real jer..  Hero hensem, pelakon best...lawak sempoi semulajadi dan memang berbaloi aku bersengkang mata sampai kul 12.00 seko2 mlm tadi.  happy ending..mcm biasa..

Cerita Running Out Of Time 2 pon tak kurang hebat.  Ekin Chang, hensem betul ler dia nih!  Very professional thief..Kalau wujud pencuri mcm dia dlm dunia nyata, aku rasa payah la tugas pak2 polis nih!  Heheee..Proffesional fight!  Takder tumbuk2..tapi..hmm camner aku nak citer ek??

Dua2 budak umah aku dah tido masa aku menonton cerita2 tu.   Memula tu aku ajak tengok sekali ler..tapi memasing mata dah kuyu jer..Yerlah..taim depa tengok Siti kat 3DCT tu, aku masih dlm bilik air..hehehe..mandi!  taim aku nak mula tgk TV, depa dah mengantuk giler!  Suh tengok hero hensem pon payah depa nih! Huh!!

Mula2 tengok citer "Lembu Korban"tu, aku control lagi gelak aku..Berjiran dengan famili katakan..jaga hati jiran ler .Makcik sebelah ada anak hensem beb..lama2 dah tader ctrl dah..muehehhehee..Gelak sakit perut jugakler tgk citer2 tu, walaupon aku gelak seko2 diri jer..  Sib baik makcik umah sebelah tak sound aku gelakek..hahahaa..Tapi memang lucu ler..ishh..sapa tengok gak citer semalam ?? Susah nak share lawak citer ni kalau tak tengok...kene tengok dan baru boleh gelak..pasal apa??? Pasal aku tak reti nak cerita detail2 nih!

To adik aku kat sinun!  Datuk sebelah ayah ader kat spital.  Kat wad. Tapi jgn bimbang..Semuanya under ctrl!  hepi belated bday dik!!  balik kampung kang, aku penuhi hasrat ko tu..small matter jer tuh!  Studi betul2 n buatlah yg terbaik utk diri sendiri..Kalu ko sempat balik in Dec ni, buleh ler kita gi jalan2 ke n9..nak ikut???? haaahhaa..balik cepat skett....

 

Sunday, July 25, 2004

...........aku.....alahai...
 
Jam hp bunyik, aku matikan...ntah camna ntah boleh TERSAMBUNG tido lagi ampess betul..setan pangkat jeneral kot yg jaga aku pagi Jumaat tuh! Ceiiiss..biasanya tak plak aku matikan bunyi jam hp tu.   Tetiba nampak jam atas meja aku ...alamak pukul 6.30 pagi...nasib baik terkejut..kalau tak Subuh dinasor ler... heheee..Syukur...lepas solat, aku baca Yasin sedekah utk parents aku dan org2 Islam yg dah meninggal.  Harapan aku bila aku mati pon ada insan2 yg akan sedekah bacaan ayat2 al-quran utk aku.  Paling tidak pon Al-Fatihah...

Hari Jumaat tu, aku rasa cam surirumah jerk...aku masak sarapan, masak tengahari masak kuih, masak makanan petang..hahahah...bosan tau.....makan..makan...makan......Nak tido takder mood..nak tengok tv pon takder mood.  Bosannyer ya rabbi bila depan mata aku dua2 umat manusia tu dok buat kerja pejabat diaorg..Alahai.....
"Ello kawan..pulun buat kijer kat umah pon bukan depa bayar OT pon..boss pon tak nampak kerajinan ko tu...takdernyer!!"
"Tapikan..kalu boss aku tengok betapa rajinnye aku buat kerja opis sampai kat umah pon tak rest ni..mesti boss puji aku ek..Senang sket naik pangkat..hehhe"
"Cehhhh..."

Ohya..Lupa aku nak mengutuk tangan2 gatal yg telah secara sukarelanya mencalar balarkan bonet depan WHG aku masa aku park WHG kat opis...Mula2 tengok masa aku nak park masuk porch umah aku..."Ya Allah...gatalnyer tangan manusia nih! Sebenarnya dlm hati aku macam nih...Setan ^&%###$ betul manusia yang calar kete aku nih..Gatal tangan ko malam sampai sudah..%$^%%^&&* filterized words..hehhehe..".  Cuak giler hati aku tengok huruf  U yang dicalar berulang kali atas bonet...Siyutt jerr..  Petang Jumaat tu, aku dengan paksarelanya mempolish balik bonet tu sampai ilang kesan U tu.  Peluh kat baju dengan tudung aku boleh perah, korang tahu tak..Betapa berpeluh nyer aku memolishkan kete tuh...

Penat mandi peluh, aku mandi air plak..Hehehhe..Panas hati campur panas buat kijer...Lepas solat, aku ajak budak umah aku pegi Ekspo kat sini.. Serabut jugaklah otak kejap..Pastu si Shali ajak aku masuk umah hantu...Memula tgk muka org2 yg keluar umah hantu cam cool..takder apa yg scary la pada kitaorg.. So beli token then beratur utk masuk umah hantu..Sempat gakla gelak2 tgk muka org yg cam takder perasaan tu..Mueheheheh...Taim kitaorg masuk umah hantu tu..baru tahu langit tinggi rendah..huhuuuu..Hantu bodoh!!! Yang aku ingat aku dengan Shali tutup mata jer bila tren tu setat bergerak..Nasib baik la dngan tren..Kalu suh jalan kaki..tobat dah aku tak masuk...Sempat gakler melalak dalam tu pasal hantu bodoh tu dok tercegat , tarik2,  gegarkan gerabak,  depan kitaorg dengan topeng hodoh ngeri n kain putih ala2 hantu bungkus tu..Setan betul la hantu tu..Menakutkan aku yg ala2 berani nih..huhuuu

Aku plan itu ini dari awal pagi Sabtu tu..kekononnya nak isi masa lapang aku la utk the whole day.. tapi satu apa pon tak jalan..Apa yg aku buat lari dari plan asal.  Aku plan nak sambung satu projek tu yg aku janji nak siapkan tapi projek yg jadi -->>masak karamel gula hangus..hehhe..Sori la geng..Nanti kita cari masa nak siapkan ek!  Aku plan nak gi tepi kaki pancing tu..tapi akhirnya aku ke Kijal umah kawan aku..saat2 akhir plan bertukar..plan backup tader so, aku ikut mana stereng kete aku bergerak...

Memandangkan makcik sebelah umah..yang dulu sampai skrg anak2 dia asyik berebut parking depan umah aku tu, kasi kitaorg nasik minyak ptg Jumaat, kasi kurma masa dia balik umrah, maka aku pon dengan  malu ala2  tikus gitu pi hantar karamel yg aku buat tu kat umah makcik tu.. hehehe..sib baik anak dia yg hensem tu tak balik lagi..kalu tak maunya jadi malu2 kucing plaks ..hahhaha

Ohya..ada 4 ekor anak2 kucing yg kiut miut lepak umah aku sekarang..Bila aku rajin aku nak snap gambo anak2 tu..Dia lepak atas moto budak umah aku..hari2 nak pegi kerja dia kene basuh seat moto sbb penuh dgn bulu2 kucing.  heheee...oklah..aku nak balik dulu...chow....


Thursday, July 22, 2004

Appreciate what we have today!

A story tells that two friends were walking through the desert.  During some point of the journey they had an argument, and one friend slapped the other one in the face.  The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the sand:TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE. 

They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one who had been slapped got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him.  After he recovered from the near drowning, he wrote on a stone:TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE. 

The friend who had slapped and saved his best friend asked him, "After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone, why?" The other friend replied "When someone hurts us we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. But, when someone does something good for us, we must engrave it in stone where no wind can ever erase it."  LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE. 

They say it takes a minute to find a special person, an hour to appreciate them, a day to love them, but then an entire life to forget them.  Send this phrase to the people you'll never forget. It's a short message to let them know that you'll never forget them. 

Do not value the THINGS you have in your life..But value WHO you have in your life!

 

Wednesday, July 21, 2004

Semalam
 
Negeri Terengganu bercuti sebab menyambut hari Lahir Sultan tercinta.  Aku tak terkecuali dari bercuti.   Bangun agak awal pagi, rasa teringin nak ke Kuantan.  Jalan-jalan lepas tensen..walaupun tak ler tensen sangat..cuma bila pikir banyak2 jer jadi tensen.  Best betul dok lepak2 dengan budak umah aku.  Dok berborak sampai tak sedor dah pukul 12.00 lebih..heehee..pompuan kan..kalau berborak bila jumpa geng  camtu lerr..

Takleh jadi..plan asal aku nak ke Kuantan camner nih!  Aku bergegas tukar baju apa patut..Tetiba rasa cam malas jer...Malas nak ke sana sorang-sorang.  Budak umah ajak pegi sana dengan tunang dia dan kawan tunang dia..Eiii..takmo lerr...Aku nak naik kete aku...Kalu suh dengan kete tunang dia..mintak maaf lah..Bahayer...!!

Lepas makan tengahari, memasing dah penat..penat borak la tuh..heehee, aku plak tak ngantuk2..kacau org sana sini..takleh jadik nih..Kene buat sesuatu..Bukak peti ader telur 3 bijik jer..Huhuuu...Loyang plak takder..Alahai..Terpaksalah menapak jap ke kedai taan umah aku tu beli telur ayam 2 hinggit.  Then drive ke bandar dengan selipar jepun dan track bottom n t-shirt..Betapa sempoi giler aku petang semalam..

Loyang dah ada, susu sejat dah ada,susu pekat dah ada, aku pon mulakan kelas masakan aku..sensorang..Bebudak umah dah pengsan lam bilik memasing..Aku putar telur , susu sejat, susu pekat..then masukkan dalam loyang yang aku isi gula hangus.   Hangus kan gula sampai hangus akunyer senduk plastik tuh..heheeh..silap guna material laa..bising2 budak umah aku semalam..senduk nasik hilang rupa!!.

Kukus dalam 35 minit, dah siap kuih Karamel aku..  Then lepas Asar aku pi hantar kat adik aku kat asrama then aku pegi lepak kat padang tempat aku selalu jogging tu..Pegi cuci mata! Ahakss...

Sunday, July 18, 2004

Taim hujung minggu dengan Famili
 
Pagi Jumaat tu, aku bangun awal la jugak kan...Then basuh WHG, lepas siap cuci, aku rasa cam gatal tangan jer nak pegi bako dedaun yg luruh kat belakang bilik aku.  Sapu sana sikit, situ sikit then aku amik mancis, nak bako daun2 kering tu.. Ala2 bonfire rasanya. Hahha..Korang bayangkan la..aku bako sampah2 tu blkg umah aku tu, atas simen.  Pagar belakang takleh bukak ler..Asap penuhh...Bilik aku jer cam kene fogging..Masya allah..Habih bau asap..satu bilik..Jenuh dok sembur freshner sana sini..Siap sembur Febreeze lagik..Adeh! padan muko aku..Sapa suh rajin sangat..
 
Aku balik kampung kul 12 lebih kurang.  Along aku ingat nak call aku nak cakap, "Tak payah balik lerr kalau dah tgh hari"...heh..heheee..Sori Long..Tak sengaja..agenda terbanyak plak kat umah tadik.  Pes thing aku pegi peluk, cium anak sedara aku si Husna.    ishh..makin pandai budak tu..4 bulan lebih .  Bila aku cakap sit down stand up, cam faham2 jer...Nak lentur buluh..biar dari rebung..Dah apply la tu siap2...Ngajo cakap omputeh sket2..ahakss..
 
Petang tu, mak ajak pegi umah 2 pupu aku kawin.  ish..malasnyerr...Sib baik bawak balik baju kurung..Kotnya ada yg pakai blouse n skirt atau pon pinjam jubah mak aku..Thee heeee...Syukran gitu!  Masa aku sampai sana, pengantin lelaki lom sampai, so aku makan dulu.  Tgh2 syokk makan, pengantin lelaki sampai.  takkan nak stop makan.  Layan la dulu..Bila aku siap makan, aku naik la atas umah kekononnya nak tgk depa2 tu bersanding..Alih2 diaorg plak nak turun makan..Arghh...Last2 aku amik gambo pelamin kosong tanpa pengantin..best..best.. 

 
 
Balik dari kenduri tu terus ke umah atok aku n moyang aku.  Dua2 tak sihat.  yang paling sedih bila moyang aku tak kenal cicit kesayangan dia nih!..
"Nyang..Jenny nih..kenal tak?" moyang aku tak reti panggey nama aku
Dia geleng kepala..waaaaaaaaaa..
 
Sabtu ptg, aku ke Rantau Abang.  Amik adik aku yg pegi kem motivasi kat sana.  Best lepak kat tepi pantai kat situ..Terhibur.  Cuci mata jugak..Mat2 saleh tu pi mandi kat situ pakai swim suit..rosak mata budak2 pegi kem motivasi..cehhh.   More pics kat akunya fotopages.
 
 

Thursday, July 15, 2004

Direct Selling

Direct Selling

Kat opis ni, masing2 dok cari side income. Sebelah meja aku, si Naini, dia register Zhulian. Tiap2 hari asyik promote Zhulian etc , suh aku beli, suh aku jadi ahli. Adeh! pantang aku rasa bosan dia suh aku tgk CD Zhulian. Siap promote website, siap ajak aku pegi kelas Zhulian hari Jumaat.

Last 3 days, aku pegi umah x-housemate aku, dia hidangkan aku air anggur dan tat nenas. Mak aih! Sedap sesangat...Then aku tanya ni beli kat mana. Dia cakap ECosway! Minat ke? Dia pon tunjukkan aku katalog barang2 eCosway. Pada aku menarik. Bila kita jadi ahli, kita beli barang, then kita dapat barang tu disamping dapat kumpul mata utk claim duit. Tapi mesti jadi Business Owner.

Sekarang aku dah masuk eCosway, aku nak beli barang, aku dapat mata. Aku nak ajak kawan2 aku earn side income. Mungkin dah lama org tahu pasal ni. Tapi hari ni aku nak letak kat blog. Tak kira! Free information lagi..

Tadi kat opis, si Naini dok promote lagi Zhulian. Aku cakap, aku dah masuk eCosway. Nak tahu tak..bla bla..blaa...Member bengang jer..Dia ada pesaing..hahahahha..Kita bersaing cara sihat yer!!

Budak2 lain kat opis tensen pasal kitaorg dok citer2 pasal Zhulian dan eCosway. Apa taknya, asyik compare barang jer...he heee..Esok lusa aku nak promote barang kat kampung lak..Sapa agaknya yg jadi mangsa yerr..hmmm


Detail sini!

Wednesday, July 14, 2004

Cerita kahwin

Cerita kali ni aku rasa agak sensitif to certain people termasuk aku la kots..ahaks... At this age, semua orang akan ditanyakan dengan soklan2 yg more to "cepumas" nya type. Kawan-kawan aku ramai yang dah berumah tangga dan going to have one..Kalau soklan yang camtu ditanyakan pada aku, aku jawab,"Kad dah ada, tarikh dah ada, nama pengantin perempuan ada , tapi still kosong kat nama pengantin lelaki.". Hahhaaa...giler!

Ada seorang sahabat ku berpesan padaku:-
Cari yg boleh jaga kita, dan pimpin kita sampai ke syurga
dan yg bertanggungjawab. Jgn takut, insyaAllah, klu kriteria ko pada agama, maka semuanya tiada masalah...


Rasa-rasa aku kat atas muka bumi kat Malaysia nih, ramai single tapi yg menjadi masalahnya, antara yg single tu tiada jodoh antara mereka..agak aku ler..Subhanallah..kuasa Allah maha besar..patutlah ada pepatah, ikan dilaut, asam di darat, dalam periuk bertemu jua. Cinta lama2, berkasih bermadah pujangga berjam-jam kat tepon sykt telekomunikasi sayang giler kat org2 camnih tau, tapi last kawin dengan orang lain. Bukankah itu namanya tiada jodoh?

Kalau asyik dok bergaduh, pantang jumpa nak bertekak. Paling benci, last2 itulah jadi jodoh. Kalau dah namanya jodoh tak kemana. Entah. Yang aku amat pasti sekarang, bila kita sayang seseorang, sayanglah berpada2, dan jgn simpan harapan lebih 50%. Andai harapan tak kesampaian, kita masih simpan lagi 50% harapan kat diri sendiri. Masih ingat diri sendiri..

Pesanan penaja :- sayang berpada-pada, benci berpada-pada, simpan harapan berpada-pada, menyintai orang berpada-pada. Ingat! jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.........

Tuesday, July 13, 2004

Cerita sana sini

Half day bekerja , aku jemput adik aku kat stesen bas sbb nanti dia akan bawak WHG ke Kuantan. Tepat kul 3.15 bas datang dan aku memulakan perjalanan ke KL. Plan berjalan dengan lancar dan alhamdulillah syukur aku sampai sana kul 9.00 lebih dan abang aku dah siap-siap dok tunggu aku kat Pekeliling..

Makan malam kat MyHouse, Serdang dgn abang dan adik angkat abang aku. Lin dan Pah tak join sekali sbb dah kenyang katanya. Lin jemput aku lepas makan sbb mlm tu aku menumpang kat umah dik Lin. Sempat ronda2 kat area Serdang cari tempat interview aku tuh..Sian kat adik aku tu, penat bawak SangKancil sana sini...sesat kejap masa dok melilau-lilau cari address tu. Muskel akak pasal ko pon muskel betapa banyaknya kawasan perumahan kat area tu..hhe hee.

Malam tu aku tido kul 2.00 pagi lepas setel semua hal. Huarghhh..Ngantuk plus penat...sedar2 jer dah kul 6.20 pagi. Adeh...cepatnyaaa...pagi tu aku bangun awal. Dik matun terkejut tgk kewujudan aku kat umah dia. Alahai dik..akak pegi KL pon mmg adhoc plan...

Lin hantar ke tmpt interview kul 8 lebih. Sampai kat situ aku terberjumpa kawan anak bos aku yang tunggu interview jugak. position yg sama jugak..kiranya pesaing aku la.. Sempat borak-borak + minum kat situ n kenal2. Rupa2nya dia pon org Kemaman. Keciknyer dunia! Hmm...dia pon cam aku jugak..Mencari peluang baru dalam kerjaya. Budak tu dah jadi project engineer tapi still cari kerja baru...

Siap hal kat situ, aku jalan2 dengan Lin ke HUKM. Alorrr dik...takutnya masa lalu kat bilik mayat tu...masa lalu kat tepi bilik yang "jeruk" organ2 manusia tuh..Eeiii..ngeri sat...Yang bestnya kat HUKM, aku jumpa kawan2 aku kat situ. Kawan2 masa matrik kat KMS. Wah wah..memasing dah ada master dan sorang tu tgh further 4 PhD.....bombastikkkk gitu!

Lepas makan tengahari dgn Lin, (not bad makanan kat pagar tu ye Lin..plus leh cuci2 mata..hehehhe), aku ke LRT, jugak Lin hantarkan..thanks juta2 kat Lin...very appreciate it dik..Aku stop kat PWTC, then jalan ke Putra Bus station..Arghh...penat2 jalan kaki ke situ, tader tiket plak..yang ada pon aku kene naik kat Pudu..Waa..Tak mo jalan dah..Kaki aku melecet ...Sakit kaki..asyik jalannn jerr..Last2 aku call abang aku suh hantarkan kat Pekeliling..Hhehe..Thanks to abang aku, geng dia.

Naik bas balik Kuantan kul 3 lebih lepas aku dah malas nak pegi Pudu. Bas yg tu kene transit kat Temerluh.. Nak tak nak, naik gak ler.. Kalau nak tunggu naik bas kat situ gak yg terus ke Kuantan, aku kene tunggu kul 6.30 pth..Ohh Tidakkkk...Aku nak drive ke Kemaman plak..malam2 buta kang...aku takut plak sensorang dlm kete tuh..

Bas yg aku naik kat Temerluh tu , betoi2 membuatkan aku migren kalau aku dok dlm tu 2 jam lebih lagi..Last seat sebelah toilet n sebelah pintu emergency...Ngeri sungguh aku dok bayangkan kalau pintu emergency tu tercabut...Ishh ishh..Kepala hotak aku ni byk betul pikir kalau itu kalau ini....adehh.!!Very imaginative lerr..Bunyi pemegang pintu emergency tu dan bunyi enjin ke ekon ntah..yang ala2 bunyi enjin kapal terbang nak nak berlepas tuh, betul2 bawah akunya seat...Adehhh..migren gilerr..Muskel aku bila adik sebelah aku boleh tido lena...Mmg muskel..

Sampai kat Ktn, adik dah tunggu psl ingatkan bas sampai kul 8. Manalah aku tahu leh sampai kul 10.00. Hangin aku dgn bas tu..Bising bangett..Lepas makan dan solat jamak kat masjid area umah adik aku, aku drive plak ke Kemaman kul 11.15 lebih kurang.. Takut jugak..Bukak radio kuat sket then sampukla mana2 part lagu yg aku ingat..Aku suka kalau ada kete blkng WHG..At least cerah sket kan..kan..kan....

On semua lampu..high beam tu kan, bila on raser cam jalan itu ana yang punya..terang bederang jer...Aku wonder tetiba ada org tahan WHG tepi jalan...Pastu pikir kalau yg tahan kete aku tu seorang manusia yg pakai camtu..camni..etc..huhuuuu..haru biru lerr...Aku pecut 100km/j. Yang aku tahu, nak cepat sampai umah jer..Letih satu bodi. Tukar bas 2 kali n then drive plak...Dari kul 3 ptg sampai 11 mlm...Apa yang aku dapat katakan..letihhhhhhhh..

TQ utk semua yg telah tolong aku masa aku kat sana. Sangat2 menghargainya..Seriyess!!

Ohya..Lin, buatla apa2 dgn encik keropok tu yer...Lenkali akak bwk lagi..tapi yg tu bukan Losong made tau..Geliga, Kemaman made jer..Tipah..sori bebanyak..lenkali kita jumpa. Shah adikku, akak tak sempat gak jumpa.. Arghh..betapa adhocnya aku ke KL kali nih!

Sunday, July 11, 2004

Relaks jap

Malam Jumaat tu, aku dan budak umah aku sambung tgk CD 2 citer Pontianak. Seram gak ler memula tu..Tapi ending dia aku tak sangka plak boleh jadi "auww" si pontianak tu..Sakit perut aku gelak..Cheissstt...silap paku terbalik ler..hahahha

Jumaat tu, aku tinggal sensorang kat umah. Aku jalan-jalan dari pagi sampai petang dgn WHG. Bosan nyer toksah citer la..Memang bosan dok sensorang...Petang tu aku lepak kat padang tmpt aku selalu jogging dan tetiba ada orang call aku belanjer air kelapa+makan2..heheh..bestt..bestt..tetiba rase macam citer drama swasta jer...alhamdulillahhh...Boraknya borak sampai 7 lebih..aisey...dekat Magrib ler..balik umah aku on semua lampu yang ada kat umah aku. Takut gakler sket2..tambah2 kalau teringat citer pontianak tu..Muka hodoh...eeiii...

Sabtu tu, aku ajak opismate aku pegi Kuantan. Ijam janji nak belanjer main boling kat Megamall. Jumpa Aini a.k.a Fizik adikku kat PMC dan kitaorang berempat lunch bersama kat D Daun.. Sedap nasik ayam kat situ..Lepas makan, Aini mintak diri dulu pasal dia kerja sampai kul 5.00 ptg. Aku , Ijam dan opismate aku main boling 2 game. Malu betul, bila aku kalah teruk kali nih.. Bola tu asyik masuk longkang jerkk..Kalu tak ke kiri, bola tu ke kanan...Bosan betul...tapi memandangkan aku nak pegi happy2...lantakler..gasak lah nak masuk longkang ke apa..janji aku baling bola pegi depan..tapi aku mmg muskel bila bola tu tak mau pegi straight..dia buat pusingan kanan dan kiri..sib baik dia tak buat U-turn kan..hehhehe

Kebetulan nya kat depan Megamall tu ada ST buat tour apa ke bende ntah..Aku lalu jer ikut tepi tu..jammed giler jalan petang tu.. Sib baik gak la hujan..Kurang sket manusia yg kat jalan..Alhamdulillah.

Hari ni

Aku akan ke Selangor utk interview satu position kat Gebeng, Kuantan. kalau ada rezekli dapatlah, kalau tak ada rezeki, syukur jugak..Kurang2 aku dah usaha..bas pukul 3 ptg dan maybe aku arrive kat KL kul 8 kot..Isnin petang after interview aku balik Kemaman dan kutip WHG kat umah adik aku..Arghh..Drive lagi malam2 buta tuh..sensorang..adehh!!

Doakan yang terbaik untukku...insya allah..

Thursday, July 08, 2004

Malam tadi

Sorang housemate aku balik kampung. Tinggal aku berdua dgn sorang lagi. Aku pinjam cd pontianak dot dot dot tu..kata budak opis aku, citer tu kelakar. Lepas siap mandi, basuh baju, itu ini, aku pon ngadap pc kat bilik kawan aku. Dengan sebiji bantal dan satu mug ais teh panas, aku bersiap utk tgk movie tu.

Elok2 jer abis sesi iklan tu, tetiba blackout.. Mak aih..meraba aku dgn kwn aku dlm gelap. Jangan kan lilin, pelita pon takder. Cari punya cari, torch lite rupa2nya takder bateri..Aku lupa recaj bateri tu..Aku pasang dapur gas, pelita besar tuuu...Adoi...Mula lah aku bayang itu ini dalam gelap tu..cheishhh!!Sib baik grill dah kunci..

Dekat satu jam blackout. Tak tahu nak buat apa..Cuma main henpon. Mesej org sana sini, miss call sana sini..dasar org takder kije nak buat..ahakss..Panas..nyamuk..semua mende kelaur..aku lepak depan pintu umah tapi grill dikunci..bahyer kalau tak kunci tu..!!

Rasa cam musim raya jer..semua org keluar. motor, kete, van, etc bersepah-sepah lalu lalang depan umah aku..bingit telinga aku..Ingat2 nak keluar gak..tak tahan panas..tapi bila pikir2 dah tukar pakai baju tido ..plus budak umah aku mcm malas2 jer..hmm..lantaklah dok dalam gelap tu...

Last2, kitaorg masuk bilik memasing. tawakal jerlah..tido dlm panas...nyamuk..bla bla...tetiba..jeng jengggggggg..cerahhhhhhhhhhhh..whoaaaa..kensel tido..pi sambung layan cd pontianak dor dot tu..Dalam dok gelak2 layan cd tu, masih jugak mengintai dari celahan jari jemari..aku dan budak umah aku...ngeri jugak..tgk muka pontianak tu..huhhuhuhu..mlm ni sambung cd no 2..mlm tadi ngantuk sgt...

Memang aku penakut kalau bab hantu2 nih..tapi akan jd berani bila takder org yg lebih berani dari aku..heheheh.


Wednesday, July 07, 2004

Memberi peluang atau kesilapan berulang?

Dalam kehidupan seharian, kita tak terlepas melalui pelbagai dugaan. Dalam hidup kita, dugaan yang datang kadang-kadang membawa kehancuran. Hilang kawalan dan kewarasan menilai maka keputusan yang dibuat memutuskan ikatan satu hubungan.

Payahkan...bila kita tahu hidup kita ni satu perjudian. Risiko yang kita ambil atas tindakan yang kita ambil mungkin akan membuat perubahan 100% dalam hidup kita. Persoalannya, sanggupkah kita mengambil risiko untuk memberi peluang pada seseorang sedangkan dulu kita pernah terkecewa dengan tindakannya itu? Peluang mungkin tidak datang bergolek setiap masa, tapi kenapa kita tak pernah menilai erti peluang semasa peluang yang datang bergolek tu?

Arghh...payah..payah...Aku rasa masih ada lagi tunas dulu dan aku amat pasti andai dibajai, dijaga harus menjadi pokok yang rimbun..yang tumbuh segar. Payah sungguh...patutlah orang kata..kita hanya akan menghargai sesorang bila orang tu dah tak ada lagi disisi kita. Terasa kehilangan...jangan sampai sudah terlalu jauh ia pergi baru hendak panggil balik. Mungkin masa tu dia sudah tidak dengar atau hati dia sudah terlalu tertutup utk berpaling kembali pada pemanggil!..

Memberi peluang mungkin lebih baik. Tapi kene lebih berwaspada sebab kali kedua dikecewakan mungkin lebih parah. Mungkin peluang kedua akan memberi sinar ...entah...semuanya perjudian hidup..arghh..payah..payah...


Tuesday, July 06, 2004

Kulit Pisang

Masa zaman-zaman muda dulu, aku suka sakat kawan2 aku pasal kulit pisang. Bila makan pisang kene pastikan kita kupas kulit pisang tu biar terbelah lebih dari 3. Empat ke lima ke..tak kisah..janji lebih dari 3. Sebab takut sama dengan orang atasan...

Tadi, opismate aku makan pisang. Aku tanya baper kulit pisang dia belah..Dia cakap empat..Fuhhh..Selamat la...Punyalah dia muskel..Tanya aku lagi sebab apa..Aku bitaw la, "Kalau belah 3 maknanya sama dengan orang atasan la.".

"Aku nak belah kulit pisang 3 bila aku dah jadi orang Zhulian peringkat 3 ke 4 ke..Masa tu aku dah jadi orang atasan..".
"Kau tahu tak maksud orang atasan tu apa?"
"Aik..bukan orang yang pangkat tinggi2 tu ke?"
"Warghh..warghh..orang atasan tu yg dok atas pokok makan pisang tu...dia belah 3 jer kulit pisang tu".
"Aaaarrrr..aku tak mo jadi orang atasan..Nak belah kulit pisang lebih dari 3 sampai bila-bila..".
heheeeee....tadi kemain la nak belah 3 kulit pisang bila jadi org kuat Zhulian...kan naini kan...kan...thee..hee heee..

Monday, July 05, 2004

Syukran

Tadi masa pegi BSN nak masukkan duit utk adik aku, aku dpt nombor 227 dan masa tu, nombor yg naik adalah nombor 198. Perghh...dahlah lepas tu aku nak kene beratur kat Maybank Fin plaks..adeh...ramai plak orang hari ni kat bank..

Tetiba ada sorang abang tu, jalan laju depan aku dan tanya,"Nak nombor tak..?". Muskel betul aku masa tu..hhhmm.."Ok gak..Terima kasih..". Tengok2 jer rupa-rupanya nombor 207...wahh..ini sudah bagus.."Alhamdulillah..."..Best jer rasa..Kalau org lain yang datang awal dari aku then nombor lewat dari aku, mesti jeles jer kan..hihiihihii..

Pastu tu, ada sorang akak nurse tu, senyum kat aku. Dia borak-borak..nampak cam baik kan..aku layan lah..bosan gak sensorang kat bank tu..Dia tanya aku dapat nombor brapa..aku cakap lah nombor aku tu. Dia mintak tolong aku bank in kan duit utk mak dia. Aku no hal..Dia citer macam-macam kat aku..pasal famili..pasal negeri dia..etc..Dia orang kampung Alor Janggus..
Dia tanya aku pernah sampai tak Kedah..aku pon citer2 gak la sket2 pasal mak angkat aku kat Pendang..iskk.iskk..tak lama tak contact mak angkat aku..Durhake jer rasanya..ahaks..dah 5 tahun tak ke Kedah rupa-rupanya..

Sampai turn aku, aku settlekan hal2 bank in tu..alhamdulilah..kejap jer...Orang tolong aku, aku tolong orang..Allah permudahkan kerja aku..Sampai kat Maybank Fin, takder orang yang Q pon, langsung takder..kan ke bahagia tu..syukran...syukrann....

Seronok..

Tadi masa surf cari lagu baru, jumpa link utk Harian Metro kat sini Harian Metro

pastu aku jumpa link utk download lagu kat sini
Lagu Best

Kalau sempat petang kang aku cerita pasal semalam yang harubiru..he heeee...Sekali sekala buat kerja giler

Sunday, July 04, 2004

Sana-sini

Balik kampung hari Khamis petang. Hati rasa girang dan senang. 2 minggu tak balik, terasa lama sangat tak tengok muka mak, muka ayah, anak2 sedara aku..RINDU...

Malam tu hantar adik aku yang ke Gemas, N9. Sementara tunggu result Poli, dia berhasrat utk mencari duit poket. Jauh jugak tu. Mak aku call aku, call adik aku kat Gebeng, bagitahu pasal hajat adik aku tu..Hmmm..pada firasat aku, mak aku tak berapa senang hati nak benarkan adik aku ke sana. Tapi apakan daya...biarlah dia mencuba nasib dulu buat dua tiga minggu dulu. Abang aku pesan, kalau suasana tak berapa ok, balik kampung ...Aku pesan,"Kalau rasa kerja tak OK, esok amik tiket balik kampung terus..!!"...thee..heheee

Sebenarnya bukan mak aku jer rasa camtu, aku pon. Tapi aku mesti belajar percayakan kemampuan adik aku. Insya allah semua selamat. Aku rasa best betul balik kampung kali nih! Jeng..jeng..jeng...berita gembira banyak...Abang balik pagi Sabtu tu, kul 5.00 pagi terpacak depan pintu umah dah..heheheh...Dalam ujan lagi...baru kejap tadi aku hantar abang ke stesen bas utk balik ke KL.

Ohya! Syukran sangat aku sbb tadi gaji dah masuk. Esok aku selamat beratur ler..nak bayar itu, ini, itu ini..bla bla bla...

Current mood --> happy !!

Thursday, July 01, 2004

Gawatnya

Hari-hari asyik cari kerja kat internet, send resume sana sini. Tertunggu-tunggu keputusan permohonan kerja. Bukan aku jer fikir macam tu. Agak aku semua org kat opis aku tgh berfikir nak cari kerja lain. Rasanya dah agak lama aku nyatakan nak cari kerja baru kan! Bila aku nak dapat peluang tu yer??

Sampai hari ni gaji pon tak masuk lagi. Last week ajer aku dah habiskan lebih kurang RM1400.00 utk road tax, insurance dan lesen aku. Ada kereta memang best. Dan paling "best" taim nak bayar semua road tax, insurance, maintenance. etc..huhuuu...bila nak dpt gaji ni weii!!

Malam tadi, aku n geng2 umah aku pegi makan rotcai(singkatan roti canai), kat NARA kat Kemaman nih. Sedap betul rotcai kat situ. Bukan setakat rotcai, roti2 lain n makanan lain pon sedap. Aku order roti sardin..pon sedap jugak...Kawan2 aku siap makan 3 keping roti kosong sorang..hehee..Tambah order...baru nak suap roti ke mulut, tetiba ada sorang pakwe..actually 2 org..dok depan aku..setentang..sempat main jeling2 mata..hahaaa...budak kerja opis sebelah opis aku laa..heehee...

Hujan plak lebat siap guruh-guruh...sejukkkk..pastu sambil tengok tv, sambil makan, gelak-gelak psl budak umah aku tuh wat lawak bodoh betoi! cettt..nak kenakan aku jer kerjanya...aku tinggalkan korang kat situ baru padan muka...theeee ..he..heee

Lebih kurang setengah jam ujan lebat pastu ujan mula reda. Aku pon beransur-ansur balik umah dan diikuti pakwe opis sebelah tu..keskesskess....On the way balik, budak umah aku plak buat lawak bodoh pegi usha pakwe dlm kete sebelah masa kat trafik lite..

Aku : Aik...dah bertunang pon gatai meghela lagi kaa?? (Ikut dialog Joyah dlm citer Kutub Utara Kutub Selatan 2)
Kwn aku : Dah bertunang kira kene kurang sket la gatai mengela tuhh..tapi boleh menggatai lagik..

Cehhh...macam tu pon boleh ke??

Wednesday, June 30, 2004

I got this "quote" from blog pokcik..tq to him..

"Antara Suka & Sesuai

rupa-rupanya, sejauh manapun sukanya kita pada sehelai baju itu, tetap kita tak boleh pakai kalau tak sesuai dengan saiz kita..."



ANALOG :-- SEJAUH MANA KITA SUKA KAT ORG..TAPI KITA TAKKAN DAPAT KALAU ORG TU TAK DITAKDIRKAN UTK KITA...........



a)Suka tapi tak sesuai
b)Sesuai tapi tak suka
c)Tak suka dan tak sesuai
d)Suka dan sesuai

pilih jawapan yang sesuai dengan anda...

Tuesday, June 29, 2004

Dicopy dari sini -->> http://chatzradio.net/MyRadio/

SIAPA SEBENARNYA KITA?

Sebelum memulakan seminar,Prof.Ibrahim mengeluarkan duit rm100 dari dompetnya.Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.


"Siapa nak duit ni?" Tanya Prof Ibrahim..

Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu,tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ni lagi?"

Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan.Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"okey apa kata kalau saya buat macam ni?"Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh tenyeh dengan kasutnya..

Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja.Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"sekarang siapa nak duit ni?" Tanya Prof Ibrahim.

Selesai dia bertanya,lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.

"ha apa yang boleh kita kutip drpd persitiwa itu tadi?" Tanya prof.Ibrahim

Pesertanya hanya diam,dan sesetengah nya hanya menggelengkan kepala.Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof ibrahim.

"Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni,kamu tetap mahukannya.Betul tak?Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." Kata Prof.Ibrahim.Semua peserta yang mendengar kata katanya hanya tersenyum.

Prof ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"tapi walau apa pun yang telah terjadi,ataupun yang akan terjadi,anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor,renyuk atau licin,anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?",jelas prof ibrahim.

Semua peserta ternganga mendgr penerangan prof itu..

Apa pon yang berlaku, yang terjadi, kita masih ada yang menyayangi....Betul kan...??

Monday, June 28, 2004

Thanks to http://abuhandzalah.sodeeq.com, I copy this article from his blog.

Secebis kisah

Ada satu cerita mengenai seorang ayah, seorang anak dan seekor keldai. Menurut satu riwayat, dikatakan mereka ni ialah Luqman al hakim dan anaknya tapi ada riwayat lain tak menyebutkan nama. Kawan rasa baik kawan cerita balik kisah ni tanpa menyebut nama, so citer ni pasal sorang ayah dan sorang anak.

Satu hari ayah ni cakap kat anak dia, "Wahai anakku, hari ni aku nak kasik kau satu pelajaran dalam hidup. Aku nak tunjukkan kat kau yang manusia ni macam2 kerenah dan perangai dan kalau kau nak ikut semua cakap manusia ni, tak terikut punya + tak boleh nak satisfy semua orang. So jom kita keluar, bawak keldai kita tu, kita pegi bandar"

Ayah ni pun naik atas keldai, sementara anak jalan kaki pegang tali keldai tu bawak ayah dia gi bandar. Sampai kat sekumpulan orang ni, ayah dgn anak ni kena sound "Cuba kau tengok tu, apa le punya takde hati perut betul orang tua tu. Dia senang lenang duduk atas keldai. Anak dia yang kecik tu disuruhnya tarik keldai
tu. Tak patut betul. Mendera anak betul orang tua ni"

Lepas lalu kat manusia2 tadi, ayah ni pun cakap kat anak dia "Betul jugak cakap diorang ni. Oklah nak. Kau pulak naik keldai ni, biar ayah pulak tarik tali keldai" Anak ni pun ikut cakap ayah dia. Dia naik keldai, ayah jalan kaki.

Sampai kat satu group manusia ni pulak, kena sound lagi "Anak ni betul la tak mengenang budi. Ayah dia yang tua tu disuruhnya jalan kaki. Dia yang sihat tubuh badan, kaki kuat lagi, duduk atas keldai pulak."

Bila jauh skit dari group of people tadi, ayah pun cakap kat anak dia "Betul jugak kata orang2 tu. Hmm...oklah. Senang citer camni la. Kita dua2 naik keldai ni, so takde diskriminasi. Dua2 dapat senang lenang naik keldai." So ayah ni pun naik keldai tu sekali.

Sampai kat satu tempat ni, jumpa lagi beberapa orang manusia yang duduk kat tepi2 jalan tu....kena sound jugak "Sampai hati betul ayah dgn anak ni, keldai tu dah la tua, tak larat jalan, dia berdua duduk atas keldai tu pulak. Abis patah pinggang keldai tu nanti. Ish, kesian betul kat keldai tu"

Ayah tu pun cakap kat anak dia..."Betul jugak ye kata diorang tu. Oklah, camni. Kita sama2 turun jalan kaki tarik keldai ni gi bandar" So dua dua pun turun dari keldai...jalan kaki je

Dekat2 nak sampai bandar tu, jumpa lagi manusia2 kat tepi2 jalan tu. Kena sound jugak "Ni dua orang ni betul la punya pandai. Dah ada keldai, boleh naik keldai, dia pegi jalan kaki pulak heret keldai tu pegi bandar. Kan ke menyusahkan diri sendiri tu"

Akhirnya bila sampai kat bandar, ayah tu cakap kat anak dia "Cuba kau tengok wahai anakku. Betul tak apa yang aku bagitau kau kat rumah tadi? Kalau kita nak ikut semua cakap manusia yang sound kita tadi, teruk kita dibuatnya. Buat tu salah, buat ni salah. Lama2 tak kemana kita. Memang kita takleh nak satisfykan
semua orang kat dunia ni"


Begitu la secebis kisah yang boleh kawan citerkan. Pengajarannya (actually pengajaran utk diri kawan sendiri..saja nak share) hidup kita ni, let us decide ourselves berdasarkan Quran dan Sunnah. Tu je panduan yang betul. Ikut cakap manusia...bukannya semua manusia betul. Lepas tu setiap manusia ni ada pandangan
masing2 tapi at the end of the day, it is our lives not theirs. Apa consequences daripada tindakan kita, kita yang tanggung bukan mereka.

Dengar pendapat boleh, tapi nak ikut tu, pikirkan diri kita sendiri, pikirkan apa yang KITA akan hadapi lepas ni, jangan pikirkan nak sedapkan hati orang lain sedangkan diri kita
sendiri tersiksa jiwa raga. Of course kalau boleh nak satisfykan semua, tapi for me (based on my horrid experience), my priority is still my own life. Sebab bila kita menanggung penyeksaan dari tindakan kita based on dengar cakap orang ni, takde sapa yang boleh meringankan beban kita ni kecuali ALlah. Kalau kita fail
exam, ada orang lain boleh pass kan kita? mana ada. Kalau kita tersiksa sampai eksiden, ada orang boleh amik skit sakit eksiden tu share ramai2 biar tak sakit kita ni? takde. We will be left alone, cuma ALlah je yang ada dgn kita. Yang ramai2 dok cakap2 kat kita tu, bukannya boleh tolong apa pun. At the end of the
day, kita sorang2 jugak. So think wisely before listening to others. Macam citer tadi la...orang boleh cakap macam2 tapi yang naik keldai turun keldai kita jugak.....ada orang tepi2 jalan tu nak offer naik keta? mana ada. Itu je le nak cakapnye. Tapi ni personal opinion...terpulang pada masing2...ada orang suka
ikut cakap orang. Kawan dah letih dah ikut cakap orang ni sampai kawan pun terlingkup. So i've decided to choose my own path in life bukan dari cakap2 orang. Tak terpengaruh dan tak nak dipengaruh pun. ^_^

Susah kan...nak satisfy hati semua org!!

Sunday, June 27, 2004

Kadang-kadang aku terasa...

Rasa macam ingin ke satu tempat yg tenang, damai, cantik dan jauh dari segala masalah. Aku sudah penat dengan perkara yang kadang-kala menggugat kesabaran dan ketenangan jiwa. Satu pulau yang airnya jernih, ada buaian terikat kat pokok kelapa tepi pantai. Hmmm..bestnya menyimpan impian dan lagi best kalau impian tercapai ...insan tanpa masalah adalah insan bermasalah..betul ke??

Since last few weeks, aku rasa semakin jauh dan semakin hilang sesuatu. "Indescribable feeling". Resah, dan rasa tertunggu-tunggu. Namun, siapalah aku...hamba Allah yang lemah...Aku terasa aku hilang yakin pada siapa aku sekarang, pada kerja aku sekarang, pada masa depan aku yg kadang-kadang aku tak nampak titik tujunya.

Kadang-kadang aku terfikir, alangkah baiknya kalau dulu aku tak amik bidang ni, pastu, aku tak kerja bidang ni kat sini, pastu aku takleh YM, pastu aku tak jumpa kawan-kawan YM, pastu aku tak sakit ati bila YM aku problem, aku tak menyakitkan hati org & hati aku tak disakiti, pastu aku takderlah pening-pening kepala macam nih, pasal scope kerja aku pon aku tak tahu dah had mana..pastu ilmu IT aku yg TAK expand langsung even IT keep on expanding every minutes. Pastu aku taklah taip blog, pastu aku tak kenal sesiapa by internet pastu aku maybe bukan macam aku sekarang..pastu..pastu...etc...

Tapi bila fikir-fikir balik, semua perkara berlaku ada hikmahnya. Aku amik bidang ni, aku boleh kenal komputer, boleh menggunakan teknologi utk memudahkan operasi syarikat, boleh kenal GJ, boleh kenal KLD, boleh share info with my friends all over the world, leh chat dgn adik aku, leh wc dgn adik aku kat sinun tu..bleh keep updated dgn adik psl famili...

..cuma...."rasanya aku tak boleh bekerja dengan YM lagi"..cukuplah yang lepas-lepas. Cuma andai ada pesanan ingin ditinggalkan, msg lah..Offline msg pon akan dibaca dan akan direspon ..insya allah.. Terima kasih utk kawan-kawan yang sudi meluangkan masa ber YM selama ini..Mungkin hanya sekali-sekala akan meluangkan masa berYM, itupun jika aku punya kesempatan..entahlah..yang pasti aku tak mahu lagi memikirkan sesuatu BUKAN depan mata aku...biarlah aku berfikir apa yang berlaku depan mata aku sahaja!

Cemburu pada sesuatu!! Aku cemburukan mereka yg berjaya mencapai impian mereka!! Mungkin hari ini rezeki meraka, hari meraka...atau selama -lamanya aku begini?? walaupun aku dah berusaha bersungguh-sungguh?? Wallahualam..yang aku tahu..aku mesti teruskan berusaha..Hanya padaNya aku memohon!!!

Thursday, June 24, 2004

LAGU RINDU
Yasin

*Angin lalu nyanyi lagu rindu
Rasa di kalbu kian syahdu
Air wajahmu gambaran sejuta pilu

Abadikan cinta abadikan segala
Rasa yang tercurah sama kita
Jangan bimbang jangan sekali kau ragu

**Kerana cinta cintanya
Kerana rasa imannya
Selama menyala cinta
dalam jiwa semua

Ayyi zamaan ayyi makaan
Kau tetap dalam ingatan
Ayyi zamaan ayyi makaan
Jiwa dalam kerinduan

Ulang**

Sang bayu nyanyi lagu rindu
Abadikan segala rasa
yang tersemat di kalbu

Ulang**
Ulang *&**

Ayyi zamaan ayyi makaan
Kau tetap dalam ingatan
Ayyi zamaan ayyi makaan
Jiwa dalam kerinduan

Ulang*&**

Ayyi zamaan ayyi makaan
Kau tetap dalam ingatan
Ayyi zamaan ayyi makaan
Jiwa dalam kerinduan (2x)

Lagu aku utk bulan ini!..best tau lagu nih...
Nah! donlod lagu tu..--> Download - Siti Nurhaliza - Lagu Rindu
Motivasi oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj Siri 185 - Cantik bukan teras untuk dicintai
------------------------------------------------------------

Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai anda SEMATA-MATA KERANA KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya mengapa, dia memberitahu kerana, *AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU,* awas anda akan ditinggalkan apabila
wajah anda tidak lagi mempesona.

Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai *bidadari* bukan calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih cantik daripada anda di luar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda,tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.

Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usik mendatang. Ingat, lelaki sentiasa *muda*, jika dia menjadi ghairah oleh bibir yang merekah sampai bila-bila pun dia akan ghairah dengan bibir yang begitu. Tiada istilah pencen meskipun dia sudah tidak berupaya untuk berdiri tegak.
Dia mungkin tidak berbuat lantaran *tidak boleh lagi* tapi hati di dalam tetap muda dan berbunga-bunga.

Percayakah anda? Anda *patut* percaya, sebab lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya *buaya* yang tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia menyempitkan penilaiannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah.

Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira sebab mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara tersendiri. Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata biasanya tidak kekal hingga ke hujung. Buktinya banyak. Jika kita hendak mengambil artis atau model sebagai contoh (maaf para artis dan model, sekadar contoh), kita akan dapati mereka adalah golongan cantik dan hensem tapi kerap mengalami kebobrokan hati. Jika kita mendengar artis itu
bercerai, model itu ada skandal, itu bukanlah memeranjatkan sangat. Namun,kita tentulah tidak menafikan ada yang amat loving dan kekal ke akhir hayat,tapi jumlah yang bermasalah sentiasa mengatasi.

Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak valid sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah pergi.

ALLAH menjanjikan setiap lelaki beriman dengan bidadari yang amat cantik hingga tidak tergambar oleh akal. Mengapa ALLAH janjikan bidadari yang amat cantik? Sebab di situlah makna kecantikan yang sebenar. Kecantikan di dunia adalah kenderaan untuk menuju ke situ. Maka itulah, kecantikan dan ketampanan di dunia ini tidak boleh dijadikan teras untuk mencintai.

Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang.
Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman. Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik. Kopi pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.

Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai. Awas jika anda teramat cantik dan digilai ramai sebab kemungkinan untuk anda bertemu lelaki yang salah jauh lebih besar. Bukan untuk menakutkan tapi cubalah fikirkan.

Wednesday, June 23, 2004

Dah nama manusia...

Sebagai manusia merangkap makhluk Tuhan yg Esa, hidup kita takkan lepas dari soal hati & perasaan; penat, bosan, serabut kepala, tensen, bengang, bengkek, tertekan jiwa, dsb yang berkaitan dengan kerohanian juga fizikal kita. Saban hari ada aja peristiwa yang berlaku terhadap setiap individu dan terpulang pada pertimbangan masing-masing utk mencari jalan penyelesaian.

Petang tadi, housemate aku balik lewat dari latihan memandu dan lepas tu dia terperap dlm bilik dia dan dia tak henti2 menangis selama 45 min. Habis ayat aku guna utk pujuk dan aku pasti tangisan dia jd lebih kuat..Gabra jap aku! Dulu aku pernah mengalami peristiwa bila mak tuan umah aku kena rasuk "mende" yang ikut dia dari hospital malam kul 9.00. Siap suara garau yg keluar..Ishhh..Nauzubillah laa...Tak mau dah alami..

Aku baca ayat Qursi etc , kot2 ada yg 'mengikut' dia masa Maghrib tadi. Seram jugak tapi aku tak bleh tunjukkan aku takut..tanya punya tanya ...satu soklan pon dia tak jawab..cuma geleng kepala ajerr..Yg aku tahu dia kata dia "TENSEN". Arghh!!!Menangis bukan boleh hilangkan masalah. Kata2 ni kawan aku beritahu aku satu masa dulu,masa aku tgh menangis jugak..hihiii...

Sejak tu, kalau aku tensen ke, aku bengang ke, aku agak payah utk menangis. Mmg benar, menangis bukan jalan terbaik utk selesaikan masalah malah itu adalah tanda kelemahan semata. Cuma kadang2 bila menangis, kita mampu ilangkan tensen...kata org yer..pada aku cuma boleh bersihkan saluran air mata... ;)

Sekarang, kalau hati aku tersentuh ke, aku terasa dgn sesapa jer atas bumi ni, aku cuma boleh tenangkan diri aku dgn kata2 +ve..bilik aku macam2 tertampal kata2 motivasi utk diri aku..ala2 motivation room gitu..ahakss... Cuba andaikan aku tersalah dengar atau org tersalah cakap...Mungkin itu pertimbangan yg terbaik..Mmg pedih bila pendam rasa dlm hati..Tapi kadang2 bila pendam kan rasa itu lebih baik, andai kalau bila kita luahkan rasa tu, ada pihak2 yg terguris.

Arghh..payah betoi nak jaga hati semua manusia. Tapi aku selalu ingat kata2 ni.."Sebelum kita puaskan hati org lain, biarlah hati kita dulu yg puas..". Bukan tanda ego atau apa sahaja anggapan org pada kata2 tu, tapi itulah hakikatnya. Payah sgt nak jaga hati semua manusia yg kita kenali..ramai sgt..so, jaga dulu hati sendiri...HATI yg satu tu...walaupun sehancur mana hati tu pernah berkecai, kita masih perlu jaga ia..isk..iskk...brape kali ICU dah hati umat nihh...

Masa kat Seminar

Aku baru boleh join group seminar after 10 mins break, bcos aku incharge registration. Punyalah bosan masa tggu org datang nak register,mundar mandir depan foyer tuh..Sempat amik gambo, sempat posing sempat ronda2 dan aku sempat 'jahanamkan' jambangan bunga atas meja tuh!! Nanti2 aku aplodkan bila aku free..Masa kat dlm bilik seminar tu, dah siap semua depa 'goreng-goreng', tiba part yg aku suka,,Quiz..baru jer masuk 15 mins rasanya..dah abis plak..hehee..Sesi Quiz tu bermula..Ada hadiah lak tu..aku tak lepaskan peluang bergolek2 tuh..

"4 ways to search item in RS CD"
"may I hv I try?" siap angkat tangan..cam dlm kelas jek..
"Ok..U may" Dia kasi microphone kat aku.
Dengan suara ala2 ctrl gitu..hihih.."By part num, by brand, by manufacturer..err..errr..one more.."
"U only got 3 answers..anybody else?". adehh!!!

Pastu ada sorng mamat tu jwb dgn tepat..Ampesss..aku tak jwb dgn tepat cos aku "sekadar mencoret cuba jaya..dlm erti kata lain..aku main belasah jer apa yg aku ingat2 lupa...haahaa.." ..Mamat tu dpt hadiah....soklan2 lepas tu semua aku leh jwb tapi sajer aku kasi 'can' participants yg jwb..kang aku dituduh gila kuasa plak kang..semua soklan nak bolot hadiah..walaupun aku tak dpt hadiah cos jwpn x cukup. huhuuhuu.. aku rasa aku nak claim hadiah aku kat Kelvin aarr pasnih pasal dia dah janji nak kasi aku satu hadiah ...jeng jenggg..thee..heehhe


Sunday, June 20, 2004

Memang best jalan-jalan

Balik kampung jumaat dan sabtu lepas memang amat menggembirakan hati aku. Hilang segala masalah melanda jiwa..ecehh!..hehee..

Jalan sana-sini..makan angin sampai kembung! dengan akak aku, mak aku, ayah aku...takderlah makan angin pon...Hantar mak, ayah aku ke klinik, then pegi pasar Dungun...ronda-ronda pasar tu..Naper ntah aku suka sgt rayau-rayau kat kedai2 tu..jamu mata jerlah..Tengah bulan nih! Iskk.iskk..

Petang sabtu, aku, Along, Huda dan Husna ronda-ronda Dungun. Hajat di hati nak ke Tanjung Jara, tapi cemaner ntah sampai ke Teluk Bidara..ahakss...buta jalan wei...sabo jek la..

Aku : Eh! Long kita nak ke Tanjung Jara kan? Naper sampai sini?
Along : Hmm..ntahler..mana along tahu....Along bukan bawak kete..ko tu yg bawak..along ikut jer..

Heheh..ampesnya drebar..salah bawak 'pelancong' daa...

Makan2 kat sana, mula2 ingat nak mandi tapi hari cam ujan rintik2..Kang demam lak kang aku..cuti dah la makin sket..So,kensel agenda mandi..Huda muncung mulut nak suh aku mandi..Sudahnya dua2 tak mandi..Hihii..lenkali aarr Huda..

Gambo2 pemandangan aku snap kat sana aku aplodkan kat adk77.fotopages.com. Kami tak lama di sana, bcos Husna meragam. Maknya plak, bila makan, tak ingat anak..Aku gak la yg dukung budak kecik tuh!..kehkehh..Cayang Husna!

Dialog Huda dgn Umi dia masa along aku tgh buaikan Husna.

Along : Meh dodoikan Husna..Nasyid ..jomm..
Huda : Ok Umi..
Along : Tiada Tuhan....(along aku nak nyanyi lagu Raihan tu..tak sempat along nak sambung Huda sampuk..)
Huda : Eh! Ada Tuhan la Umi..Mana bleh tiada Tuhan..
Along : Alahh..umi baru nak tarik nafas Da..tak abeh lagi lagu tu...(senyum sumbing dah along aku..)

Aku tgh basuh pinggan..."Hambik...sapa lebih pandai..??"
haaahhaa..susah tul cakap dgn budak banyak cakap ni..!

Thursday, June 17, 2004

I got this email from my friend and I really enjoy the scene..Heheee..Gaduh-gaduh, akhirnya dua2 kiok..



Kalu taknak beralah, bertolak ansur, camtu lah jadinya...

Wednesday, June 16, 2004

Sekitar pejalanan aku


Mak sepupu baru..HUDA beria2 nak tengok pengantin..lawa kan mak sepupu baru aku ni?



Promote jap..kedai jual kopok lekor kat sini mmg best nombor 008..pure ikan rasanya..ohya..tempat ni kat Marang, Terengganu.


Stop solat kat masjid ni masa balik dari majlis kawin pak sepupu aku..Mula2 ingat nak makan durian yg aku beli kat sini dgn mak,adik,HUDA..tapi ujan lak pastu..makan kopok 008 jerlah dalam kete..hehe



Masa ni tgh tunggu mak beli kopok tu..org takder kije ..camni lerr..HUDA dah 'pengsan' kat seat belakang..



Ni tempat aku gi ujian PTD ari tu



Gambo dlm dewan exam tu..sib baik tak kantoi..bosan tunggu soklan diedarkan.. dah la penat otak aku..



Menjamu selera kat McD..burpp..erkkk..alhamdulillah..


Senyum pasal dah lega otak aku..tensen sehh..jawab soklan satu hari...

Last Saturday nya gambo dgn HUSNA. Gambo terpaksa diedit coz tuanbodi 'freehair'.ahaks..!!


More pics kat my fotopages!

Seketika itu

Yang pergi tidak semestinya tidak bertemu kembali
Yang dipulangkan tidak semestinya tidak diambil balik
Yang jauh tidak semestinya dilupakan
RINDU SEMAKIN JAUH
Hanya kesetiaan memberi harapan


Sementara menunggu masuk waktu Isyak, aku berteleku di birai katil, dan kemudian bersandar pada dinding memandang ke depan. Ada ayat Asma UlHusna, ada ayat Quran tertampal. Baju-baju aku yang tergantung di penyidai. Meja yang sarat dengan segala benda.

Aku diam seketika, mengimbau kata-kata PakMan KLD tentang deria yg kita selalu abaikan. Aku cuba bertafakur sejenak dan cuba mencari erti yang dimaksudkan.
"Kita tak nampak apa yg berlaku sekeliling kita dgn mata kasar. Cuba hayati dengan 'mendengar' apa yang sedang berlaku sekitar kita".
Bunyi kipas siling yg berpusing tanpa kenal penat, bunyi guruh sesekali menyentak jiwa aku. Sepi angin ke kota london,sunyi tenang, syahdu...Betapa sepinya aku dlm keadaan tu.

"Esok, lusa, minggu depan, tahun depan, 5 tahun akan datang..Dinding itukah lagi yg aku akan pandang sementara menunggu waktu Isyak?". Tahu ni ajer dah 2 kali aku ubah susunan dalam bilik aku. Semuanya aku lakukan kerana aku perlukan perubahan. Yer..aku mencari perubahan rupa-rupanya. Tapi apa yang aku nak ubah? Konflik rasanya nak jawab soalan macam nih.

Bohong kalau aku katakan aku tak cemburu mendengar kawan-kawan aku yg sudah menjawat jawatn tinggi, yang bergaji 4K, yang berfamili, yang berjaya mendapat master, yang further study ke oversea, yang mencapai impian masing-masing. Arghh! Dimana silapku agaknya??

Astagfirullahhallazim....Syaitan meracuni fikiran aku. Tak patut aku persoalkan silapku seolah-olah menyalahkan takdir. Aku tahu aku harus lalui semua tu, memang dah tersurat untukku & aku yakin ada yg tersirat sebalik ketentuanNya. Selagi ada hayat, usaha harus terus.

"Allahuakbar...Allahuakbar"...
"Oh! Dah masuk Isyak!" Dah lama aku tak menunggu masuk waktu solat. Jarang kita dengar org berebut2 utk menunaikan solat awal waktu walaupun free tapi pahala yg dapat lebih. Tapi kita selalu dengar rebut-rebut ke jualan murah padahal kita tahu yg tu kene bayar jugak!Kata-kata ini juga ditujukan utk diri aku sendiri yg alpa ni.

Tuesday, June 15, 2004

CARA MELUPAKAN insan yang pernah bertapa dlm hati korang

Bukan senang utk menyenangkan hati dan perasaan seseorg. Nah! amek cara2 melupakan org. Hasilnya korang tgk sendiri lepas cuba..jangan lupa bitaw aku apa kesannya!

Lupakan insan yg kita cinta = amik mase utk melupakan selepas kehilangan..
Lupakan insan yg kita sayang = terus berharap yg terbaik utk yg tersayang walaupon terpaksa kehilangan..
Lupakan insan yg kita suka = tutup mata dan telinga.. mampu melupakan si dia dgn buat cara camtuh

"Cam payahhhhh jer", hatiku berbisik.
"Belum cuba blom tahu", otak aku mengarahkan.
"Err...cemaner kalau aku berubah..tuan kita ni unpredictable person", hati aku mendesak minda.
"Buat apa yang perlu, tengok masalah depan mata, jangan fikir yg belum berlaku...Bila betul-betul berlaku baru fikir apa nak buat", otak aku memberikan jalan.

Memang ajal,jodoh,maut,rezeki Allah tentukan. tapi kita kene berusaha utk capai hajat kita. topik usaha dah banyak entri ek..naper lah camnih!

Ada kawan aku yang menguji kawan wanita dia untuk menjadi teman sejatinya. Cukup2 simple. Menguji dengan kesanggupan membonceng motor cabuk dengannya depan teman seopisnya. Sapa sanggup..dia pilih yang tu..
Rasionalnya : aku tak fikir tu the best way to choose "yg sejati". setiap org berbeza personaliti dan pegangan hidup. Namun ia terpulang pada individu masing2.

Ada kawan menguji dengan kesanggupan meminjam wang padanya. Sekadar menguji kesanggupan dgn cara itu, mengungkapkan kesanggupan yang lain? Argghh...pada aku tidak...Ada yang kita tak boleh nilaikan dengan wang. Hati dan perasaan valueless..Sejuta dua juta..pon tak boleh beli perasaan seseorang pada kita.
Rasionalnya : Kadang2 wang jadi masalah pada sesetengah org yang amat memerlukan wang....utk dirinya, keluarga...

Yang aku tahu, bila berkawan, tak perlu menguji kawan kita. Sebab kita tahu siapa kawan kita dan kita akan tahu apa perasaannya bila diuji demikian rupa. Cuma aku amat menghargai kawan2 aku yang sudi berkawan dgn aku. Aku amat bahgia andai kawan2 aku bahagia, happy dan sihat sejahtera. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

F.R.A.N.C.E : Frienship Remain And Never Can End..

adakah aku blues hari nih!arghhh..tuesday blues kot

Monday, June 14, 2004

Kecoh jerr nombor-nombor nih

KPLI punya pasal, 2 kali aku pegi BSN tadi. Pagi tadi aku pegi kul 10 lebih, dapat nombor 186 dan masa tu nombor yg naik adalah 88. Tgh hari tadi aku pegi lagi sekali, dapat nombor 420 dan masa tu nombor naik adalah 357.

Pagi tadi aku pegi, rasa very lonely. Tadi pegi, dapat 3 geng baru..Siap gelak2 , borak2 ..wargh..warhh..lagi sorg panggey aku adik..'kembang idong' japs. Macam dah lama kenal jer bila jumpa new friend tu.. Aku peramah kot..ahaks..

Kali ni aku nak mintak bidang yg sama cam last year. Diaorg cakap kalau sesapa yg dapat interview tu, bila tak dpt panngilan ke maktab boleh buat rayuan. Aku?? Last year aku malas nak buat rayuan. Bengkek kat interviewer aku yg telah condemn aku sesuka hati dia. marah sesangat rasanya..sampai aku condemn dia balik kat diari aku. kahkah...dia condemn aku depan-depan..Aku condemn dia..dia mana tau!!Cestttt..

Pasnih, isi form dan segala detail boleh rujuk kat sini.

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Januari 2005.

All the best to applicants!