Sunday, June 13, 2004

Musim Mencari

Aku rasa sekarang musim aku mencari sesuatu dalam hidup aku. Aku mula bertindak lebih agresif dan berusha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian aku. Mencari perubahan dalam ertikata aku mencari kelainan. Bukan aku tak berusaha, namun mungkin rezeki aku masih di sini..Hohohoo..jangan salah faham..aku mencari tapak baru dalam hidup berkerjaya aku.. * wink..wink..
Minggu lepas, aku ke ujian PTD. Aku paling suka part esei tuh. 'Goreng' punya pasal, sampai nama Gabeno Ba*k Nega*a; Zeti Akhtar Aziz boleh jadi Zeti Akhbar Khan..ampesnya aku..cemaner lah aku leh tershashul salah tulih tuh..argghh!!

Pagi tadi, seorang sahabat call aku dan beritahu permohonan utk KPLI 2005 dibuka sekarang. Abang pon call gak aku bagitahu mende yg sama. Esok aku KENA ke BSN utk membeli PIN no. Alahai..beratur lagi lah aku..Tahun lepas, aku dapat nombor 001. Esok?hmmm..aku nak mengekalkan kejuaraan aku 001 tu, tapi tak tahu lah...sekarang, sapa cepat, dia dapat..

Jumaat pagi

Hasrat asal nak balik kampung awal pagi, tapi akhirnya aku ke Kuantan pada petang Jumaat tu. Hasrat awal ke Kuantan utk terminate line 013 akhirnya jadi lain. Aku pi sambung servis TMTOUCH tu lepas akak naper dia panggey aku adik dan bahaserkan dia akak ek, aku nampak mude or akak tu awet muda?? kat kaunter tuh 'goreng' aku sket2 plus dia potong mana2 fees yg tak perlu. Hmm..memang aku ni jenis unpredictable agaknya..Semua jadi citer lain dari yg aku plan!

Akak : Naper nak potong line?
Aku : Fees mahal sangat la. RM41.00 tu tak masuk apa2 pon lagi..Malas lahh nak sambung..
Akak : Meh akak tengok apa yang mahal sangat tu? Hmm..yg ni boleh buang..yg tu boleh buang..bla..bla...Ok dik..dah buang mana2 fees yg tak patut ni..
Aku : Buang la mana2 lagi fees yg tak patut..Ada lagi yg boleh buang kak?
Akak kaunter lain : Nak buang lagi..kene buang SimCard jer la dik!
Aku : He..he..heee (padan muka aku!)

Sabtu

Bangun awal2 pagi bcos aku nak balik kampung..Basuh kete..buat apa patut..sampai kat kampung, abang aku dah bersiap nak balik KL. Ishh..awalnya nak balik bang aku nih. Rupa2nya dia tunggu aku pasal ada barang yg pesan kat aku tapi barang tu takder..Hot jap member..kwang kwang..aku sengih jer lah..abang aku tak marah pon..

Seronok plak tengok anak sedara aku membesar..Husna dah pandai senyum, sengih, gelak, mengomel sensorang (pasal ntah hapa2 ntah dia cakap..baby language beb!). Happy jer rasanya..Pesen adik2 aku lak..taim tu ler nak kenekan aku..adeh! Seme asyik tanya soklan sama jer kalau taim aku main dgn anak sedara aku..

Balik ke Kemaman lepas Magrib. Ayah dah setat diam ..mak pon..
"Ayah, kita nak balik Kemaman lepas Magrib ni.." (Tiada respon pon dari ayah).. salam dengan mak dan ayah..Aku ke Kemaman serba salah..Mak pesan,"jangan berenti kalau ada org tahan kete, jangan singgah mana2, jangan bawak kete laju2...". Dan banyakkk lagi pesanan "jangan" tu..
Sah2 ler mak ayah tak pueh ati dgn aku cos nak gak balik waktu malam..dapatlah sedas dua "ayat2 hikmat" dari mak.. Memang mereka amat sayangkan aku dan prihatin dgn aku...aku sayang famili aku.. iskk..iskk

Pesan mak semalam

Jaga waktu solat..terutama Asar dan Subuh..Solatlah awal waktu..waktu tu, malaikat bawak naik langit amalan apa yang kita tgh lakukan..Subuh tu masih tido? Asar masih leka dengan hal dunia??

Aku??? Marilah sama2 kita muhasabah diri..tahun ni, berapa kali kita tunggu waktu solat masuk?? Atau solat meninggalkan kita sebab kita syokkk sgt buat hal2 sendiri...Dunia ni bukan kekal..ingatlah dan fikirlah apa yang akan kita bawak utk ke alam yg satu lagi..Don't just think without taking any action!!



Thursday, June 10, 2004

Seharian di Kuantan

"Legaaaa!"..itulah perkataan pertama keluar dari mulut aku petang semalam. Selepas berhempas pulas dari pukul 9 pagi sampai kul 4.30 ptg. Mengikut mak ayah aku, nakkan sesuatu kene berusaha bersungguh-sungguh. Pada firasat aku, mmg semalam aku dah berusaha bersungguh-sungguh utk mencapai impian aku.

Sejak seminggu lepas, aku mula membelek2 buku Sejarah, kenegaraan, bermain nombor dlm minda, belajar solve problem secara adhoc dsb. Tak lupa aku juga menjaga kesihatan aku "bersungguh-sungguh" jogging dan jaga makan..hehee. Usaha aku lagi...mmm..belek-belek paper, tgk current news...hot topic..jauhkan diri dari soal-soal yang boleh mengganggu gugat 'kestabilan' hati aku. Penting ni tau..Hati tak tenang..fikiran leh senget sebelah..kacau jiwa aku..Bahyer! So, I tried to get rid of it since few weeks ago. Berjaya gak rupanya aku..Fuhh! Terpadam gak "api" tu yer..Kesimpulan nya..jangan main api tu..kang terbako...Bomba pon tak dapek nak nolong!

Soklan yang diberikan memang senang tapi tak mudah untuk menjawabnya. Last paper, aku msg my friend..dia cakap,"Last bullet, guna semua skill yang ada.."..Yess..aku telah menggoreng esei BM dan BI dengan jayanya..Yahuuu...Yang penting aku dah mampu menulis sepanjang 2 helai depan belakang kertas tuh. Sib baik menulis blog ni..sedikit sebanyak membantu aku..even ada perkataan yg aku ter'short form'..Dah terbiasa tulih camtu...Apa-apa pon aku syukur bcos overall aku amat puas ati dgn segala usaha aku ..

Yerlah! Usaha bangun kul 5.45 pagi..Bertolak kul 6.50 ke Kuantan..Sejam drive sampai kat Kolej Professional MARA tu..sempat belek buku...sempat beli kuih alas perutr..tak sempat makan ponn..haduii..lapo nya aku masa paper yg pertama tu... Usaha aku dah banyak..kira2nya memenuhi apa yg aku perlu buat utk mendapatkan sesuatu..jua solat mintak petunjuk dan ketenangan, berdoa..suh mak ayah doakan..wahhh..banyaknya usaha..kan aku dah berusaha bersungguh-sungguh tu??

Sampai umah aku kul 8 lebih lepas makan ptg kat McD Megamall..Sempat posing kat patung tuh..nanti2 la aku aplod gambo..jangan marah..aku sempat snap gambo dlm dewan exam tuh..hahahah..kot nya terkantoi dek pemeriksa kang..mampus aku..so..amik gambo nyorok2 aaa...kehkehh..

Note: Yang ni aku amik dari artikel yg aku exam tuh..
"Sometimes it's good to be childish!! Enough to make you feel happy..forever.."

Semoga usaha aku diberkati..dan sekarang aku tawakal padaNya..Hanya DIA yang menentukan..

Tuesday, June 08, 2004

Think +ve

The Truth About Failure

Failure doesn't mean you are a failure...it does mean you haven't succeeded yet
Failure doesn't mean you have accomplished nothing...it does mean you have learned something
Failure doesn't mean you have been a fool...it does mean you had a lot of faith
Failure doesn't mean you have been disgraced...it does mean you were willing to try
Failure doesn't mean you don't have it...it does mean you have to do something in a different way
Failure doesn't mean you are inferior...it does mean you are not perfect
Failure doesn't mean you've wasted your life...it does mean you've got a reason to start afresh
Failure doesn't mean you should give up...it does mean you should try harder
Failure doesn't mean you'll never make it...it does mean it will take a little longer


Monday, June 07, 2004

"Pesan Mak"

Hidup ni bukan sekadar hari ini, mesti berusaha untuk dunia yang satu lagi..waktu solat mesti jaga, tak guna mak ayah berdoa tapi waktu solat tak jaga. Melambat-lambatkan solat tu akan menjadi penghalang untuk makbulnya doa-doa kita.

"Pesan Ayah"

Buat apa-apa mesti usaha bersungguh-sungguh, berazam melakukan yang terbaik dan tawakal lah padaNya.

Aku...
Aku akan cuba yang terbaik untuk sesuatu yang terbaik dalam hidup aku. Adanya insan-insan yang mendorong aku ke arah hala tuju aku, membuatkan aku lebih bersemangat untuk berusaha mencapai cita-cita..


Kadang-kadang aku pon konpius, aku kat highway mana sekarang nih ek? Adakah aku telah tersilap jalan..atau aku tersilap percaturan? Apa-apa pon aku akan teruskan jalan yang ku pilih ni..Mungkin ada simpang jalan di depan sana..sapa tahu!!
Jumaat

Bertolak ke kampung lebih kurang pukul 9.00 pagi..Berkemas apa yang patut..
"Bawak balik baju kurung banyak sket!", abang aku pesan. Ewahh..wahh..moskel jap aku dengan pesanan tuh. Heheee..biasanya aku balik sehelai sepinggang jer..ahaks

Sampai kat kampung, tengok adik beradik berkumpul..tak termasuk yg jauh dimata yer..dekat dihati tau dik!.., hati aku rasa amat tenang dan senang..Lupa segala masalah jap kat kepala otak nih..
Mak tanya,"saman dah bayo?"..Erkk..mak nih!
"Semalam dah bayo..terbang gak ler seratus hinggit...lepas buat rayuan..tapikan mak..takderlah merayu-rayu pon..buat surat then pakcik polis tu sign..senang jer kerja polis tu..Ader sorang tu kene saman 30 saman ekor...berasap gak ler nak membayo nya!"

Sabtu

PakSu buat makan-makan kat umah dia..Anak beranak berkumpul...pakat masak pakat makan..basuh pinggan takder lak pakat-pakat tuh..adeh!! naper aku selalu menang tender basuh pinggan nih..cestt!!. Aku ader snap gambo faizal- sepupu aku yg 3 bulan -lelaki dan diBULI oleh adik aku..Faizal versi pakai tudung..eheeeehhee...bila ada masa aku aplod kan..
Abang dan dua adik aku ke Kota Bharu dengan WHG utk ke majlis perkahwinan kawan abang...Aku ke umah PakSu dengan WGW yang menderum-derum bunyiknya tuh..dan aku ber t-shirt n kain batik..Alahaiii....

Ahad

Aku, mak, Aina dan Huda ke Kuala Berang utk hadiri majlis sepupu mak aku yang berkahwin. Dengan WGW, aku terasa mcm nak nyorok jer bila memintas kete lain dijalanan..Isk.iskk..malu wehh...Kalu lah buleh ku tutup jap ekzos tu suh dia senyap jap.. Jumpa sedara-mara dan kaum kerabat yang ader aku kenal dan ader yang 100% aku tak tahu sapa ntah...salam..senyum..bla bla...penat tau...Sudahnya aku solat Zohor umah TokSu aku. Tergelak dengar citer Ja, anak TokSu aku yg baru balik dari Kaherah, Mesir. "Kat Malaysia, kat Terengganu tak jumpa, sampai kat sana baru jumpa anak sepupu..". Sempat membasahkan badan dengan "air bukit". padanla org kat sana melepak-lepak putihnya..air sesejuk salju rasanya..(pinjam ayat salji japs..*wink..wink). Aku pon wonder,"kalaulah aku sefamili stay kat sana dari kecik..ahaks!"

Dialog Huda masa dalam perjalanan pergi.

"CheDa! kat umah tu buat apa ramai-ramai tu?".
"Tu umah orang kawin gak kot..Dia masak-masak tu". Ada jamuan kahwin gaklah aku rasa bcos ada org masak dalam kawah kat satu tempat tuh.
"Kita berenti makan kat sini dah lah". Erkk! Sabo jerlah..

Aku : Nurul Huda Hasanah maksud apa?
Huda : Dok tahu..
Aku : Nurul maksudnya Cahaya..
Huda : Nurul Cahaya..
Aku : Huda maksudnya Petunjuk..
Huda : Petunjuk...ooo
Aku : Nurul Huda maksud cahaya apa?
Huda : Cahaya Matahari...

Waaaaarghhh!! Tensen nya!!


Thursday, June 03, 2004

Musim cuti sekolah

Sedar tak sedar cuti sekolah dah hampir seminggu. Cuma aku ajer yang tak sedar masa tu bergerak pantas. Argghh! Tensennya aku kalau balik kampung masa nih..Soklan-soklan yang tak berape gemor aku nak dengar akan banyak kali kedengaran kat gegendang telinga aku..Aku kene bawak balik earplug rasanya..heheheh..baru orang ingat aku tuli lak..arghhh..jangan buat kerja gila tini!!!

Abang aku pon ada kat kampung...Hmm..Cuti-cuti..apa aku nak buat ek..Hajat aku cuma satu jer..Jangan ler mak ayah tanya soklan-soklan %$%^^&%%^$%^...Kang ader yang buat cuti-cuti ke tempat-tempat peranginan kat Terengganu..escape

3 hari cuti..aku ada digicam..rasa macam nak menyahut cabaran fotodigital TokR ..just try my best..fotodigital pengantin..hmm..kene cari pengantin nih! Ahaaa..pakcik aku ada yang kahwin Ahad nih..Jeng jengg...

Tadi masa pegi bayo saman trafik, ada sorang "pakcik" tanya aku macam2..sampai lah soklan yg aku ..eeiii..tak ske arrr ditanya camtuh!
"Cik Abang kerja mana?"
"Kat area2 situ gak.."
"Anak beraper?"
"Err..err..err..takder lagi.."..panas punggungsiutt..Nak ajer aku blah bodoh dari situ..Tapi fikirkan hati "pakcik" tu plak..Kecik ati dia nak beramah mesra sementara nak tunggu turn membuat rayuan kat polis tuh. Layan jer lerr..
"Alah! Saya tahu ..takder cik abang lagi kan.."
Dalam ati aku,"Cehh!! Dah tahu....tanya lagi..".

Dialog depan polis masa nak buat rayuan.
"Apa sebab hal kecemasan nih"
"Err..adik call dari Kuantan suh jumpa dia"..Aku tipu jer tuh..
"Ada kaitan dengan kecemasan?"
"Err..adik call suh datang cepat.."..Kalu dia tanya lagi dua tiga soklan..mmg aku tercakap benar ler..heheh..tadi reason tu aku dah reka siap2 dalam kepala...siap hafal tuu..

sesungguhnya aku mmg fail kalau nak tipu org..gagap weh!!hehehe)


Jumaat cuti, Sabtu cuti, Ahad cuti, Isnin masuk kerja, Selasa kerja, rabu aku cuti...khamis kerja, then Jumaat Sabtu cuti lagi..uishhh!! Cuti banyak nyaa...Aku nak kumpul duit nak gi travel area Langkawi plak...Aku nak gi Waterworld..hmm bilalah hasrat nak tercapai nih???


Apa-apa pon, nakkan sesuatu mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh! dan selepas usaha mesti tawakal...hanya DIA yang tentukan segala-galanya...



Wednesday, June 02, 2004

I received this email from my friend this morning.

"A man checked into a hotel. There was a computer in
his room, so he decided to send an e-mail to his wife.
However, he accidentally typed wrong e-mail address,
and without realizing his error, he sent the e-mail.

Meanwhile.....somewhere in Houston, a widow had just
returned home from her husband's funeral. The widow
decided to check her e-mail, expecting messages from
relatives and friends.

After reading the first message, she fainted. The
widow's son rushed into the room, found his mother on
the floor, and saw the computer screen which read:

To: My Loving Wife
Subject: I've Reached
Date: 16 May 2004

I know you're surprised to hear from me. They have
computers here now, and you are allowed to send
e-mails to your loved ones.
I've just reached and have been checked in.
I see that everything has been prepared for your
arrival tomorrow.
Looking forward to seeing you then!
Hope your journey is as uneventful as mine was."

Hhheee..what a joke...aku senyum sensorang tengah hari tadi...siap share dengan opismate aku..ketawa biarlah bersama-sama..biarpun masa menagis, aku menagis sorang-sorang... ;)

pagi tak sempat nak senyum pon, tapi aku menitiskan ayaq mata..sebab...biarlah hanya aku ajer yang tahu..

Tuesday, June 01, 2004

Pada 22 Mei 2004

10 tahun reunion MRMSKT batch 9394 (aku tak pergi..cuma boleh tengok gambar2 yang aku dapat dari kawan2 yang pergi..)

ex-classmate aku...wah wah wahh...Ain, Sabri, Shidi dan Wan..Aku masih mengenali mereka....ahaks...

Gambar "khinzir" ni aku snap kat kedai jual toys n cenderahati..heran aku..ader gak yg suka main toy macam ni ek!!Besar gak menda alah ni..sepemeluk gak lerr..


Belanjer bday aku....gambar sebelum makan..


Selepas makan ..hehhe..kosong jer kan..ahakss!!


Ni game yang aku suka tengok masa kat Famili Day tuh...


Sepak bola guna kaki itik..yang org pakai utk menyelam tu...bayangkan ler itik sepak bola cemaner...tunggang langgang bola tu ke sana ke mari..


adik aku dan huda masa kat depan menda alah tu...si huda sibuk nak suh aku main sekali dengan dia mende tuh..ader ker! Kang bocor mende tu kang naya jek aku..

lawa kan gambar ni..kat AWANA KIJAL ....aisey..ilang..tgk kat background this page kat atas tu la yerr...

Aku suka sangat coz I am back to normal life..dah tader ting ting tong toinkkk..hehehe

Sunday, May 30, 2004

Hari-Hari yang Berlalu

Hari Khamis, masa dalam WHG, ada sebuah lori balak park sebelah aku. Terasa kecik ajer kereta aku disebelah lori balak. Tayar dia ajer lebih kurang tinggi WHG..Subhanallah!. Dalam hati aku berdoa macam2 mintak jauh la dari berlaku apa2.

Jumaat pagi, bergegas awal2 pagi untuk ke Kuantan, jumpa adik untuk ke tempat seorang sahabat yg lebih arif pasal perkakasan komputer. Terima kasih banyak2...jasamu ku kenang ..ahaks!

Aku boleh sesat kat Kuantan tuh..ampes sungguh...Sempat meronda2 tempat yg aku tak pernah sampai...Ada pekdahnya sesat hari tu...heehee..Sib baik minyak tak zero..Kalau tak..aderlah umat manusia yang tolak kete kat situ..heheee..Tengkiu la kat sahabat yang siap menjemput lagi..ekoran "kesesatan" aku ..dah la mintak tolong dia..dia gak lah yang datang jemput..Maafkan kami! Tak sangka sampai susahkan orang pulak..

Plan asal nak gi main boling akhirnya hanya jadi acara memandang bola boling..isk isk..iskk..penuh la pulak lane hari tuh.. akhirnya aku dan adik ke Pizza Hut..dia belanjer Bday aku tuh! Thanks dik..Tunggu giliran bday ko dua bradik, aku belanjer plaks..eh!eh!..adik aku yg kat "sana" tu kene pos kek ke? ;) (aku kasi kad la ek! pos kek kang basi lak nak tunggu sampai Mesir tuh)

Hari Sabtu, ada Family Day utk BASF Petronas Chemical kat Awana Kijal, tempat adik aku kerja. Aku angkut Huda adik2 aku, penuh la satu WHG tu..best jugak ..terhibur hati aku yang "lara" nih..

Dua2 hari cuti tu aku enjoy abih! Memang best! Sibukkan diri..lupakan segala duka lara..kan ke best gitu...HIDUP MESTI TERUS...

It's really hard to forget what had happened ..in these few weeks! Sambadi..sambadi..pls help me!!!!

Thursday, May 27, 2004

A Friend . .A-Z

(A)ccepts you as you are
(B)elieves in "you"
(C)alls you just to say "HI"
(D)oesn't give up on you
(E)nvisions the whole of you (even the unfinished parts)
(F)orgives your mistakes
(G)ives unconditionally
(H)elps you
(I)nvites you over
(J)ust "be" with you
(K)eeps you close at heart
(L)oves you for who you are
(M)akes a difference in your life
(N)ever Judges
(O)ffer support
(P)icks you up
(Q)uiets your fears
(R)aises your spirits
(S)ays nice things about you
(T)ells you the truth when you need to hear it
(U)nderstands you
(V)alues you
(W)alks beside you
(X)-plains thing you don't understand
(Y)ells when you won't listen and
(Z)aps you back to reality

Pada hari2 semalam

Ptg Selasa, aku telah berjaya melawan godaan malasku utk escape tawaf berjogging dgn opismate aku. Alhamdulillah, tak sia2 aku berlari-lari anak, peluh membasahi bajuku akhirnya. Fuhh!! Dah lama tak berpeluh sakan semenjak balik dari KLD. Terasa segar selepas peluh mula tersejat ke udara. Terasa nyaman dan otak pon rasa ringan ajer. Bersemangat sungguh aku utk berjogging pada ptg esoknya yakni ptg semalam.

Hari Rabu, merangkap hari keputerian kelahiran ku yg ke __ (Uishh!naper nombor ni tak kuar nih?? ..hihii). Menjelang detik 12 mlm aku menghabiskan buku cerita yg aku pinjam dari kawan aku. Hati terdetik-detik ikut jarum jam yg bergerak..Arghh! Lagi beberapa minit..saat...Tamatlah kisah aku dikala usia sedemikian. Akhirnya mata terlelap jua dan tetiba cam bunyi message received..Hmmm...tak lama selepas itu..bunyi lagi dan lagi dan lagi..Lengkap adik beradik aku yg berhenpon memberi ucapan utk ku dan aku amat2 terharu bila mak call aku pagi tu, semata2 utk memberi ucapan itu. Adui! Sepatutnya aku yg kene call mak aku dan berterima kasih pada nya kerana melahirkan aku pada tarikh itu. Tapi mak lebih cepat dari aku. Maafkan kita mak..Tapi aku sempat berterima kasih pada mak masa tu..Cayang mak kita...

Orang kata menunggu tu sesuatu yg menyeksakan. Memang benar sangatlah tu. Ucapan dari org yg ku tunggu tak kunjung tiba. Namun aku bukan org yang cepat melatah dengan situasi.. tak sia2 cikgu ku mengajar cognitive thinking (kalau tak silap aku ler) masa kat KT dulu.. Hidup mesti banyak CAF = Consider All Factors. So, atas alasan demi alasan yg aku cipta dalam minda aku utk sedapkan hati aku, aku mampu tersenyum dan aku pasrah. Last but not least, akhirnya ucapan itu terucap jua. heheh..Tak awal takper..asalkan terucap...time doesn't matter..(ahaks!)

Based on SMSs yg aku terima , kebanyakan mendoakan kesejahteraan, panjang umur, murah rezeki dan satu lagi uacapan yg ...erkkk..don't think have to mention it here ..soklan yg aku terima hari2 masa aku kat umah. Haru betul rasanya...Time is running out and keep on moving ahead but I still have no answer for that wish ...for that question..

Sepatutnya aku bergembira..memang aku happy tapi wajah yg senyum ceria mungkin tidak sepertinya hati yang berduka. Sedih tau...tetiba banyak lak kerja . PCs (bukan satu) buat hal. Tak boleh ke tunggu hari lain untuk "sakit" wahai pc2 sekalian?? So, ptg semalam, aku dapat sakit tangan kiri cos silap teknik masa tarik kabel, sakit ati cos pc tak nak baik2 jugak even dah buat mcm2, sakit jiwa gak sket ...(bukan psyco tau!)..mmm..apa lagi ek..sian opismate aku, maaf sangat2 coz tak jadi jogging, my mood dah lari entah ke mana plus sangat penat buat macam2 kat opis. So sorry!

Teringat zaman sekolah2 dulu, taim sambut bday jer..siap sedialah ..ada yg mandi tepung gandum,mandi air nila, lumur cream cake, mandi telur ayam... bla..bla..masing2 ada kenangan tersendiri..so far..aku tak penah kene teruk2 la..ahaks..aku yg kenakan org aderlah...*wink..*wink *wink

Alahai hidupku.....

Wednesday, May 26, 2004

Hari ini pada 1977.

Aku masih hidup hingga ke hari ini dan saat ini..Syukur alhamdulillah..Terima kasih mak kerana melahirkan saya ke dunia dan terima kasih kepada semua atas ingatan.

Note : Tak ku paksa untuk diucapkan segala-galanya cuma aku amat terharu bila ada yang mengingatinya...terima kasih....

Monday, May 24, 2004

Semalam

Mak call aku ,"Ader surat cinta dari polis nih".
"Erk..surat pasal apa tu mak?".
"Pasal bawak laju melebihi had".
"Kene berapa samannya?"
"Seratus setengah..Kalu kasik kat mak lagi lah bagus ..daripada kasi kat polis tuh..Lenkali bawaklah laju lagi!!"

Cestt..Tak guno polis tu..Betul2 lak saman aku..tapi memang salah aku bawak melebihi had laju..Alah..setakat had laju 70..tapi aku bawak 110 jer..Bukannya ada budak2 sekolah masa tu..Tak pueh ati gak ni..




Sunday, May 23, 2004

Hari ni

Boss tader..big boss tader...opismate plak ada yg lepak kat pantryroom, ada yg tido..alah...lunch hour ni kan...aku n sorg lagi opismate..tetiba rase bosan..aku aplod gambo dari camera ke pc aku..then tetiba jer aku nampak kete ni kat depan opis aku..Kete sapa ntah ler...aku main belasah jer. Lantas aku n opismate aku gi berlagak jap ler..heheh...Jangan tuan dia tengok dari jauh dah ler..har har harr

Langkah Yang Tiada Tajuk

Langkah ku atur tertib
namun kadang-kadang tersadung jua
Fikirku tiada halangan di jalanan
Semua nampak rata dan tenang
Jua nampak tiada yang menghalang

Pesan orang tua
Bila berjalan jangan berpaling ke belakang
Namun aku berpaling juga
Bimbang ada yang tercicir jatuh
Bimbang peristiwa semalam berulang

Perjalanan masih jauh
Banyak lagi rintangan yang aku belum tempuh
Aku cekalkan hati waja
Halangan yang datang sekadar hinggap sementara
Akan berlalu dengan masa yang berlalu tanpa ku pinta

Pasrah ku redha pada ketentuanNya
Andai ternoktah disitu maksudnya
Aku mengerti aku siapa
Aku melangkah tanpa tajuk...
Cuma yang pasti aku, kau, dia dan semua melangkah ke satu destinasi yang pasti....ALAM YANG SATU LAGI

Response to flooble :

Flooble aku tu kdg2 tak baper betul..susahhh sangat aku nak reply...nanti2 lah aku tukar ke donneh.com..BTW..ni response to kwn2 yg jot down there.

Unag : Bos nama kudak...bapak budak dahbudak Kemaman. MRSM Kerteh satu batch kot dgn UnAg.

Anonymous, Mely, Nile, abrar : Gambao ada tapi lum aplod..Kat blog bluehikari, TokR, shafiza, Kak Ungku banyakkkkkk sangat gambar...

Kak Seri : Tak sempat nak baca samb citer CSA. Rindu gak sama akak..nak ngumpat psl XKT hehhe..mesti ada kelainan atr batch saya dan batch akak...

CikLebah : Apdet...citer pasal KLD..bukak jer mana2 blog budak Gj..most of them akan citer psl KLD...mmg best pon..hehe..Lenkali boleh la CikLebah join sekali yer..

Tipah : /me nak tiru ayat BlueHikari kat kld.jurnal...."Ya Allah! Rugi nya sapa tak pergi KLD"..hehhe..Kita share2 lah kegembiraan kita..jenguk2 blog kwn2 yg pegi tu, tgk gambor yg masing2 aplod!



Thursday, May 20, 2004

Siri 3 - Aktiviti hari akhir kat KLD

Awal pagi, aku dan Nile bangun dan menunaikan Solat Subuh di "surau" tepi danau. Masih pagi dan tak ramai lagi yg bangkit rasa2 aku masa tu. Aku join Nile lepakkan diri dlm khemah sampailah sempat lelap kejap mata aku. Pagi tu, beramai2 mebuat senaman pagi dan coach nya adalah Cik Nett dan Rudy Bluehikari. Kami bersarapan selepas itu sambil berborak dan ada yg mengambil kesempatan untuk mengisi "guest envelope" yg tertampal di serata tempat kat kantin. Sempat berborak dgn HS dan percaya atau tidak, kami dah almost 4 yrs tak jumpa. Ex-roomate aku ni. Bagi yg belom membuat aksi Superman flying fox, sempatlah mereka terbang seketika dan aku berborak di kantin cos aku sudah membuat "penerbangan" semalam. Kami diminta menukar pakaian sukan yg sudah kotor kerana kami diberitakan yg kami terpaksa bertempur dlm lumpur. Semalam sudah terbang, hari ni aku kene pergi berperang pulak. Ala-ala hero rasanya.hehehee. War game merupakan pertempuran utk mendapatkan botol air yg tergabtung pada satu pokok dalam lumpur. Peserta hanya boleh nampakkan kepala sahaja dan senjata yg diberikan adalah telur ayam....Pertempuran antara kumpulan yg dinamakan Bangla dan Indon. (mula2 aku rasa cam kaum pendatang yg bertempur jer... bayangkanlah bila org bertanya,"kau bangla ke indon?"..nak jawab dgb taknak jawab aku rasa sama banyak..kalu jawab,"aku bangla"...erkk..tak sanggup den ngaku jadi bangla..setahu aku, aku jawab,"saya dari kumpulan Bangla".) Aktiviti ni yg paling best bagi aku masa kat KLD. Aku betul2 buleh release tensen. Nak main game tu kene pasang strategi n kene berani. Apa2 pon, aku bangga jadi kumpulan Bangla cos aku menang...tepukan utk ahli kumpulan Bangla.heeheee...Aku ingin mintak maaf pada mana2 "musuh" yg telah selamat kene balingan senjata telur ayam tu. Dan untuk jeneral Bangla, aku merasa bangga cos berjaya mengotorkan bajunya yg tak kotor langsung masa game tu. Ala jeneral...tak aci lah baju dia bersih jerr..Sebagai satu kumpulan kenalah merasa macam apa yg ahli kumpulan rasa..kan sesaper kan..kan....hehhe..anyway..tu semua hanyalah game semata-mata.

Sesudah penat bertempur di medan perang, kami berangkat ke kem dan membersihkan diri kat danau. Aku mencuba nasib membuat water confidence sekali lagi. Alangkah bestnya...rasa akin itu datang dan aku rasa bestt sesangat bila terapung...tengah dok syok2 terapung, aku dikejutkan oleh incident yg aku tak mau ia berlaku pada aku...dengan penat lelah, aku menekan minyak n tukar gear reverse ke platform...penat abis rasanya aku terkial-kial nak ke platform balik...bab berani, aku mmg dah jadi berani tapi bab makhluk Allah tu, aku mmg geli. Tak boleh jadi berani aku dengan makhluk Allah yg satu tu dan yg satu jenis lagi yg kata org, makhluk tu ada menetap kat kawasan lumpur masa war game tu. Alhamdulillah aku selamat dan pada sesapa yg terpilih utk berkenang-kenangan dengan "mereka", syabas diucapkan. Bukan senang utk jadi pilihan "mereka". Sesudah mandi, aku dan yg lain2 ke kantin utk sesi fotodigital. Aku mencuba nasib masuk penyertaan tapi aku tak menang pon. At least I gave a try. Seronok tengok gambar yg macam2 tu. Menarik. bateri digicam yg dah almost out tu aku gunakan sampai hayat terakhir. Selepas selesai makan, kami diminta mengembalikan khemah sebagaimana bentuk asalnya..dlm karung ijau tu. Aku kemaskan pakaian dan masukkan dalam WHG. Lipat khemah dan semua org diminta ke kantin untuk acara menentukan siapakah pemenang gambar fotodigital. Selepas tu, sesi tandatangan kat banner yg disumbangkan oleh basrind (sahabat Geju yg x sempat berkumpul di KLD). Dan acara akhir bergambar beramai2 dengan semua peserta. Paling best bila Tok Rimau minta jerit "Hidup GengJurnal", semua pakat ikut..tapi bila Tok Rimau jerit "Hidup Tok Rimau", sorang pon tak sebut..hehhehe..sajer jer tu tok...we always give u our support.

Saat2 akhir tu, rasanya tak lengkap kalau takder salam2 sesama peserta. Minta maaf dan sebagainya andai ada silap salah. Kami bersurai dan aku bertolak balik ke Kemaman pada 3.10 petang. Hajat dihati nak bergambar dekat pagar KLd tapi sebab terlalu alpa, aku lupa terus dan bukan sahaja lupa bergambar kat situ, nak bergambar dengan kawan2 lain pon aku tak sempat. Terkilan jugak rasa di hati tapi....aku lupakan buat sementara waktu. Maybe some other time, itu pon jika diberi peluang utk berbuat demikian. Bila yer?? Buat kem kat KLD lagi sekali kot. hehhehe..


Apa g aku dapat dari KLD tu


1- Keberanian melakukan sesuatu yg kita tak expect untuk kita buat. eg. Aku boleh terbang macam superman terbang..heehee
2- Kepercayaan pada sesuatu yg menyebabkan kita bergantung harap padanya. eg. life jacket..
3- Semangat setiakawan untuk kalahkan musuh..contohnya geng kumpulan bangla kalahkan Kumpulan Indon..*wink..wink
4- Erti sahabat macam yg Pak Man bagitahu,"bila bersahabat, jangan harapkan balasan atas perhubungan itu, dan jangan mengambil kesempatan atas kebaikan sahabat pada kita". TQ Pak Man.
5- Makna sebuah perhubungan kemanusiaan. Sentiasa bersangka +ve walaupun kita tahu mmg -ve.

Aku memang berpuas hati dengan program kali ni. Harap aku, ukhuwah yg ingin ditonjolkan tidak hanya setakat di perjumpaan itu sahaja. Hilang rasa tension aku, ilang rasa sempit minda aku dan aku amat bangga cos aku dah berjaya memandu sampai ke Melaka, Johor. Pasni aku akan cuba ke arah lain pulak. Ke Kuala Lumpur, Ke Utara, Ke Kelantan..hehhehe..langkah ku semakin panjang...penat memang penat, sakit badan toksah citer..till now, bahu kanan aku sakit lagi..kalau tak silap aku, mungkin terseliuh ni.....heheh..apa-apa pon..terima kasih untuk semua yg terlibat...pihak tuan umah; Kak G, PakLet, fasis, Pak Aji (hehhe..tingat citer kak G pasal Pak Aji nih..), urusetia2, kawan2 dan semua wargakerja, semua yg penah belanja, yg tolong bagi arah jalan, yg tolong bagi map, semualahhhhh..semua org g terlibat..secara sedar atau tidak.. TERIMA KASIH utk segala-galanya.

Note : Ceroi=ceghoi maksudnya koman ek...ingatkan nama kuih raya..heheheh..Aku nak tido dulu..mata dah kuyu nih..

Wednesday, May 19, 2004

Siri 2 - Saat di KLD

Orang yg mula2 sekali aku nampak kat KLD adalah seorg wanita yg aku agak2 adalah kak G. Tepat tekaan aku lantas aku perkenalkan diri aku, "Assalamualaikum kak, saya adk77". Kak G perkenal kan dirinya dan kenalkan aku pada PakLet dan fasi2 yg ada kat ruang depan pejabat KLD. Antara yg fasi aku jumpa Dak Tembam, Yeeha, Rauf (saudara kwn baik aku rupanya), Jepun, Rudi, Chillc, Lenny ...hmm ada sapa2 lagi yg tak sebut nama ke? Aku diberi tumpang tido kat chalet Rimbun1 manakala adik aku kat Rimbun2. Sempat berborak2 dengan kak G n Paklet dan fasi2 yg ada. Sambil menunggu ketibaan purbe, matjan dan farihah, kami menonton Survivor bersama..Pes taim tgk citer ni..umah sewa aku mana ada citer ni..besides aku x tgk tv after 11.00 mlm... Ada yg sokong Rob, ada yg sokong Amber..aku? Tak sokong mana2 pon bcos aku x tahu sapa yg patut aku sokong..heheh..Aku kadang2 tergelak bila dengar topik2 perbualan mereka yg kadang2 mmg mencuit hati aku. Lebih kurang kul 12 lebih, org yg ditunggu tiba..Mata aku dah tak larat nak berkedip dah...Tunggu masa nak landing atas katil jer bcos dah penat memandu satu hari...Adik aku dah pengsan lagi awal...heeh...dia penat layan aku bercakap masa dalam kete kot..

Aini a.k.a Fizik tiba di kem awal pagi. tak ingat pukul berapa tapi rasa2 aku dah dekat Subuh. Selepas menunaikan Solat Subuh, aku dah tak tido. Borak2 dengan Farihah dan Aini..terasa macam dah kenal lama..Cepat mesra. Aku tak melepaskan peluang meninjau2 kwsn sekitar danau diwaktu Subuh. cantik! Pktn itulah yg bermain difikiran aku. Sempat jenguk platform mandi manda dah terasa ingin merasai kesejukan air.. Aku ingatkan air kat situ sejuk. Rupa2nya suam2 jer..Tapi aku x berani nak masukkan tangan aku dlm air tu. Bimbang ada makhluk yg berkenan kat tangan aku...heehhe..kak G muncul dan kami berborak panjang...banyak betul perkara yg kami bualkan. Tak rugi datang awal dan banyak citer2 best yg aku dengar.."kak G, belilah cerita Kuliah Cinta dan ikuti jalan ceritanya. *wink..*wink..hehhe". Aku berbasikal pagi tu dgn para peserta yg datang awal. berkayuh basikal kesana kemari...Jumpa jalan mati...jumpa tokong cina..jumpa tapak hari keluarga Polis yg sedang berlangsung..meriah sungguh event tu...ronda sana-sini dan amik gambo sana-sini, akhirnya kami pulang ke kem lebih krg pukul 12.00 (kalu x silap aku ler...) Rupa2nya dah ada yg mendaftar..spyz n famili, tok rimau n famili, sesaper511, ctzie, mmm..sapa lagi yer...pastu makin lama makin ramai yg datang..lps tu PakMan arahkan kami membawa khemah ke tapak perkhemahan. Pes taim aku pasang khemah dan terus masukkan baju2 aku yg kat Rimbun1 tu ke dlm khemah..Program yg pertama ice-breaking selepas masing2 menjamu selera tgh hari bersama2. Mula kenal dan jumpa kawan2 baru yg selama ni jumpa kat siber ajer. Antrnya Kak Zai_anis, mutiaranis aka Shah, Poad, nett, da amyz, bluehikari (ludi ni rupa2nya satu cozmate masa english cos kat IKIP2 ..betul sangkaan aku selama ni..mmg aku penah jumpa bluehikari kat dunia nyata..hehhe..), Unag (dia ni satu cos dgn bos aku skrg...bos aku siap suh kim slm lagi kat dia.heheh..Unag..terbalikkan jd Ganu..erkkk..satu negeri kerr kita..huk aloh..), ada Sheikh, ada Fina (dari Sarawak dia datang), Mely, Ana, Tudung purple aka matun, Hanya sayang aka Azah (ex-roomate aku ni..), Norsalina, Anor, Nile, Nida aka madulebah, kak Ungku n heroes n heroin nya..(cute ler Azib tu..), wkdin n aidil, miecreation aka gj founder, salji, abrar, attokz, mael, azman, fajaril, ada beberapa guys yg aku x baper ingat nama dia..sori yer..tak sengaja..

1st program - Ice breaking..aku termasuk dlm golongan Apache...ketuanya poad. lagunya ala2 meenache gak..siap ada kada va va va va..huhuhu..masa terhad yg diberikan menyebabkan hanya poad yg teror dlm irama asal lagu. Ahli2 cuba memberikan komitment yg terbaik dan hasilnya ketua yg jadi leader menari kat depan..hehhehe..tabik boss..Masing2 cuba memberikan yg terbaik utk kumpulan masing2. Ada nyanyi lagu Tepuk amai2, ada nyanyi lagu ala2 washini dan ada lagu tanya sama pokok...apa2 pon semua happy dan enjoy. Petang tu, ada acara basah..Water Confidence...alamak! bab yg aku paling takut..main air..Pes taim sarung mende alah tu..life jacket..rasa rimas dan x selesa. Sampai ketika disuruh turun dlm air..Aku pegang tiang platform kuat2 takut tenggelam..mmg x water confidence langsung aku masa tu..kalau ler aku leh rakam saat2 tu, rasa2nya muka aku paling cemas gaknya. Org lain enjoy jer..aku siap suh hantar aku balik ke platform plak..hehhe..Lagi malu bila masa taim aku dah agak2 "redho" dgn air dikeliling aku, aku tgk si Azib,anak kak Ungku boleh senyum2 lagi masa terapung atas air tu..Erkk!! Tak terkata aku ..mmg no komen..bila budak kecik cam Azib cool ajer..Aku plak tak abis2 dgn terkial2, kalut dan cemas..Bukan apa..as anak ke 3, aku ni dianggap api..so kalah dgn air...konkrit tak alasan aku?? hehe..padahal aku mmg takut aku lemas dlm air tu. Lepas tu, ada acara flying fox..erk! lagi satu cabaran minda ..nak panjat menda alah tu..tinggi sangat ler..tapi demi utk mencuba sesuatu yg baru, aku panjat gak tiang kurus tu..bimbang gak ler..kot2 tumbang bila aku panjat..best betul bila "terbang" rupa2nya. Sempat gak ler merasa jadi superman..hehee. pastu ada acara kayak..bab ni, aku risau gak..kang buatnya tetiba bocor ke kayak tu..danau tu bukan nya cetek..akhirnya aku berkayak dgn anak kak Ungku, Amir..katanya dia pon tahu sket2 kayak tu..Ok..set..aku pon duduk bhgn depan..dia dok bhgn belakang kayak..kayuh ..kayuh..sampai abis lenguh bahu aku..masuk sana sini..punyalah semangat dayung kayak sampai lumut dlm air tu tersangkut kat kepala aku ..heheh..Sempat posing ramai2..eh! gambar tu nak request dari sapa yer? kat kak G ke?..

Penatnya toksah citer ler..lenguh badan ..rendam dlm air, panjat tiang tu n kayak ..fuh...sungguh berkesan pada badan aku..semua engsel n sendi yg dah lama tak bergerak..abis aku gerakkan utk program2 tuh..Mlm tu ada program Forum Gj. Wkdin sbg emcee, panel plak Poad, TokRim dan Kak G. Topik agak hangat seketika dan bagus bcos byk pendapat diutarakan dan rasa2 aku kata sepakat dapat dicapai pd penghujung forum.. Aku kurg memberi tumpuan coz minda aku letih dan mata aku pon kuyu sangat2 dah..Rupa2nya pastu ada lagi satu program "Nite Walk" bersama PakMan. Jalan ramai2 kul 12 mlm dan senyap seketika utk mendengar sesuatu. Aku dpt byk pengajaran dan ikhtibar dari Nite Walk ni (akan aku ceritakan nanti). Lepas tu masing2 balik khemah dan aku tido..Penat wehh!.. Aktiviti esok nya aku citer esok la yer..mata aku dah ngantuk ni...zzzzzz

Tuesday, May 18, 2004

Kisah perjalanan aku dari Kemaman ke KLD akan aku tulis dlm banyak cerita memandangkan banyak sangat peristiwa yang berlaku dari satu tempat ke satu tempat.

1- Kisah hari Jumaat dan sesat
2- Saat Di Kem Lambaian Danau
3- Peristiwa di KLD dan menarik hati aku
4- Pengajaran yang aku dapat di KLD
5- Suka duka di KLD


Jumaat

Aku bangkit dari tido seawal pukul 6.00 pagi dan setelah menyegarkan badan dan bersolat, aku mengemaskan apa yang patut aku bawa ke percutian aku selama 2 hari 2 malam. Cukup dengan sesuap murtabak ayam yg aku beli semalam dan setengah mug air teh panas, aku bingkas memanaskan enjin kereta aku, si WHG. Aku periksa apa2 yang patut kat WHG coz ia akan aku gunakan untuk ke satu tempat yang agak jauh, non stop moving for 5 hrs. Hati aku amat ceria sbb dah lama aku tak jalan2. Dalam fikiran aku aku cuba membayangkan keadaan dan situasi yg akan aku hadapi di sana. Asyik sangat membayangkan itu ini, akhirnya setelah 20 minit memandu, aku dapati aku tertinggal kasut sukan aku kat umah sewa. Aduh! Macam mana ni...malas nak pusing balik, tapi aku terpaksa jugak patah balik, kalau tak aku kene pakai kasut high heel aku yg berlambak kat dlm bonet WHG utk aktiviti riadah...heheh..tak mau aku!! Sesudah amik adik aku kat Balok Kuantan, kami berdua ke ke Pusat Memandu Cermat Beserah utk berjumpa dgn salah seorg peserta kem yg akan ke KLD pada malam tu menaiki bas. Dia tak dpt menumpang WHG coz dia kerja hari Jumaat sampai kul 5.00 ptg. Aku lebih suka kenalkan dia sebagai Fizik walaupun nama asalnya bermaksud "Mataku = Aini". Kenapa Fizik? heheh...rahsia kami sahajer...Adik aku juga mengalami masalah yg sama dengan aku pagi tu coz dia pon tertinggal barang2 yg lebih penting lagi ; wallet dan handphone..semua fenin dua beradik ni gamaknya..dia pon patah balik umah dia sementara aku berborak dengan Fizik..berkenal-kenalan dengan Fizik..hmm..not bad..aku rasa boleh get along dengan dia...kan farihah kan...aku betul2 tak boleh lupa dialog budak Fizik masa ada org mintak selotep kat khemah tu...Aku juga sempat berjumpa dengan sesaper511 kat Megamall Kuantan. Alhamdulillah , akhirnya dia pegi jugak ke KLD. Tepat pukul 1.15 tgh hari, aku dan adik bertolak memulakan perjalanan ke Tangkak dengan berpandukan peta2 dan arahtuju yg aku print dari blog Kak G. Bergilir2 memandu dengan adik dan kami berhenti di Hentian Segamat. Aku nak luahkan sikit rasa tak puas hati aku pasal R & R situ. Bilik air yg takder air dan makan sambil ditemani lalat2 yang berterbangan ke sana ke mari dengan riang gembiranya. Cestt!! Nasi goreng ala2 siram minyak tu...erkk..ilang selera aku dan sudahnya aku makan sikit ajer..Kemudian kami mencari masjid utk solat memandangkan surau yang kami singgah kali pertama,Surau Kg Tasek Gemereh, Segamat; bahagian utk muslimah sudah dikunci. Akhirnya kami berhenti menyejukkan badan dan solat di Masjid Jamek Bukit Tunggal.

Jumaat di Tangkak

Setelah memandu selama hampir 3 jam, aku pon sampai ke Tangkak, Johor dgn berpandukan peta dan guideline yg Kak G berikan. Aku bercadang utk ke Kg Chinchin bersama2 para peserta yg datang awal so aku tunggu ketibaan mereka dengan sabar dan ceria walaupun aku rasa amat penat. Aku dan adik cuba ke Melaka walaupun pada hakikatnya dua2 beradik ni buta jalan dan tak tahu langsung arah tujuan ke Melaka. Cuma aku rasa selamat coz aku dah isi tangki WHG sepenuh2nya masa kat Kuantan..Berpatah balik ke Tangkak setelah kami sedar yg jalan yg aku lalui tu menuju ke Muar bukan ke Melaka seprti yg kami sangka. Seorang sahabat GJ telah menyuruh aku terus ke Kem lambaian Danau supaya aku boleh berehat disamping memudahkan perjalanan aku sementara hari masih cerah. Namun, aku cuba utk menunggu peserta yg awal tapi atas sebab yg tak dpt dielakkan aku dan adik aku terpaksa bertolak dulu ke KLD...Aku memunaikan solat di Masjid di simpang trafik lite no 3..Aku terlupa utk mencatit namanya. Cantik masjid tu dan aku amat suka dengan persekitarannya. Aku dan adik meneruskan perjalanan ke KLD dan pada erkiraan aku, aku dan adik sudah sesat coz dah lama memandu tapi masih tak jumpa Balai Polis Chinchin. Akhirnya jumpa satu tanda arah "Kem Lambaian Danau" tepi simpang 3 lepas Balai Polis Chinchin. Alhamdulillah jumpa satu arah ni..tak sesat dah rasanya..aku drive along simpang tu till aku jumpa Loji Air.."Erk!! Jalan mati ke!" Dalam pekat malam tu yg aku nampak cuma cahaya lampu WHG dan tiada tanda langsung menunjukkan arah ke KLD. Aku call seorang sahabat dan bertanyakan arah. Dia minta aku teruskan perjalanan aku along that lane...kecik sungguh laluan tu..cukup2 utk satu kete jer..makin ikut lorong tu, makin gelap suasana sekeliling..kalau suh reverse, rasanya tak ter"reverse" WHG kat situ..tapi sahabat minta aku teruskan memandu ikut jalan tu jugak...kedegilan aku utk tidak ke KLD semasa suasana hari masih cerah menyebabkan aku mendapat "ceramah" pree dari sahabat..maaf yer..akak memang camni..heheh..sori boss . Aku kata kat adik, "patutla blog kak G bertajuk "Dari Hutan Ini" , rupa2nya mmg benar sekali"..terasa sangat memandu dalam hutan gelap pekat masa tu. Sib baik bawak adik, kalu aku sensorang rasanya dah menagis kat situ. Adik bertanya pada seorg penunggang motosikal yg lalu dan hamba allah tu telah senang hati memberikan petunjuk jalan kepada kami. Terima kasih..budimu ku kenang..Pada satu hujung jalan, aku jumpa satu simpang T yg sebelah kirinya tak nampak langsung kewujudan KLD atau penempatan penduduk. Lagi sekali aku tergumam.. Blur..mmg blur..tetiba adik cakap, "Eh! Tu arah tulis Kem lambaian Danau". Erk..kepala hotak aku pusing sana-sini dan ...ohohoooo..dah nampak...tetiba jer rasa cam pemenang Explorace yang awal sekali tiba ke destinasi ..Pehh!!Hehehhe..Drive lagi dan jumpa kolam satu dan terus drive depan sket..dan nampak ler Bangunan Kem Lambaian Danau...yessss!!!alhamdulillah...sampai gak aku kat situ...

Saat jumpa kak G dan fasi kat KLD...esok aku citer..penat mengarang dan mata aku ni dah kuyu..nak mandi dan solat dan tido...zzzz

Thursday, May 13, 2004

Dialog Cerita PERMATA

Suami isteri yg sedang bergaduh coz sisuami nak kawin no 3. Isteri no 1 tak dapat memberikan dia anak, so dia kawin no 2 dan telah mendapat seorang cahayamata. Sekarang dia nak kahwin no 3.

Suami : Abang nak kawin no 3 ni sbb abang kesian kat dia. Dia anak sulung , banyak tanggungjawab dan adik-adik ramai lagi.
Isteri : Wah! Baiknya laki aku. Kalu camtu, kenapa abang tak kawin ajer dengan makcik depan umah kita yang janda anak 6 tu. Lagi la dapat pahala bang..kerja mulia lagi..


Dialog Cerita RINDU SEMAKIN JAUH

"Kadang-kadang orang nampak kita bahagia tetapi sebenarnya kita memikul derita yang sarat".
"Bahagia orang lain mungkin derita untuk kita dan bahagia kita mungkin derita untuk orang lain".

Dialog 1 aku suka coz dialog yang bersahaja tu telah membuatkan suami dia berfikir atas tujuan apa dia nak kawin 3.
Dialog no 2 aku suka coz aku amat setuju dengan pernyataan tu. Bahagia kita mungkin derita untuk yang lain dan sebaliknya.


Dialog Hati Aku

"Kalau dapat ku undur masa, aku ingin aku remaja selama-lamanya...barulah minda aku tak terbeban dengan soklan2 org dewasa, tak terbeban dgn bil2 dan cerita2 jiwa..arghhh!!Aku perlu rehatkan minda aku...Jom ke KLD ...esok pagi aku bertolak ke sana..Doakan aku selamat pergi dan sampai dan selamat pulang ke Kemaman..Sapa2 yang terserempak dgn aku, jangan malu2 untuk tegur aku di jalan --> WHG4611..hehehe "

Yang pasti aku inginkan bahagia yang kekal sebagaimana semua orang yang mencari bahagia diSini dan diSana...

See you there!!Kem Lambaian Danau....


Wednesday, May 12, 2004

Jenis Darah Refleksi Peribadi

Malam tadi, aku belek2 majalah Remaja dan aku terserempak dengan hantu artikel mengenai darah dan aku amat tertarik utk berkongsi apa yg aku baca dgn semua. Malangnya bila aku nak snap gambo, aku takleh nak clearkan tulisan tu ..dan akhirnya dapatlah picture yg macam nih..



Aku cuma copy utk Darah jenis B. Aku berdarah jenis B ..itupon kalau tak silap aku lah bcos masa blood test tu aku pengsan kat lab..hehhe..tak tahu ler kot darah yg aku amik tu dah campur2 dgn habuk2 kat situ..manalah tahu ia mempengaruhi keputusan jenis darah kat Eldon kad tuh..hehhe..

Darah B

Sempoi! Itulah ungkapan yg paling rapat dgnmu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dlm perhubungan, kamu adalah individu yg terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dlm apa jua perkara. dalam melaksanakan sesuatu tugasan yg diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dgn cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yg kreatif & fleksibel, mudah bagi kamu utk meletakkan diri kamu dlm apa jua situasi mahupon kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yg bijak bersosial. Namun adakalanya sikap kamu yg gemar berdikari & tidak gemar meminta bantuan org lain itu, mampu mendatangkan masalah buat dirimu & sekaligus memperlihatkan kelemahan diri kamu sendiri. Kamu harus ingat , bahawa tak semua perkara kita boleh selesaikannya secara sendirian.

Ada benar dan ada yg tak berapa benar artikel ni dgn attitude aku..

Sunday, May 09, 2004

Aktiviti Hari Cuti

Jumaat - Bangun seawal 5.50 pagi untuk berjogging. Kawan umah temankan sampai padang. Aku jogging, dia naik skuter..Tawaf padang 2x, aku rasa cam nak ting tong dah...Ada sorang makcik tu, aku tanya, "tawaf padang baper kali?". Dia bitaw, "makcik pusing padang 7x ajer..erkk....Huuuhuu..Sungguh mencabar tahap kebolehtawafan aku tu!!

Petang Jumaat - Aku pegi ke bandar cari barang..beli gandum pasal kedai runcit kat taman perumahan aku tu x buka. Cukup2 sempoi aku petang tu. Track bottom dan long sleeve t-shirt with selipar ...hehehhe..Tingat zaman2 masa kat asrama dulu...

Sabtu - Pegi servis tayar kete (alignment+balancing)....kopak gak la RM70.00. Kat bengkel tu, macam-macam aku perati..aku tak tau la kot2 workers kat situ tensen tengok aku..mana tak nya..berpuluh-puluh soklan aku tanya kat diaorang..hehhe...aku ronda-ronda dalam bengkel tu..terberkenan kat satu sport rim tu..RM720.00...fuhhhh...

Supervisor cakap.."Jemputla duduk kat bilik menunggu tu..minum air, baca paper, tgk tv..pastu sedar2 dah siap kete awak ni".
Aku kata,"Saya suka tengok org buat kerja..Boleh tahu jugak sikit2 pasal kete ni".
Dia jawab,"Kalau camtu, awak amik tempat saya lah..jadi mandur..Duduk la kat situ"...dia tunjuk meja dia kat aku. erk!hahahha..padan muka aku...

Masa nak bayar bil service.
Amoi : Eh! Awak penah datang sini ye?
Aku : A'a. Pernah..Kenapa?
Amoi : Awak sekolah lagi kan..Tengah belajar lagi kan?
Aku : Errr..Dulu memang la saya sekolah..Sekarang dah tak sekolah dah..Dah lama kerja.
Amoi : Dah tak sekolah dah ke? Hmmm..
Aku : Kenapa? Nampak cam budak sekolah ke saya ni?
Amoi : Hmmm....heheh..

Aku ni nampak macam budak sekolah ke.....??

Ptg Sabtu- pegi taman rekreasi...Petang tu hati aku rasa sempit jer duduk dalam rumah..minda cam kene kurung..paksa mata suh tido..tak tido jugak..akhirnya aku sampai ke Taman Rekreasi Bakau Tinggi...jalan-jalan kat situ..best gak....kat situ aku snap pics..beli air batu cendol pulut..pastu bagi ikan makan pulut tu...Aku tuang dalam sungai tu air cendul pulut aku.."Aku cuba memberikan karbohidrat, lemak kepada ikan-ikan nih!". Bengang jer kawan aku bila dengar aku bitaw camtu..hahah ....







Saat aku tensen2 gitu..sempat posing huruhara kat Taman Rekreasi.


Thursday, May 06, 2004

HUDA jeles??

Aku belikan Husna baju..Huda tanya mana baju Huda..aku belikan Husna riben baru ..Huda claim barang tu dia punya..aku dukung Husna, Huda sibuk tarik baju aku..aku bagi Husna hug n kisses, Huda sibuk nak dok atas riba aku..Husna dapat tempat baby duduk tu..Huda duduk gak...aku cakap aku sayang Husna dari Huda hehhe..sajer test dia jeles ke tak.., dia sibuk bitaw dia sayang aku sembilan puluh ribu-ribu juta..hahhahaha...aku kata Che Da sayang Husna sembilan ratus ribu-ribu juta..lagi banyakkkk..dia cakap..Huda sayang Che Da besar rumah atok ni! Erkk!!..Camner tu..hahhaha...



HUDA n HUSNA

Inilah 2 org heroin along aku..





















Bila aku mempunyai kesempatan, aku akan ceritakan kerenah heroin2 nih yg kadangkala memeningkan kepala aku..erkk...insya allah aku cerita...

Wednesday, May 05, 2004

Cuti

Hari Jumaat pagi aku balik ke kampung..dan bermula lah cerita cuti2 malaysia aku kat kampung......

Sesampai jer aku kat umah..mak aku dah takder kat umah..dia pegi kelas agama kat masjid dan macam biasa aku memulakan tugas pertama aku kat dapo...huhuuu..balik jer terus pegang periuk...

Anak sedara aku HUSNA dah pandai senyum kat aku..hihiih...best main dengan budak kecik tu...dia suka tengok pokok la yg aku perasan...kepala dia sibuk pusing kanan kiri kalau aku bawak dia turun kat laman umah aku...dan dia tak akan menangis..kagum tengok pokok2 la tu...satu lagi..pantang dengar ayam berbunyi..dia akan diam tetiba..heheh..konpius aku...ke HUSNA yg konpius..heheheh

Sabtu pagi tu, mak aku dan adik2 aku bersiap2 nak ke Losong , Terengganu dan aku menjadi pemandu ke sana...buat2 tahu jalan padahal aku pon tak la konpiden sgt jalan kat situ..Yang best...kitaorg dah sesat kat area Losong tu...padahal umah pengantin area2 tu gak..sib baik isi tangki kete penuh...so, kalu sesat leh makan angin dulu...mak aku dah panik dah..aku rilek jer...aku cakap.."tak thrill la kalu asyik ikut jalan biasa jer..sekali-sekala sesat best gak....hehehhe".....rupa2nya kitaorg dah pusing bukit besar tu satu kali tawaf..hahhahah..last2 jumpa jalan asal jugakkk...sabo jerlah....

Ahad aku stay kat umah..jadi babysitter..jadi driver..jadi pendengar ceramah mak dan ayah aku...isu yg aku tak baper gemor nak dengar...iskk..iskk....isu ni mesti berbangkit tiap kali aku balik kampung....

Isnin ada majlis doa selamat kat umah pakcik aku yg baru kawin tu..hmmm....lagi sekali aku mendengar pertanyaan demi pertanyaan yg aku tak tau jawapan dia apa..lenkali kene pakai earplug la aku rasa...huhh.... And petang tu gak aku bertolak ke Kemaman utk hantar adik aku ke asrama dan aku hantar diri aku ke umah aku kat sana..erkk..betul ke ayat aku nih!!..

Sesampainya aku kat asrama, adik aku bitaw dia tertinggal itu, ini, itu ini..bla bla...erkk...bukan dia jer tertinggal barang..aku pon....waaaaa....apa kan daya..terpaksalah aku balik ke kampung aku petang tu jugak....sabo jer lah....bcos this week aku x balik..next week aku ke Melaka...so..have to lah...

Semalam aku bertolak dari kampung dlm pukul 10 pagi..
sesi kejar mengejar WHG dan lagi satu Wira ..heheheh..tak adalah kejar2 sangat....kalu mak aku tahu ni..mampus den!!..Ada satu area tu semua org dari drive laju tetiba bawak kete slow..WHG dan satu lagi Wira tu masih menten..aik..konpius..konpius..tapi takper..ku teruskan...

sampai kat satu selekoh tu..nampak semua org slow..aik..ada apa ek...hmm..polis trafik tahan org tu...ala-ala road block gitu..takper...aku slowkan WHG ...tetiba....jeng..jeng..jeng....polis tu suh aku ke tepi..aik..aku terpilih ke hari ni..erkk!!
Aku mmg blur..yerlah tak penah2 terpilih..alih2 hari ni terpilih plak...hehhe...

Dialog lebih kurang camnih!

Polis : pat nam sebelas ek?
Aku : Yer saya..
Polis : Awak ni bawak kete laju ni..kat tempat 70 awak bawak lebih banyakk nih!
Aku : Yeke Encik?
Polis : Saya nak saman awak ni ..atas kesalahan memandu melebihi had laju kwsn 70.
Aku : Area mana tu Encik?
Polis : Dekat depan sekolah Rantau Petronas tu..satu kilometer lepas tu...
Aku : Oooo..yeke...hmm kalu saman kene berape encik? Boleh buat rayuan kan ..
Polis : RM 150.00 ..Buat rayuan dapatlah RM110.00
Aku : Oklah kalu camtu..takperlah..
Polis : IC..lesen..
Aku kasi la ic dan lesen aku kat dia..tapi dia x catit apa2 pon..hmmm
Plis : Saya bagitau awak ni..saya akan saman awak atas kesalahan memandu lebih had laju kawasan..Kang awak tak tahu awak disaman atas sebab apa plak kang..
Polis no 2 : Saya cuba tolong awak ..selesaikan kes ni...
Aku : takder resit ke apa ke saya nak refer? saman ni sampai umah saya tak?
Polis : Tak ada...tak akan ada saman sampai umah ..
Aku : Camna saya nak tahu saman saya tu?
Polis : Check kat Internet..
Aku : kat rilek.com.my ke Encik?
Polis : Kat Internet lah..
Polis no 2 : Saya cuba selesaikan hal awak ni..Ok..awak boleh pergi..
Aku : Timer kasih encik..

Lepas tu aku pon blah cepat2..tapi..aku wonder..camner nak tahu saman tu...katakan aku ni buta IT/internet...camna nak check..tanpa resit..tanpa apa2..hmmmm..
Citer kat member umah, dia bitaw maybe polis2 tu cari duit lebih..tapi tak jadi mintak dgn aku..nampak aku lurus semacam jer..hehehhe..kadang2 bagus jugak jadi "lurus" ni..Harap aku jangan la betul saman tu...Poket aku betul2 kontang bulan ni..Peak taim utk financial aku tahun ni!!..saat2 aku akan sambut kelahiran ke........hmm..
Semoga aku terus tabah dalam hidup aku ni....Insya allah...
Sekarang ni aku suka dengar lagu ni..

Hoobastank
"The Reason"


I'm not perfect person
There's many things I wished I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go, that I just want you to know.

I've found a reason for me
To change who I use to be
A reason to start over new
And the reason is you.

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish I could take it all away and be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear

I've found a reason for me
To change who I use to be
A reason to start over new
And the reason is you.

And reason is you. (3X)

I'm not perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I use to be
A reason to start over new
And the reason is you.

And the reason is you.

I found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you.

Thursday, April 29, 2004

Musim

Setiap hari akan terpasang 2 kipas kat bilik aku. Satu kipas siling..satu kipas stand fan..Suhu amat panas...malam2 pun panas...tido tak payah selimut....Rasa2 aku..dah 2 bulan lebih suhu agak tinggi kat kawasan aku duduk nih....Malam tadi..tiba2 aku terkejut dari tido..lebih kurang pukul 3 pagi..opss..amacam bunyi hujan..wah....dah lama tak hujan..rasa sejuk sangat..off stand fan...tido jadi makin best..heheheh..

Musim cuti pun akan bermula minggu depan..cuti sekolah dan ada banyak majlis kahwin...errkk..aku bakal menahan telinga lagi mendengar pertanyaan2 yang aku tak tau nak jawab..huhuhuhu...Kene bersiap sedia dengan skrip nih.... Sabtu ni aku akan menghantar pakcik sepupu aku ke umah isterinya di Kuala Terengganu. Pastu aku akan menghabiskan cuti aku kat kampung sampai hari Selasa. Rabu aku akan mula bekerja. Hmmm..apa aku nak buat masa cuti ek...Jadi babysitter kot..2 org heroin along aku...jadi chef sambilan maybe..jadi photographer sambilan..jadi driver utk ayah aku..jadi ....banyak2 lagi jadi yg boleh jadi, yg aku tak tahu lagi...


Musim sibuk agaknya buat aku this week. Sampai takder masa nak apdet blog..Nak YM pon, tak sempat..sekali sekala jer..Itu pun masa member aku tak pakai pc aku..iskk..iskkk..PC dia problem...banyak pulak Pc problem lately..Semalam..aku operate pc dia..tengok2 rupanya IDE cable dari Floopy x connect ke motherboard...cessss!! patutlah x leh detect A:\ drive. Aku sambung..erkk..rupa2nya cable yg aku pasang terbalik..huhuhuhu...penat tau tak..penat..angkat pc..nak cabut casing pon aku termengah2..siap mintak tolong org tolong cabut casing pc tuh..heheheheh...

Musim geng2 blogger pakai YM baru..Aku pon x terkecuali donload YM Beta version tu...pastu donload lah plak emoticon....hehhe..best gak..tapi x sempat nak explore lagi..bz ...

anyway..esok aku dah setat bercuti...mungkin aku akan merindui dirimu blog aku ni...heheh...SELAMAT BERCUTI dan kepada sesiapa yang memandu..pandulah dengan cermat dan hati2 .....ingatlah orang yang tersayang!! Kerana dalam diam ada yang meyayangimu....eceehhh..hehehhe



Tuesday, April 27, 2004

Aku takder masa nak apdet blog aku ni...masa aku tak cukup..mana pi ntah...kene cari masa aku yg ilang tuh...bila aku jumpa masa aku yang ilang tu..aku apdet lah..fenin akak..ishh.iishhh

Monday, April 26, 2004

Yg ni aku amik dari blog esbestos...heheh..aku sgt tertarik utk paste kat sini..

"I LOVE U" - ilu


Penerangan : Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak
menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu
mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu
'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ...terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu,

Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti
akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.

Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin
tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah
bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata
tu menyapa air mata yg satu lagi,
"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi
telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu,
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja
membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang
begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

Ulasan:

Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu
ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.
Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita
sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai
atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi
sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan
berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk
mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda.
Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu
terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan
courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma
membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba
memenangi) anda selamanya..."

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.
terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi,
mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda
kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.

Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika
anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak
mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang
anda ayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah
memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya,
hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika
dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layakmendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi
oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi
masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Sunday, April 25, 2004

~:Takziah:~

Takziah untuk keluarga seorang sahabat blogger ; ep, diatas kepulangan isterinya ke rahmatullah malam tadi. Al-Fatihah dan semoga roh isteri beliau dicuri rahmat..insya allah..

Ketentuan Ilahi

Jodoh, rezeki ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Andai sudah tersurat ketentuanNya, sesaat pun tidak akan tercepat atau pun terlewat. Berusahalah untuk lima perkara sebelum datang lima perkara.

5 sebelum 5



Wednesday, April 21, 2004

Kebakaran hutan yg sedang berlaku di Terengganu...

Sempat snap gambo masa aku tgh drive ke opis..kelam jer jalan..bahayer utk kenderaan jika tak pasang lampu..

Lenkali aku upload gambo lain..hati sedih jer...penat2 edit..gambo x leh view..gambo corrupt terus...
Gambar

Sakit hati bila gambo yg aku snap x jadi..gelap jer bila malam..sah-sahla tak cukup cahaya...bila snap siang..ok jer..ishh..aku bukan nya seorg potograper yg baik..amatur sangattt...nak edit gambo lagi lahhh...bantai aku jer balance n kasi terang n kontra..last2..most of my pics yg aku edit x leh view..cehh..ampesnyaaa....

lenkali nak amik gambo waktu siang..terang jer mata ..takyah edit dah...ayat sakit ati..heheheh.
Hantu

Pagi tadi opismate aku heboh bercerita pasal hantu yang menggoyangkan tiang bendera di sebuah sekolah di daerah Kemaman ni. Tempat tu macam jadi satu kawasan pesta bila masing2 berkumpul di sana untuk melihat sendiri kebenaran citer tersebut. Dari apa yang diceritakan kepada opismate aku, saksi telah melihat sendiri tiang tersebut seolah2 dibengkokkan dan bergotang-goyang...bila berada dalam keadaan biasa, tiang bendera tersebut macam tiang bendera yang biasa...tegak jer..tanpa bengkok.

Malam tadi pon masih ada yang pergi ke sana untuk melihat sendiri keadaan tiang tersebut. Walaubagaimana pun, ada kalanya tiang tersebut tidak bergoyang...entahlah..mungkin terasa dirinya jadi bahan tontonan..dia malu..agak aku ler...Yang pasti..aku tak mahu menjadi saksi kebenaran citer tersebut kerana aku tak mahu melihat mende2 macam tu..biarlah benar macam mana sekali pun..aku takut makhluk tu ikut sekali balik umah...buatnya "dia" balik sekali ...apa aku nak buat??
ishh..nauzubillah....citer hantu pon aku takut....ini kan pulak hantu dalam dunia realiti...erkk!!

Dengar2 citer..hantu tu dari org yang mati eksiden...tak berani plak aku nak citer lebih2...seriauu...

Sunday, April 18, 2004

Kerana Ridsect

Petang semalam, aku telah membunuh seko lipan yang telah disalah anggap sebagai gonggok oleh member umah aku...dia sembur ridsect untuk bunuh lipas yg ramai kat dapur..Dia nampak lipan tu merayap keluar dari tempat tido dia tapi dia ingatkan ulat gonggok tu..Aku pegi kat situ terkejut badak aku...lipan bukan sais kecik..satu jengkal lebih..aku tak tahu nak buat apa..tapi aku nampak tukul besi tepi tuh...aku amik tukul besi tu dan ketuk lipan tu sampai jadi cam ni..




Lagi 10 perkara

Hari ni post pasal LELAKI yang aku dapat dari emel yg di fwdkan kepada aku.

Lelaki...


1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Yang mana betul amik pengajaran..yang mana tak betul tu..jangan amalkan..baca jer lah ...
DIDO - >> http://www.didomusic.com/main.html
1- Klik Music, White Flag then klik video..

Ni lirik dia..

"White Flag"

I know you think that I shouldn't still love you,
Or tell you that.
But if I didn't say it, well I'd still have felt it
where's the sense in that?

I promise I'm not trying to make your life harder
Or return to where we were

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I know I left too much mess and
destruction to come back again
And I caused nothing but trouble
I understand if you can't talk to me again
And if you live by the rules of "it's over"
then I'm sure that that makes sense

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

And when we meet
Which I'm sure we will
All that was there
Will be there still
I'll let it pass
And hold my tongue
And you will think
That I've moved on....

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be


enjoy it!!...

Saturday, April 17, 2004

Sabtu selepas 100 jam ++ tanpa update

Tergerak hati untuk mencoret sedikit kalimah hari ini selepas aku menyepi 100 jam lebih. Dalam minda aku, bersusun-susun idea yang menunggu untuk diluahkan namun aku tidak tahu dimana harus aku mulakan. Setiap hari banyak perkara yang berlaku dan perkara-perkara yang berlaku adalah terlalu kompleks untuk aku coretkan di sini. Biarlah yang kompleks itu, hati aku ajer yang tahu. Lagipun, aku tidak perlu membebankan pemikiran orang untuk membaca coretan kompleks aku. Yang aku mampu luahkan adalah hanya sekadar coretan namun ikhlas dari hati nurani aku. Betapa amat sukar untuk aku mengerti akan maksud sekeping hati yang luhur. Tiada punca dan petunjuk yang aku perolehi untuk memahaminya. Biarlah..satu masa aku pasti faham lantaran aku tidak betah dengan situasi dan keadaan yang aku hadapi sekarang....namun aku rasa aku amat amat terkesima dengan keadaan yang telah berlaku itu...

Sambil mencoret untuk kesekian kali nya, sambil aku mendengar lagu dari CD yang bertajuk "White Flag" yang dinyanyikan oleh Dido. Hmmm... the 1st few sentences macam ni lebih kurang..."I know you think that I shouldn't still love you I'll tell you that But if I didn't say it Well, I'd still have felt it". Nanti2 lah..aku cuba carikan liriknya..iramanya pon not bad..Boleh la nak layan ...

Semalam aku ke Kuantan selepas aku call adik aku supaya temankan aku. Kadang-kadang aku ni tak tahu jalan nak ke Kuantan..heheh..Memang aku macam tu..lupa jalan yang aku tak biasa sangat lalui. Sampai kat Megamall Kuantan, aku ronda-ronda dalam ruang legar dan eh!...ada PC Fair gak kat sini rupanya. hmmm..Inagtkan kat PWTC KL dan JB jer...alhamdulilahhh..survey harga digicam...dah lama aku mencari-cari yang sesuai dengan budget dan yang terbaik..so far yang aku jumpa aku tak berkenan sangat dengan features yang ada. Jalan-jalan cari makan, aku dan adik aku stop kat depan satu booth tu dan terus makcik salesgirl tu cerita2..mulamula buhsan tapi lama2 dengar cam tertarik pulak..yalah Digicam dual functions as digicam and webcam. 5.0 megapixel dan built in 8MB and dapat free 64mb memori kad. Bukan tu ajer, digicam tu leh record video dan audio sekali..buat movie pon boleh..ada speaker..nak temuramah org senang lah..ada LCD untuk view..apa lagi ekk... Aku tanya macam-macam kat salesgirl tu..sajer jer..nak ramah mesra..hahahah..melupakan kesedihan ...isk iskk.

Dengan 64 MB kad tu, minah cina tu cakap leh amik gambar 100 keping..dia bagi free bateri pulak..dan bagitau bateri tu leh tahan 2 hari kalu aku off bila taknak pakai digicam tu. Ermm...poket aku tahap kering, tapi hati aku memang nak sangat beli mende alah tu bcos I hv been looking 4 it since last month. Aku tanya adik aku, dia cakap..half-half ok gak..Ishh..aku kalu buleh nak jadikan digicam tu asset no 2 aku selepas asset pertama kete aku. Alhamdulillah aku berjaya memiliki digicam tu and I really love it.

Dah dekat waktu solat Jumaat, adik aku kene balik umah dia pulak. So dia drv WHG, aku pulak snap gambar macam2 all the way to his house. nanti aku tunjukkan gambar2 yang aku amik.. Sampaikan gambar kete kancil makcik yang dok bersesak dalam jammed pon aku amik..hahhahah..mesti konpius makcik tu..lantaklah...bukan buat super imposed pon...Aku terus ke office lepas hantar adik aku.. Bukan apa, nak try guna webcam cam minah cina tu cakap. Kang kalu takleh guna as webcam, aku leh pegi tukar..haahha...tukar baru...aku really need something new in my life ..melupakan pengalaman..buleh ke camtu??. Mula-mula guna digicam tu, aku taktau nak buat camner nak suh dia fungsi as webcam..Tercangak-cangak la baca manual..sib baik dia kasi manual dalam bahser yang aku faham..buatnya dia kasi manual cam pes taim aku beli henpon Siemen dulu, manual ikut bahser German..mana aku faham..Main belasah jerlah explore sendiri fungsi2 yang ada kat henpon tuh..hehheh..pengalaman betul..Kenapa hidup aku ni banyak pengalaman ek??macam-macam pengalaman...malam tadi member aku ajak pegi Pizza Hut..terkial-kial nak order mende apa..aku pulak..suka tanya banyak2 kat waitress tu..hahha..last2 kitaorang order Pizza yg kecik tu Chicken Supreme rasanya nama dia..Ada sup tu, garlic bread..Hot choc..woohh..best ooo hot choc tu..mug kecik jer RM2.50..erkk..sempat bisik kat member..kalu beli Milo, leh dapat banyak mug dapat utk hot choc ni..hehhe..sempat gak bergambar guna my new toy..hehhe..Kenapa lah aku takleh stay dalam umah jer rasa lately..rasa minda aku sempit..sesempit laluan ke hati aku sekarang...Sib baik laluan ke jantung ok lagi...Alhamdulillah..Aku masih alive dan aku perlu survive...


Nampak tak mug kecik tu..hot choc tu besttt..

to my adik : Dah beli dah digicam..by next week, insya allah akak amik gambar as per requested..ok babe??

Tuesday, April 13, 2004

Patutla

Pagi tadi aku pulang ke kampung dan pulang ke pejabat dlm masa 3 jam. Aku bernasib baik baik kerana ada pesaing di jalan raya yang memaksa aku memecut 130km sejam..Heheh Best jugak rupanya bersaing secara "sihat" di laluan awam nih.... So,cepat la aku sampai...Alhamdulillah aku sampai umah dan balik ke opis dengan selamatt...

Selesai segala kerja aku yang patut aku setelkan kat kampung, aku drive ke opis..jugak pada pecutan yg lebih kurang dengan pecutan masa aku balik tadi...kalu mak aku tahu nih..mampus aku kene syaarahan free tujuh lapan sesi..heheh

Sesampainya aku kat jalan baru tu, barulah aku tahu..."oooooooooo..patutla panas semacam jer negara belah sini patlima menjak nih", ada kebakaran hutan..kawasan yg terbakar agak luas..semalam ada accident tujuh lapan kete pasal jalan kabur dan kelam dengan asap.

Tadi masa balik kampung jalan tu ditutup..ramai pak polisi dgn jpj kat situ. Kaki aku pon rasa cam nak krem ..dekat 45 min tadi dok bersesak-sesak dgn kete, lori, etc...aku dah setat rasa boring..pasang lagu..layan lagu...bukak sket cermin kete..kang ada plak aku sesak napeh dlm kete kang..since masih pagi..aku malas nak on ekon tuh..kot ada yg perati gelagat aku tgh bosan tadi tak tau la pulak aku...lantak la..aku punya suka la...malunya aku...kalau ada yg nampak kepala aku dok ikut lengguk lagu.....erkk

Ok..get back to patutla panas....Hutan tu agak aku dah 4 hari terbakar..sejak dari aku hantar adik aku lagi....waduh..waduh..kot cenggitu ya...patutla langit kelam...rasa panasss jek malam2...rupa2nya ada kebakaran hutan..and aku rasa sampai skrg pon still lagi terbakau...mmg jadi black forest la...heheheh

HUSNA dah pandai senyum kat aku..yeyeyye..seronoknya..tak sabau nak snap gambo nak kasi kat nko dik....sajer nak bagi jelesss..kehkehkehhh

10 AMALAN YANG TERBALIK

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Sunday, April 11, 2004

Naper aku susah betoi nak post msg kat flooble tu ek...ishhhh..nak respond pon susah...


Adik aku "terbang"

Petang Khamis adik aku tetiba muncul depan opis aku. Rupa2nya dia telah keluar tanpa kebenaran dari warden. Hasrat awal aku untuk "kutip" dia kat asrama tak jadi.. Dia "kutip" aku pulak kat opis. Masuk ajer kete, aku tak kata apa2 bcos dia dah cakap awal2 dia keluar tanpa izin warden. Tapi agak lama dlm kete aku setat syarahan mukadimah aku kat dia. Dia diam..Maybe terasa jugak kebenaran syarahan aku.

Sampai umah kat kampung dia dah awal2 bagitau aku..jgn bagitau kat mak ayah yg dia "fly" dari asrama...masa mak tanya dia kul brape K** T**i amik kat hostel, dia senyum ajer...pastu main isyarat mata plak dgn aku..hehhe..gasak ko adik...sat lagi ko mesti bagitau gak...aku paham sangat..heheh..

Alih2 lepas solat Magrib bunyi mak aku bising2 kat ruang tamu..hah! kan aku dah cakap..mesti bagitau nya lah...tak baik tipu mak kan..heheh...Agak aku lah ..mesti pressure gila rasa bila tipu mak..pastu dia rasa lagi pressure plak bila mak, ayah, akak aku..dok prong preng kat dia...hambik...kan cakap awal2..kalau akak kata nak amik kat hostel...jgn pandai2 nak "fly"...lenkali amik ikhtibar...

Ptg Sabtu aku bertolak awal dari kampung. Dengan harapan adik aku boleh masuk balik hostel tanpa dikesan oleh sesapa..termasuk pak guard dan warden Aku x fhm naper dia tak suka betul kat pak guard tu..emphh. Pusing2 bandar..tak jumpa sorg umat pon yg dari hostel dia..baik yg pakai baju asrama ke hapa ke....adeh!! adik aku dah blur...mmg blur..dgn aku blur..tapi aku kene tunjuk aku lagi terrorist dari dia supaya dia percaya kat aku yg aku bleh setel prob dia. Dia suh aku hantar dia gi sekolah esok pagi..Ok..dgn plan dia..aku kira ok ajer..siap gi beli baju sekolah baru lagi..Kiranya dia tido umah aku lah..

Magrib tu, aku call umah nak bagitau yg aku dah sampai Kemaman. Ayah tanya "Hantar adik kul bape?"..Aku dok erk erkk erkk..takleh tipu..aku tak pandai..Aku citer yg sebenar..Mak aku plak call and kasi order lagi "hantar adik ke hostel lepas Magrib..macamana2 pon..titik". heheh..Panglima dah kasi order daa..aku takleh elak..kang kene pancung lak..heheh...Aku plak kasi order kat adik aku "By hook by crook..Pasnih ko mmg kene balik hostel. Mak suh jugak ". Mak siap cek point lagi half an hour after that..heheh dia takut aku tak hantar adik aku..kwang kwang kwanggg..

Aku gi jumpa warden dia..kira boleh tolerate gak la..insya allah adik aku ok jer..Malam2 jalan kat hostel boys..hantar adik..tingat citer lama kat MRS*KT..hehhe..lenkali aku citer...my beloved school..


Being a chef for last 2 days

Mak sakit..akak sakit...aku sihat..so..aku jadi chef..adeh...penat wooo...Aku takmo bukak gerai makan..penat..aku takleh jadi doktor..takut darah...heheh..cita2 lama. Yang seronok..aku leh masak apa yg aku suka. Yang tak seronok..masakan aku tak cukup rasa dan terlebih rasa...ada jadi masin..ada jadi tawar..aku rasa garam kat umah aku tu rasa masin dia tak rata arrrr..heheh...takper2..lenkali balik beli garam baru...hihihi...tukang kritik ramai plak...takper..aku redha...dugaannnnnnnn...

To adik kat Egy*t : Still cari digicam yg seshuai dgn budget..sabo yekkk!

Tuesday, April 06, 2004

Wishing Stairs

Malam tadi, aku dan housemates aku lepak-lepak depan pc bcos nak tengok movie tu.. Dah 3 hari cd tu lepak kat umah aku. Kitaorg ingat nak tgh movie tu taim waktu siang..tapi minggu ni dan maybe minggu depan, aku akan bz..so kitaorg tak prefer tgk movie antu tuh waktu malam. Memandangkan malam tadi ada sikit waktu free, so, memasing dgn bantal sorang satu dan duduk dekat2..heheh..movie tak setat lagi..takut jer yg lebih..hahhahah...

CD 1 quite boring and ada sket2 scene yg buat kitaorg almost menjerit histeria.....memasing bukan bukak mata luas2..tapi pakat2 intai monitor pc dari celah jari..dari belakang tangan..aku plak intai dari celahan kain bantal yg jarang2 tuh..eheheh...Tgk gaya masing2..aku gelak..kuat2...Citer tu scene dia byk waktu mlm..keadaan suram.tgk kaler background pon rasa semacam...Takut punya pasal tapi still nak tgk jugak...Kitaorg..mula2 slowkan suara..pastu still rasa ngeri..so..kitaorg mute kan pulak suara movie tu..ahakss...kawan aku cakap, "Apa jadahnya tgk movie bisu nih?"...Aku tak kira..Nak tgk tapi takut..hah..jadilah cam tadi...tgk movie bisu..

Dah bisu..rasa takut lagi..skrin monitor tu besar sangat..ishh..takleh jadi..kang ada yg tak tido malam plak nih..so, kecikkan saiz skrin tu..jadik satu perempat jer dari full skrin..heheheh...Pastu aku suggest.."Apa kata kita on radio plak...tak la rasa ngeri bila tgk movie dlm keadaan bisu nih.."..cesstttt.....hahahah.....
Tetiba terkeluar scene budak pompuan tu tergolek..darah bercecer..banyak..erkk...semua jerit..and semua tutup mata...aku tak terkecuali..pastu pakat2 tanya..dah abis belom scene tu...(Mana nak tahu..semua pakat tutup mata...adehhh).

Masuk CD 2, aku rasa kalu aku teruskan gaktgk movie tu..aku tak akan dapat tido..aku nak peluk sapa kalu aku takut??..hehhehehe.. Kalau depan pc tu leh gak dok himpit2 sama sendiri..kat bilik aku?? Mati katak aku...Sib baik..kat bilik aku ada banyakkkk bantal peluk aku.. ;). Tetiba..jeng jeng jeng..ada kawan call..fuhh..slamat aku dari tgk CD2.. abis end call, aku ingat nak gi jenguk2 apa h/mate aku buat..kot la sambung balik tgk movie tu..rupa2nya diaorg dah bukak CD Hindustan..la haiiiii...tak buleh tgk gak ek..sama cam aku...heheeh

Moral of the stori : Jangan tgk citer seram kalu rasa diri penakut....kalu nak tgk jugak..buatla mcm aku buat...Mute kan sound...kecikkan skrin...lagi rasa tak takut kalu on radio masa mute movie tu..hehehehhe


Ni cover cd tu


Monday, April 05, 2004

Mei

Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggi, permikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.

Adakah aku mempunyai sifat2 yang tersenarai??? hmmm....
Hatiku lega

Aku memendam rasa utk pat lima hari ni..until this afternoon baru rasa release jer..Org yg aku sayang kene dimasukkan ke wad atas sebab2 kesihatan. semalam masuk wad. Pagi tadi masuk bilik treatment..Two hours after that org tu call aku bagitau dia ok jer..alhamdulillah..ok..aku tak boleh elaborate byk2 psl org tu atas sebab2 yg telah dipersetujui bersama. BTW, org tu bukanlah insan berlainan cas yer..satu cas jugak dgn aku..hehhehe..syyyyyyyyyy...Yang pasti..hati aku dah tak risau lagi...alhamdulillahhhhhhhh..


And bcos of that matter, pagi tadi aku cuba menyibukkan diri aku yg sibuk jugak lah hari ni..pura2 bz..n kurang bercakap...hati gusar beb...and aku jadi emo plak tadi..it's ok..sib baik takder plak opismate aku buat lawak kureng dgn aku..biasalah..org tgh emo ni..cepat melenting..aku so far leh ctrl lagi..ok lah ..cuma didih sket kat dalam..taim aku risau..serabut..ada plak yg tanya itu ini..tanya soklan yg lelebih kurang...kot aku menjawab kang..senyap sampai sudah..hahhaha..so..aku kunci kan mulut aku..supaya mulut aku tak terbabas cakap keluar dari landasan ..keh kehhh..yg tu citer tadi..citer skrg adalah..aku dah back to normal..

Buku Citer

Semalam aku sambung baca buku citer yg aku pinjam kat kawan aku. Sedihnya citer tu sampai boleh buat empangan air mata aku pecah..tak la bederai ..cuma kene lap2 ayaq mata gitu...dialog yg paling best setakat aku baca :
"Semua ini takdir, kalau dah tersurat, kita tak boleh nak mengelak. Ini adalah ujian untuk kita dan mesti ada hikmah atas apa yang berlaku".

Physically that lady tu lawa, kaya (bukan takat kaya jer..tapi kaya gila2 punya kaya), sopan santun, lemah lembut..all those +ve attitude..dan yg aku paling moskel..dia tak pakai tudung, quite seksi..peluk2 gak dgn pakwe dia..tapi solat sunat n tahajud dia tak plak tinggal ...camna tu ek..setau aku kalau kita jaga solat..solat akan jaga kita dari melakukan perkara2 yang tak elok..tapi yg tu...hmm...ntahla...aku akan sambung baca buku tu lagi malam ni..harap2nya aku tak emo lagi bila baca buku tuh...

Kenapa bila aku serabut jer, aku akan makan banyak..eeiiii...susah tul la aku nak faham diri aku nih!!!

Sunday, April 04, 2004

Tetiba aku rasa cam nak paste something yg aku dpt dari emel yg kwn aku fwd kat aku.



Something about PENYU....I like it!!!Nice word huh!! ;)
Aku SaKIT aTi PaSAl TaKbLEH nAK lETAk dONEEH DGN UBaH sKET2 ApA2 Yg AKU nAk uBaH..dAHLa Pc AkU PeKAK..rase CAm GeRrrrramm
Kat Umah

Hari Jumaat aku balik kampung, tak sabar2 rasanya nak peluk cium anak aku sedara aku si HUSNA. wahh..sudah besar budak itu..dah pandai main mata rupa2 nya...jeling2 aku..heheh..kuat "menyanyi" malam2 hari..Punyala ralit main dengan dia sampai aku terlupa si kakak HUDA..erkk..mak aku cakap.."hamboi..hamboi..dah ada yg baru..yg lama lupa yer.."..heheh..sori HUDA..Che Da terkelupaan japs..eheheh..Alahhh..dia takder pon kat umah masa aku balik kampung..Dia balik umah TokWan dia kat Kerteh dgn abah dia..

Balik aja dari umah TokWan dia, sibuk dia cari aku..peluk aku...(kan ke best kalu anak aku buat camtu..ahahhaha)...banyak sgt dia celoteh..citer itu..citer ini kat aku...adeh!!..kadang-kadang penat jugak..sampai ada masanya aku buat2 derk jer apa dia cakap..tak larat nak sampuk dik oii...Cakap dia macam org tua2...bila bercakap siap ada ekspresi mata lagi tu..adehhh....macam2 la...

Malam tu dia beria2 ajak aku tolong ajarkan dia buat keja sekolah dia..Ahhaaa..mmg la tolong..tolong dia siapkan kerja dia..Sapa yg kene buat??? Mak sedara niii jugak..Kesian jugak..aku tolong sket2 jer..kang yang pandai nya akuuu jugak..anak sedara aku..tak pandai2..susah tu..Sudahnya aku tutup buku dia..bcos dia dah mengantuk sangat..Letih bermain dgn sepupu dia kat umah TokWan dia agaknya..Org tepon nak cakap dgn dia pon, dia dah tak mau cakap dah..Padahal..biasanya kalu tepon bunyi ajer..dia adalah org yg pertama angkat tepon..sian dia...

HUDA terjatuh masa berlari dgn Che Su sampai melecet bahu..kitaorg cakap "HUDA dah ada pangkat..sarjen kot.."heheh..sian anak sedara aku...Dia ngadu "CheDa ...Huda luka kat sini..kat situ..kat bibir...banyak luka...tapi tak sakit". Dia ni lebih berani berbanding adik aku dan tak takut makan ubat..Tak macam mak sedara dia..ehehhehe...ubat adalah bende terakhir aku akan cari..bila aku sakit..Byk dadah tuuu...ayat cover beb!!hehehe..