Tuesday, May 18, 2004

Kisah perjalanan aku dari Kemaman ke KLD akan aku tulis dlm banyak cerita memandangkan banyak sangat peristiwa yang berlaku dari satu tempat ke satu tempat.

1- Kisah hari Jumaat dan sesat
2- Saat Di Kem Lambaian Danau
3- Peristiwa di KLD dan menarik hati aku
4- Pengajaran yang aku dapat di KLD
5- Suka duka di KLD


Jumaat

Aku bangkit dari tido seawal pukul 6.00 pagi dan setelah menyegarkan badan dan bersolat, aku mengemaskan apa yang patut aku bawa ke percutian aku selama 2 hari 2 malam. Cukup dengan sesuap murtabak ayam yg aku beli semalam dan setengah mug air teh panas, aku bingkas memanaskan enjin kereta aku, si WHG. Aku periksa apa2 yang patut kat WHG coz ia akan aku gunakan untuk ke satu tempat yang agak jauh, non stop moving for 5 hrs. Hati aku amat ceria sbb dah lama aku tak jalan2. Dalam fikiran aku aku cuba membayangkan keadaan dan situasi yg akan aku hadapi di sana. Asyik sangat membayangkan itu ini, akhirnya setelah 20 minit memandu, aku dapati aku tertinggal kasut sukan aku kat umah sewa. Aduh! Macam mana ni...malas nak pusing balik, tapi aku terpaksa jugak patah balik, kalau tak aku kene pakai kasut high heel aku yg berlambak kat dlm bonet WHG utk aktiviti riadah...heheh..tak mau aku!! Sesudah amik adik aku kat Balok Kuantan, kami berdua ke ke Pusat Memandu Cermat Beserah utk berjumpa dgn salah seorg peserta kem yg akan ke KLD pada malam tu menaiki bas. Dia tak dpt menumpang WHG coz dia kerja hari Jumaat sampai kul 5.00 ptg. Aku lebih suka kenalkan dia sebagai Fizik walaupun nama asalnya bermaksud "Mataku = Aini". Kenapa Fizik? heheh...rahsia kami sahajer...Adik aku juga mengalami masalah yg sama dengan aku pagi tu coz dia pon tertinggal barang2 yg lebih penting lagi ; wallet dan handphone..semua fenin dua beradik ni gamaknya..dia pon patah balik umah dia sementara aku berborak dengan Fizik..berkenal-kenalan dengan Fizik..hmm..not bad..aku rasa boleh get along dengan dia...kan farihah kan...aku betul2 tak boleh lupa dialog budak Fizik masa ada org mintak selotep kat khemah tu...Aku juga sempat berjumpa dengan sesaper511 kat Megamall Kuantan. Alhamdulillah , akhirnya dia pegi jugak ke KLD. Tepat pukul 1.15 tgh hari, aku dan adik bertolak memulakan perjalanan ke Tangkak dengan berpandukan peta2 dan arahtuju yg aku print dari blog Kak G. Bergilir2 memandu dengan adik dan kami berhenti di Hentian Segamat. Aku nak luahkan sikit rasa tak puas hati aku pasal R & R situ. Bilik air yg takder air dan makan sambil ditemani lalat2 yang berterbangan ke sana ke mari dengan riang gembiranya. Cestt!! Nasi goreng ala2 siram minyak tu...erkk..ilang selera aku dan sudahnya aku makan sikit ajer..Kemudian kami mencari masjid utk solat memandangkan surau yang kami singgah kali pertama,Surau Kg Tasek Gemereh, Segamat; bahagian utk muslimah sudah dikunci. Akhirnya kami berhenti menyejukkan badan dan solat di Masjid Jamek Bukit Tunggal.

Jumaat di Tangkak

Setelah memandu selama hampir 3 jam, aku pon sampai ke Tangkak, Johor dgn berpandukan peta dan guideline yg Kak G berikan. Aku bercadang utk ke Kg Chinchin bersama2 para peserta yg datang awal so aku tunggu ketibaan mereka dengan sabar dan ceria walaupun aku rasa amat penat. Aku dan adik cuba ke Melaka walaupun pada hakikatnya dua2 beradik ni buta jalan dan tak tahu langsung arah tujuan ke Melaka. Cuma aku rasa selamat coz aku dah isi tangki WHG sepenuh2nya masa kat Kuantan..Berpatah balik ke Tangkak setelah kami sedar yg jalan yg aku lalui tu menuju ke Muar bukan ke Melaka seprti yg kami sangka. Seorang sahabat GJ telah menyuruh aku terus ke Kem lambaian Danau supaya aku boleh berehat disamping memudahkan perjalanan aku sementara hari masih cerah. Namun, aku cuba utk menunggu peserta yg awal tapi atas sebab yg tak dpt dielakkan aku dan adik aku terpaksa bertolak dulu ke KLD...Aku memunaikan solat di Masjid di simpang trafik lite no 3..Aku terlupa utk mencatit namanya. Cantik masjid tu dan aku amat suka dengan persekitarannya. Aku dan adik meneruskan perjalanan ke KLD dan pada erkiraan aku, aku dan adik sudah sesat coz dah lama memandu tapi masih tak jumpa Balai Polis Chinchin. Akhirnya jumpa satu tanda arah "Kem Lambaian Danau" tepi simpang 3 lepas Balai Polis Chinchin. Alhamdulillah jumpa satu arah ni..tak sesat dah rasanya..aku drive along simpang tu till aku jumpa Loji Air.."Erk!! Jalan mati ke!" Dalam pekat malam tu yg aku nampak cuma cahaya lampu WHG dan tiada tanda langsung menunjukkan arah ke KLD. Aku call seorang sahabat dan bertanyakan arah. Dia minta aku teruskan perjalanan aku along that lane...kecik sungguh laluan tu..cukup2 utk satu kete jer..makin ikut lorong tu, makin gelap suasana sekeliling..kalau suh reverse, rasanya tak ter"reverse" WHG kat situ..tapi sahabat minta aku teruskan memandu ikut jalan tu jugak...kedegilan aku utk tidak ke KLD semasa suasana hari masih cerah menyebabkan aku mendapat "ceramah" pree dari sahabat..maaf yer..akak memang camni..heheh..sori boss . Aku kata kat adik, "patutla blog kak G bertajuk "Dari Hutan Ini" , rupa2nya mmg benar sekali"..terasa sangat memandu dalam hutan gelap pekat masa tu. Sib baik bawak adik, kalu aku sensorang rasanya dah menagis kat situ. Adik bertanya pada seorg penunggang motosikal yg lalu dan hamba allah tu telah senang hati memberikan petunjuk jalan kepada kami. Terima kasih..budimu ku kenang..Pada satu hujung jalan, aku jumpa satu simpang T yg sebelah kirinya tak nampak langsung kewujudan KLD atau penempatan penduduk. Lagi sekali aku tergumam.. Blur..mmg blur..tetiba adik cakap, "Eh! Tu arah tulis Kem lambaian Danau". Erk..kepala hotak aku pusing sana-sini dan ...ohohoooo..dah nampak...tetiba jer rasa cam pemenang Explorace yang awal sekali tiba ke destinasi ..Pehh!!Hehehhe..Drive lagi dan jumpa kolam satu dan terus drive depan sket..dan nampak ler Bangunan Kem Lambaian Danau...yessss!!!alhamdulillah...sampai gak aku kat situ...

Saat jumpa kak G dan fasi kat KLD...esok aku citer..penat mengarang dan mata aku ni dah kuyu..nak mandi dan solat dan tido...zzzz

Thursday, May 13, 2004

Dialog Cerita PERMATA

Suami isteri yg sedang bergaduh coz sisuami nak kawin no 3. Isteri no 1 tak dapat memberikan dia anak, so dia kawin no 2 dan telah mendapat seorang cahayamata. Sekarang dia nak kahwin no 3.

Suami : Abang nak kawin no 3 ni sbb abang kesian kat dia. Dia anak sulung , banyak tanggungjawab dan adik-adik ramai lagi.
Isteri : Wah! Baiknya laki aku. Kalu camtu, kenapa abang tak kawin ajer dengan makcik depan umah kita yang janda anak 6 tu. Lagi la dapat pahala bang..kerja mulia lagi..


Dialog Cerita RINDU SEMAKIN JAUH

"Kadang-kadang orang nampak kita bahagia tetapi sebenarnya kita memikul derita yang sarat".
"Bahagia orang lain mungkin derita untuk kita dan bahagia kita mungkin derita untuk orang lain".

Dialog 1 aku suka coz dialog yang bersahaja tu telah membuatkan suami dia berfikir atas tujuan apa dia nak kawin 3.
Dialog no 2 aku suka coz aku amat setuju dengan pernyataan tu. Bahagia kita mungkin derita untuk yang lain dan sebaliknya.


Dialog Hati Aku

"Kalau dapat ku undur masa, aku ingin aku remaja selama-lamanya...barulah minda aku tak terbeban dengan soklan2 org dewasa, tak terbeban dgn bil2 dan cerita2 jiwa..arghhh!!Aku perlu rehatkan minda aku...Jom ke KLD ...esok pagi aku bertolak ke sana..Doakan aku selamat pergi dan sampai dan selamat pulang ke Kemaman..Sapa2 yang terserempak dgn aku, jangan malu2 untuk tegur aku di jalan --> WHG4611..hehehe "

Yang pasti aku inginkan bahagia yang kekal sebagaimana semua orang yang mencari bahagia diSini dan diSana...

See you there!!Kem Lambaian Danau....


Wednesday, May 12, 2004

Jenis Darah Refleksi Peribadi

Malam tadi, aku belek2 majalah Remaja dan aku terserempak dengan hantu artikel mengenai darah dan aku amat tertarik utk berkongsi apa yg aku baca dgn semua. Malangnya bila aku nak snap gambo, aku takleh nak clearkan tulisan tu ..dan akhirnya dapatlah picture yg macam nih..



Aku cuma copy utk Darah jenis B. Aku berdarah jenis B ..itupon kalau tak silap aku lah bcos masa blood test tu aku pengsan kat lab..hehhe..tak tahu ler kot darah yg aku amik tu dah campur2 dgn habuk2 kat situ..manalah tahu ia mempengaruhi keputusan jenis darah kat Eldon kad tuh..hehhe..

Darah B

Sempoi! Itulah ungkapan yg paling rapat dgnmu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dlm perhubungan, kamu adalah individu yg terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dlm apa jua perkara. dalam melaksanakan sesuatu tugasan yg diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dgn cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yg kreatif & fleksibel, mudah bagi kamu utk meletakkan diri kamu dlm apa jua situasi mahupon kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yg bijak bersosial. Namun adakalanya sikap kamu yg gemar berdikari & tidak gemar meminta bantuan org lain itu, mampu mendatangkan masalah buat dirimu & sekaligus memperlihatkan kelemahan diri kamu sendiri. Kamu harus ingat , bahawa tak semua perkara kita boleh selesaikannya secara sendirian.

Ada benar dan ada yg tak berapa benar artikel ni dgn attitude aku..

Sunday, May 09, 2004

Aktiviti Hari Cuti

Jumaat - Bangun seawal 5.50 pagi untuk berjogging. Kawan umah temankan sampai padang. Aku jogging, dia naik skuter..Tawaf padang 2x, aku rasa cam nak ting tong dah...Ada sorang makcik tu, aku tanya, "tawaf padang baper kali?". Dia bitaw, "makcik pusing padang 7x ajer..erkk....Huuuhuu..Sungguh mencabar tahap kebolehtawafan aku tu!!

Petang Jumaat - Aku pegi ke bandar cari barang..beli gandum pasal kedai runcit kat taman perumahan aku tu x buka. Cukup2 sempoi aku petang tu. Track bottom dan long sleeve t-shirt with selipar ...hehehhe..Tingat zaman2 masa kat asrama dulu...

Sabtu - Pegi servis tayar kete (alignment+balancing)....kopak gak la RM70.00. Kat bengkel tu, macam-macam aku perati..aku tak tau la kot2 workers kat situ tensen tengok aku..mana tak nya..berpuluh-puluh soklan aku tanya kat diaorang..hehhe...aku ronda-ronda dalam bengkel tu..terberkenan kat satu sport rim tu..RM720.00...fuhhhh...

Supervisor cakap.."Jemputla duduk kat bilik menunggu tu..minum air, baca paper, tgk tv..pastu sedar2 dah siap kete awak ni".
Aku kata,"Saya suka tengok org buat kerja..Boleh tahu jugak sikit2 pasal kete ni".
Dia jawab,"Kalau camtu, awak amik tempat saya lah..jadi mandur..Duduk la kat situ"...dia tunjuk meja dia kat aku. erk!hahahha..padan muka aku...

Masa nak bayar bil service.
Amoi : Eh! Awak penah datang sini ye?
Aku : A'a. Pernah..Kenapa?
Amoi : Awak sekolah lagi kan..Tengah belajar lagi kan?
Aku : Errr..Dulu memang la saya sekolah..Sekarang dah tak sekolah dah..Dah lama kerja.
Amoi : Dah tak sekolah dah ke? Hmmm..
Aku : Kenapa? Nampak cam budak sekolah ke saya ni?
Amoi : Hmmm....heheh..

Aku ni nampak macam budak sekolah ke.....??

Ptg Sabtu- pegi taman rekreasi...Petang tu hati aku rasa sempit jer duduk dalam rumah..minda cam kene kurung..paksa mata suh tido..tak tido jugak..akhirnya aku sampai ke Taman Rekreasi Bakau Tinggi...jalan-jalan kat situ..best gak....kat situ aku snap pics..beli air batu cendol pulut..pastu bagi ikan makan pulut tu...Aku tuang dalam sungai tu air cendul pulut aku.."Aku cuba memberikan karbohidrat, lemak kepada ikan-ikan nih!". Bengang jer kawan aku bila dengar aku bitaw camtu..hahah ....







Saat aku tensen2 gitu..sempat posing huruhara kat Taman Rekreasi.


Thursday, May 06, 2004

HUDA jeles??

Aku belikan Husna baju..Huda tanya mana baju Huda..aku belikan Husna riben baru ..Huda claim barang tu dia punya..aku dukung Husna, Huda sibuk tarik baju aku..aku bagi Husna hug n kisses, Huda sibuk nak dok atas riba aku..Husna dapat tempat baby duduk tu..Huda duduk gak...aku cakap aku sayang Husna dari Huda hehhe..sajer test dia jeles ke tak.., dia sibuk bitaw dia sayang aku sembilan puluh ribu-ribu juta..hahhahaha...aku kata Che Da sayang Husna sembilan ratus ribu-ribu juta..lagi banyakkkk..dia cakap..Huda sayang Che Da besar rumah atok ni! Erkk!!..Camner tu..hahhaha...



HUDA n HUSNA

Inilah 2 org heroin along aku..





















Bila aku mempunyai kesempatan, aku akan ceritakan kerenah heroin2 nih yg kadangkala memeningkan kepala aku..erkk...insya allah aku cerita...

Wednesday, May 05, 2004

Cuti

Hari Jumaat pagi aku balik ke kampung..dan bermula lah cerita cuti2 malaysia aku kat kampung......

Sesampai jer aku kat umah..mak aku dah takder kat umah..dia pegi kelas agama kat masjid dan macam biasa aku memulakan tugas pertama aku kat dapo...huhuuu..balik jer terus pegang periuk...

Anak sedara aku HUSNA dah pandai senyum kat aku..hihiih...best main dengan budak kecik tu...dia suka tengok pokok la yg aku perasan...kepala dia sibuk pusing kanan kiri kalau aku bawak dia turun kat laman umah aku...dan dia tak akan menangis..kagum tengok pokok2 la tu...satu lagi..pantang dengar ayam berbunyi..dia akan diam tetiba..heheh..konpius aku...ke HUSNA yg konpius..heheheh

Sabtu pagi tu, mak aku dan adik2 aku bersiap2 nak ke Losong , Terengganu dan aku menjadi pemandu ke sana...buat2 tahu jalan padahal aku pon tak la konpiden sgt jalan kat situ..Yang best...kitaorg dah sesat kat area Losong tu...padahal umah pengantin area2 tu gak..sib baik isi tangki kete penuh...so, kalu sesat leh makan angin dulu...mak aku dah panik dah..aku rilek jer...aku cakap.."tak thrill la kalu asyik ikut jalan biasa jer..sekali-sekala sesat best gak....hehehhe".....rupa2nya kitaorg dah pusing bukit besar tu satu kali tawaf..hahhahah..last2 jumpa jalan asal jugakkk...sabo jerlah....

Ahad aku stay kat umah..jadi babysitter..jadi driver..jadi pendengar ceramah mak dan ayah aku...isu yg aku tak baper gemor nak dengar...iskk..iskk....isu ni mesti berbangkit tiap kali aku balik kampung....

Isnin ada majlis doa selamat kat umah pakcik aku yg baru kawin tu..hmmm....lagi sekali aku mendengar pertanyaan demi pertanyaan yg aku tak tau jawapan dia apa..lenkali kene pakai earplug la aku rasa...huhh.... And petang tu gak aku bertolak ke Kemaman utk hantar adik aku ke asrama dan aku hantar diri aku ke umah aku kat sana..erkk..betul ke ayat aku nih!!..

Sesampainya aku kat asrama, adik aku bitaw dia tertinggal itu, ini, itu ini..bla bla...erkk...bukan dia jer tertinggal barang..aku pon....waaaaa....apa kan daya..terpaksalah aku balik ke kampung aku petang tu jugak....sabo jer lah....bcos this week aku x balik..next week aku ke Melaka...so..have to lah...

Semalam aku bertolak dari kampung dlm pukul 10 pagi..
sesi kejar mengejar WHG dan lagi satu Wira ..heheheh..tak adalah kejar2 sangat....kalu mak aku tahu ni..mampus den!!..Ada satu area tu semua org dari drive laju tetiba bawak kete slow..WHG dan satu lagi Wira tu masih menten..aik..konpius..konpius..tapi takper..ku teruskan...

sampai kat satu selekoh tu..nampak semua org slow..aik..ada apa ek...hmm..polis trafik tahan org tu...ala-ala road block gitu..takper...aku slowkan WHG ...tetiba....jeng..jeng..jeng....polis tu suh aku ke tepi..aik..aku terpilih ke hari ni..erkk!!
Aku mmg blur..yerlah tak penah2 terpilih..alih2 hari ni terpilih plak...hehhe...

Dialog lebih kurang camnih!

Polis : pat nam sebelas ek?
Aku : Yer saya..
Polis : Awak ni bawak kete laju ni..kat tempat 70 awak bawak lebih banyakk nih!
Aku : Yeke Encik?
Polis : Saya nak saman awak ni ..atas kesalahan memandu melebihi had laju kwsn 70.
Aku : Area mana tu Encik?
Polis : Dekat depan sekolah Rantau Petronas tu..satu kilometer lepas tu...
Aku : Oooo..yeke...hmm kalu saman kene berape encik? Boleh buat rayuan kan ..
Polis : RM 150.00 ..Buat rayuan dapatlah RM110.00
Aku : Oklah kalu camtu..takperlah..
Polis : IC..lesen..
Aku kasi la ic dan lesen aku kat dia..tapi dia x catit apa2 pon..hmmm
Plis : Saya bagitau awak ni..saya akan saman awak atas kesalahan memandu lebih had laju kawasan..Kang awak tak tahu awak disaman atas sebab apa plak kang..
Polis no 2 : Saya cuba tolong awak ..selesaikan kes ni...
Aku : takder resit ke apa ke saya nak refer? saman ni sampai umah saya tak?
Polis : Tak ada...tak akan ada saman sampai umah ..
Aku : Camna saya nak tahu saman saya tu?
Polis : Check kat Internet..
Aku : kat rilek.com.my ke Encik?
Polis : Kat Internet lah..
Polis no 2 : Saya cuba selesaikan hal awak ni..Ok..awak boleh pergi..
Aku : Timer kasih encik..

Lepas tu aku pon blah cepat2..tapi..aku wonder..camner nak tahu saman tu...katakan aku ni buta IT/internet...camna nak check..tanpa resit..tanpa apa2..hmmmm..
Citer kat member umah, dia bitaw maybe polis2 tu cari duit lebih..tapi tak jadi mintak dgn aku..nampak aku lurus semacam jer..hehehhe..kadang2 bagus jugak jadi "lurus" ni..Harap aku jangan la betul saman tu...Poket aku betul2 kontang bulan ni..Peak taim utk financial aku tahun ni!!..saat2 aku akan sambut kelahiran ke........hmm..
Semoga aku terus tabah dalam hidup aku ni....Insya allah...
Sekarang ni aku suka dengar lagu ni..

Hoobastank
"The Reason"


I'm not perfect person
There's many things I wished I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go, that I just want you to know.

I've found a reason for me
To change who I use to be
A reason to start over new
And the reason is you.

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish I could take it all away and be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear

I've found a reason for me
To change who I use to be
A reason to start over new
And the reason is you.

And reason is you. (3X)

I'm not perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I use to be
A reason to start over new
And the reason is you.

And the reason is you.

I found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you.

Thursday, April 29, 2004

Musim

Setiap hari akan terpasang 2 kipas kat bilik aku. Satu kipas siling..satu kipas stand fan..Suhu amat panas...malam2 pun panas...tido tak payah selimut....Rasa2 aku..dah 2 bulan lebih suhu agak tinggi kat kawasan aku duduk nih....Malam tadi..tiba2 aku terkejut dari tido..lebih kurang pukul 3 pagi..opss..amacam bunyi hujan..wah....dah lama tak hujan..rasa sejuk sangat..off stand fan...tido jadi makin best..heheheh..

Musim cuti pun akan bermula minggu depan..cuti sekolah dan ada banyak majlis kahwin...errkk..aku bakal menahan telinga lagi mendengar pertanyaan2 yang aku tak tau nak jawab..huhuhuhu...Kene bersiap sedia dengan skrip nih.... Sabtu ni aku akan menghantar pakcik sepupu aku ke umah isterinya di Kuala Terengganu. Pastu aku akan menghabiskan cuti aku kat kampung sampai hari Selasa. Rabu aku akan mula bekerja. Hmmm..apa aku nak buat masa cuti ek...Jadi babysitter kot..2 org heroin along aku...jadi chef sambilan maybe..jadi photographer sambilan..jadi driver utk ayah aku..jadi ....banyak2 lagi jadi yg boleh jadi, yg aku tak tahu lagi...


Musim sibuk agaknya buat aku this week. Sampai takder masa nak apdet blog..Nak YM pon, tak sempat..sekali sekala jer..Itu pun masa member aku tak pakai pc aku..iskk..iskkk..PC dia problem...banyak pulak Pc problem lately..Semalam..aku operate pc dia..tengok2 rupanya IDE cable dari Floopy x connect ke motherboard...cessss!! patutlah x leh detect A:\ drive. Aku sambung..erkk..rupa2nya cable yg aku pasang terbalik..huhuhuhu...penat tau tak..penat..angkat pc..nak cabut casing pon aku termengah2..siap mintak tolong org tolong cabut casing pc tuh..heheheheh...

Musim geng2 blogger pakai YM baru..Aku pon x terkecuali donload YM Beta version tu...pastu donload lah plak emoticon....hehhe..best gak..tapi x sempat nak explore lagi..bz ...

anyway..esok aku dah setat bercuti...mungkin aku akan merindui dirimu blog aku ni...heheh...SELAMAT BERCUTI dan kepada sesiapa yang memandu..pandulah dengan cermat dan hati2 .....ingatlah orang yang tersayang!! Kerana dalam diam ada yang meyayangimu....eceehhh..hehehhe



Tuesday, April 27, 2004

Aku takder masa nak apdet blog aku ni...masa aku tak cukup..mana pi ntah...kene cari masa aku yg ilang tuh...bila aku jumpa masa aku yang ilang tu..aku apdet lah..fenin akak..ishh.iishhh

Monday, April 26, 2004

Yg ni aku amik dari blog esbestos...heheh..aku sgt tertarik utk paste kat sini..

"I LOVE U" - ilu


Penerangan : Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak
menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu
mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu
'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ...terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu,

Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti
akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.

Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin
tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah
bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata
tu menyapa air mata yg satu lagi,
"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi
telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu,
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja
membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang
begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

Ulasan:

Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu
ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.
Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita
sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai
atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi
sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan
berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk
mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda.
Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu
terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan
courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma
membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba
memenangi) anda selamanya..."

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.
terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi,
mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda
kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.

Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika
anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak
mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang
anda ayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah
memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya,
hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika
dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layakmendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi
oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi
masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Sunday, April 25, 2004

~:Takziah:~

Takziah untuk keluarga seorang sahabat blogger ; ep, diatas kepulangan isterinya ke rahmatullah malam tadi. Al-Fatihah dan semoga roh isteri beliau dicuri rahmat..insya allah..

Ketentuan Ilahi

Jodoh, rezeki ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Andai sudah tersurat ketentuanNya, sesaat pun tidak akan tercepat atau pun terlewat. Berusahalah untuk lima perkara sebelum datang lima perkara.

5 sebelum 5



Wednesday, April 21, 2004

Kebakaran hutan yg sedang berlaku di Terengganu...

Sempat snap gambo masa aku tgh drive ke opis..kelam jer jalan..bahayer utk kenderaan jika tak pasang lampu..

Lenkali aku upload gambo lain..hati sedih jer...penat2 edit..gambo x leh view..gambo corrupt terus...
Gambar

Sakit hati bila gambo yg aku snap x jadi..gelap jer bila malam..sah-sahla tak cukup cahaya...bila snap siang..ok jer..ishh..aku bukan nya seorg potograper yg baik..amatur sangattt...nak edit gambo lagi lahhh...bantai aku jer balance n kasi terang n kontra..last2..most of my pics yg aku edit x leh view..cehh..ampesnyaaa....

lenkali nak amik gambo waktu siang..terang jer mata ..takyah edit dah...ayat sakit ati..heheheh.
Hantu

Pagi tadi opismate aku heboh bercerita pasal hantu yang menggoyangkan tiang bendera di sebuah sekolah di daerah Kemaman ni. Tempat tu macam jadi satu kawasan pesta bila masing2 berkumpul di sana untuk melihat sendiri kebenaran citer tersebut. Dari apa yang diceritakan kepada opismate aku, saksi telah melihat sendiri tiang tersebut seolah2 dibengkokkan dan bergotang-goyang...bila berada dalam keadaan biasa, tiang bendera tersebut macam tiang bendera yang biasa...tegak jer..tanpa bengkok.

Malam tadi pon masih ada yang pergi ke sana untuk melihat sendiri keadaan tiang tersebut. Walaubagaimana pun, ada kalanya tiang tersebut tidak bergoyang...entahlah..mungkin terasa dirinya jadi bahan tontonan..dia malu..agak aku ler...Yang pasti..aku tak mahu menjadi saksi kebenaran citer tersebut kerana aku tak mahu melihat mende2 macam tu..biarlah benar macam mana sekali pun..aku takut makhluk tu ikut sekali balik umah...buatnya "dia" balik sekali ...apa aku nak buat??
ishh..nauzubillah....citer hantu pon aku takut....ini kan pulak hantu dalam dunia realiti...erkk!!

Dengar2 citer..hantu tu dari org yang mati eksiden...tak berani plak aku nak citer lebih2...seriauu...

Sunday, April 18, 2004

Kerana Ridsect

Petang semalam, aku telah membunuh seko lipan yang telah disalah anggap sebagai gonggok oleh member umah aku...dia sembur ridsect untuk bunuh lipas yg ramai kat dapur..Dia nampak lipan tu merayap keluar dari tempat tido dia tapi dia ingatkan ulat gonggok tu..Aku pegi kat situ terkejut badak aku...lipan bukan sais kecik..satu jengkal lebih..aku tak tahu nak buat apa..tapi aku nampak tukul besi tepi tuh...aku amik tukul besi tu dan ketuk lipan tu sampai jadi cam ni..




Lagi 10 perkara

Hari ni post pasal LELAKI yang aku dapat dari emel yg di fwdkan kepada aku.

Lelaki...


1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Yang mana betul amik pengajaran..yang mana tak betul tu..jangan amalkan..baca jer lah ...
DIDO - >> http://www.didomusic.com/main.html
1- Klik Music, White Flag then klik video..

Ni lirik dia..

"White Flag"

I know you think that I shouldn't still love you,
Or tell you that.
But if I didn't say it, well I'd still have felt it
where's the sense in that?

I promise I'm not trying to make your life harder
Or return to where we were

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I know I left too much mess and
destruction to come back again
And I caused nothing but trouble
I understand if you can't talk to me again
And if you live by the rules of "it's over"
then I'm sure that that makes sense

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

And when we meet
Which I'm sure we will
All that was there
Will be there still
I'll let it pass
And hold my tongue
And you will think
That I've moved on....

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be


enjoy it!!...

Saturday, April 17, 2004

Sabtu selepas 100 jam ++ tanpa update

Tergerak hati untuk mencoret sedikit kalimah hari ini selepas aku menyepi 100 jam lebih. Dalam minda aku, bersusun-susun idea yang menunggu untuk diluahkan namun aku tidak tahu dimana harus aku mulakan. Setiap hari banyak perkara yang berlaku dan perkara-perkara yang berlaku adalah terlalu kompleks untuk aku coretkan di sini. Biarlah yang kompleks itu, hati aku ajer yang tahu. Lagipun, aku tidak perlu membebankan pemikiran orang untuk membaca coretan kompleks aku. Yang aku mampu luahkan adalah hanya sekadar coretan namun ikhlas dari hati nurani aku. Betapa amat sukar untuk aku mengerti akan maksud sekeping hati yang luhur. Tiada punca dan petunjuk yang aku perolehi untuk memahaminya. Biarlah..satu masa aku pasti faham lantaran aku tidak betah dengan situasi dan keadaan yang aku hadapi sekarang....namun aku rasa aku amat amat terkesima dengan keadaan yang telah berlaku itu...

Sambil mencoret untuk kesekian kali nya, sambil aku mendengar lagu dari CD yang bertajuk "White Flag" yang dinyanyikan oleh Dido. Hmmm... the 1st few sentences macam ni lebih kurang..."I know you think that I shouldn't still love you I'll tell you that But if I didn't say it Well, I'd still have felt it". Nanti2 lah..aku cuba carikan liriknya..iramanya pon not bad..Boleh la nak layan ...

Semalam aku ke Kuantan selepas aku call adik aku supaya temankan aku. Kadang-kadang aku ni tak tahu jalan nak ke Kuantan..heheh..Memang aku macam tu..lupa jalan yang aku tak biasa sangat lalui. Sampai kat Megamall Kuantan, aku ronda-ronda dalam ruang legar dan eh!...ada PC Fair gak kat sini rupanya. hmmm..Inagtkan kat PWTC KL dan JB jer...alhamdulilahhh..survey harga digicam...dah lama aku mencari-cari yang sesuai dengan budget dan yang terbaik..so far yang aku jumpa aku tak berkenan sangat dengan features yang ada. Jalan-jalan cari makan, aku dan adik aku stop kat depan satu booth tu dan terus makcik salesgirl tu cerita2..mulamula buhsan tapi lama2 dengar cam tertarik pulak..yalah Digicam dual functions as digicam and webcam. 5.0 megapixel dan built in 8MB and dapat free 64mb memori kad. Bukan tu ajer, digicam tu leh record video dan audio sekali..buat movie pon boleh..ada speaker..nak temuramah org senang lah..ada LCD untuk view..apa lagi ekk... Aku tanya macam-macam kat salesgirl tu..sajer jer..nak ramah mesra..hahahah..melupakan kesedihan ...isk iskk.

Dengan 64 MB kad tu, minah cina tu cakap leh amik gambar 100 keping..dia bagi free bateri pulak..dan bagitau bateri tu leh tahan 2 hari kalu aku off bila taknak pakai digicam tu. Ermm...poket aku tahap kering, tapi hati aku memang nak sangat beli mende alah tu bcos I hv been looking 4 it since last month. Aku tanya adik aku, dia cakap..half-half ok gak..Ishh..aku kalu buleh nak jadikan digicam tu asset no 2 aku selepas asset pertama kete aku. Alhamdulillah aku berjaya memiliki digicam tu and I really love it.

Dah dekat waktu solat Jumaat, adik aku kene balik umah dia pulak. So dia drv WHG, aku pulak snap gambar macam2 all the way to his house. nanti aku tunjukkan gambar2 yang aku amik.. Sampaikan gambar kete kancil makcik yang dok bersesak dalam jammed pon aku amik..hahhahah..mesti konpius makcik tu..lantaklah...bukan buat super imposed pon...Aku terus ke office lepas hantar adik aku.. Bukan apa, nak try guna webcam cam minah cina tu cakap. Kang kalu takleh guna as webcam, aku leh pegi tukar..haahha...tukar baru...aku really need something new in my life ..melupakan pengalaman..buleh ke camtu??. Mula-mula guna digicam tu, aku taktau nak buat camner nak suh dia fungsi as webcam..Tercangak-cangak la baca manual..sib baik dia kasi manual dalam bahser yang aku faham..buatnya dia kasi manual cam pes taim aku beli henpon Siemen dulu, manual ikut bahser German..mana aku faham..Main belasah jerlah explore sendiri fungsi2 yang ada kat henpon tuh..hehheh..pengalaman betul..Kenapa hidup aku ni banyak pengalaman ek??macam-macam pengalaman...malam tadi member aku ajak pegi Pizza Hut..terkial-kial nak order mende apa..aku pulak..suka tanya banyak2 kat waitress tu..hahha..last2 kitaorang order Pizza yg kecik tu Chicken Supreme rasanya nama dia..Ada sup tu, garlic bread..Hot choc..woohh..best ooo hot choc tu..mug kecik jer RM2.50..erkk..sempat bisik kat member..kalu beli Milo, leh dapat banyak mug dapat utk hot choc ni..hehhe..sempat gak bergambar guna my new toy..hehhe..Kenapa lah aku takleh stay dalam umah jer rasa lately..rasa minda aku sempit..sesempit laluan ke hati aku sekarang...Sib baik laluan ke jantung ok lagi...Alhamdulillah..Aku masih alive dan aku perlu survive...


Nampak tak mug kecik tu..hot choc tu besttt..

to my adik : Dah beli dah digicam..by next week, insya allah akak amik gambar as per requested..ok babe??

Tuesday, April 13, 2004

Patutla

Pagi tadi aku pulang ke kampung dan pulang ke pejabat dlm masa 3 jam. Aku bernasib baik baik kerana ada pesaing di jalan raya yang memaksa aku memecut 130km sejam..Heheh Best jugak rupanya bersaing secara "sihat" di laluan awam nih.... So,cepat la aku sampai...Alhamdulillah aku sampai umah dan balik ke opis dengan selamatt...

Selesai segala kerja aku yang patut aku setelkan kat kampung, aku drive ke opis..jugak pada pecutan yg lebih kurang dengan pecutan masa aku balik tadi...kalu mak aku tahu nih..mampus aku kene syaarahan free tujuh lapan sesi..heheh

Sesampainya aku kat jalan baru tu, barulah aku tahu..."oooooooooo..patutla panas semacam jer negara belah sini patlima menjak nih", ada kebakaran hutan..kawasan yg terbakar agak luas..semalam ada accident tujuh lapan kete pasal jalan kabur dan kelam dengan asap.

Tadi masa balik kampung jalan tu ditutup..ramai pak polisi dgn jpj kat situ. Kaki aku pon rasa cam nak krem ..dekat 45 min tadi dok bersesak-sesak dgn kete, lori, etc...aku dah setat rasa boring..pasang lagu..layan lagu...bukak sket cermin kete..kang ada plak aku sesak napeh dlm kete kang..since masih pagi..aku malas nak on ekon tuh..kot ada yg perati gelagat aku tgh bosan tadi tak tau la pulak aku...lantak la..aku punya suka la...malunya aku...kalau ada yg nampak kepala aku dok ikut lengguk lagu.....erkk

Ok..get back to patutla panas....Hutan tu agak aku dah 4 hari terbakar..sejak dari aku hantar adik aku lagi....waduh..waduh..kot cenggitu ya...patutla langit kelam...rasa panasss jek malam2...rupa2nya ada kebakaran hutan..and aku rasa sampai skrg pon still lagi terbakau...mmg jadi black forest la...heheheh

HUSNA dah pandai senyum kat aku..yeyeyye..seronoknya..tak sabau nak snap gambo nak kasi kat nko dik....sajer nak bagi jelesss..kehkehkehhh

10 AMALAN YANG TERBALIK

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Sunday, April 11, 2004

Naper aku susah betoi nak post msg kat flooble tu ek...ishhhh..nak respond pon susah...


Adik aku "terbang"

Petang Khamis adik aku tetiba muncul depan opis aku. Rupa2nya dia telah keluar tanpa kebenaran dari warden. Hasrat awal aku untuk "kutip" dia kat asrama tak jadi.. Dia "kutip" aku pulak kat opis. Masuk ajer kete, aku tak kata apa2 bcos dia dah cakap awal2 dia keluar tanpa izin warden. Tapi agak lama dlm kete aku setat syarahan mukadimah aku kat dia. Dia diam..Maybe terasa jugak kebenaran syarahan aku.

Sampai umah kat kampung dia dah awal2 bagitau aku..jgn bagitau kat mak ayah yg dia "fly" dari asrama...masa mak tanya dia kul brape K** T**i amik kat hostel, dia senyum ajer...pastu main isyarat mata plak dgn aku..hehhe..gasak ko adik...sat lagi ko mesti bagitau gak...aku paham sangat..heheh..

Alih2 lepas solat Magrib bunyi mak aku bising2 kat ruang tamu..hah! kan aku dah cakap..mesti bagitau nya lah...tak baik tipu mak kan..heheh...Agak aku lah ..mesti pressure gila rasa bila tipu mak..pastu dia rasa lagi pressure plak bila mak, ayah, akak aku..dok prong preng kat dia...hambik...kan cakap awal2..kalau akak kata nak amik kat hostel...jgn pandai2 nak "fly"...lenkali amik ikhtibar...

Ptg Sabtu aku bertolak awal dari kampung. Dengan harapan adik aku boleh masuk balik hostel tanpa dikesan oleh sesapa..termasuk pak guard dan warden Aku x fhm naper dia tak suka betul kat pak guard tu..emphh. Pusing2 bandar..tak jumpa sorg umat pon yg dari hostel dia..baik yg pakai baju asrama ke hapa ke....adeh!! adik aku dah blur...mmg blur..dgn aku blur..tapi aku kene tunjuk aku lagi terrorist dari dia supaya dia percaya kat aku yg aku bleh setel prob dia. Dia suh aku hantar dia gi sekolah esok pagi..Ok..dgn plan dia..aku kira ok ajer..siap gi beli baju sekolah baru lagi..Kiranya dia tido umah aku lah..

Magrib tu, aku call umah nak bagitau yg aku dah sampai Kemaman. Ayah tanya "Hantar adik kul bape?"..Aku dok erk erkk erkk..takleh tipu..aku tak pandai..Aku citer yg sebenar..Mak aku plak call and kasi order lagi "hantar adik ke hostel lepas Magrib..macamana2 pon..titik". heheh..Panglima dah kasi order daa..aku takleh elak..kang kene pancung lak..heheh...Aku plak kasi order kat adik aku "By hook by crook..Pasnih ko mmg kene balik hostel. Mak suh jugak ". Mak siap cek point lagi half an hour after that..heheh dia takut aku tak hantar adik aku..kwang kwang kwanggg..

Aku gi jumpa warden dia..kira boleh tolerate gak la..insya allah adik aku ok jer..Malam2 jalan kat hostel boys..hantar adik..tingat citer lama kat MRS*KT..hehhe..lenkali aku citer...my beloved school..


Being a chef for last 2 days

Mak sakit..akak sakit...aku sihat..so..aku jadi chef..adeh...penat wooo...Aku takmo bukak gerai makan..penat..aku takleh jadi doktor..takut darah...heheh..cita2 lama. Yang seronok..aku leh masak apa yg aku suka. Yang tak seronok..masakan aku tak cukup rasa dan terlebih rasa...ada jadi masin..ada jadi tawar..aku rasa garam kat umah aku tu rasa masin dia tak rata arrrr..heheh...takper2..lenkali balik beli garam baru...hihihi...tukang kritik ramai plak...takper..aku redha...dugaannnnnnnn...

To adik kat Egy*t : Still cari digicam yg seshuai dgn budget..sabo yekkk!

Tuesday, April 06, 2004

Wishing Stairs

Malam tadi, aku dan housemates aku lepak-lepak depan pc bcos nak tengok movie tu.. Dah 3 hari cd tu lepak kat umah aku. Kitaorg ingat nak tgh movie tu taim waktu siang..tapi minggu ni dan maybe minggu depan, aku akan bz..so kitaorg tak prefer tgk movie antu tuh waktu malam. Memandangkan malam tadi ada sikit waktu free, so, memasing dgn bantal sorang satu dan duduk dekat2..heheh..movie tak setat lagi..takut jer yg lebih..hahhahah...

CD 1 quite boring and ada sket2 scene yg buat kitaorg almost menjerit histeria.....memasing bukan bukak mata luas2..tapi pakat2 intai monitor pc dari celah jari..dari belakang tangan..aku plak intai dari celahan kain bantal yg jarang2 tuh..eheheh...Tgk gaya masing2..aku gelak..kuat2...Citer tu scene dia byk waktu mlm..keadaan suram.tgk kaler background pon rasa semacam...Takut punya pasal tapi still nak tgk jugak...Kitaorg..mula2 slowkan suara..pastu still rasa ngeri..so..kitaorg mute kan pulak suara movie tu..ahakss...kawan aku cakap, "Apa jadahnya tgk movie bisu nih?"...Aku tak kira..Nak tgk tapi takut..hah..jadilah cam tadi...tgk movie bisu..

Dah bisu..rasa takut lagi..skrin monitor tu besar sangat..ishh..takleh jadi..kang ada yg tak tido malam plak nih..so, kecikkan saiz skrin tu..jadik satu perempat jer dari full skrin..heheheh...Pastu aku suggest.."Apa kata kita on radio plak...tak la rasa ngeri bila tgk movie dlm keadaan bisu nih.."..cesstttt.....hahahah.....
Tetiba terkeluar scene budak pompuan tu tergolek..darah bercecer..banyak..erkk...semua jerit..and semua tutup mata...aku tak terkecuali..pastu pakat2 tanya..dah abis belom scene tu...(Mana nak tahu..semua pakat tutup mata...adehhh).

Masuk CD 2, aku rasa kalu aku teruskan gaktgk movie tu..aku tak akan dapat tido..aku nak peluk sapa kalu aku takut??..hehhehehe.. Kalau depan pc tu leh gak dok himpit2 sama sendiri..kat bilik aku?? Mati katak aku...Sib baik..kat bilik aku ada banyakkkk bantal peluk aku.. ;). Tetiba..jeng jeng jeng..ada kawan call..fuhh..slamat aku dari tgk CD2.. abis end call, aku ingat nak gi jenguk2 apa h/mate aku buat..kot la sambung balik tgk movie tu..rupa2nya diaorg dah bukak CD Hindustan..la haiiiii...tak buleh tgk gak ek..sama cam aku...heheeh

Moral of the stori : Jangan tgk citer seram kalu rasa diri penakut....kalu nak tgk jugak..buatla mcm aku buat...Mute kan sound...kecikkan skrin...lagi rasa tak takut kalu on radio masa mute movie tu..hehehehhe


Ni cover cd tu


Monday, April 05, 2004

Mei

Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggi, permikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.

Adakah aku mempunyai sifat2 yang tersenarai??? hmmm....
Hatiku lega

Aku memendam rasa utk pat lima hari ni..until this afternoon baru rasa release jer..Org yg aku sayang kene dimasukkan ke wad atas sebab2 kesihatan. semalam masuk wad. Pagi tadi masuk bilik treatment..Two hours after that org tu call aku bagitau dia ok jer..alhamdulillah..ok..aku tak boleh elaborate byk2 psl org tu atas sebab2 yg telah dipersetujui bersama. BTW, org tu bukanlah insan berlainan cas yer..satu cas jugak dgn aku..hehhehe..syyyyyyyyyy...Yang pasti..hati aku dah tak risau lagi...alhamdulillahhhhhhhh..


And bcos of that matter, pagi tadi aku cuba menyibukkan diri aku yg sibuk jugak lah hari ni..pura2 bz..n kurang bercakap...hati gusar beb...and aku jadi emo plak tadi..it's ok..sib baik takder plak opismate aku buat lawak kureng dgn aku..biasalah..org tgh emo ni..cepat melenting..aku so far leh ctrl lagi..ok lah ..cuma didih sket kat dalam..taim aku risau..serabut..ada plak yg tanya itu ini..tanya soklan yg lelebih kurang...kot aku menjawab kang..senyap sampai sudah..hahhaha..so..aku kunci kan mulut aku..supaya mulut aku tak terbabas cakap keluar dari landasan ..keh kehhh..yg tu citer tadi..citer skrg adalah..aku dah back to normal..

Buku Citer

Semalam aku sambung baca buku citer yg aku pinjam kat kawan aku. Sedihnya citer tu sampai boleh buat empangan air mata aku pecah..tak la bederai ..cuma kene lap2 ayaq mata gitu...dialog yg paling best setakat aku baca :
"Semua ini takdir, kalau dah tersurat, kita tak boleh nak mengelak. Ini adalah ujian untuk kita dan mesti ada hikmah atas apa yang berlaku".

Physically that lady tu lawa, kaya (bukan takat kaya jer..tapi kaya gila2 punya kaya), sopan santun, lemah lembut..all those +ve attitude..dan yg aku paling moskel..dia tak pakai tudung, quite seksi..peluk2 gak dgn pakwe dia..tapi solat sunat n tahajud dia tak plak tinggal ...camna tu ek..setau aku kalau kita jaga solat..solat akan jaga kita dari melakukan perkara2 yang tak elok..tapi yg tu...hmm...ntahla...aku akan sambung baca buku tu lagi malam ni..harap2nya aku tak emo lagi bila baca buku tuh...

Kenapa bila aku serabut jer, aku akan makan banyak..eeiiii...susah tul la aku nak faham diri aku nih!!!

Sunday, April 04, 2004

Tetiba aku rasa cam nak paste something yg aku dpt dari emel yg kwn aku fwd kat aku.



Something about PENYU....I like it!!!Nice word huh!! ;)
Aku SaKIT aTi PaSAl TaKbLEH nAK lETAk dONEEH DGN UBaH sKET2 ApA2 Yg AKU nAk uBaH..dAHLa Pc AkU PeKAK..rase CAm GeRrrrramm
Kat Umah

Hari Jumaat aku balik kampung, tak sabar2 rasanya nak peluk cium anak aku sedara aku si HUSNA. wahh..sudah besar budak itu..dah pandai main mata rupa2 nya...jeling2 aku..heheh..kuat "menyanyi" malam2 hari..Punyala ralit main dengan dia sampai aku terlupa si kakak HUDA..erkk..mak aku cakap.."hamboi..hamboi..dah ada yg baru..yg lama lupa yer.."..heheh..sori HUDA..Che Da terkelupaan japs..eheheh..Alahhh..dia takder pon kat umah masa aku balik kampung..Dia balik umah TokWan dia kat Kerteh dgn abah dia..

Balik aja dari umah TokWan dia, sibuk dia cari aku..peluk aku...(kan ke best kalu anak aku buat camtu..ahahhaha)...banyak sgt dia celoteh..citer itu..citer ini kat aku...adeh!!..kadang-kadang penat jugak..sampai ada masanya aku buat2 derk jer apa dia cakap..tak larat nak sampuk dik oii...Cakap dia macam org tua2...bila bercakap siap ada ekspresi mata lagi tu..adehhh....macam2 la...

Malam tu dia beria2 ajak aku tolong ajarkan dia buat keja sekolah dia..Ahhaaa..mmg la tolong..tolong dia siapkan kerja dia..Sapa yg kene buat??? Mak sedara niii jugak..Kesian jugak..aku tolong sket2 jer..kang yang pandai nya akuuu jugak..anak sedara aku..tak pandai2..susah tu..Sudahnya aku tutup buku dia..bcos dia dah mengantuk sangat..Letih bermain dgn sepupu dia kat umah TokWan dia agaknya..Org tepon nak cakap dgn dia pon, dia dah tak mau cakap dah..Padahal..biasanya kalu tepon bunyi ajer..dia adalah org yg pertama angkat tepon..sian dia...

HUDA terjatuh masa berlari dgn Che Su sampai melecet bahu..kitaorg cakap "HUDA dah ada pangkat..sarjen kot.."heheh..sian anak sedara aku...Dia ngadu "CheDa ...Huda luka kat sini..kat situ..kat bibir...banyak luka...tapi tak sakit". Dia ni lebih berani berbanding adik aku dan tak takut makan ubat..Tak macam mak sedara dia..ehehhehe...ubat adalah bende terakhir aku akan cari..bila aku sakit..Byk dadah tuuu...ayat cover beb!!hehehe..

Wednesday, March 31, 2004

Aku

Lately, aku balik dlm kul 7 lebih..setiap hari...saje nak siapkan sedikit kerja yang diamanahkan. Still try my best to settle it. Balik umah dah agak lewat (bagi aku la), aku rest jap depan tv then siap apa patut..badan cepat rasa penat..letih..pukul 10 aku dah pengsan..kadang-kadang baca buku yg kawan aku pinjamkan.. Not bad..baru satu pertiga baca buku tu...Kadang-kadang aku terasa aku masuk sekali dlm citer tu..taim watak dlm tu dianiaya, aku rasa marah...hmm..kenapa ek..sampai gitu sekali leh ter feeling?

Adik aku dah setat tagih janji..nak gambo TZM twin dia..gambo anak sedara baru..gambo sepupu....adehh..akak lupo dik..bz ...ok..this week akak try..but tak janji..somthing to do minggu depan..quite important..maybe next two week la yer dik..konpem akan bagi kat ko nanti..insya allah...

Ronda-ronda blog orang

Tiap hari aku rajin pi jalan-jalan blog org..baca apa patut...bukan aku takder kerja..tapi..aku ni kan..bila tiba taim aku tensen, aku tak buat kije tau..aku akan main2 buat keja..pastu bila dah ilang tensen tu..buat la balik kije aku...Kadang2 rasa amat bohsannn kat sini..cabaran dah kurang..ntahla...kadang2 rasa nak buat itu..buat ini....tapi hasrat tak penah tercapai...Kenapa??Aku tak serius ke aku tak beri komitment? So far, aku ok jer dgn kwn2..cuma maybe aku rasa I need new environment ...everything new...leh dapat ke ???

ada apa dgn .....

Aku suka tampal2 kat bilik aku dgn kata2 yg memberikan semangat kat diri aku...yang beri aku kekuatan...bcos I know that I must be strong enough (spiritually la) to face this world. Aku adalah aku..No matter what..no matter how..aku takkan jadi orang lain..aku tetap aku...Kuat aku berdikari..aku akan tetap teguh..andai aku rebah...orang2 yang memerlukan aku akan turut rebah...and the most important is...
I believe that I am a strong person to face this world ..and to survive...



Monday, March 29, 2004

Akhirnya

Pagi Jumaat 26 Mac 2004, aku bersiap awal2 bcoz aku plan dgn adik aku nak gi jalan2 kat Kuantan..sajer nak window sopping [even gaji aku blom masuk lagi..isk iskk..]. Tapi aku dah bersiap-siap gak lah..kemas baju dua tiga helai..sajer..kot2 lah pikiran aku bersimpang arah....kot2 jampi tipah menjadi..hhehe..

Lepas mkn pagi kat stesen bas Kuantan, aku saja jer pegi tanya tiket yg available ke KL utk ptg tu. Nak jadi cerita tiket ke KL ada..apalagi..terus beli..then aku naik bas pegi KL!..Heheh...susah tul..aku pon tak paham cemaner aku suka tkr plan saat2 akhir..Anyway..aku mmg pegi ke KL...Kepala aku serabut dok pikir kat mana aku nak buat port nih... Sampai KL pukul 6 ptg. SMS/call ..bla bla..lastly aku menumpang umah cekedis...Kat umah dia jumpa lagi ceqtie, jumpa tudungpurple, pah, dan rakan2 umah dia...

Note : Best ar stay kat umah diaorg, pagi2 aku dah exercise skru2 kat lutut..turun naik tangga 5 tingkat..fuhh...aku paling suker taim gi buat lawatan muhibbah (rombongan Cik Kiah ke UPM) kul 6 pagi tu..hehehe..best..best..lenkali ada rezeki nak pegi lagi..Anyway...TQ semua adik2 aku yg kat situ..Appreciate it very much..

Sabtu itu

Aku rasa ni hari yg paling best dan paling letih buat aku. Pagi2 lagi aku naik teksi, naik komuter, naik monorel, jalan kaki dekat setengah jam, naik bas intakota [ikut sequence tu tau tak..]..semua aku naik..sampai aku betul2 naik lenguh..naik penat...pengalaman beb....aku sampai naik panas ati bila org kasi direction salah..BCB yang aku nak pegi adalah arah yang mula2 aku dah pegi masa turun monorel kat chow kit tuh..tanya org sana sini, sib baik ari tu aku cam ringan mulut jer nak tanya org..aku tanya tipah..dia bagitau BCB tu kat Jln Tar, aku berkeras gak nak pi BCB yg satu lagi tu..kat medan simpang 4 kat Chow kit tu..adeh!!sekali salah daa...penat woo...skru lutut aku dah longgar gila dah...aku takmo jln kaki lagi..aku nak naik bus ke teksi ke..tak kira...kalu aku ada sayap, aku nak terbang tang tang tu gak..penat ...sangat penat..

padan muka aku tak dgr cakap tipah..heheh...

Petang Sabtu

Aku berkumpul kat Sogo, dengan purbe, nile, tipah and madulebah. Pastu pi kat tempt main boling tu...kat sana jumpa lagi salji n aida, mush n h/mate dia, mawar, jolie, wkdin n aidi (pandai aidi men boling..), zhoulsz n mimi, salina aka walinongsari, bajonz n wife, ctzie, mely n geng, nana, cipong, mie , ismail..hmmsapa lagi ek..maaf lah kot ada nama tertinggal..akak pelupo gak...

Nak masuk pat taun aku tak pegang bola boling..memula main, ada org ckp aku cam lempar bola baling..hempas bola tu..gedegang gedegung jek ..lantai tu sib baik keras..heheh..set 1 aku dpt 95, ok lah tu..not bad..set ke 2 aku byk kali bersih longkang..betul lah cakap wkdin, agaknya lantai lane yg kitaorg main tu rasanya tak rata. heheh..aku tabik tul kat ismail..kawan tipah tu..asyik jer strike...ishh..aku plak asyik masuk longkang..huhuhhuu..

Malam tu

Aku terpilih untuk menyertai sesi menawaf bangunan tu bersama nile, cekedis n cikgu miat tu. Adeh..penyertaan kali tu hanya utk kitaorg 4 org..naik takut aku tgk area tepi2 bangunan tu..ramai sgt org yg pada aku lah...kurang menyenangkan aku..samada dari segi pakaian dan perlakuan...Pastu ada org belanjer satay kajang kat bangi..tq nile...aku stay umah nile plak...dah byk perubahan rupanya UKM n bangi...dah lama tak menjengah ke situ..tingat kisah lama masa muda..heheh

Tq nile, tq cekedis, tq tipah...tq semua..yang belanjer2 tu..appreciate everything yg korang buat ...amat bermakna..pengalaman belaka...jumpa lagi kat KLD...insya allah.


Aku happy betul jumpa kawan-kawan yg selama ini hanya melihat dari dunia maya..


Thursday, March 25, 2004

Sekali-sekala karaoke

Ok..hari ini sila pastikan suara anda tidak sumbang ketika menyumbangkan lagu ini. Sambil dengar lagu boleh nyanyi sekali..sila rujuk lirik kat bawah ni murid-murid sekalian...Make sure bawak payung sebelum menyumbangkan lagu ini..hehehe..

Enjoy it!

If You're Not The One

If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I never know what the future brings
But I know you are here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my wife?

I don't know why you're so far away
But I know that this much is true
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I praying you're the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
And know my heart is by your side

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?


Bila Hati Berbicara

Terdetik rasa resah dihati bila mengenangkan diri yang semakin hari menghitung hari....Penat nya jiwa cuba mengubat lara. Sepintas lalu hati rasa amat inginkan saat-saat itu berlalu dengan pantas. Namun , hati aku tiada siapa yang tahu...Tiada kata-kata yang sesuai yang boleh aku coretkan utk menggambarkan hati aku...Allah sahaja yang tahu..jua aku...Adakala terasa rindu menjengah jiwa, menggoncang kesabaran..lantas..ku renung .......jam didinding..arghhhhhh..lambatnya masa berlalu. tik tok tik tok.....aku mahu...............syyyyyyyy..biarkan hati aku sahaja yang tahu...heheee...

Wednesday, March 24, 2004

PAGI TADI

Pagi tadi masa aku bukak pintu umah..aku nampak depan pagar umah aku clear..okey aarr tuh..aku pusing kanan sket..aik jugak kete anak makcik tu kat situ rupanya...takperlah..tak ganggu aku nak reverse kete..aku gi dekat sket..hampeh...dia letak tong sampah aku kat dalam longkang...geram gak rasa...takjper..pagi2 mood aku sejuk lagi..ok fine..aku senyum..bila taim aku reverse..nak pusing kete aku ke kiri..tersekat laluan aku..so..aku kene reverse..gear 1..reverse gear 1...baru lepas WHG nak lalu...aku rasa nak tabur paku ajer kat tepi tu..biar pat2 tayar kete budak tu kempis..nak sangat park depan umah aku...


Bila aku kelentong orang

Ada sorang mamat ni ..katanya dari HY*** Hotel..aku rasa lebih dari seploh kali call opis aku..nak promote psl amende ntah..tapi yg pasti aku x minat la ..aku ni bukan baikkk sangat kan..aku cakap itu ini..dia sssibukkkk nak promote gak..heheh..siap ko...
Dia tanya nama..aku bagitau jer..then setat la dialog lebih kurang camnih.

"T**i dah jadik member belom? tak minat ke?"

"Tak minatlah..tak biasa stay hotel dekat pahang ni..biasanya stay kat hotel kat Johor..KL...K.Trg.."

"T**i dah kawin blom?". Aku jawab "DAHHHH".

Dia jawab "Saya blom lagi". heheh..Nak ajer aku jawab..tak tanya..tapi aku kata "oooo".. sian kat dia susah2 nak suh aku dengar celoteh dia..heheh

"Biasa T*** stay hotel mana? Kat mana? Hotel kita ni pon ada banyak cawangan kat bla bla..bla...Tak minat nak apply ke membership nih?"

"Saya biasanya ikut my husband jer..dia pon dah banyak kad macam tu..Tak tahulah nak apply ke tak..kene balik tanya husband dulu lah..."

"Hmm...husband T*** ada membership hotel mana? Boleh bagitau..Hotel kita ni ada..bla bla..bla..kelebihan..bla bla.." . Aku dah get bored dah taim tu..

"Ok camni..saya balik..tanya husband dulu..camner..camner pon.ok?" Then , barulah stop kat situ..

Pada masa tu opismate aku dah bantai gelak dah depan aku.....heheheh..best apa berlakon...skrip lajuuu jerr...yang best nya camner leh terkeluar skrip "kene tanya husband dulu lah camner ..camner..". Aku mana ada husband ..ahhaha..coming soon adalah...tapi bila tu ek..

Best rupanya berlakon ni yer...

Tuesday, March 23, 2004

BILA NAK FAHAM RETI BAHASER

Pagi-pagi lagi aku kuar umah gi sidai baju..Malam tadi aku berdobi sambil nyanyi2..perasan suara best...lantaklah jiran aku..mesti sakit telinga arr tu...Macam2 lagu aku nyanyi..dari lagu mat saleh,, sampai lagu nasyid gitu...Jangan2 jiran aku suka dengar aku nyanyi kan..pasal tiap2 malam taim aku basuh baju..ada lah yg rajin dia pi kat bilik air umah dia..hehhehe...Perasaannn nya aku...

Ok get back to main topic..Buka jer pintu..grill umah aku..ternampaklah aku..jeng jeng jeng..kete anak makcik tu..Melintang 101% depan pagar umah aku...zasss..rasa berderau ajer darah aku...cuba korang bayangkan...katakanla mlm tadi ada emergency..aku kete guna kete ke..kena kuarkan kete dari garaj umah aku ke..apa aku nak buat..takkan nak langgar kete tu...yg kene repair kete aku gak..kete dia lantakla kan..so..ari nih..kalu dia buat lagi..aku nak kasi "salam perkenalan" sket...siap ko...

Anak makcik ni..bukan sorang macam tu..almost semua ...perangai suka park kete depan pagar umah aku..allo..sedara,,umah orang lain..kenapa tak gi park kete korang..eeiii.. Tgh hari tadi opis mate aku cakap dia sidai cadar plak kat pintu pagar umah aku..waduh..waduh....kot gitu jadinya...makin berleluasa yer..esok2 dia pi sidai baju kat ampaian umah aku plak...hempphhh...pastu rumahku rumahmu jua..oh no....takkan berlaku..aku musti bertindak...

Esok or ptg ni ke malam ni ke..aku nak ...
1- Alih tong sampah depan umah aku...
2- Susun kayu tepi pagar tu..
3- Buat jeling2 mata ..macam kawan aku cakap..kekonon nya nak bagitau aku tak suka
4- Letak bangkai binatang ..hehehhe..kasi bau busuk..bangkai semut jer la kot..aku geli...cicak n tikuih..geli tahap dewa...


BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN......



Sunday, March 21, 2004

AdIk AkU

This post is for my adik at Egypt :

Assalamualaikum wbt

Semoga berada dalam suasana sihat diberkati Allah selalu. Semua famili dirumah sihat sejahtera termasuk si budak kecik "HUSNA". Tadi semua famili kita pegi mengundi. Man pon dah beransur ke KL. Esok sekolah sudah bermula. Lengkap 1 minggu dia dekat rumah. Jaga anak sedara kot..agak aku lah. ;). Rasa seronok bersama semua orang kat umah kampung..tak termasuk nkau ..takper bulan seploh ni aku gi amik kat aiport..aku kasi can nko drive...drive kete tolak..hahhaha.

Macamana study? Ok tak? Be a smart boy...Study biar lepak..result gempaq gitu. Musim apa skrg kat sana? Kat sini panas hujan lebih kurang. Biasa aja. pasal gambar Husna, gambar Faizal, and motor your twin tu..I'll try my best lah..tengoklah try curi camera sapa2 ..nak snap gambar..spesel untuk nko kat sana...

Ohoho..semalam mak bagitau, masa nko tepon umah ...macam biasa ada gema suara bila kita cakap...HUDA asyik tanya.."Suara budak mana sorang lagi cakap dengan AyahTeh dlm tepon?" . Padahal tu suara dia sendiri..pantulan bunyi..dia punyalah konpius..Budak tu makin nakal tau tak..and plus makin kuat melaram..haduii..ada ke dia suh aku kasi dia ..aku nya eye shadow.."CheDa! bila CheDa taknak menda kaler2 mata tu, kasi kat Huda yer.." Huda nak satu la. Tu tak masuk lagi dia nak pakai lipstik..minyak wangi...lipgloss aku..erk..."Kalau Huda pakai lipstik ni, Huda tumbuh misai kat atas bibir, pasal Huda budak kecik ..tak boleh pakai menda ni lagi.."...Heheh..jahat tak aku...Pagi tadi masa Man nak bersiap2 ke KL, dia boleh request "AyahNgah! Lenkali balik KL beli Huda satu komputer macam AyahNgah tu yer..". Ahahha...Aku cakap "Rabakla poket AyahNgah nak beli laptop tu dik oi..."..

Budak HUSNA pon makin "sihattt". Mana taknya ..celik mata jer..susu..susu..susu..Suara dia boleh tahan la bila dia "menyanyi" malam-malam...Semua orang tak boleh tido bila dia "menyanyi"..merdu sangat kot..heheh..

Oklah dik. Ingat...belajar rajin-rajin...Ingat Allah,ingat famili..ingat tujuan ke sana...Ingat akakkkk ni..heheh..

All the best..we miss u so much...

Wsalam..

;)
~Akak nko yang keles gitu..~

--- Pagi tadi aku siap mimpi nko balik nak ngundi..phewww...pasal semalam ayah cakap nama nko ada utk mengundi..Ko rindu aku tak?Mesti rindu kat aku la tu..siap masuk mimpi..hehhe---

Saturday, March 20, 2004

Suka duka hidup seorang aku

Setiap orang sentiasa mengimpikan kebahagiaan dan kegembiraan yang kekal. Bila kita mula mengimpikan..mula membayangkan betapa indahnya hidup kita tatkala kita dapat mencapai atau bakal mencapai impian hidup kita yang sudah sekian lama kita nanti2 kan, memang terasa hidup kita berada di kemuncak. Hari-hari yang kita lalui sungguh indah..senyum sentiasa...seakan ingin memberitahu dunia.."aku terasa amat bahagia".

Namun sudah adat makhluk Tuhan yang bersifat tidak kekal...apa yang kita impikan dalam hidup kita hanya sekejap sahaja kita dapat nikmati saat manisnya. Masa bahagia terasa amat singkat..Pagi petang seperti pejam celik mata..bahagia sampai tak terasa masa bergerak 24 jam sehari. Demi saat bahagia, apa sahaja sanggup dilakukan agar saat bahagia berkekalan...kalau boleh sentiasa berpanjangan..berkekalan..walaupun kita tahu tiada yang kekal di muka bumi ini melainkan Dia yang Maha Pencipta.

Saat bahagia yang dilalui walaupun sesaat amatlah mendalam kesannya. Kesannya mampu memaksa insan-insan menitiskan airmata..tidak menghiraukan kesihatan..kehidupan...segala-galanya...malah ada yang tak kurang "cerdik"nya...sanggup menoktahkan hidup. DOSA BESAR dapat..mati azab pun dapat...mana pergi akal nya bila sanggup berbuat demikian semata-mata untuk seseorang yang baru dikenali..disayangi...tak terfikir kah akal terhadap sayang kasih keluarga pada kita yang telah sekian lama dikenali..disayangi...kenapa perlu ber"mati" -"mati" an untuk seseorang yang baru dikenali dalam hayat hidup kita?

Sayang macam mana sekali pon kita pada seseorang, satu masa akan dijemput Tuhan. Kasih cinta macam mana sekali pun kita pada seseorang, andai bukan jodoh, kita takkan bersama dengannya jua. Rindu macam mana kita pada seseorang, andai dia bukan orang yang berhak kita rindui, kita cuma dapat rinduan-rinduan..tinggal kenangan..Rupa paras yang cantik..body yang menggiurkan pun,,sampai masa akan hilang bentuk..akan hilang segala-gala pinjaman dari padaNya. Ubat awet muda macam mana sekali pun, andai sudah tua..rambut tetap beruban, perut tetap boroi, kulit tetap menggelembir....suara pun tak seksi lagi..makin seksa mungkin...

Baru aku sedar, hidup kita ni memang pinjaman ..memang sementara ..bila-bila masa dijemput ke sana. Cuma aku gusar akan amalan aku...dimanakah aku akan berada nanti dengan keadaan aku yang lalai...lagho...Aku mencari kebahagiaan yang berkekalan ...biarlah aku bahagia "di sini " dan "di sana".

Thursday, March 18, 2004

Kadang-kadang......

Dulu kan aku ada prob dgn parking anak2 makcik sebelah umah aku tu kan..heheheh...Suka2 ati diaorg jer park kete depan umah aku..aku nak parking kete kat garaj umah aku pon sangattt lah susah....so, minggu lepas aku letak tong sampah umah aku kat tepi pagar umah aku. Letak tong tu agak2 jauh ke arah jalan sket...so, kalu diaorg faham..park jauh dari umah aku la kan..Aku x marah kalau park diaorg ikut cara parking betul..tapi ini...menyusahkan dan umat2 lain yg nak menggunakan jalan depan umah aku tu...dah la makcik tu buat taman bunga depan umah dia atas jalan yg mmg direserved kan utk "JALAN". Sabo jer la...

Bila pikir2 balik..aku cool balik..nak marah mmg ada..tapi bila pikir, dia tua dari aku, jiran aku plak..so aku diam jer..until one day...kete2 anak2 dia buat line depan umah aku..3 kete sebaris..depan pintu pagar umah aku lagi.........padahal pintu pagar tu aku bukak siap2 utk aku park in balik kat garaj... gerammmmm..kalu org tak faham dgn kita...Tu blom citer pasal bila Mat Pakistan jual karpet, dia open table depan pagar umah aku ..grrrr...aku parking WHG selang pat lima buah umah dari umah aku. Makcik tu senyum kat aku..aku senyum balik...Aku masuk umah..aku tensen..nak jerit kang org kata gila plak...citer kat h/mate aku..dia suh sabo..mmg aku asyik sabo jer...sabo lagi la ni...

Dedulu masa skolah, cekgu kata kalu tensen, jerit dlm toilet bowl tu..then flush jauh2 ......kasi simpan tensen dlm tank tu...hehheh...so far aku tak pernah lagi buat...cuma kalu aku sakit ati ke tensen ke..aku pegi cari air..mandi ke buat la apa2 patut ..utk sejukkan diri aku sendiri..the worst..takyah cari air..mata aku sendiri keluar air...menangis beb....tapi aku susah nak menangis..tapi mudah sebak...


Ini lah rupa WHG aku


Tuesday, March 16, 2004

Nakal zaman sekolah

Kebelakangan ni aku sering je tingat psl zaman aku sekolah. Aku paling suka taim aku sekolah menengah psl masa tu aku berada dlm zaman cabaran yg paling jitu..rasa aku la.... Nak kata aku budak baikkkkkk sangat tak jugak...Jahat?? Ohohoo..aku tak jahat...nakal sikit2 jer..itu pun aku ikut peel dormmates yg seramai 62 org..heheh..masa form 4 n form 5. Kitaorg duduk rumah panjang...Penghuni rumah panjang akan dipanggil berdasarkan nama dorm yg didiami. mcm aku, aku jadi Kenangarians psl aku dok kat Dorm Kenanga.

Pesen aku ni, aku x suka studi dlm kelas prep tu. Lagi baik studi atas katil..heheh...Aku boleh tido bila aku nak..baca bila aku nak..suka ati aku..masalahnya kat sana semua student kene gi kelas prep setiap hari..eeiii..tensen tul...Masa form 4, aku still ikut rules psl aku kasi can kat senior main kejar2 dgn warden...he hee..Aku kene lah pegi prep walaupon pada aku, banyak masa yg aku habiskan dgn tido kat kelas prep. Takleh studi oooo..kalu ramai org..serabut otak aku...

Naik ajer form 5, aku gila kuasa sket...Junior kene hormat senior beb. memasing junior tunduk jer kalu lalu depan kitaorg..har har....besttt...Kene senyum...tapi aku tak paksa org nak senyum..cuma maybe diaorg mcm aku masa form 4 la kot..nerd2 gitu..ishh..

Seingat aku lah kan..masa form 5, aku cuma pegi kelas prep 2 kali...selebihnya aku studi kat bilik aku. warden plak rajin betoi buat rondaan setiap malam...aku ada 4 org kawan yg macam aku..malas nak gi prep kat luar...setiap hari antara kitaorg kene lah berlakon jadi pesakit 1 org, teman pesakit 1 org, lagi 2 pi nyorok kat dlm locker ke wat ever lah..asal warden x nampak..heheheh

Dorm aku tu plak ala2 berhaunted gitu..ada senior kata penah nampak 3 beranak hantu lilin tgh tawaf kat lodge dorm aku tu masa kitaorg cuti semester..FUhhhh...bergegar jap lutut aku masa dpt tahu tu dari member aku...ada ke patut dia citer taim kitaorg tgh nyorok...nak mampus...kot yer pon..tunggu la esok2 ke...sabo jer...

Ada sekali aku 4 org main kejar2 dgn warden..ingatkan warden dah balik umah dia..sekali dia tawaf dorm aku..pusing lagi sekali..ishh..punya lah dengki kat kita..kita bukannya nak buat apa..studi kat bilik kita jer...dia terus suh bukak pintu yg berkuci dan sound dgn suara yg lantang " Saya tahu kamu ada kat dalam..saya kira 3, kamu x keluar..satu dorm kamu ni saya denda...even dia pegi prep ". Ewah wahh..ugut kita tuh..aku x nak susahkan kawan2 aku plak...so..aku lari ikut pintu belakng dgn lagi 3 org kawan aku..heheheh...warden pon dah setat warming up..aku tambahkan gear ..heheh..aku x nak kantoi...rekod aku bersih tau...org cop budak baik lagi..hehhehe..

taim aku sekolah menengah, undang2 merotan still berkuatkuasa...aku x terkecuali kene...jugak tak terkecuali pernah berdiri atas kerusi...ada geng...best..jadi lebih tinggi dari org lain..hehheh...Satu period tu....Adeh!...

Monday, March 15, 2004

Lagi2 lirik lagu aku suka ...


So many words for the broken heart
It's hard to see in a crimson love
So hard to breathe
Walk with me, and maybe
Nights of light so soon become
Wild and free I could feel the sun
Your every wish will be done
They tell me

Chorus:
Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can't be there where you are
There's something missing in my heart

Life goes on as it never ends
Eyes of stone observe the trends
They never say forever gaze, if only
Guilty roads to an endless love
There's no control
Are you with me now
Your every wish will be done
They tell me

(Chorus)

There's nowhere to run
I have no place to go
Surrender my heart, body and soul
How can it be you're asking me to feel the things you never show

You are missing in my heart
Tell me why I can't be there where you are

(Chorus x 2)


Show me the meaning of being lonely - BSB
Susah sangat kah?

Untuk menuturkan perkataan "MINTAK TOLONG", kita kene keluarkan duit ke? kene guna kad utang tu ke? kene sembah2 org ke? Dalam hidup aku, aku paling tak suka andai seseorg mintak tolong tapi meminta kita melakukan utk nya dlm ayat yg berbentuk arahan..atau dlm bahser mat saleh nya bagi command...apa....ko ingat ko komander tentera ke...?? kadang2 berasap jugak aku bila perkara tu berlaku taim waktu hormon aku tak brape stabil...ati rasa nak marah jer kat org tu..mau jer aku nak cakap..."Hapa...ingat kita ni hamba ke ??Kuli ko pon tak..tau tak.."..

Tapi ayat tu hanya dlm hati jantung aku aja..Tak terucap mulut aku nak cakap seteruk itu...Aku tak mahu psl ayat tu aku hilang kawan..hilang sahabat...biarlah ayat tu hanya aku ucap dlm hati aku...makan hati lagi aku ni yer...hhehee...aku takut sok2 aku tak mampu nak simpan..maunya gunung berapi lahar tuh..heheh
Tingat plak kata2 my x-boss aku dulu..."It's nice to be cruel!!" HUhh..berapi berasap aku seminggu kat dia..Sabo jer...

Susah rupanya bila hati memendam rasa...dah la dlm hati ni ada banyakkkkkkk jenis rasa..perasaann..bla bla bla....


Tetiba rasa rindu

Bila rasa rindu..apa yg kita buat?? Aku suka kenangkan balik saat best dgn org yg kita rindu tu...Skrg ada segala jenis makhluk yg boleh contact org yg dirindu itu..samada by SMS..guna HP..video conference..webcam..surat...pos laju..bla bla..banyak sgt medium penghubung tu...cuma pilih......

Q : Bila ku rindu..aku tersebut namamu (Siti Fairuz kata dlm lagu dia..)
Bila aku pulak yg rindu?? No answer for this Q..

...aku rindu nak balik sekolah balik..takyah pikir perasaan2 nih...belajar jer..sampai masuk U...sampai dpt ijazah...aku lebih bahagia bila result aku pon bahagia...rindu .....rindu...la la laa laaaaa





Friday, March 12, 2004

Apa yg aku nampak kat pasar ikan tadi

Kat pasar boleh jumpa banyak jenis ikan. Ikan yg aku tak pernah nampak pon ada. Paling best aku terserempak dengan jaws. Heheh..Baik jer dia kali ni...senyap jerk!..Dia tengah dok berehat2 kat atas meja tu...Sihat jer dia...Dia tunggu giliran untuk dibeli. Orang makan jerung..huhuhu...Biasa jerung makan org kan...macam2 ler....

Aku gi beli ayam. Tajam nya pisau potong ayam tu ek. Kalau kene tangan tu camna yer..putus la...pastu aku nampak udang..besar....aku jumpa gak dengan pemotong-pemotong daging...Siap bawak kapak..parang yg aku rasa mmg tajam gila laa....Fuhh..Seriau gak lalu sebelah diaorg..kot2 la ada yg tetiba terbuang tebiat..ishhh...

Utk dapatkan terung 2 bijik kecik jer..seikat kacang panjang dalam 10 batang betul ke penjodoh bilangan ni utk kacang? , aku kene bayar RM2.50. hmmm...mahal la adik tu jual kat aku..Lenkali aku tak gi dah kat tmpt ko jual...Akak cari tempat lain...ayat nak balas dendam..heheh..rasa jahat plak aku..he hee.

To all my friends yg coret kat flooble aku..maaf bebanyak..banyak kali dah try post msg..tapi tak kuar..hangin gak..tadi jer dapat post satu msg...anyway, TQ for jot down and visit my blog nih...

Thursday, March 11, 2004

Roda

Hidup ini macam roda. Betul tak? Takkan selama-lamaya berada di atas, akan merasa jugak di bawah. Sentiasa berputar2 sampai kita jumpa titik noktah [mati]. Aku suka cakap kat diri aku dan yang kenal aku "WHAT U GIVE U GET BACK". Macam tajuk lagu ke lirik kumpulan mat saleh jengking tu kan!! Ntah..aku bukan ingat sgt tajuk2 lagu nih..Unless lagu tu aku suka..hah!tajuk, lirik, sapa nyanyi pon aku tahu..

Mak selalu cakap hidup kita ni takkan menongkat langit..sampai masa akan off jugak..Cuma turn kita di off kan tu, kita tak tahu bila. Aku amat2 takut andai aku tak sedar saat aku di off kan..dan pada masa tu..aku berada di kemuncak hidup yg lupa melihat pada yg berada di bawah. Aku taknak...Aku tak kejar kemewahan, tak jugak kejar kekayaan yang gila2..bukan tak berhasrat..cuma aku takut bila aku memiliki segala yg melebih2 tu, aku terlupa pada org yang berhak ke atas apa yg aku miliki.

Jasad hanya pinjaman sementara utk menuju ke alam yg Kekal..tapi jgn terlalu taksub akhirat hingga lupa pada kehidupan kita kat dunia ni..Kerja tetap kene keja beb! Aku tgh usha2 tempat keja lain. Ya Allah! Berilah aku yg terbaik.
Jugak pada yg angkuh pada kelebihan/kurniaan yang dimiliki. Bila kaya bermegah2, bila hensem, lawa..menunjuk2..Bila berharta benda..meriak2...hadui...Lawa ke hensem mcm mana pon, kalau umur tu panjang..tua tetap tua..berkedut2 lagi...kaya macamana n berharta macamana pon, Allah nak tarik...kejap aja..Kan ke tu semua pinjaman untuk kita. Dah tahu guna tu..pandai2 la guna bebaik..Bak kata org "tak yah melaram dgn reta bukan milik kita!!"


Hati

Bercinta adalah berisiko! Ayat tu adalah merujuk kpd cinta antara dua insan berlainan cas dan belom ada ikatan yer. Kenapa aku cakap macam tu? Pada aku yg takder pengalaman nih, bila bercinta byk benda yg perlu dijaga. Hati . Kena jaga hati pasangan.. dan hati kita sendiri pada masa yg sama kena jaga. Silap nak jaga hati org, hati sendiri bengkak2..makan dalammm..merana badan!

Aku amat suka kalau bila buat silap sengaja atau tak...mengaku dgn silap yg dilakukan. Dan mintak maaf tu antara yg paling baik. Try not to repeat kesilapan yg dilakukan. Aku suka berkawan dgn org yg sincere. Be herself/himself. Tak perlu berlakon2 utk jaga hati kita. pasal atas sbb tu kita akan tahu pe'el sebenar seseorg.
And cemuhan jugak kdg2 buat org makan hati even kita tahu kita tak perlu amik hati atas apa yg diucapkan oleh kawan kita tu. Graf kesensitifan kita tak sama setiap hari. Adakala kita tak sensitif langsung..n sometimes kita jadi sensitif gila2 sampai kita cepat terasa yg membawa merajuk...merajuk pada yg sudi bestt aarrr..kalu tak der yg pujuk..lagi sekali makan hati...uishhh..lama2 abih la hati..asyik kena makannn jerr...

Aku camna..

My life in next 3 years!! Tak tergambar situasi aku masa tu..Status...Umah..tempat kerja..famili..kerjaya aku..keta aku...bla bla...Kan best kalu boleh view masa depan kan...pastu leh tahu awal kehidupan kita..heheh..Paling best bila leh tahu sapa hubby kita..wooo..best wooo..heheh..aku rasa aku dah melalut2 ni..ngantuk beb...dgr lagu HERO si Mariah ni...naik lenguh menguap ni..

Wednesday, March 10, 2004

Lately aku suka lagu ni..rentak dia mcm besttt jer..
LIMP BIZKIT - Behind Blue Eyes

No one knows what it's like
To be the bad man
To be the sad man
Behind blue eyes
And no one knows
What it's like to be hated
To be faded to telling only lies
[chorus]
But my dreams they aren't as empty
As my conscious seems to be
I have hours, only lonely
My love is vengeance
That's never free
No one knows what its like
To feel these feelings
Like i do, and i blame you!
No one bites back as hard
On their anger
None of my pain woe
Can show through
[chorus]
Discover l.i.m.p. say it [x4]
No one knows what its like
To be mistreated, to be defeated
Behind blue eyes
No one know how to say
That they're sorry and don't worry
I'm not telling lies
[chorus]
No one knows what its like
To be the bad man, to be the sad man
Behind blue eyes.
SEmalam..

Pagi2 buta, aku dah bersiap sedia utk memulakan perjalanan aku ke Kuala Terengganu. Bertolak seawal pukul 730 pagi bersama adik aku yang kerja kat Kuantan dan HUDA.

Sesampai nya kat HKT tu, aku tercangak2 la cari halatuju...Buta destinasi la..heheh...Tanya org tu..tanya org ni..pusing situ..pusing sini..at last sampai la jugak..tu pon naik lenguh kaki aku n HUDA...HUDA pon membebel2 jugak la cakap jauh betol nak sampai..naik penat kaki dia..Opss..pandai plak membebel anak sedara aku ni..hmm..not bad...

Kitaorg org yg ke5. Ingat ke jap jer..2 jam tunggu baru sampai turn ...Erkkk..Aku cukup2 bosan...Tu tak masuk HUDA nya bosan..sampai naik malu aku...Hehehe..Dia nyanyi lagu ABC aku rasa satu tempat lobi tu dengar..Dia ketuk almost semua pintu2 yg ada kat situ..tu tak masuk lagi bab dia membebel2 sensorng pastu suh aku jawab itu ini..tanya macam2 ..hadui...
Layan jerla...Dia dok ketuk2 pintu..aku cakap "kalau nurse tu kuar pastu tanya Che Da sapa ketuk..Che Da tunjuk Huda yang buat..Che Da tak mo campur". Aku siap cakap nurse yg sedang berjln ke arah kita tu tgh bawak jarum nak suntik Huda pasal dia suh Huda dok diam. Berkesan la 5 min aku rasa..Pastu dia buat hal lagi...

On da way balik, dlm WHG cuma aku n Huda. Adik aku naik TZM dia yg baru beli. Huda x ada geng nak bertekak. Aku ni yg jadi mangsa. Air coklat tumpah dia tuduh aku yg salah pasal bawak kete laju. Padahal dia yg x tutup botol tu kemas2. Gelagat dia dlm keadaan mengantuk..Mencabar kesabaran aku..Masa aku tgh drive agak laju...dia boleh suh tutup ekon, suh bukak botol air la, suh bukak bekas makanan la, suh tutup botol. etc....Sabo betol aku..Sabo.Sib baik dia anak sedara aku yg aku sayangggg sangat. Layan jerla...

Aku sampai umah kul 6.30 ptg. Letih and penat yarabbi. Malam tu aku tido kul 8 .00 lebih. Memang tido mati la aku kata. Tak sedar apa pon. HP aku bunyi pon aku tak sedar...Anak sedara HUSNA tu x der plak melalak-lalak mcm malam sebelomnya ..dia nangis2 dari kul 11 mlm till 430 pagi.. Sian plak kat mak aku..Satu umah takleh tido..Mak n along aku lagi lahh...Cian kat anak2 aku sedara aku ni. Che Da sayang korang tau tak...cayangggg...

Hari ni

Terasa banyak kerja..Even ni semua kerja org yg aku tolong amik alih sket2. Hmmm..masih sempat taip apa2 yg aku rasa sempat nak tulih kat blog aku ni.

Sunday, March 07, 2004

beLiEvE iN yOUrsELf....sTAY tHe sAmE.....
KHAMIS

Aku bertolak balik ke kampung pada pukul 12.00 tgh hari. Aku memandu dalam keadan blur...my mind full with question mark...ntahla...Sesampai kat umah..aku terus jumpa permata hati aku yang baru..HUSNA. Masih jaundice lagi budak ni..Sian dia..kecik2 lagi dah kuning...dah dapat sakit...Tapi bila aku pikir2 balik..itulah namanya dugaan. Bukan dugaan pada HUSNA..tapi dugaan buat mak ayah dia..lagi dugaan buat mak aku...along aku tak larat sangat untuk menggagahkan diri dia buat kerja2 lain...Sian kat mak aku...Cayang makkkk...Kadang2 aku tingin gak nak cium mak ayah aku mcm adik aku yg paling kecik buat hari2..dari kecik mmg dia dah diajar buat mcm tu ..so, bila dia besar pon, dia tak der segan...Aku pikir2..best gak kalu buat camtu..tapi mesti mak ayah aku musykil plak...Silap aribulan diaorg kata "Buang tebiat kot budak T**I ni" Kantoi kat adik2 aku yg baca post ni..kui kui..kuii..heheheh. Ok..get back to main point...Dugaan..mmg betul...selagi kita ni masih manusia yang bernyawa, mmg banyak dugaan yg kita akan hadapi...Nak tak nak..Kene bljr mengatasi dugaan tu..Kena hadapi dugaan tu..Ada yg diduga dengan kejayaan yg melimpah ruah..ada yg diduga dgn kesukaran demi kesukaran...jua kesusahan demi kesusahan...Apa jua bentuk dugaan yang diterima, yang paling penting..bagi aku...macam mak selalu cakap.."Hidup ni kene ingat pada yang SATU...bila kita tahu tu semua adalah dugaan buat hambaNya..maka kita akan lebih tabah..kene byk bersabo..bla bla..bla...". Aku kene tabah dan bersabar ...

Dari tgh hari mak aku peratikan aku buat kerja kat dapo...rajin plak mak aku ni..heheh..dia rindu aku kot... Camna ntah dia leh perasan seme benda aku buat tak jadi..Huk aloh mak ni...Dia kata aku buat kerja mcm tak ikhlas jer..asyik tak jadi jer...Aku cakap "Mak..dalam kepala ni..banyak pikir sgt..jauh menerawang ntah mana2 dah ni..". Ptg tu aku gi pantai..tengok laut. Rupa2nya teramat lah best rasanya bila taim kita "serabut"..kita pegi tgk laut..Ombak agak ganazz petang tu..Sempat plak aku reka2 cita kat kepala aku..dok imagine itu ini...Aku tengok ada satu kapal tu pergi makin lama makin jauhhh dari pantai tu..agak aku..kapal tu baru jer berlepas dari Terminal Minyak Kerteh..agak aku jer tu...Sayu plak tetiba..bila kenangkan ..kapal makin jauh dari pantai..Sian famili crew2 kapal tu ek..entah bila dapat jumpa sedara2 kat daratan ni yer..

Banyak sgt yg aku dok peratikan kat pantai tu...hmmm...ada gak terasa hati aku mcm ombak tu jer..pastu rasa aku mcm pantai tu plak..pastu korang rasa aku dah mula merepek2 kan!!

JUMAAT

HUDA tak berenggang dari adik dia..kdg2 risau gak aku...buat nya dia dok adik2 kat HUSNA tu kang...di gigitnya budak kecik tu...melalak satu umah lerr dengar..Dia dok geram tangan kaki HUSNA yg kecik tu..ish..Mintak jauh dia buat mende2 yg aku tak nak berlaku tu. So far dia takder lagi nampak perasaan jeles kat adik tu..Cuma dia akan berebut nak dok atas riba aku taim aku nak riba HUSNA.

Tingat plak ada satu ketika taim adik aku yg Darjah 6 tu tanya math kat aku. Masa tu HUDA pon ada sekali..Aku cakap kat adik aku "Eleh!!Kacanggg jer ni..Kacang!". HUDA tetiba terpinga2 n terus tanya aku "Ch* D*, mana kacang..mana?". Berderai gelak aku dgn adik aku kat situ gak..sabo jer la...Masa aku balik semalam pon, aku cakap kat along aku yg budak HUSNA tu ada lesung pipt..Sibuk la plak HUDA cakap kat aku n ummi dia "Masa HUDA kecik2 dulu pon HUDA ada gak lesung". Aku sampuk "Ha'ah..HUDA masa kecik mmg ada lesung..tapi lesung batu". Hahah...Cian dia..asyik kene kat aku ..dah 2 ari dah..Selalu dia jer yg kenakan aku..Keh keh..tak padan tua kan..Kdg2 bertekak dgn budak kecik ni best tau..pasal kita sureHEBOH menang nya lah...

SABTU

Aku pegi teman adik aku ke KT. Dah 10 thn tak jengok2 area tmpt sekolah aku tu. saja jalan2 n restkan otak aku yang rasa nya makin lama makin berat ..yerlah dok asyik bawak banyak2 soklan..heheh..Joke jer..I admit that kepala aku mmg sakit...Sakit2 kepala aku pon, aku drv gak..sian kat adik aku...Dah la masa pegi tadi dia yg drive..takkan aku nak makan tanggung jer kan.. ;). Drive sampai umah and rest half an hr then drive ke umah sewa aku besides eksport adik aku ke asrama dia kat kemaman.. :)

MASA AKU TAIP POST

Skrg aku kat umah sewa..of course depan pc..dgr lagu HERO..mariah kari tu. Pastu dgr lagu WHen u Belive ..lagu mariah dgn Whitney..bagi support utk diri sendiri..taim2 depan pc ni..Plan asal aku nak taip surat..job hunter beb!. Sambil2 bukak floppy tgk gambar2 kawan2 aku..gambar aku..gambar famili aku..Ohohoo..lagu Mariah yg tajuk I'll be there ni best gak ek..Just call my name n I'll be there....Jap nak try......hmmm..takder plak org yg ku sebut nama tu ada kat sini....impossible..


SaAt..sAaT..SaaT...

Saat itu
Bila hati kelu lidah bisu
Sudah kah jemu?

Saat ini
Bila mulut sepi malam sunyi
Sudah kah benci?

Saat semalam
suasana suram malam kelam
Sudah kah tenggelam?

Saat berlalu
Bila soalan bertalu-talu
[Question ] : Adakah aku setat merapu?

**taim aku merepek..9.24 pm (6 mac 2004)



Meh dengar lagu "Without You!".dengan aku..meh la..meh la..Pasni kita dgr lagu HERO plak..pastu lagu FOREVER..pastu lagu One Sweet Day..

Wednesday, March 03, 2004

Tadi masa aku sibukkk surfing cari script utk letak lagu midi kat blog aku ni..tiba2 aku terjumpa script nih...

Hide from old browsers

// All you have to do is put another text in the variable message.
// Don't forget to break all lines with a ^
// When you do not place a ^ at the end of all the message, the
// message will not repeat

message =
"*~ I Never Really Knew You ~*^" +
"*~ You Where Just Another Friend ~*^" +
"*~ But When I Got To Knew You ~*^" +
"*~ I Had To Let My Heart Unbend ~*^" +
"*~ I Had To Forget My First Love ~*^" +
"*~ And Give Love Another Try ~*^" +
"*~ So I've Fallen In Love With You ~*^"+
"*~ And I'll Never Let You Go ~*^"+
"*~ I Love You More Than Anyone ~*^" +
"*~ I Just Had To Let You Know ~*^" +
"*~ And If You Ever Wonder Why ~*^" +
"*~ I Might Not Know What I'll Say ~*^" +
"*~ But I'll Never Stop Loving You ~*^" +
"*~ Each And Every Day ~*^" +
"*~ My Feelings For You Will Never Change ~*^" +
"*~ Just Know My Feelings Are True ~*^" +
"*~ And Just Remember One Thing... ~*^" +
"*~ I Really Do Love You! ~*^" +
"^"


scrollSpeed = 25
lineDelay = 1000

macam best plak wording tuh..till now..i am still looking for the right person script for my blog's music background!!


Aku pilih lagu "Till I Met You-Joey Albert" buat masa ini..Aku jumpa byk lagu midi online..heheh..lenkali aku ubah2 la..ikut suka ati aku....best..bestttt!!!


Tuesday, March 02, 2004

Hari ini

Tadi mak aku call bagi tau yg along n anak sedara aku dah dibenarkan balik umah. Alhamdulillah..lega ati aku..Kalau tak silap aku la kan..anak sedara aku akan dinamakan based on my suggested name. NURUL HUSNA HABIBAH...dalam bahasa melayu dia..CAHAYA KEBAIKAN KEKASIH..semoga dia jadi insan sebaik maksud nya..insya allah..


Kat Bank lagi

Tadi aku pi lagi kat bank semalam..hari ni takder org plak beratur cam semalam..n takder plak muka2 penyakit ati mcm semalam.... Aku berjaya guna mesin tu byk2 kali..hehehehe.bangga betoi...Lenkali kalu ada org yg x reti guna..aku akan bantu dia ....bukan jd cam manusia dua org semalam...menyampah jer aku..heheheh..


Monday, March 01, 2004

Aku panas telinga jadi 1st time user hari ni

panass..panass....tadi aku ke Maybank utk bank in kan duit aku. Terjadi peristiwa yg menyakittttkan ati aku...Sememangnya tadi aku masih mampu tersenyum masa 2 ekor org manusia tu membebel2 belakang aku...siot jerr. Aku nak cash in kan duit guna mesin kat maybank tadi..1st taim user..apa yg kita expect?? mesti ada buat silap kan..aku pon baru tahu nak guna mesin tu tadi..bisa aku tahu guna maybanbk2u , withdraw duit jer..takpenah plak bank in guna mesin...

Alih2 ada 2 manusia tu cakap aku mcm tak sekolah jer..bila aku tersilap tekan butang kensel kat mesin tu..aku ulang...aku tersilapppppp...kalu 2 manusia tu stop cakap kat ayat tu jer..aku tak kisah..alih2 dia sambung membebel plak 2 org tu lepas tu...eeiiiiii..tinga aku panas...sib baik ada tudung..kalu tak aku rasa merah membara jerkk!!heheh

kawan aku yg ada sebelah aku bengang kat 2 manusia tu..dia plak tolong sound manusia 2 org tu .."1st taim user...baru nak belajar..common la kalu buat silap tu". Aikk..2 manusia tu sambung lagi...pot pett pot pett...eeiiiii..hangin gila aku!!! Aku sabo sungguh..pasal aku boleh senyum kat manusia 2 ekor org tu lagi..and after setel hal aku..aku bleh cakap "terima kasih" lagi kat manusia tu..pasal kasi bebelan yg menyakitkan hati aku..aku blah dgn hati yg panas...sepanas cuaca ari ni kat sini...

fuhhhhhh...WHG pon takleh bayar lagi coz offline plak...cesttt..seme tak jadi!!


Note : Doakan anak sedara aku sihat cepat..bcos she is still under lampu2 tu...jaundice!!
Anyway...doakan kami semua selamat..insya allah!