Monday, March 12, 2007

Where am I?

Lama betul tak apdet blog nih. Bukan setakat bersawang dah aku rasa, siap naik semak samun , naik lalang naik hutan dah kot..He heee..

Oklah my pren, aku sebenarnya tetiba jadi sibuk mengalahkan menteri dan tak sempat nak berfikir untuk menaip ayat kat blog nih. Plus minus aku jadi makin cepat mengantuk lately. Kadang2 tu kan, aku siap terengguk-sengguk masa tengah buat kerja kat pc aku nih. Hah..bayangkanlah...siap tergeleng-geleng lagi kepala ..alaaa macam masa kita naik bas dan tertido...haaaaaaaaaaa..macam tu lah..sib baik ada partition nih..leh la kaver sket2 apa aku tengah buat..kekekkee..

FYI my fren, tahun 2007 ni, mertua aku dapat 3 cucu dan 1 cicit. Bulan 1, anak sedara aku bersalin. Bulan 2, adik ipar aku deliver plak. Last 2 weeks, akak ipar aku. Next month or earlier, aku plakkkk...insya allah. Mak aku plak dapat 2 cucu tahun nih. Aku and adik ipar aku due in July.

Yang paling best nya, aku saaaangat suka bila tahu kawang2 baik aku semua join kelab aku...Mueheheh...KMB=Kelab mak Buyung. Aku+Angah+Dewi. Aku due April, angah pun sama. Dewi bulan 7 ek? sama aar dengan adik ipar aku. Harapnya semua selamat dan sihat walafiat..insya allah.

Dag dig dug gak la rasa bila dah dekat2 nak due ni.. lainlah Dewi, angah...Ko dah yg ke3 wi, angah lak yang ke2. Aku je yang ke1. Bimbang pun ada. Sekarang ni pun kaki aku dah bengkak. Macam batu block jer tengok rupa dia. Sian kat aku kan...betis aku laaagi lah sedih.. No shape at all. Jangankan betis bagai bunting padi, bagaikan bunting pokok kelapa pun belum tentu. Huhuu..Tangan aku plak asyik kebas jer....Sampai keraih kedegung tak boleh nak genggam jari. Sian aku kan..Kalu dah dok bersila, nak bangun bukan main seksa wehh...macam org tua sakit pinggang tu...

Bila ngadu kat mak, mak kata, "Bukan senang nak jadi ibu.". Insap aku..insappp...sayang mak..

Aku dah plan, after confinement nanti aku nak pasang body ar...insya allah. Dah lama tak mekap+berlawa2an. Tungguuuuuuuuu..

Wi, ko taknak apdet ke? Nampak gakler semak kat ko nyer blog. Ha haaa...
Ngah, ko gakler yang apdet sokmo..Aku dah amik gambo masa preg ni..Korang berdua amik gak tau..aku nak tengok...

Oklah..Kalu rajin+ada masa, esok2 aku taip lagi..

Till then, maafkan aku andai ada silap dan salah...Doakan aku dan anak aku selamat sejahtera dan semua selamat dan sihat..Amiinnnn..

;)
-Aku-