Wednesday, December 29, 2004

Bila saat sudah tiba...

Pagi tadi aku dikejutkan oleh satu SMS dari best friend aku si DEWI.
"FAKHRIAH HANI meninggal dunia pagi tadi".
Kawan satu matrik aku dan dewi masa kat KMS. Selang satu bilik dari bilik aku. Arwah meninggal akibat leukimia. Innalillah...Dulu arwah Norzi Ayu pon satu matrik dengan kami. Sangat terkejut dengan berita sedih tu, lagi sedih bila aku diberitahu oleh Dewi yang arwah baru melahirkan baby pada 4 Disember 2004. Baby masih kecil....**Sigh**
Takziah utk famili arwah dan alfatihah......

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tsunami yang melanda Malaysia..Bukan setakat negara kita, malah sebahagian besar ASIA. Pergerakan pada struktur bumi berlaku dan berlaku perubahan pada peta dunia. Subhanallah! Cukup besar peringatan yang ditunjukkan oleh Yang Maha Kuasa, tapi kita masih belum sedar2 salah kita..silap kita..sebagai khalifah di atas muka bumi, di Malaysia..sebagai hambaNya...mungkin ada antara kita yang masih lalai dengan kesenangan dan kemewahan yang dipinjamkanNya..

Lagho sungguh kita ! Bila kita mahu insaf? Kalaulah tsunami tu pon kita tak mampu nak halang..macamana dengan Kiamat?? Semua kita tak akan ada apa2 untuk kita bergantung..hanya amalan kita..dan pegangan hidup kita..sehari2....Ya Allah! Berilah kami taufik dan hidayah!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku terima satu call dari super2 senior aku [ex-KT] semalam. Seronok rasanya..TQ kak.

Pagi semalam aku ternampak gambar akak tu kat fotopages kawan aku dan aku mesej dia bagitahu aku dah nampak dia. Then aku dapat mesej nih.

"Naper tak tego akak?"

Aku jawab,"Pasal saya nampak akak dalam gambo ni hah...kalu la saya buleh tego..heheheh"

Ni akak tu mesej balik,"Nyampah!"

heheeee...gurau-gurau jer kak cayang...Tak sabar nak bersua muka dengan akak tu secara live.

****12 Januari ni insya allah saya ke Bangi..Ada training session dgn Pe*ronas kat PERMATA. Kalau ada masa insya allah kita boleh jumpa..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Alawei..tadi tagbod okey jer..now takleh baca..tak leh nak balas ..huhu...nanti aku balas balik bila tagbod tu leh aku baca...

Wednesday, December 22, 2004

Mentang-mentanglahh...

Sejak housemate aku tu kawin, dia dah segala barang milik dia ke rumah barunya. [termasuklah tv, mini radio, freezer..]. Sejak tinggal berdua nih, rasa sunyi plak umah aku. Yerlah, tak ada apa nak dilihat/tonton..tak ada apa nak didengar...tak ada bahan mentah nak dimasak...Kadang2 rasa mcm hostel jer..tempat tidur dan tempat membaca..[membaca dah jadi aktiviti utama aku sejak dua menjak nih..no choice maaa]..

Kalau nak dengar lagu, tunggu dalam kereta ajerlah..dan kalau rasa nak dengar lagu sangat..boleh request lagu kat "dj" yg tak bertauliah kat dalam umah aku...Kalau tak aku..dia lah yg nyanyi...Quality doesnt matter lah as long as tune lagu tu masih boleh dihayati..hehehehe...[Best gak dengar lagu dari bakat2 yg terpendam nih...]..sambil membaca sambil "menyumbangkan" lagu..la la la laaaa..

Meh aku citer sikit pasal jiran sebelah umah aku nih..[Sambil singsing lengan baju..gaya ala2 mami jarum]. Pantang lepas Magrib jer akan kedengaran bunyi cerita dari saluran2 TV. Bukan perlahan tau..kuat kemain...sampai dialog sebijik2 aku boleh dengar...Siap dengan iklan pon dia boleh bukak kuat2 suara tuh..Mak aih..!!Mentang2 lah aku takder TV, radio....diaorang pon nak show off la tu...Takper..takper...[sambil ke bilik air dan terus amik air semayang]. Bukan nak memuji..tapi ada hikmah tader TV nih..pantang masuk waktu solat jer, aku terus solat ..dapatlah pahala solat awal waktu ..Alhamdulillah...

Eh..tersimpang plak..meh nak sambung lagi...lepas solat, aku mengaji...tapi..tapi....oleh sebab kat bilik aku lampu kalimantang tu "mampus" masa musim banjir baru2 nih,[ guna lampu tido jerlah sekarang nih..], maka aku kene mengaji kat ruang tamu.. So, aku mengaji kat ruang tamu....dengan suara yg "perlahan"ala-ala qariah gitu..heheh..nak tengok jiran aku tu slowkan sound Tv tak..haaaaaaaa..apa korang agak tindakan dia..??

Sejak hari tu, aku tak dengar dah suara kuat2 dari TV jiran aku tuh...muahahhaha..best sungguh...berkesan gak cara aku tu..

Pagi tadi makcik tu tengok aku masih berpakaian tido tengah lap kete.

"Tak keja ke hari nih?"
"Keja..tapi kete ni kotor sgt..nak lap ler sikit.."
"Eh..kawan awak yg sorang tu dah kawin eh...??"
"A'a makcik..dia duduk umah situ tu haaa.."[sambil tunjuk arah umah kawan aku tu..]

Wah wah..makcik ni pon jaga kain kitaorg rupa2nya...macam yg diberitahu oleh org2 yg pernah tinggal di umah sewa aku tu...Tak syak lagi!

Agaknya apa yg makcik tu cakap2 dgn anak2 dia psl kitaorg yer..Kalau bising2 waktu mlm, melalak menyumbangkan lagu dlm bilik air, dan sebagainya..kuar ronda malam2 tu..haaaa?!!

Aku dapat housemate baru on 1 Jan nih..yay! Kurang sikit budget sewa aku..Alhamdulillah..

Meh jwb tagbod jap..

lan : Nak masuk gak lumba foto..tapi lum berkesempatan...lagipon saya tak pandai amik gambar mcm professional fotographer tuh..main cincai jer....yg tu dpt dari emel member kasi..

ady : ;) , dah abis banjir akhirnya..banjir dlm kenangan......

xmen : wslm wbt..ronda lah seronda2nya..sila silaaaaaa


sync : a'ala sync..mmg dah lama tak bersembang kat tagbod tuh...akak ader jer kat sini..sync..camner..dah apply/dpt new job?

akak seri : tu lah akak...kita ada byk citer hangat nih..muahahhaa..gusip..gusip..

e1 : mandi manda? mmg best..tambah2 kalu mandi air banjir tuh...aisey wan...25 nih akak balik kg la....ada hal sikit..


Sunday, December 19, 2004

Copy paste...just wanna share something with U!

ROMANCE MATHEMATICS
Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair

Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy

OFFICE ARITHMETIC
Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime

SHOPPING MATH
A man will pay $2 for a $1 item he needs.
A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need.

GENERAL EQUATIONS & STATISTICS
A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.

HAPPINESS
To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.
To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.

LONGEVITY
Married men live longer than single men do,

but married men are a lot more willing to die.

PROPENSITY TO CHANGE
A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.
A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.

DISCUSSION TECHNIQUE
A woman has the last word in any argument.
Anything a man says after that is the beginning of a new argument.

HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED
Old aunts used to come up to me at weddings, poking me in the ribs and
cackling, telling me, "You're next." They stopped after I started doing the
same thing to them
....

....
at funerals.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

So, musim banjir dah berlalu. Yang tinggal kesan air lumpur di dapur rumah, pagar, tembok batu, longgokan sampah yang mengikut arus air banjir, bau-bau yang agak hapak, hanyir dsb.

Begitulah yang tinggal selepas musim banjir, jika penjagaan kebersihan tidak dititikberatkan, maka akan timbul masalah kesihatan, eg : demam[perubahan cuaca], sakit kulit [gatal-gatal], denggi [tin-tin, tempurung kelapa yang hanyut dan terlonggok menakung air], taun [lalat2 mula membiak di tempat kotor/sampah terlonggok].

Jadi...persoalan aku pada diri sendiri..kenapa banjir? Meh aku jawab utk diri aku sendiri jugak.
1- Sistem saliran tak bagus..[mcm umah sewa aku..longkang ada tapi tak tahu ke mana ia dialirkan..semua nampak dead end jer!]
2- Sistem pengaliran yang tak teratur..[kat taman perumahan aku..saliran ader tapi bila tanah dilonggokkan, yg jadik mangsa adalah umah aku ...kawasan rendah..hujan sikit naik air..hujan sikit naik air..tak masuk atap umah aku yg tiris lagi tu..huhuuuu..sadisss]
3- Aktiviti tebang pokok tanpa had...[Yg jadi mangsa org2 yg kat hilir ni..org yg tebang pokok kat kawasan hulu...bila hujan..air yg turun bawak sekali lumpur dan mendap kat dlm sungai..dah cetek la sungai tu...bila sungai hulu tu tak mampu nak menampung air, tu yg lajuu jer paras air sungai hilir naik. Tu yang lajuuuuu jer air sungai melimpah kat depan umah aku kat kampung... aku tak sempat nak main air sungai dpn umah kat kg..sadiss..sadiss..
4-......
5-........
6- kuasa Allah Taala.....Dia berhak membuat apa sahaja..terpulang pada hamba2Nya utk mengambil ikhtibar..baik buruk sesuatu perkara.

Note : Dewi, aku rasa aku dah faham lah apa yg nak ko sampaikan dulu...ada hikmah atas tiap2 sesuatu yg berlaku..Kalau tak dapat, adalah hikmah..kalau dapat , aderlah tangggungjawab yg kita kena pikul...Tq fren!

Thursday, December 16, 2004

Sana..sini...

Semalam aku bergegas ke kg halaman aku waktu lunch tengahari. Bunyi macam mustahil sebab takut tak sempat masuk opis kul 2 tu. Syukur alhamdulillah, pukul 12.15 tgh hari aku bertolak ke kampung, aku sampai opis balik sebelum pukul 3 petang. Cepat tak? Hehhehe...45 minit drive pegi dan 45 minit drive balik..[itu waktu aku drive time normal..smlm time emergency...mencecet la aku tekan pedal minyak tuh..syyyy...kalu mak aku tahu...soheh la kene ceramah "JPJ"..he hee]. sampai umah aku sempat makan nasik lauk ayam yg ayah sembelih ..ada tempoyak..cili tumbuk taruk dalam tempoyak...ada kobis goreng cina..masih panas lagi..nyumm..nyumm..sedapnya..masa lapar..semua makanan nampak menyelerakan...kalau batu kerikil masak lemak pon nampak best ..hehehheheyerla time tgh "kebulur"..hujan2 nih..sejuk...banyak lemak diperlukan untuk memanaskan badan..tapi aku tak gak slim2..huhuuu

Jawab tagbod jap :

Ady : Beshh ooo..kalu banjir yang tak besar la..leh harung air sungai atas jalan raya..mana nak cari musim2 lain..tak yah cuci umah pon..air naik kat tiang umah jer..tak masuk dlm rumah lagi..cuma kat dapo tu kes sental lumpur la sikit..

Lan : mmg nak mandi air banjir tp yg cetek jer la..saya tak reti berenang..

abc : bacalah bila2 pon..cuma sekadar mencoret jer...apa2 yg dok berlegar dlm fikiran dan dirasakan ingin dicoretkan..maka terhasil lah page nih...

bro po : KT macam pulau? KN [kg nyior] pon samalah jugak bro...jadi pulau antara lautan air sungai yg melimpah ke jalan2 raya..semalam pon masih ada air sungai yg "melintas" jalan..dan air sungai yg tersesat...bertakung kat tanah rendah...

--------------------------------------------------------------------------------

Semalam sempat snap gambar banjir kat umah di kampung...actually bukan aku yg snap..adik2 aku punya kerja..nanti tengok ler kat my fotopages tu..

Ini gambar yang aku snap 2 hari lepas, semasa aku tunggu trafik lite tu count down to zero. Terkocoh-kocoh keluarkan camera dan zapppp...dapatla sekeping..pueh ati den...hajat tercapai..muehehehehheeh...


Cahaya mentari petang menembusi gumpalan awan..nampak sangat menarik perhatian aku...

Tuesday, December 14, 2004

'Kemaman..we have a problem..are you okay?'

Sana sini, orang bercakap pasal air banjir, pindah umah, pindah kereta, kenderaan ke tempat yang lebih tinggi. Tak cukup hanya bercakap, semua orang berduyun2 keluar melihat sendiri penangan banjir tahun ini di sini.

Aku pon turut sama membasahkan kaki walaupun sebenarnya tak celup pon kaki....huhuu dengan air banjir. Meninjau ke kawasan2 banjir. "Teruk jugak banjir kali nih!", bisik hatiku. Ramai yang kene pindah. Semalam, paras air sungai naik lebih tinggi sebab air pasang besar. Kawasan2 yang rendah dinaiki air sungai. Wah wahhh...nampak macam sungai yang besar bila kebanyakan kawasan rendah dinaiki air sungai.

Bro Po, actually, we have problem but still okay ..**wink..**wink..Mana tak prob nyer...Perhubungan darat terputus for almost 2 days. Most of the roads heading to Kuala Terengganu tak boleh dilalui. Air naik tinggi kat situ..sini..

Aku call umah aku kat kampung 2 jam sekali. Soalan wajib nih-->
"Mak, air sungai dah takat mana kat depan umah kita?"

Paling tensen bila aku tanya camni dan dijawab camnih!
"Sapa mandi air sungai kat depan umah tu mak?"
"Adik2 nih...dari pagi lagi dok berligan dlm air tuh..Siap buat rakit lagi.."

Huhuu...jelezz ..jelezz makcik! Aku nak gi "berendam" gak dlm air sungai depan umah aku tuh! Tak pandai berenang tu bukan alasan..huh! Tak kira!

Hari ini baru nampak bas ekspres dari Kuala Terengganu, lori2 yang lalu jalan depan opis aku. Barangkali paras air sungai dah turun..barangkali mentari hari ini yang terik mengeringkan jalan2 yang basah...barangkali berkat doa semua penghuni yang dilanda banjir....air banjir cepat surut.barangkali....

Cuma yang paling jelas nampak..pada aku lah... Sentiasalah ingat siapa kita disisiNya..ujian dariNya bukan sekadar bencana kesusahan, malah ada yg diuji dengan kesenangan dunia yang melimpah ruah..Kalau Allah nak duga..tak kira masa..ketika..siapa.....

eg. duduk umah batu tapi atapnya tiris..air hujan menitik dengan lajunya masuk dalam bilik insan tuh..insaff..insafff...umah sewa aku ler tuh..huhuu

Nanti aku akan aplod gambar sepanjang banjir..insya allah...juga cerita ombak besar yang menghempas jalanraya Kg Geliga...Kemaman...

Saturday, December 11, 2004

Raining yesterday, today, ......!

Dari hari Khamis pagi, sampai sekarang..saat aku menaip entri hari ini, bumi Kemaman masih tidak putus-putus di curahi air hujan. Sudah ada kawasan yang banjir , sana sini. Sejuk gedi setiap pagi [betoi ka ..penggunaan pktn sejuk gedi tu? Org Kedah..ada betul?]. Semalam aku menghabiskan masa memunggah segala harta benda aku dalam kotak2 kat bilik aku ke bilik satu lagi. In other words, aku mengemas bilik aku ler.. dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang.

Penat jangan cakap lah. Segala kertas/dokumen yang tak diperlukan , aku tongsampahkan. Hasilnya? 2 beg plastik hitam yang besar..Padat dengan sampah kertas, surat. bills, plastik, buku2, majalah2..bla bla blahhh...Rupa dalam bilik aku juga sudah berubah. Meja aku letak diruang tamu. Wah! Makin luas nampaknya bilik aku. Gunakan sedikit kreativiti, aku dah dapat satu 'meja' baru yang kecik, dan simple.

Alang-alang duduk seharian di rumah, aku telah menggunakan sepenuhnya masa yg ada untuk lap segala reta dalam bilik, lipat baju, simpan kotak album lama..opss....rupa-rupanya setiap tempat persinggahan dalam hidup aku, ada satu album setiap satu..Wahhh...boleh nampak perubahan pada aku..fizikal...saiz...rupa..[mental?]...Aku janji, aku akan kemaskan gambar2 tu dalam album yang besar dan lebih teratur...Insya allah..

Hujan yang lebat membuatkan bilik aku pon tak tertinggal dari mendapat nasib "bocor" aka atap tiris. Sedih betul aku. Dalam dok sibuk2 mengemas, tetiba terasa air menitik di kepala, nampak air laju mengalir di tepi dinding. Habis basah tudung2 aku yang tersangkut kat dinding. Salah siapa? Tuan rumah ke? Atau salah aku? salah sewa umah ker??waaaaaaa...cepat2 lah aku pindah umah yang di sana tuh! hehehehehhehe

Lap lantai bilik, air makin laju menitik, akhirnya aku guna periuk untuk tadah air tuh! Terasa betapa kerdilnya aku. Atas bumi Tuhan nih, duduk rumah batu pon masih tiris atapnya. Insaf aku bila mengingatkan mereka yang lebih teruk nasibnya bila musim hujan. Nak tak nak, aku tadah la kain dan periuk kat situ. Bila hujan reda, air berhenti menitik. Argghh..syukur..syukur..bila hujan mulainya lebat, aku bimbang, takut2 bukan setakat tiris atap tu, tapi bumbung tu jatuh akibat terlalu berat curahan air atasnya..Erkk..Nauzubillah..Jauhkan aku dari itu semua..

Banyak anak-anak katak yg kecik-kecik dan comey2 ajer depan umah aku. Hah hah...banyakla comei dia..Kang yang menjerit2 geli kat taman tu..takder org lain dah..Wakakakka...


Titik titik itu

Tik...tik...
Ia menitis
tanpa jemu
Membekaskan lekuk
Meninggalkan kesan
Jauh di sudut hati

Tik..tik...
Ia menitik
Berhenti bila hujan reda
Hanya sementara
Basah lencun bilikku
Meninggalkan kesan basah
Mop memulakan tugas mengelap
Aku penat

Tik..tik....
Titis kasih itu mengalir
Titis air itu mengalir
Biarlah kasih itu kekal
Mekar mewangi disanubari
Selamanya
Biarkan air itu mengalir
Tukang mop itu ada
Mengelapnya

Tik ..tik...
Sudah terpateri lekuk itu di hati
Biarlah ia bersemi bersemadi
Di hati
Sudah ketentuan hujan reda
Aku boleh goyang kaki
Baca buku, majalah makan
Andai hujan lagi..aku mop balik..Hee heeee

Bila hati mula terasa rindu, di situ nilai kasihmu...semoga ia mekar mewangi..seadanya...amiinn..

Thursday, December 09, 2004

hidup mesti pandang depan...

Hujan setiap hari, dari pagi sampai petang, malam, esok pagi hujan lagi...mentari malu2 nak keluar..erkkk..menyorok terus rasanya...dah 2 hari hujan lebat ..

This morning, aku terpaksa balik ke rumah selepas hantar housemate aku ke opis dia. Dahla aku bertolak dari umah aku 15 minit lewat..he heee...Sib baik ler , two bosses tu tader kat Malaysia nih. So, ronggeng ler ....pagi aku terbabas ler ke opis 8.30 lebih. Tgh hari jamu mata kat The Store tu...Petang balik sharp on time. Jangan ler tiru aku ni yer...Alahhh..ni pon buat masa time2 camni jek..... Ohya..balik ke rumah pagi tadi sebab lupa bawak tender2 tu ke opis. Semalam bawak balik fail tu ingatkan boleh la siapkan kerja. Rupa2nya....heheee


Kat umah sewa aku sekarang, takder tv, radio, peti sejuk hatta hifi..apa lagi mesin basuh dan pembakar roti...Boring sungguh..so, aku back to my old hobby..MEMBACA! Semua majalah2, surat2 khabar, buku2 cerita surat cinta kembali menemani aku. Pagi, petang, malam...kalu tak ada aktiviti lain, aku akan membaca. Tengah kumpul duit nak kawen beli satu CD player/ hifi. Mana2 lah... Yerlah..sapa tak sakit telinga kalau hari2 dengar lagu dari tekak2 penghuni umah aku tuh. Semua lagu boleh bawak...70an, 80an..90an..lagu hits itu ini...cuma ..cuma yang tinggal..sedap dengar dengan tak jerla kan..kan??

Tadi aku and my opismate dok mengular ke The Store tu..abis duit aku RM40.00 untuk cuci gambo n beli baju tu..[Tak yakin lak..aku pakai ke baju tu ek?? Nampak cantik..tapi erkk.erkk..tak yah sebutlah..]...

Hujan..hujan..hujannn..Best kalu dapat makan ubi kayu rebus cicah kelapa, ada air kopi..nyummmm...ada asap yang halus..nipiss..pastu lepak2 depan tv, selimut dgn kain selimut, pakai sweater...[Astagfirullahhhh...]

Tuesday, December 07, 2004

it takes times to heal

I hv not writing blog [read : update] for quite some time. Jiwa aku rasa something [baca : lost]. Aku pernah kata aku dah usaha, aku tawakal, aku redha..kan..kan? Tapi bukan aku tak redha dengan apa yg aku dapat tapi hati kecil aku rasa terkilan. Jangan silap baca lak. Aku tak salahkan takdir...cuma hati pompuan ni kot..rasa arghhhh...[useless jer rasa..stupid kan bila fikir camtu]...eeeiiii...

Bukan merajuk pon, bukan gak terasa hati dengan sapa2, bukan gak quit blogging, bukan..bukan...tapi aku memang amat memerlukan masa untuk recover from those things yg berlaku surround aku for past few weeks...erkk..past few months kots..

Ohya..cuaca kat luar opis aku sekarang ni..bukan setakat hujan renyai2 dah..dah masuk tahap lebat sampai nampak hari macam pukul empat lima petang...Tinggal tak ada guruh kilat jer..[Kalu tak..konpem ler aku tak taip dah..dah blackout ler..heheheh]. Cuaca tu ibarat kata macam inside my jiwa la kot...mula2 ia mendung, then start to rain ..renyai2.....soon jadi lebat ....

Ada sampai masa bila kita rasa lost, mula lah ..nak compare itu ini...kenapa itu..kenapa ini..siapa ..kenapa bla bla..semua 5 bini satu laki tu [baca : 5W1H questions] berlegar2 in my mind.. then, aku rewind balik semua mende2 yang tak perlu aku ingat..[baca: simpan dalam recycle bin...patut buang terus dari trash bin tu..]..
Tiap2 hari dpt email dari kwn2 yg aku lak terasa ada byk kene mengena dengan diri aku plak..Biasalah bila dlm situasi mcm ni...jd sensitif plak..ishhh...sejak bila jd sensitif nih wei!

Should I start it from scratch or ............? Huh! Kene pegi servis jiwa dah ni rasanya...tak tenteram... ;)

Till meet again...doakan daku tenang yer...

Wednesday, December 01, 2004

.....................


Salam rindu di angin lalu...



Banyak yang nak ku coret..tapi tak terluah......biarlah hanya aku sahaja yang tahu...